Thursday, June 16, 2011

Sinetron Oh Sinetron

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:35:00 PM
Ramai minat sinetron? Alaaa....drama telenovela Indonesia tu. Kalau tanya aku mmg aku kurang berminat. Bukan kata tak minat langsung tapi kalau boleh aku elak untuk tengok sinetron, aku akan cuba elak melainkan kalau dah terpaksa. Dalam memori aku ni rasanya takde satu pun sinetron Indonesia yang aku suka layan. Ntah la..bukan kata tak suka tapi aku memang tak boleh nak pergi dengan drama Indonesia ni.

Macam kalau aku balik kg, mesti aku akan jadi susah hati bila dah sampai masa sinetron tu nak start. Mak aku ni suka betul layan sinetron ni. Almaklumlah full housewife. Tambah pula sekarang dah ade Astro kat rumah tu, ape lagi siang2 tu confirm layan Safa & Marwah dengan Kemilau Cinta Kamila. Lepas tu ape lagi, aku pun jadi sakit otak la bila bunyi ayat2 drama Indon ni keluar. Nak tido pun tak boleh nak tengok pula tak sanggup.

Macam aku kata bukan aku tak suka langsung dengan cerita Indonesia ni, sbb ade sesetengah filem indonesia tu aku tengok aje, cuma bila bab drama sinetron ni aku jadi sakit kepala skit. Nak tau kenapa...ni aku list down sebab2 aku kurang minat nak layan drama sinetron Indonesia ni:
  1. Drama Indonesia ni terlalu panjang sampai pening kepala aku. Dah la panjang, banyak pula konflik-konflik dalaman dan luaran yang berlaku. Ntah bila la nak habis.
  2. Banyak adengan-adengan dalam drama Indonesia ni tak logik dek akal. Contohnya, boleh kidnap pesakit dari hospital la, boleh bawa pisau potong ikan masuk hospital la, boleh masuk dan serang tuan rumah sesuka hati la, dan macam2 lagi la.
  3. Drama Indonesia ni pada aku cuma 20-30 episod pertama je yang logik dan merujuk pada tajuk drama tu tapi episod selebihnya banyak yang mengarut.
  4. Konflik-konflik yang berlaku sangat remeh temeh....alaaa...benda leh setel cepat tapi boleh plak buat pusing sana sini supaya episod jadi panjang.
  5. Dalam drama Indonesia ni mudah sangat diorang tunjuk keburukkan negara diorang. Contohnya pemberian rasuah, orang kaya mudah mendominasi keadaan sebab ada duit, lepas tu bagaimana kelemahan sistem sekuriti kat hospital, sekolah dan lain-lain lagi.
  6. Bab adengan closed up muka sambil ade musik latar dan muka yang tak boleh blah...aisey..memang aku tak suka.
  7. Satu lagi...ending drama indonesia....langsung tak memuaskan hati (sebenarnya drama Malaysia pun macam tu juga). Kita ni punya la tunggu punya lama layan drama Indonesia, sekali ending dia boleh dia tunjuk itu semua adalah mimpi.....Aisey...ape kes..tak ke dah menipu namanya tu.
Itu la antara sebab musabab kenapa aku boleh jadi sakit kepala kalau terpaksa mengadap drama Indonesia. Tapi nak buat macam mana, sebab musabab itu la yang membuatkan ramai surirumah terpacak depan tv untuk menontonnya. Tapi satu je yang aku suka pasal drama Indonesia ni, pelakon - pelakon dia cantik-cantik dan handsome-handsome. Semua kulit putih memancar....susah la nak cari yang pelakon berkulit hitam. Bibir pula merah delima. Hebatkan!?

3 uncang teh :

iEda saFuan said...

ijun...mmg reality org indon penuh dgn korupsi...mmg logik kalau nak bw msk parang dlm spital, nko hulur jer sejuta dua rupiah, mmg la lepas....kiter kat mesia rase kurang logik sbb kiter x amalkan suap menyuap kecil kecilan....kiter rasuah, besar punya....dan smmnya org2 kat saner chantek2 dan putih2.. Lagi2 kalo dr bandung...ganteng sih.....
Tapi hakikat nyer mmg aku x tgk pon sinetron coz pjg sgt....letih nak ikot....

~*irjune*~ said...

btul tu ieda.....org malaysia hebat2....rasuah besar2 punya...hehhehe...kan kan kan....org bandung putih memancar.

arief zone said...

sinetron indonesia ni skali tengok memang sakit kpala... dah la lemabap, dari satu babk ke satu babak tu leh makan hari, satu hari babk kat sepital je, sambung esok baru la mak dia tahu yang dia masuk sepital, pastu buat muka terkejut (close up) yg leh blah lama2... pastu plakon yang bawak watak baik semua lembik2, asyik kena buli sepanjang masa... satu lagik, semua sinetron cite pasal berebut harta, orang miskin dan orang kampung dihina-hina, orang kaya semua naik kereta mewah macam dah xada kereta biasa2 kat sana...nampak sangat realiti orang kaya tambah kaya, org miskin tambah miskin kat indonesia, polisi pun main lepas je kalu orang kaya buat salah... x logik betul...

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea