Monday, September 3, 2012

OST Adam dan Hawa - Muara Hati

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:18:00 PM
Assalamualaikum wbt

Walau baru seminggu disiarkan tapi drama ni semakin hangat diperkatakan. Sana sini org asyik bersembang mengenai drama Adam dan Hawa, mengenai Aaron Aziz yang menjadi Adam Mukhriz dan juga sebab musabab mengapa Nadiya Nissa dipilih untuk menjadi Ain Hawani, tanpa kita sedari bahawa semua pelakon drama ini telah dipilih sendiri oleh penulis novel tersebut iaitu Aisya Sofea.


Aku tak nak komen lebih2 pasal drama ni sebab baru 4 episod ditayangkan. Takut nanti kalau komen lebih2 karang tengok drama tak sama macam novel...macam drama Bicara Hati yang adaptasi daripada novel Damiya Hanna tu. Punya suka hati novel kesukaan jadi drama, tapi hampeh sbb banyak sangat penambahan-penambahan yang dilakukan pengarah sampai rosak cerita asal novel tu. Lepas tu dengan pelakon yang sangat over acting nye yang konon2 nak sangat menjiwai watak sampai kaku je aku rasa.

Ok...Stop pasal komen bab drama, pelakon atau jalan cerita......

Bila ada drama best, of course la ade lagu tema kan. Dah mcm trend plak skrg ni lagu tema untuk drama mesti yang fresh dr ladang. Maksudnya lagu tu memang digubah special untuk drama tu aje...lirik pun ade kaitan dengan jalan cerita. So ape lagi....dengan seronoknya...jom kita layan OST Adam dan Hawa ni.

OST Adan dan Hawa - Muara Hati (CT Nurhaliza ft Hafiz)



Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati dan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntun mu kepada ku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali...padamu

Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku berhujung padamu
Kemana pun kan pasti kembali ....

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali...

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasa
Sesuatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk dalam hati
Cinta....



Nota_jari: Kredit to Youtube

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea