cintaku buatmu bagaikan huruf-huruf yang terpatri disetiap helaian kitab;
cintaku buatmu bagai air yang mengalir dilautan yang sepi;
cintaku buatmu seperti setianya sang awan kepada kekasihnya sang langit;
Tagline drama terbaru di TV Al-Hijrah. Kalau melalui Astro tekan aje CH114, tapi bagi yang sesiapa kat Lembah Klang tu walau pun tak jadi pelanggan Astro tetap boleh menonton drama arahan Erma Fatima ni.
Drama yang bersiaran dari hari Rabu hingga Jumaat pada pukul 8.30 malam confirm akan buat ramai yang tak berganjak dari depan tv. Kiranya drama ni setanding dengan drama Nur Kasih yang pernah menjadi satu fenomena satu masa dahulu.
Drama yang diadaptasi daripada novel terkenal Indonesia karya Taufiqurrahman Al-Azizi ni berjudul Kitab Cinta Yusuf Zulaikha tetapi telah diubahsuai mengikut persekitaran dan suasana drama terbitan Malaysia. Drama ni dijayakan oleh pelakon sensasi Nur Fazura sebagai Mastika dan juga pelakon Indonesia Hardy Hartono Danurussamsi sebagai Wali.
Kalau sebelum ni Fazura banyak membawakan watak sebagai gadis urban yang sofistikated, tetapi untuk drama ni, masih lagi sebagai gadis urban tetapi membawa imej wanita bertudung. Subhanallah, memang cantik Fazura pakai tudung dalam drama ni. Bukan sahaja bertudung litup tetapi pakaian dia sangat bersesuaian dengan watak dalam drama ni; berbaju labuh, berseluar longgar dan memakai sarung tangan menutup aurat. Rasanya aku pun tak mampu untuk memaikai pakaian macam Fazura tu walaupun itu hanya sebagai memenuhi tuntutan watak.
So...kepada semua kengkawan, jom kita layan drama Kitab Cinta ni sambil mengambil seberapa banyak iktibar dari kisah yang dipersembahkan.
0 uncang teh :
Post a Comment