Assalamualaikum wbt
Aku ni bujang lagi. Aku takde husband yg nak belikan aku hadiah untuk birthday aku. Aku takde tunang yang nak belanja aku candlelight dinner time birthday aku. Aku takde boyfriend yang nak belikan bunga ros kuntum2 merah utk kejutan birthday aku. Yang aku ada cuma kawan2 yang sudi wish kat aku happy birthday dan juga adik2 aku yang baik hati belikan kek vanilla dan ais krim utk aku tiup2 lilin. Terharunye aku.
Jadinya, program raya aku ke Shah Alam baru2 ni bukan sahaja untuk beraya ke rumah makcik pakcik aku kat area sana tetapi juga beraya di Sogo. Kebetulan masa member's sale sebelum raya tu aku dpt voucher sebanyak RM170, so dengan voucher tu la aku nak perabih sakan utk shopping.
So, dengan nilai voucher tu dan ditambah seringgit dua dari dompet sendiri, aku beli la apa yg berkenan di hati. Hajat di hati tu nak belikan hadiah untuk diri sendiri tu jam atau sunglasess tapi tak jumpa plak yang berkenan. So bila lalu kat kaunter perfume Ralph Lauren tu, testing-testing bau, tengok harga, tengok baki voucher, tengok cash money dalam dompet, maka aku berkenan la dengan perfume Ralph Lauren Big Pony 2 for Women 50ml EDT.
Untuk range Big Pony ni sebenarnya ade 4 bau yang setiap bau tu warna botolnya adalah berlainan. Tapi aku suka dengan bau yang no 2 tu, fresh, sweets and fruity. Sesuai untuk aku pakai gi kerja (semua jenis perfume aku hentam pakai untuk gi keje). Tapi cuma satu je yg lecey...perfume ni just EDT sahaja bukan EDP. Tapi takpe...sesuai la dengan harga dia yg cuma RM190 untuk botol 50ml di kaunter perfume Sogo.
4 uncang teh :
alohh alohh sedih jek baca perenggan pertama..
aku dok tggu adiah drpd ko ni...bila nak dpt...hahahha
fuyooo kak junn voucher rm170! giler la shopping kat sogo ;)
hahaha....setahun sekali je nak perabih duit time member's sale
Post a Comment