Wednesday, February 24, 2010

Jom layan angau aku malam ni

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:37:00 PM
Petang tadi aku pergi jumpa kawan lama aku masa zaman belajar dulu. Zaman aku tak pandai nak bergaya. ahaks!!!...Jumpa dia sbb aku nak bg nota utk dia amik exam perkhidmatan dia. Kebetulan aku dah lama lulus cemerlang exam tu jadi dia nak pinjam nota aku utk dia lulus plak. ahaks!

Kami jumpa kat Fatin Corner, kira salah satu kedai cendol yang glamer gak la di Perlis ni. Awal2 jumpa aku dah berdebar dah.Walaupun rasa debar tu takde la sampai nak gugur jantung, tapi kira gubra la juga. Last aku jumpa kawan aku ni 5 tahun lepas....tahun 2005 dekat KL Sentral. Jumpa secara kebetulan, masa tu aku nak gi tempat kursus aku dan dia pulak tgh on da way nak gi interview. Masa tu sbnrnya aku dah cair dah tgk dressing dia. Aku ingat lagi, Kemeja lengan panjang warna biru muda, slack hitam, kaca mata nipis, mmg stail dressing yang aku suka sangat. Tak boleh kata tak, aku mmg tangkap leleh dengan lelaki yang dressing macam ni, lagi2 kalau dressing after office hour yang nampak macam selekeh skit. pergh...terserlah kesegakkan mereka.

Dan hari ni aku berjumpa lagi selepas 5 tahun. Aku nak elak untuk jumpa tapi terpaksa, sebab..sebab...sebab inilah....hari ni dia dressing after office hour punya stail. kemeja lengan panjang warna peach yang di lipat lengan sampai siku dengan baju yg tak di tight in, slack dan of course kaca mata nipis dia. Alahai aku cair lagi. Control...control...tapi ada gak tetiba tangan aku ketar gak. Tahan debar beb! Tahan!

Tak puas rasanya lepak dengan dia petang tadi. Tak puas nak tengok muka letih dia. Rasa macam tak nak balik tapi dah nak hampir maghrib, takkan aku nak hegeh lepak lagi.Ok...ok...ok....dia masih lagi bujang teruna. Tapi sekarang ni dia tgh terjerat dengan skandal cinta tiga segi plak. So, kalau aku gatal masuk line...nanti nak jadi baper segi plak??? Lagi pulak dia kawan aku beb...kawan aku...takkan la aku nak menggatal dengan kawan sendiri. Aku pun dah serik dah nak menggatal dengan kawan sendiri. Cukup2 la apa yang dah jadi dulu. Serik juga. Aku taknak pisang berbuah banyak kali dah kali ni.

Jadi, sekarang ni sambil2 aku taip entri ni sambil2 aku tgk citer CSI kat tv sambil2 la aku layan angau aku. Takpe kan sekali sekala nak layan angau ni. Wah...malam ni aku konpem tido sambil senyum. Hmm...minta2 la dia interframe dalam mimpi aku malam ni. Hopefully.....

Nota_jari: sorry..entri ni takde gambar sbb kalau letak gambar nanti bocor la rahsia.

6 uncang teh :

ahfie said...

hahaha..aku dah agak dahh..mesti ada entri pasal nih. all da best la beb.

~*irjune*~ said...

harus la ade..tapi lelaki idaman milik org

zuesaran said...

angau..jgan tggu lama2..nanti lama2 dia diambil orang,...weehheeee....go for him june!!

green apple said...

siap mention lulus dengan cemerlang tu...hahahah

~*irjune*~ said...

mestilah...toyol datang membantu...hahhaha...

Anonymous said...

hi jue, sampai bila nak angau jek...heheh

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea