Monday, June 6, 2011

Email Sampah

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:18:00 PM
Pernah tak dapat email macam ni atau spesis-spesis email macam ni.


Mesti berlambakkan sampai email jenis macam ni. Ada yang claim dia anak menteri la, anak raja la, anak org kaya la...bla bla bla bla. Modus operandi email-email macam ni same aje...cakap diorang ade masalah la, pasal pergolakkan politik la, duit tak lepas kastam la...bla bla bla..lepas tu minta kita jadi hub utk diorang bank in duit tu so that proses transaksi tu akan jadi halal la...tapi untuk proses bank in tu dia nak kita bayar some amount utk pastikan proses transaksi tu berjaya...ape ape la....and kalau berjaya kita akan dapat saguhati dengan amount yg sangat lumayan. Tapi sebenarnya at the end, bukannya saguhati yg kita dapat tapi kita pula yg kena tipu dan mengalami kerugian.

Kalau kita perasan, banyak dah kes penipuan internet berlaku kat Malaysia ni. Tapi ntah la, ade juga segelintir yang tak amik iktibar atas semua peristiwa yang berlaku. Aku ingat lagi masa aku habis belajar dulu, masa tengah bergembira menanam anggur masam kat kampung, aku kerja sekejap sbg pembantu kedai kat kedai menjual buku dan peralatan alat tulis ni. Normal la kan, kedai buku mesti ade perkhidmatan fotostat, binding dan juga faksimili. Satu hari tu ade la sorang gadis India ni datang ke kedai aku nak faks surat. Masa tu aku dengan anak bos aku tengah jaga kedai....jadinya aku suruh aje la anak bos aku tu gi layan customers sementara aku lepak tggu customer lain datang kedai. Tetiba je anak bos aku panggil aku tanya aku kod negara Sepanyol. Aku ape lagi, mana la aku tau kod negara Spain tu, jadinya aku pun tetiba bertanya kat gadis India tu kenapa jauh sangat nak buat fax. Jadinya gadis India tu pun bagi tau la yang dia dapat surat bagi tau yang dia menang loteri...grand prizes (ni aku saje tambah ni)...so dia nak faks data dia untuk claim hadiah dia tu. Ternganga aku lepas gadis India tu explain macam tu...ye la punya la jauh ko main loteri sampai ke Spain tu. Lepas kegagalan kami nak fax surat tu, kami suruh je gadis India tu gi ke pejabat TM untuk fax sbb kami tak tau kod negara Spain tu.

Kenapa aku buka cerita tu? Sebabnya modus operandi tu sama...Cuma bezanya dulu diorang main aci hantar surat, cuma sekarang sebab semua dah hebat buka email, jadi diorang hantar melalui email aje la. Aku pun banyak kali juga dapat email macam ni tapi aku ignore kan aje. Sebab dah tau kan benda tu tipu. Sape la yang tak buntang biji mata tengok saguhati yang lumayan hanya dengan membenarkan kita jadi hub akaun untuk duit dia je. Tapi bila fikir logik...takkan mudah2 aje org nak bagi duit kat kita kan...so aku tau la itu fraud email. Antara lain yang menyebabkan aku rasa nak gelak dengan email tipu yang sengal ni adelah...
  • tengok kat penerima tu, kenapa dia letak undisclosed recepient? Kalau itu email betul letak la email aku yang betul sebagai penerima tak payah nak sorok2. Benda sorok2 ni selalunya benda yang salah. So kalau ko betul ko berani la kan.
  • hantar email, pastu cerita bagai nak rak kenapa dan mengapa dia perlukan bantuan kita untuk transfer duit dia. Orang cakap kalau orang tu jenis banyak cerita, banyak ayat, banyak cakap, so dari banyak2 cerita tu maybe 5% - 10% je yang betul tapi yang lain2 tu cuma kelentong aje.
  • ko nak transfer apsal ko nak guna akaun individu plak...guna aje la Bank Negara Malaysia.
Dan beberapa sebab kenapa aku tak layan sgt dengan email sampah yang macam ni...
  • sebab selalunya ayat mukadimah dia panjang sangat, so aku malas nak baca.
  • Email dalam english, so kalau aku nak respond mesti dalam english gak kan. Takkan dalam bahasa melayu plak. Oleh kerana aku ni bukanlah pengguna english tegar so aku pun malas la layan.
  • Ko tak bagi details ko tapi nak details aku plak...mana aci...details aku tu adalah P&C. Sama gak macam email ko.
  • Kalau email yang datang tu adalah email pasal loteri, lagi la aku tak layan. Main loteri kan haram dalam Islam. Pastu pula kalau ikut logik, bila masa aku involve bab beli loteri...tak ke tak logik.
  • Aku ni paling tak suka hal remeh - temeh lagi2 kalau bab kena balas berbalas email ni. Renyah ok. 
Tu la antara sebab mengapa aku malas nak layan fraud email ni. 

Nota_jari: ape daaa yang aku merepek ni. 


1 uncang teh :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

huhuhu..... nama pun dah sampah... usah dilayan deme mende2 mcm tu.. huhuuh

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea