Tuesday, September 11, 2012

Teman Pengganti

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:58:00 PM
Assalamualaikum wbt

First time dengar lagu ni aku dah suka. Dua tiga kali dengar kat radio, aku semakin berminat dengan bait-bait lirik lagu ni. Bila aku search, tengok kat youtube, rupanya sangat mendalam maksud lirik lagu ni. Kalau ikut pemahaman aku, lagu ni berkisar mengenai suami yang mendapat sakit kronik dan telah mendapat visi untuk mengadap Ilahi. So korang, jom la kita layan lagu Teman Pengganti nyanyian Malique ft Black.



Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang disisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gundah-gulana
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini telah lama aku pendamkan
Tiba masanya segala-galanya ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, dtindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksiacuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kau lah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 ribu hijab harus kusingkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Rahsia ini telah lama aku pendamkan
Tiba masanya segala-galanya ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya kau cari teman pengganti

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun ku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi dihalaman rusuk kiri
makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
kau cari teman pengganti



Nota_jari: Sumber Youtube

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea