Tuesday, February 9, 2010

Seminggu yang stress!

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:24:00 PM
Last week aku rasa idup aku ni dah macam kapal Titanic je....cuma sikit je lagi nak karam. Sangat2 memenatkan. Gambaran tentang diri aku ni dah macam zombie kg pisang aje aku ni. Penat...penat dan sangat sangat penat.

Ni semua silap aku juga....suka sgt delay siapkan assignment..last2 kene buat keje last minit. Tapi nak salahkan diri sendiri 100% pun tak boleh....dah aku byk keje....nak kene study subjek lain gak...and most important camne aku nak buat assignment tu kalau aku sendiri pun tak paham...dan tak tau nak guna Simulink tu.

Sebenarnya bab assignment tu aku dah admit la kene buat last minit. Sebab hati aku berkata...kerja last minit ni kadang2 berbaloi-baloi. Tapi yang buat aku start nak jadi stress ala2 zombi kampung pisang ni adalah bila lampu spotlight myvi adik aku dicolek oleh manusia durjana. Huduh gila kete adik aku tu. Ok....ok...kete adik aku tapi kenapa aku yg gelabah lebih. Ye la....aku la yg kena gelabah sbb kete tu nama aje kete adik aku tapi downpayment duit aku tu dan bayaran bulan2 pun aku yg bayar separuh. Sbb tu aku jadi tensen. Dah la lampu spotlight tu hilang time aku bawa kete tu gi kelas master-ji aku. Maka....money..money...money la utk ganti lampu spotlight tu.

sangat huduh kan...

tapi nasib baik la dalam tgh2 tensen tu aku sempat la menyinggah McD drive thru untu beli prosperity burger tu. Nikmat...nikmat. Tapi apa yg aku sempat detect ialah siaz burger ni dah tak sama macam masa mula2 prosperity burger dulu kuar. Dulu burger dia saiz besar tapi skrg dah semakin kecik. hmmm...cut cost ke McD?

Prosperity burger yang tak de ong pun.

OK...aku tak larat nak menaip ni. Berita gembira atas semua kepenatan aku sepanjang minggu lepas ialah; assignment aku dah siap dan dah di hantar pun. Jadi...aku zzzzzzzzzZZZZZZZzzzzzzzzzzz..dulu




0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea