Monday, February 22, 2010

Serangan nafsu + Special Entry

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:53:00 PM
SERANGAN NAFSU

Ingat balik kg amik cuti seminggu minggu lepas boleh la nak mengekang nafsu shopping aku ni. Tapi dah nama pun perempuan....walau kat mana pun nafsu shopping tu tetap melekat dalam badan tak boleh nak pisah2. Semua benda kalau boleh aku nak beli, tapi sbb poket aku ni bukannya poket doraemon yg boleh kuar segala jenis benda pelik, jadi kadang2 kena juga tahan nafsu. Ok, back to what I'm buying during my long long holiday at kg; nak kata tak banyak...banyak juga la yg aku beli. Hmmm....malas plak nak citer panjang2...let the pictures tell the story...


Ni bekas handphone aku. Rasa cam cute aje gambar ni, jadi aku beli la.

Yang aku nak tunjuk tu baju biru yg aku pakai tu. Kalau beli time nak raya puasa confirm harga cecah RM150++ tapi sebab aku beli time raya cina, harga cuma RM100 aje. Murahkan.


Item wajib kalau beli kasut, mesti high heel...teka..ni baper inci punya tinggi ni.
(teringat citer korea kalau tgk high heel tggi ni). Kasut ni cuma RM55.90 after 20% less.

*****************************************

SPECIAL ENTRY

Dah lewat dah ni....sepatutnya kena buat hari Sabtu 20/2/2010 yang lepas tapi memandangkan masa tu aku di kampung tgh bersenang lenang bercuti, jadi broadband aku pun cam siput sedut punya stail la. Setakat nak update sikit2 tu boleh la, tapi kalau nak upload gambar sampai berjambang pun belum tentu siap lagi.

So kat sini aku nak wish happy birthday kat abang aku yang sulong. Umur dia dah 31....ye ye ye...dia cuma tua setahun aje dari aku. Itu la sbb dia abg dan aku jadi adik dia. hahhahahhaha

Ye....mmg ketara saiz badan abg aku ngan aku yang aku boleh ibaratkan saiz aku cuma 1/3 dari saiz abg aku. Tapi percaya lah...satu masa dahulu saiz badan abg aku ni pun tersangatlah kerempeng macam kentang goreng McD tu. Semenjak dia dah kahwin ni je badan dia macam apom. Maybe dia bukan makan nasi tapi makan yis ngan serbuk penaik kot.

4 uncang teh :

cik jijah said...

i love the shoes!!!

~*irjune*~ said...

thank kurt....so cute kan but rasa macam too high la even tggi dia sama macam kasut gladiator aku yg sedia ada.

zuesaran said...

wahahhaha!! apsal kaler biru jugak baju yg ko beli..tadak kaler lain ka??? pink ka..merah ka..ijo ka...hitam ka..biru juga yg menjadi pojaan hatimu ya?

~*irjune*~ said...

zue...nak buat macam mana...aku kan dah kata...blue is mine...kaler ape pun last2 aku balik ngan kaler biru juga.

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea