Saturday, May 15, 2010

Monolog Rindu Seorang Aku

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:02:00 AM
Aku angau????

(Maaf ye aku jiwang sekejap untuk entri ini)

Ye..aku ngaku sekarang ni aku sedang mengingati seseorang. Dalam erti kata lain aku mungkin sedang mengalami fasa orang angau. Fasa orang gila bayang....Huh! bahaya betul.

Sekarang ni aku dapat rasakan dia berada di depan mata aku. Di setiap pergerakan bebola mata ni, aku terpandang2 wajah dia...Di setiap neuron2 ingatan aku ni, aku teringatkan akan si dia. Aku baca balik semua sms antara dia dan aku. Aku ingat dia. Huh! bahaya betul.

Macam nak ketuk je kepala otak aku yang tengah mereng ni. Biar balik kepada tune asal. Biar sedar diri sikit. Biar berkecamuk semua storan ingatan aku pasal dia. Biar aku sedar diri sikit. Dia tu sebenarnya sudah hampir untuk dimiliki oleh orang lain. Hampir ye..hampir sebabnya...dia pun tengah confiused.

Ade peluang ke aku? Eh! JANGAN. Aku bukanlah manusia yang suka mengambil kesempatan.

Tapi dia adalah jejaka idaman kalbu. Manusia yang berjaya membuat hati ni kembali berdebar dan bergetar dengan alunan frekuensi 50Hz. Ok..masih lagi pada nilai standard. Tapi...bahaya betul.

Kawan2 berkata..."berusaha", andai dia itu jodoh aku. Dan aku...alamak...malu beb..malu aku kene reject untuk yang ke infiniti.

Takpe, andai ada jodoh, biar Cherating yang bakal menjadi saksi perjalanan hubungan aku dan dia. Andai positif...dialah jodoh aku. Andai negatif, maka selamanya kami cuma kekal sebagai sahabat.

Semoga aku mendapat petunjuk dan semoga dibukakan pintu hatinya untuk aku. Amin.

Nota_jari: Maaf, ini cuma monolog rindu seorang manusia yang sedang gila angau.



2 uncang teh :

zuesaran said...

semoga dia menjadi milik hang...hihii..kalo dpt memiliki org yg diminati..tu dah kira bonus la tu..ahaks!!

~*irjune*~ said...

zue..cepat btul la ko komen ek.

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea