Tuesday, March 30, 2010

Wanita teraniaya atau Wanita yang menganiaya

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:39:00 AM 2 uncang teh
Semenjak dua menjak ni macam2 citer yang kuar kat paper kat Malaysia ni, pasal kanak2 kena dera la, pasal artis kena tangkap pasal dadah la...dan paling yang glamer dan mendapat ranking tertinggi dalam ulasan2 di kedai kopi dan juga masyarakat kita adalah pasal kes buang bayi.

Kes buang bayi ni jadi berita paling menggembarkan masyarakat Malaysia khususnya org Melayu sbb setiap hari ada aje akhbar yang melaporkan pasal kes buang bayi ni. Kelmarin pasal bayi kene buang dalam semak, hari ni pasal bayi yang kene buang lepas tu dibakar, esok pasal kes bayi kene buang dan digonggong anjing serta di gigit biawak dan lusa pasal bayi yg tersangkut kat jaring sampah.

Hello...korang igt itu patung mainan ke? Itu bayi la....bayi.....manusia yg ada nyawa.

Bila havoc kes buang bayi ni aku teringat perkara yang sama juga pernah berlaku dalam are tahun 92-94. Masa tu aku masih lagi bersekolah....tahun 93 aku baru Form 1. Masa tu mmg havoc juga la pasal kes buang bayi ni. Sana sini org bercakap pasal kes buang bayi. Masa tu macam2 suggestion penyelesaian di keluarkan dan di jana di otak untuk selesaikan masalah ni. Tapi tak lama lepas tu..bila kes ni reda...semua mulut2 yg bising tu senyap...maka kes buang bayi pun dianggap kes sipi sbb kekerapan berita pasal kes buang bayi ni mungkin cuma sebulan 2 kali aje.

Sekarang ni kalau nak dicongak umor betina2 yang terlibat dengan hobi membuang anak ini adalah mereka yang berusia dalam linkungan 17- 25 tahun yang mana kebanyakkan adalah dalam kategori remaja. 17 tahun yang dulu semasa aku menulis karangan mengenai kes buang bayi untuk subjek bahasa Melayu Tingkatan 1, betina2 ini berada dalam linkungan umur 1 - 8 tahun. Setahu aku sepanjang tahun dari tahun 1993 sampai sekrang, kes buang bayi ni memang selalu di paparkan di media. Tapi yang pelik tu...diorang ni langsung tak ambil iktibar dr semua yang diberitakan di akhbar dan media elektronik. Hai...tak sekolah ke korang sampai tak reti2 nak baca semua isu tu.

Aku pun heran la dengan betina2 yang keje dia buang anak ni...takde rasa nyesal ke? Ko memboyot 9 bulan boleh plak ko tahan...tapi last2 ko gi buang budak tu ape citer. Kalau macam tu baik awal2 ko minta sape2 tolong tumbuk perut ko masa awal2 mengandung supaya ko gugur.

Dalam paper ada dibuat satu artikel yang menyatakan mereka2 ini adalah golongan wanita2 yang teraniaya. Aku pun pelik, sape yang teraniaya? Aku rasa betina2 yang buang anak ni bukan golongan teraniaya tapi golongan yg menganiaya. Pertama mereka ni menganiaya diri sendiri dan selepas itu menganiaya darah daging sendiri iaitu anak yg mereka kandung selama 9 bulan. Ok, aku dapat terima hakikat mungkin mereka itu mangsa sumbang mahram...So itu baru betul wanita teraniaya. Tapi macam mana plak kalau mereka tu adalah betina2 yang terlanjur dengan teman lelaki masing2 yang dalam keadaan sukarela?? Teraniaya ke? Yang paling aku pelik tu, betina2 ni adalah dari kalangan mereka yang dikurniakan otak yang sangat sihat untuk berfikir...tak boleh fikir ke? Ye...time nak seronok kene tojah dengan jantan mmg tak fikir apa pun kecuali fikir seronok aje...tapi lepas beranak pandai plak fikir nak jaga nama baik dan nak buang anak tu pulak. Hai...boleh ye!!

Sekarang ni ada plak idea supaya disediakan satu pusat perlindungan utk bayi2 yang lahir akibat perbuatan zina ni. Ok...dari satu sisi aku setuju tapi dari sisi lain aku rasa perlu diperbaiki. Aku kat sini setuju kalau pembukaan pusat ini mendapat khidmat nasihat dari org2 yang pakar tentang agama. Sebabnya aku takut nanti ade betina jalang yg menyalahgunakan pusat itu untuk kepentingan diri masing2. Aku takut nanti ada budak2 yang nak buat keje tak senonoh tu berfikir, " ok takpe..kalau mengandung kita letak je anak tu kat pusat jagaan anak2 teraniaya, lepas tu kita akan lepas..tak kene tangkap". Heh ade ke macam tu.

Ok ni syor aku, pembukaan pusat utk kanak2 teraniaya tu memang bagus. Tapi aku harap pihak yg menguruskannya kene betul2 telus. Kalau betul2 wanita yg nak letak anaknya disitu adalah wanita teraniaya sprt kene rogol, kene sumbang mahram, maka mereka ini boleh la meletakkan anak mereka di pusat jagaan itu dan di bebaskan untuk mereka memulihkan jiwa trauma. Tapi kalau wanita yang nak letak anak tu adalah sbb kesalahan terlanjur dengan kekasih, aku rasa wanita tu sepatutnta kene hukum. Selain wanita tu, jantan2 yang menyebabkan teman wnaita mereka mengandung pun kene hukum. Tak perlu nak hukum teruk2, cukuplah hukuman tu dapat menyedarkan tentang kesalahan mereka.

Pasal nak tukar ayat daripada terlanjur ke, sumbang mahram ke, atau ape2 perkataan yg sesuai kepada satu perkataan mutlak iaitu Zina...aku setuju sangat2. Hal2 macam ni tak perlu la nakguna ayat2 lembut2 lapik2...terus je guna perkataan zina. Org Melayu Islam ni kalau kita guna ayat lembut2 macam sumbang mahram, terlanjur...atau ape je yg berkaitan , diorang ni buat tak tau aje. Tapi kalau kita tekankan dengan perkataan zina..konpem diorang ni ketaq lutut sbb perkataan zina itu sendiri sangat berat utk ditanggung.

Tapi pelik tak..betina2 yang mengandung anak luar nikah ni selalunya senang je bila masa nak beranak tu. Takde plak kes anak lemas ke..anak songsang ke atau anak dapat gen sindrom down ke. Semua anak2 betina kaki buang anak ni selalunya segak2 dan sihat2 je. Masa mengandung 9 bulan pun tak perlu nak gi check klinik. Sihat aje bayinya. Tapi berlainan plak dengan pompuan yang dah menikah, masa beranak sangatla seksa...
Ape2 pun..biarlah di dunia ni kita susah nak beranak,tapi kita akan senang di akhrat. Jangan mudah di dunia utk senang beranak...tapi susah di akhirat.

Monday, March 29, 2010

An Evening in Ban Pecah...

masa minum teh ~*irjune*~ pada 6:11:00 PM 5 uncang teh
Weekend lepas masa aku untuk balik Perak....Yoohoooo!!!! gua balik kg la beb. Abis keje aku terus pecut balik...tak sempat2 nak jumpa osmet. Pukul 8.30 mlm aku dah terpacak depan umah.

Aku semangat nak balik weekend lepas sbb semua adik2 aku balik kg. Kami dah plan cantik dah ni. Cuma abg aku je yg tak balik sbb dia ada keje. 

Disebabkan bulan sepanjang bulan 3 dan awal bulan 4 adalah besday mak, ayah dan 2 org adik aku, jadi aku pun dah menempah la sebiji kek dari kawan aku, Madam Lilly untuk celebrate besday mereka2 ini.



Ni aku minta topping cokelat ngan hiasan yg simple2 je. Tak sangka plak kawan aku tu buat hiasan yg soooooo...cute.


 kek ni mmg segar bugar...kalau aku yg buat konpem bantat



Ni birthday boy(adik bongsu aku) in advance. Kenapa in advance? Sbb birthday dia adalah pada hari esok 30/3/2010. Yang cuma sempat interframekan suar kotak2 dan jari tu ija da kruzz yg birthday dia pada 7/3/2010. Mak ngan ayah aku tak nak interframe la plak.

Petang tu aku dengan adik2 aku gi shopping kat Econsave Parit Buntar plak. Shopping barang2 umah yg tengok bilangannya yg tak seberapa tapi ya ampun sampai kene bayar RM200.

Lepas Asar aku sefamili gi Ban Pecah kat Kuala Kurau untuk makan mee udang pulak. Menurut mitos, tahun 60an dulu, kawasan Ban Pecah ni adalak kawasan sawah padi yang sangat subur tapi akibat terkena sumpahan 2 beradik anak yatim, akhirnya kawasan ni jadi laut.

Ni bukan Ban Pecah, ni pemandangan dr umah aku ke seberang jalan tu.



Ni baru betul pantai Ban Pecah. Percaya atau tak, tahun 60an dulu ni kawasan sawah padi. Kalau ikut akal logik mmg tak masuk akal kan. Kawasan penuh batu dengan pasir, takde tanda2 pun ni kawasan sawah padi


muka2 kelaparan

Jedin yg control hensem konon


Apa motif si Mail ni senyum camni pun aku tak paham.

 
Abis terteleng aku nye leher...


Warming up perut dengan laicikang

Mee udang Ban Pecah. Ni tukang masak catu udang sbb tu semua jenis saiz udang ada.

Ok..aku pun tak tau ape motif adik aku buat pose macam ni.

Yang depan tu mee udang aku. Dah lepas 3 hari makan kat sana aku rasa lepas ni kalau nak gi makan mee udang aku nak minta 2 pinggan...

Ayah aku dengan kari ikan sembilang peberet dia. Sib baik dia tak minta kepala ikan sembilang yg sebesar penumbuk aku.



Sunset di Ban Pecah. Ala2 syahdu syahdan gitu.

muka kekenyangan ke muka tak cukup makan ni?

Kedai macam nak roboh tapi makanan memang marbeles. Tapi memang save budget btul la tuan kedai ni. Kagum kagum. Ini menunjukkan, walaupun rupa kedai itu buruk tapi makanan yg disediakan mmg sedap nyum2 nyum2

Lepas ni kalau nak tengok jerung tak payah nak pi jauh2, kat Ban Pecah ni pun ada gak jerung siap  kena cacak atas tiang lagi.


Friday, March 26, 2010

Oh! terkilannya hati ini...

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:21:00 PM 0 uncang teh
Kepada sesiapa yang berjaya mengakses akaun FB aku mesti ada terbaca keluhan aku pasal kerosakan kasut wedges aku. Kasut tu tapaknye dah lekang sebaik je aku turun dari bas lepas balik dari Shah Alam minggu lepas. Memang rasa sedih dan terkilan sikit la sbb kasut wedges ni antara kasut kesukaan dan kesayangan aku. Kasut jenama Viss ni aku beli kat outlet Viss kat JB. Kasut ni ada 2 warna..kuning dengan hitam tapi aku rembat yang kuning. Bila aku jalan2 kat outlet Viss kat Penang dengan KL, yang ada cuma yang hitam je, takde yang kuning. Tu yang buat aku sayang tu.



Kasut ni lepas digam tapak tu sebenarnya boleh pakai, tapi yg aku jadi ralat nak pakai tu sbb tukang kasut tu koyak abis semua tapak and then bila dia lekat balik tapak tu jadi senget. Tak kemas. Tu yang aku tak selesa tu. Bila nak pakai pun tak confident.

Gambar bawah ni keadaan kasut aku ketika sihat.





Gambar kat bawah ni pulak keadaan kasut aku lepas kuar ICU.





Tengok betul2 kat area tapak tu...burukkan. Macam mana la aku tak sedih ngan terkilan. Tak puas hati pun ade.

Nota_jari: sedang tggu pesanan kasut baru sampai yang di order secara online. Ntah muat ntah idak. Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...........................

Beautilicious

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:02:00 AM 9 uncang teh
Hampir 2 bulan aku cuma bernafas paras dada tercungap2, akhirnya hari ini dapat juga aku menghirup oksigen dengan berkesan. Ini semua terjadi gara2 gaji bulan 2 masuk awal bulan. Awal sesangat. Jadinye sementara nak tggu gaji bulan 3 hidup aku betul2 sengsara ya amat. Nasib baik la aku ni ada adik yg boleh dirujuk untuk tujuan pinjaman tanpa faedah. Jadinya aku pun boleh la tarik nafas skit panjang skit. Kalau tak konpem aku pengsan beribu2 kali.

Dengan keseronokan yang amat melampau, hari ni sape2 yg keje gomen sumer dapat gaji termasuklah aku. So, terasa kehidupan aku kembali bermakna la sekejap (sementara nak tggu gaji utk bulan 4 kan).

Bila akaun sudah penuh, benda pertama yg terlintas dalam kepala otak aku sudah tentu untuk membayar semua bil2 yang berkaitan serta hutang piutang yg tak pernah setel. Bil letrik, bil astro, bil air (bulan ni tak perlu bayar), sewa umah, hutang ptptn, hutang duit plastik..semua kene setel dulu and perkara kedua yang  terlintas pulak adalah untuk membeli toner muka aku yang dah tggal saki baki je dalam botol tu.

Maka, dengan gagahnye lepas abis keje aku pun serbu la Guardian ngan Watson kat Bandar Kangar (hometown aku lagi happening) yang permai ni. Tengok dari jauh 2 2 kedai ada sale...Wah! ini sudah bagus ni, sale! sale! sale! (sila lagukan seperti rentak lagu Jom! Heboh TV3). Mula2 masuk Watson nyambek punya kedai, alamak tak best sbb org tak ramai so mood nak membeli tu kureng skit. Jadinye decide masuk Guardian sbb tulisan SALE kat pintu tu besar ya amat dan org pun ramai plak yang serbu.

Bila masuk Guardian terus gi kat bahagian skin care jenama toner yang sedang aku gunakan sekarang. Dah belek2 toner, nampak serum la plak, alamak nampak eye refining la plak, scrub, mask dan segala jenis makneka (ni perkataan mak aku ni) utk set penjagaan muka. Jadi lepas diterangkan oleh promoter cara nak guna dan keberkesanan produk, ape lagi cakap kat itu promoter, " saya nak complete set". (gila berlagak macam aku kaya banget). Tersedak ko si promoter tu. Ape ko igt aku masuk pakai baju selekeh tudung senget sebelah aku tak mampu ke. Aku baru gaji la....(gila berlagak punya ayat dalam hati aku ni).


Jadi lepas aku kumpul semua compelete set aku ni, aku tawaf selamat datang sebelum buat tawaf widak dulu dalam Guardian tu. Sori la, bila tawaf dalam Guardian ni mana ade aku ikut tomakninah..main aci pusing je. Bila dah puas tengok semua barang dalam Guardian tu, aku pun gi la kaunter utk bayar.

Jadinya, inilah set skincare yang aku borong kat Guardian hari ni.


Jangan heran ye aku beli set Nano White lagi tu. Almaklumla...kulit aku ni terlebih sel melanin jadi kaler tu takdela cerah sangat. Lagi2 dengan cuaca kat Perlis ni yang sangat2 la panas membahang, lagi la kulit aku tak sempat nak jadi putih. Jadi, kalau nak guna pencuci muka ke ape ke sumer aku cari yang untuk whitening punya regime. Kot2 la lepas ni kulit aku boleh jadi putih melepak macam Diana Danielle yang jadi duta utk set jenama Nano White ni. Ada la can aku nak pegang jadi watak Snow White di samping Johnny Depp (itupun kalau Johnny Depp sudi jadi watak ketua Dwarf tu).

Masa kat Guardian ni time aku nak beli barang yang aku cari seperti diatas tu, ada la sorang minah ni pun tgh nak beli set skin care juga. Tapi promoter tu promote set Nutox. Alaaa...Nutox yang kotak warna merah yang Fazura jadi duta tu. Tak tau....tak tau sudah...dengar je citer aku ni.

Jadinya, promoter tu prmote la segala makneka regime penjagaan yang ada start dari pencuci, penyegar, pelembab, serum dan lain2 lagi. Apa yang aku pelik tu, pompuan ni tak tau lgsg pasal toner dll kecuali pencuci je. Pelik betul la skit utk diri aku sbb aku kenal toner ni dan cara penggunaanya semenjak aku matrik I lagi. Pompuan ni cuma tau pasal pencuci muka je (itupun sbb maybe dia rasa muka dia melekit kot), yang lain2 dia macam blur skit. Jenuh juga la promoter tu promote kat dia. Mana nak promote kat pompuan Nutox tu lagi, mana nak layan soalan blurr aku lagi (saje je aku buat2 tanya soalan blurr sbb xnak nampak macam promoter tu tak buat keje layan aku. Tapi sebenarnya, kalau promoter tu tak promote kat aku pun aku tau cara nak guna semua set tu.)

Tapi ayat yang paling aku tak boleh blah ngan pompuan Nutox tu ialah:

"Sempat ke nak pakai semua ni sebelum gi keje, nanti tak sempat nak touch plak".

Dalam hati aku pulak jawab:

"Kalau time nak gi keje tu kalau nak buat anak dengan laki ko pun sempat".

Tapi ayat bukan dalam hati aku cuma....senyum dan sempat berkata...

"Nak bersiap bangun la awal, baru sempat".

Bagus tak ayat aku?????(tapi tak cukup power lagi tu)


Wednesday, March 24, 2010

A new background and it's philosophy

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:52:00 PM 2 uncang teh
Tukar lagi...baru je tukar...hari ni tukar lagi.  Apa yang tukar2 ni?

Ni semua pasal background blog la. Entri tak banyak mana, glamer pun setakat lelong tepi jalan tak laku...tapi asyik tukar background. Ape...igt bila dah tukar ni boleh glamer ke?

Ye! aku baru je tukar background blog kepada warna purple. Masih lagi konsep minum teh tapi kali ni aku pilih theme background gambar 3 org wanita sedang lepak dan minum bersama. Signifikasi gambar ni boleh aku katakan mewakili aku dan kawan2 yg sedang melepak bersama.

Comel ke? (perasan kejap ye)...terima kasih pada kawan aku Cik Puan Rafe sbb sudi jadi tukang komen masa aku nak tukar background blog aku ni. 

Kenapa aku tukar? Sebab..seiring dengan peningkatan usia, pemilihan konsep baru ni merupakan terjemahan personaliti aku juga sebenarnya. Still interest to cartoon and something yang cute miut gitu tapi kali ni I try to avoid something yang nampak terlalu childish. Sekarang ni..biar comel tapi still elegan.

Ok...readers (ada ke?), please keep reading my blog as it is one of my philosophy of life.


Friday, March 19, 2010

Cendol punya pasal

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:03:00 AM 5 uncang teh
Hari ni dengan gigihnya aku berjaya juga habiskan sesi training softwaare baru di tempat keje aku. Selama 2 hari join ini training, aku rasa yang betul2 masuk dalam kepala otak aku cuma separuh aje kot. Sebabnye, aku memang tak boleh jalan hal2 berkaitan dengan programming ni. Jem!

Cuaca kat Perlis ni memang panas. Aku rasa suhu dah nak sama status dengan suhu gurun Sahara tu. Panas tahap cucuk2 kulit tu. Dengan lagi la kulit aku yg gelap ni...lagi la aku mudah nak serap suhu panas tu dan semakin gelap la aku di alam maya ini. Tgh musim panas2 ni kalau pekena cendol memang sedap. Nikmat memang tak terkata la. Tapi, makan cendol mana jalan kalau cuma lepak sorang2 aje. Jadinya masa sesi training masih ada lagi baki 2 3 jam nak habis, aku pun sms la sorang kawan aku merangkap jejaka idaman hati utk join sekali. Keh! keh! keh!...alasan je tu ajak makan cendol tu...sebenarnya nak jumpa manusia tu.

Jadinya, lepas janji terpatri, pukul 5.40 aku dah tercanguk tggu kawan aku tu kat kedai cendol glamer di Perlis, Fatin Corner. Lepas kawan aku sampai, time untuk order dan apa lagi....(sesi mengambil order bermula)

aku: dik, bagi cendol special satu ye.

pelayan: abang nak apa plak, makan?

kawan aku: nasi ayam dengan milo O panas satu.

pelayan: kak nak makan apa?

aku: takper la...nanti kalau nak makan order lain.

pelayan: haaa....kak diet ke?

aku: (blurrrr....)

kawan aku: (sengeh)

yeah...cendol special.....antara isi kandungannya ialah;
cendol + tapai + pulut + kacang merah + buah laici = sekarang aku tengah sakit tekak.

Ni la bahana makan cendol ada tapai....memang tak boleh blah la....sampai terlupa sekarang ni kat Perlis musim panas, dan akhirnya...aku sakit tekak.

Nota_jari: promosi Fatin corner masih lagi free dari aku untuk selama mana aku leh nak promote.

Wednesday, March 17, 2010

Cerita Serabut Aku (korang nak baca..baca la...kalau taknak baca aku pun tak heran)

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:06:00 AM 4 uncang teh
Sebenarnya plan aku malam ni nak study. Weekend ni aku ada test. Tapi lepas aku menatap wajah laptop aku ni, perasaan untuk aku nak update citer tu tersangatlah tinggi.

Mula2 sekali izinkan aku untuk menyumpah seranah berukben yg sedang aku gunakan ini. Kejap2 dc...kejap2 dc. Aku pun tak paham kenapa...kalau ikut teori signal yang aku belajar dulu, isyarat akan terpesong akibat dari gangguan angin, hujan atau sewaktu dengannya tapi masalahnya...bukan setakat salji...angin pun takde malam ni. Tu yang aku musykil tu. Mesti ada yang start nak tanya kenapa aku tak pakai TM streamyx ke ape ke kan. Yela..mostly sape2 yang pakai streamyx konpem akan kata...."dah tak dc dah". Tapi, dengan cara hidup aku yang macam org nomad ni (tiap2 minggu tidur dalam bas kalau kene turun gi kelas), pilihan berukben adalah keutamaan aku sbb boleh dibawa kemana sahaja. Macam beruk....yang boleh diusung ke hulu ke hilir naik basikal, dan bila diperlukan utk petik buah kelapa dah ready to work.

Minggu ni hidup aku sedikit kucar kacir. Bukan sebab oleh masalah keje atau masalah peribadi tapi......susah nak aku luahkan...jadi biarlah gambar di bawah ini yang berkata-kata.


(sila abaikan aksi ronggeng rokiah adik sepupu aku itu)

Ye...keadaan umah aku yang macam kena serangan puting beliung a.k.a tsunami a.k.a macam tongkang pecah inilah yg telah membuatkan kepala aku sedikit serabut. Tapi nak buat macam mana, inilah yg perlu aku harungi, hadapi dan tempuhi bila famili makcik aku a.k.a tuan rumah umah yang sedang aku tinggal ini pulang ke Perlis. Dengan keadaan rumah yang sangat2 kelam kabutnya dan juga kerenah2 4 org sepupu aku (anak makcik aku la) yang kecil2 lagi betul2 buat aku tensen. Korang cuba bayangkan, korang penat2 seharian bekerja di pejabat, nak balik umah nak tenangkan otak nak rehat jadi perlukan suasana umah yang selesa tapi tidak untuk minggu ini. Sempena seminggu cuti sekolah ini, inilah keadaan umah aku yg perlu aku tempuhi (dah la tv pun kene konker dengan sepupu...lagi la tensen).

Mari lupakan pasal keadaan rumah ku serabut ku pada minggu ini. Untuk sampai ketahap ini berukben aku sudah byk kali dc. Oooooo...masih belum mencecah pukul 12 tgh malam rupanya..patutla jiwa berukben ini tak stabil.

Siang tadi dapat reply msg dr kawan aku cik puan Yani yang keje kat Shah Alam. Doktor dapat kesan ada lagi cyst kat sebelah lagi ovarinye. Last week dia baru lepas operate buang cyst kat ovari yang satu lagi. Sebelah ovari dia kene buang sbb cyst tu dah bersiaz 6cm dan pecah masa nak dikeluarkan. Kawan aku ni belum kawin lagi (sama status dengan aku la), tapi ujian tuhan datang awal. Disebabkan masalah dia ni, dia tak boleh pregnant selama 3 tahun. Moga dia tabah menghadapi dugaan ini.

Dalam minggu ni juga sorang lagi kawan aku, cik puan Rafe mengadu pasal kejenye. Hmmmm....dia baru aje naik umo jadi 29 (happy birthday Rafe), tapi dugaan dia pun dasat gak. Hampir 2 bulan takde payment gaji. Kesian, hanya itu yang mampu aku kata. Aku nak bantu bg loan tanpa faedah pun skrg tgh bulan, aku pun tgh kering. Makan pun dah kene catu. Nasib baik esok dan lusa aku ada training software baru so boleh la jimat sikit time lunch tu (dengan harapan ada makan free masa training tu).

cik puan Yani dan cik puan Rafe masa gi Bukit Tinggi, Pahang valentime tahun lepas. Sori beb...aku upload gambat ni sbb aku rasa bangga dengan gambar yang aku edit sendiri ini.


Thursday, March 11, 2010

Mulut Laser vs Mulut Longkang

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:37:00 AM 4 uncang teh
Kejam sangat ke ngan tajuk aku kali ni? Hahahha.....takde la kejam sangat berbanding apa yang aku nak taip kat bawah ni.

Pernah jumpa dengan manusia yang spesis mulut longkang ni. Ye la...macam longkang yang sangat kotor dan berbau busuk (memang ada longkang yg nampak bersih tapi ade ke longkang yang bau wangi?), macam tu la jugaknye spesis makhluk yg bermulut longkang ni.

Manusia yg tergolong dalam kumpulan mulut jenis ni kebanyakkannya adalah jenis yg nampak aje bermulut manis di depan kita, tapi Masya Allah...di belakang kita ade je isu yg dia nak hentam. Pada mereka, mereka inilah yg paling bagus, baik dan caring (ok kita tau kan tugas longkang mmg bagus sbb ia saliran air kotor), tapi itu cuma dusta semata....dan hanya lakonan semata-mata. Pada aku, manusia yg jenis mulut longkang ni adalah manusia yg jenis busuk hati. Ye la kalau dah mulut tu busuk ( lain kali kumur dengan colgate plax ye), konpem hatinya akan busuk. Mengata dan menokok tambah cerita di belakang adalah hobi mereka. Tapi peliknya, kalau ada org yg menegur mereka ini, tak boleh pulak ditegur. Bak kata satu sms yg pernah aku terima dari seorang "kawan" aku masa aku nak tegur dia satu masa dahulu ialah, " Hang sapa yang nak tegur aku".

Pernah jumpa org yg bermulut laser atau dalam bahasa inggeris di panggil outspoken? Tak payah nak gi cari jauh2, tukang kuar entri ini a.k.a owner blog ini iaitu aku pun jenis mulut laser gak. Yup! aku ngaku sometimes aku ni laser gak orgnye. Kalau jenis tak puas hati atau perlu tegakkan keadilan atau kene keluarkan pendapat aku cakap direct je. Kesian kat kawan2 aku yg selalu kene sound direct ngan aku. Tapi syukurlah kawan2 aku ni jenis paham dengan perangai aku, aku sound direct, kene balas direct gak kadang2 tu. Hehehhehe.....

Bak kata sifat laser itu sendiri yang sememangnya sangat2 la mahal dan susah untuk digunakan kerana susah nak handle (hanya digunakan untuk keperluan yang perlu saje), macam tu la juga dengan manusia yang spesis mulut laser ni. Bukannye selalu kene bermulut laser, bila perlu aje baru sound. Selalunya secara spontan dr dalam hati yang tulus dan ikhlas (hahhahah...). Selagi upaya si mulut laser ini akan cuba untuk elak dr bercakap atau pun masih lagi berlapik (dalam sains fizik, laser boleh dikategorikan dalam 4 jenis kelas bermula dr kelas lemah sehingga laser kelas tinggi). So cakap berlapik bagi org yg jenis outspoken a.k.a mulut laser ni adalah ayat dr laser kelas lemah la. Kalau yg jenis ayat laser kelas tinggi tu aje yg jenis sound direct yg memang kena batang hidung tu.

Apa jadi bila si mulut laser jumpa si mulut longkang?

Hahahhah...inilah situasi yang menarik ni. Si mulut laser ni akan terus menjadi senyap selepas 2 3 kali mengeluarkan ayat "sound direct",(ye la laser kan sejenis bahan yg ekslusif) di mana situasi tegang itu cuma berhenti di situ juga. Tapi sesuai dengan sifat longkang yang sentiasa mengalir setiap masa (itupun kalau longkang tak tersumbat), isu yang sama pasti akan berlanjutan selama beberapa lama yg mereka mampu ceritakan. Kalau boleh dengan semua org dia nak citer dan siaplah akan ada la pertambahan auta yg terdiri dr "sampah - sarap".

Itu la pandangan aku mengenai isu yg aku post arini. Untuk pengetahuan, bukan aku sorang je yg berhadapan dengan isu ni, tapi aku percaya korang pun pernah jumpa dengan 2 spesis manusia ini, si mulut laser dan si mulut longkang.

Nota_jari: Gambar mungkin ada atau tiada kaitan langsung dengan entri ini. Hanya hiasan semata2.

Monday, March 8, 2010

Peraturan Sosial di Internet

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:39:00 PM 7 uncang teh
MUKADIMAH

Hujung minggu yang membosankan. Ingatkan bila takde kelas master-ji boleh la lepak2 tenangkan otak, tapi hal lain pulak yang jadi. Satu row soket tak boleh guna sbb CB asyik trip aje, dapur gas fiber tetiba je jadi retak seribu, dan kaki aku pula bengkak seperti perempuan mengandung cukup bulan. Tapi ironinye yang bengkak tu cuma jadi untuk sebelah kaki aje. Untuk menenangkan otak, aku pun jahit la manik kat baju kurung aku. So inilah jadinya, sempat siapkan bahagian leher dengan tangan sebelah aje, sebelah lagi tak siap sebab manik habis.


Tetiba rasa nak bangga diri pulak dengan hasil kerja tangan yang tak seberapa dikerjakan ni. Ahaks!


tengok, betapa bengkaknye kaki aku ni.

Betul2 punya sibuk sampai terlupa hari Ahad (7/3) tu birthday adik aku. So sini aku ambil kesempatan nak wish belated birthday untuk adik aku yang no 5 iaitu Ija da kruzzz....



aku letak la gambar konon2 nak promote adik sendiri...ahaks

**********************************

Kembali kepada topik asal. 3 4 hari sebelum hari ni memang ada siapkan 1 artikel tapi lepas aku review, rasa artikel tu macam tak best pulak. Edit sana, edit sini tapi tetap tak best juga. Takde 'ROH', bak kata akak Ogy masa jadi juri AF satu masa dahulu. Fikir punya fikir, tengah dok syampu rambut masa mandi maghrib tadi aku dapat idea untuk buat tajuk ni. Masa tu terasa macam keluar mentol lampu je kat atas kepala ni. (kesimpulannya bila otak jem so sila basahkan kepala tu kasi sejuk)

Kalau nak cakap pasal internet, dah banyak buku, artikel dan nasihat orang bijak pandai dah bagi sebagai tips ketika bersosial di dalam dunia internet. Tapi ada juga yang tak nak ambil iktibar. Sekarang, biar orang yang tak bijak pandai macam aku ni nak bg nasihat pulak. Ada ke tak yang nak dengar....???

Aku ni masuk dunia internet dah hampir 10 tahun. Mula2 dengan dunia chat, IRC...glamer..glamer masa tu. Time tu room yang glamer room Mamak, Kampung dan lain2 lagi la. Gila chatting masa tu memang tak hengat. Happy dengan IRC, Yahoo! messenger, MSN messenger, ICQ AOL pula yang muncul. Masa ni IRC dah tak pandang la. Lagi2 pulak time kat U dulu dah kene block, jadi good bye. Chatting kat Yahoo! memang best, siap ada icon2 lagi. Join pulak room2 kat dalam Yahoo! messenger tu, lagi ramai la manusia yang aku jumpa. Sosial punya pasal aku layan aje, nasib baik tak jadi sial. Sekarang ni semua messenger tu masih lagi kekal dan semakin up to date. Siap boleh webcam lagi. Mantopppp!!!!

Lepas alam messenger,wujud pulak alam baru..alam rangkaian sosial atau dalam bahasa inggerisnya social network. Wujud la Hi5, Friendster, Facebook, Twitter dan lain2 lagi. Walau apa pun jenis social network yang digunakan, tapi melalui aplikasi ni kita jumpa lagi ramai orang, siap boleh update status setiap hari, jumpa kawan2 lama, boleh main game dan ada juga aplikasi chatting. Wah....semua all in one. Kalau dulu orang jumpa jodoh dengan member chat, tapi sekarang orang akan jumpa jodoh dengan kawan di rangkaian sosial. Baru betul siber.....

Tapi, dengan semakin mantap teknologi ni, ramai yang salah guna perkhidmatan laman sosial ni. Laman sosial yang sepatutnya menjadi penghubung silaturrahim, jadi laman untuk melepas geram secara on the spot.Marah sikit, update status, bengang dengan org tu update, macam2 update. Contoh macam yang kat bawah ni.  





Boleh baca tak? Kalau tak boleh baca, buat2 aje la boleh baca juga. Ni memang ayat geram ni.....Sekali baca terasa sakit hati juga sebab aku ni anak dagang kat bumi Perlis ni, tapi 2 kali baca macam kelakar pula sebab memang ayat memang ala2 dialog drama tu. Heheheheh....ayat kampung betul. Tapi, bila malam ni aku try buka, statement ni dah hilang dah. Ownernye yang sangat bijak pandai ini dah delete. Nasib baik aku sempat print screen. Jadi ada la bukti nak tunjuk.
Seiring dengan laman rangkaian sosial, blog pun berkembang pesat. Provider blog yang paling glamer sekarang adalah dari blogspot dan wordpress. Melalui blog, lagi banyak benda yang boleh dikongsi dengan khalayak seluruh dunia. Blog ni macam ceramah la juga. Bila kita register untuk memasuki duni blog ni, macam kita minta permit dari pihak berkuasa untuk berceramah la. Walaupun, masa ceramah kita boleh nak cakap apa sahaja termasuk nak mengutuk, merapu, merepek, meraban, tapi  masih lagi diperhatikan dan dikawal oleh pihak berkuasa. Selagi masih terkawal dan tak mengganggu kehidupan masyarakat, jadi ko boleh go on berceramah. Macam tu juga kat blog. Ko boleh tulis apa saje, cerita apa saje, personal, hiburan, politik, business dan lain2 lagi. Selagi artikel tu tak mengganggu kestabilan masyarakat, ko masih ada peluang nak mengutuk, merepek, merapu dan meraban. (macam aku sekarang..ahhahahah).

Dalam dunia blog, follower adalah audien yang setia mendengar ceramah kita, dan pelawat2 yang datang adalah pengunjung di tempat berceramah tu. Nuffnang pulak adalah gerai2 yang dibuka di kawasan ceramah. Haaaa...tak ke sama situasi tu. Bayangkan.....bayangkan....

Tapi, pelikla kepada mereka2 yang menyalahgunakan peranan bersosial di internet ni. Laman sosial dan blog di salah guna sesuka hati. Terpikir juga aku, masa manusia2 ni menyalah gunakan aplikasi ni, tak terpikir ke yang apa yang dia terbitkan di blog dan laman sosial ni sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa. Sekarang ni, undang2 siber semakin dikuatkuasakan. Pemerhati ada di merata-rata tempat. watch out!

Merujuk pada snap FB diatas, korang rasa ayat manusia tu ada ciri2 mengugut tak atau ciri2 yang akan mencetuskan huru-hara yang akan mengganggu kedamaian masyarakat?

Kesimpulannya, peraturan utama untuk bersosial di internet sebenrnya sama aje dengan peraturan sosial di dunia realiti. Tutur kata kena jaga...adab sopan kene diutamakan...cakap siang2 pandang2...cakap malam2 dengar2.


Thursday, March 4, 2010

Happy birthday mom!

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:13:00 AM 0 uncang teh
Supposely this entry should be wrote last night (2/3/2010) before 12 o'clock am because it was my mother's birthday. But, since someone have spoiled my day with nonsense issue...so the different entry was came out. Because this night I have great mood to write in this my cute blog (ceh perasan btul), so here I want to wish with all of my heart to my lovely mother.....

HAPPY BIRTHDAY MOM AND MAY ALLAH ALWAYS BLESS YOU AND OUR FAMILY FOREVER. I LOVE YOU SO MUCH AND YOU KNOW WHO I AM VERY MUCH.

Present....there is no priceless present to give to my mother except our love and happiness and you know that all mother in the world always pray to their children.

Again....to my mother Mrs. NORMUIA'NI BINTI SELAMAT...happy birthday and Allah bless you always. You are my angels and everything in my life. Love you so much.



Wednesday, March 3, 2010

9 akal 1 nafsu atau 9 nafsu 1 akal

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:08:00 AM 0 uncang teh
Sepanjang minggu ni heboh pasal cerita Allahyarham adik Syafiya Humairah. Sedih betul bila tau cara dia meninggal. Seksa. Budak 3 tahun...apa yang diorang tau. Jadi dalam hal ni sape yang patut dipersalahkan....ibunya, atoknye, neneknya, bapa saudaranya, teman lelaki ibunya yang sangat bodoh itu atau masyarakat yang semakin hilang rasa tanggungjawab mereka? Fikir-fikirkanlah..........

Kalau sembang dengan lelaki mesti diorang bangga sbb diorang ni ada 9 akal 1 nafsu dan perempuan pula cuma ada 1 akal dan 9 nafsu. Dalam ayat tersirat, orang lelaki ni seakan2 nak kondem perempuan la yang konon2nya sbb diorang ada 9 akal so diorang ni lagi bijak. Tapi, dengan apa yang terjadi pada adik Shafiya dan juga beberapa peristiwa sedih sepanjang hujung tahun 2009 dan awal 2010 ni, aku rasa walaupun ada 9 akal tapi lelaki masih lagi mengutamakan 1 nafsu mereka tu.

Cuba lihat, sape yang banyak masuk dalam pusat serenti...lelaki kan.Sape yang banyak jadi mat rempit....lelaki, sape yang banyak masuk penjara...lelaki....sapa yang banyak ada kes di mahkamah..lelaki...pendek kata selain memonopoli dalam pembangunan negara..lelaki juga memonopoli dalam kejatuhan nilai masyarakat masa kini. Bukan takde perempuan yang salah...ada...lagi2 dengan laungan kesamarataan gender yang di laung2kan oleh NGO yang berjuang untuk wanita.....wanita juga ada yang masuk pusat serenti, masuk penjara, masuk mahkamah. Tapi perlu diingat...lelaki adalah ketua...jadi bila ada ketua adalah pengikutnya dan pengikutnya adalah perempuan.

Sekarang ni susah nak cari lelaki yang berkualiti, lagi2 bila ramai wanita dah semakin maju dalam pelajaran dan kerjaya. Nak cari lelaki yang sekufu memang susah. Sebab tu ramai wanita di luar sana rela untuk hidup sendiri dari terus di ikat oleh lelaki yang banyak akal ini.

Walaupun lelaki ada 9 akal tapi kebanyakkan akal lelaki ni tak digunakan semaksimum untuk perkara yang mendatangkan faedah. Sebab tu boleh kita tengok macam mana dengan senang hati lelaki2 ini boleh menyeksa perempuan, menyeksa kanak2 sampai mati....sebab akal yang banyak tu diorang simpan kat kepala lutut. Cuba kalau akal yang banyak tu diorang letak kat otak...guna betul2...mesti takde la kes rogol, bunuh, dan sebagainya. Berbeza dengan perempuan, 9 nafsu memang digunakan secara maksimum sebabnya hanya 1 akal je yang nak kawal, jadi mana mampu.

Jadi itulah sebabnya tuhan jadikan lelaki 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal, supaya saling melengkapi. Bila lelaki dan wanita berkahwin secara sah, nisbah akal dan nafsu ini akan jadi seimbang. Lelaki yang mempunyai 9 akal boleh mengawal 9 nafsu wanita, dan wanita yang mempunyai 9 nafsu boleh melayan 1 nafsu lelaki. Tapi, tak dinafikan, lelaki ni ego tinggi. Walau rendah macam mana pun status pendidikan atau pemikiran mereka, 1 perkara yang diutamakan adalah ego. Wanita pula, walau status pendidikan dan pemikiran tinggi, mereka tetap seorang makhluk yang kurang ego dan lemah lembut.

Maaf, hari ni aku jadi emo sikit, mungkin sebab bengang dengan hal yang berlaku semalam, Jadi cerita hari ni mungkin berbau sedikit feminisme, tapi aku bukan anti lelaki.

Nota_jari: merujuk pada diri aku, lebih senang nak deal dengan org (tak kira lelaki atau perempuan) yg sama level pendidikan dan pemikiran daripada mereka yang tak sama level. (tak sama level ni adalah org yg level terlalu tinggi dan level yg rendah dari aku)

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea