Thursday, February 11, 2010

Too short or too long

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:08:00 AM
Semenjak aku aktif berblog ni...aku rajin gak gi ziarah menziarahi blog2 orang lain. Saje2 ambil idea dan pengalaman macam mana diorang ni berblog, so that aku pun boleh gak terus berblog. Dalam aku rajin2 melawat tu aku terjumpa 2 3 artikel mengenai cara2 menulis blog. Apa yang boleh aku recall balik mengenai cara2 menulis blog yang diberi oleh blogger2 yang lain ialah...elakkan guna ayat sms, better guna ayat bahasa Melayu yang betul atau English yang lengkap (ok...ini aku setuju sbb ini boleh meningkatkan kemahiran menulis di kalangan kita - tapi aku pun still guna shortform sms gak kadang2), elakkan perkataan yang terlalu berwarna-warni yang macam budak2 sekolah tadika (pada aku ini terpulang...ikut identiti masing2), sila pastikan artikel anda ada perenggan (aku setuju tu), dan elakkan menulis artikel yang terlalu panjang tanpa ada gambar langsung (ooooo....ini aku kurang pasti macam mana - maybe depend ikut orang kot).

Apa yang aku nak bebel ni pasal artikel yang panjang pendek tu la. Menurut blogger itu, kalau ada artikel panjang better letak gambar sbb akan baig pembaca berfikir apa kaitan gambar dengan cerita kita kita. So apa pendapat korang???

Dan ini pendapat peribadi aku....

Bukan tak boleh nak menulis entri pendek2...boleh..tapi bagi aku macam tak puas aje. Menulis ni macam kita bercakap. Realitinya...aku ni jenis yang suka bercakap. Dulu masa sekolah, kalau aku start bercakap memang tak boleh nak stop...takde titik. Kawan2 aku dulu mesti bengang juga kalau tiba turn aku cakap sbb confirm diorang takde chance nak bercakap. Dah la cakap takde titik...laju pulak tu. Sampai kadang2 kawan2 aku akan cakap "STOP" untuk suruh aku off topik. Itu dulu....tapi bila dah besar ni, hobi aku masih lagi bercakap, cuma ayat aku dah ada titik atau koma untuk aku tarik nafas sekejap.

Tak semua orang suka bila kita bercakap. Lagi2 kalau panjang sangat apa yang kita nak cakap tu. Jadi medium yang boleh menenangkan otak ialah dengan menulis. Dengan kecanggihan teknologi IT skrg ni, menulis blog adalah pilihan utama untuk "bercakap". Hihihihihii....

Dulu masa sekolah cikgu aku selalu puji karangan aku. Kiranya dulu karangan aku yang paling tip top. Bukan nak puji diri sendiri tapi itu memang kenyataan. Kalau tiba2 markah karangan aku rendah, cikgu aku mesti pelik. Masa menulis karangan dulu, aku selalunya akan menulis dengan sepuas hati. Aku akan luahkan apa yang aku rasa mengenai sesuatu isu itu mengikut fakta dan juga pendapat peribadi aku. Selalunya aku akan menulis 300 patah perkataan ke atas dengan 7 perenggan. Ini kerana, pada aku menulis ni macam bercakap, kita kena luahkan habis2 apa yang kita rasa baru kita akan tenang.

Bukan aku tak boleh nak tulis entri yang pendek2...boleh, tapi itu bukan gaya aku la. Aku akan menulis sehingga aku puas, meluahkan semua yang aku rasa dan selalunya aku akan elakkan auta sbb aku menulis mengikut fakta apa yang telinga aku dengar, mata aku rakam dan hati aku rasa. Bila kita menulis dengan perasaan, pembaca pun akan rasa apa yang kita rasa. Gaya menulis tu dah menunjukkan ekspresi wajah kita semasa bercakap.

Ok, pasal gaya penulisan remaja2 sekarang, hmmm...aku pun tak suka sebenarnya...Apa la diorang ni, bahasa dah elok2 ada ejaan sendiri tapi nak juga buat ejaan ntah apa2. Konon2 stylo la tu, tapi pada aku HAMPEH!... Tulis la elok2 kat blog tu, tak payah la nak tulis perkataan yang ntah apa2 ntah seperti contohnya; aq = aku...(pronounce Q bukan QU tau), sekarang @ skrg jadi skunk...ape ni...ape ni...bahasa planet mana yang korang pakai ni? Itu bukan stylo...cool atau ape2 pun...itu dah macam budak spastik yang baru belajar mengeja la....

Pasal gambar, ada artikel yang perlu diletakkan dengan gambar untuk menguatkan sesuatu cerita. Ini adalah kerana gambar itu adalah bukti cerita itu benar. Tapi ada sesetengah artikel yang sebenarnya tak perlu nak letak gambar pun, sebab melalui gaya penulisan pun pembaca boleh merasai apa yang penulis itu nak sampaikan. So dalam artikel aku, kalau aku byk letak gambar, aku akan kurangkan penulisan aku sbb melalui gambar pun pembaca boleh tau apa yang kita cuba sampaikan.

Pada aku, kalau kita menjadi diri kita yang sebenar itu pun dah memadai. Buat apa nak hipokrit hanya semata2 untuk kita cuba menjadi popular. Jujur dalam menulis blog, aku confirm mesti ramai yang akan jadi follower. Tak perlu menjadi cantik jelita...tak perlu nak menulis mengada2 dan tak perlu nak letak gambar2 berposing manja...tapi kalau kita menjadi diri sendiri semasa berblog, aku rasa mesti orang lain akan suka untuk terus kekal menjadi pembaca blog kita.

Kesimpulannya...artikel pendek atau panjang, bergambar menarik atau tak....bukan tarikan utama untuk mendapatkan pembaca setia kepada belog kita tapi bagaimana kita mengekspresikan tulisan kita mengikut emosi penceritaan kita.

4 uncang teh :

cik jijah said...

agreed!!!! paling bengang bila yang ska tulis short form gitu are teachers.. aka kawan² aku gak... adoyaiiii... by the way ijun.. tujuan dia suruh letak gmbr so that our blog entry yang panjang tu jadi lebih menarik.. sebab ramai jugak orang yang jenis malas membaca but simply love being nosy, busy body.. cuci mata tgk gambar ajek.. hehehee.. aku tak kira panjang or pendek.. aku suka letak gambar.. tapi nak upload to kadang.. bercinta!!

lagi satu.. gambar tu optional.. tak semestinya gambar tuan blog.. if kita tepek gambar orang lain yang seksi meksi pun boleh naikkan rating blog kita... ehhehehee..

~*irjune*~ said...

btul tu kurt...letak gambar mmg naik rating. buktinya bila aku letak gambar fahrin ahmad. ahahhaha...ramai yg menjengah. pasal letak gambar tu terpulang. kalau gambar ade kaitan ngan citer....why not...macam aku kata la..gambar tu sebagai bukti. tapi ada gak yg tak perlu nak letak gambar. kalau gaya citer dah menarik...org akan feel.

green apple said...

fedap okkk baca blog yang tulis aq, skunk, pat, pai..apa benda dowhhhhhhhhhhhhh.

~*irjune*~ said...

Puan greean apple,
btul tu...sakit jiwa nak paham bahasa budak2 skrg. karang kalau silap baca lain pulak makna...hahhahhaha

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea