Monday, June 13, 2011

Dari Kerana Mata...

masa minum teh ~*irjune*~ pada 6:34:00 PM
Suka pakai eyeliner tak? Kalau bahasa mudahnya, pakai celak. Aku dulu memang tak pandai nak pakai eyeliner ni. Serius memang tak pandai sebab nanti mesti comot. Lepas tu pelan2 aku try pakai pencil eyeliner, tapi setakat buat garisan kat kelopak mata atas aje la. Itu pun tak berani nak pakai eyeliner warna hitam, just pakai yang warna brown aje.

Lepas tu slow-slow aku try black eyeliner, buat garisan atas bawah and then try pulak dengan liquid eyeliner. Tapi masih lagi tak pro bab pakai eyeliner ni, especially kalau nak buat garisan atas ngan bawah kelopak mata.  Jadinya aku lebih suka untuk pakai eyeliner kat kelopak atas aje dengan perasaan konon-konon mata aku dah besar la. Hahahah....

Sekarang ni aku kat kampung. Homesick la kononnya...heheh. Oleh kerana rumah ayah aku ni lagi advance dari rumah sewa aku kat Perlis tu, maka wifi dia sangat la hebat. Jadi aku pun menjelajah la kuar masuk youtube tengok video pasal cara-cara bermekap sehinggalah aku jumpa dengan video dari zarinalunaa ni. So melalui video dia, zarinalunaa ni tunjuk la cara-cara untuk memakai eyeliner dengan betul especially untuk beginner macam aku ni.

Kalau tengok masa mula-mula, mata zarinalunaa ni kira besar bulat juga la, tapi at the end lepas dia pakai eyeliner, perghhh...memang mantop la. From nothing to something.


Mula-mula dia tunjuk cara-cara nak pakai gel/liquid eyeliner. Nampak macam mudah je, dan yang penting mantop.


Nampak perbezaan antara mata kanan dan mata kira zarinalunaa. Kelihatan mata kanan zarinalunaa macam besar dan galak dibandingkan dengan mata kiri yang tak letak gel/liquid eyeliner. Lepas tu zarinalunaa tunjukkan cara pakai pencil eyeliner kat mata kiri pula. Kali ni dia tunjukkan cara nak pakai eyeliner untuk kedua-dua kelopak mata atas dan bawah.


Nampak tak ade sedikit perbezaan antara mata kanan dan mata kiri. Mata kanan zarinalunaa kelihatan besar berbanding mata kiri yang sedikit kecil tetapi kedua-duanya kelihatan seksi dan mantop.

So kat sini dapat disimpulkan bahawasanya, dengan menggunakan eyeliner, kita boleh jadikan mata yang kecil jadi besar, dan yang besar jadi kecil atau sebaliknya. Yang penting, kena yakin untuk bermekap dan jadikan kesukaan untuk bermekap ini adalah untuk kepuasan diri sendiri dan untuk yang dah berkahwin pula, niatlah bermekap ini untuk suami korang (macam tazkirah la pula).


Gambar dan video kredit to youtube

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea