Assalamualaikum wbt
Sekarang ni kan kalau kita baca kat akhbar banyak betul cerita pasal penipuan internet. Kebanyakkan penipuan internet ini modus operandi dia sama aje...berkenalan di laman sosial seperti Facebook, Tagged atau Wayn, kemudian berbalas email dan chatting. Dalam tempoh yang singkat si lelaki penyamar ini melamar ajak kahwin, hantar hadiah untuk bukti jujur, hadiah tersekat di kastam, si perempuan terpaksa masukkan wang untuk menebus dan selepas wang dimasukkan...barulah si perempuan ini sedar mereka ditipu. Kebanyakkan mangsa penipuan ini adalah dari kalangan perempuan yang berstatus bujang sama ada masih belum berkahwin atau janda.
Sumber: Harian Metro
Betul, laman sosial internet merupakan salah satu medium alternatif kepada wanita bujang untuk mencari jodoh. Tapi, jika terlalu taksub dengan keinginan untuk mendapatkan jodoh segera, inilah jadinya...menjadi mangsa penipuan internet.
Kadang-kadang aku terfikir juga, kenapa dan mengapa mudah sangat wanita ini ditipu. Sedangkan dari dulu lagi telah banyak peringatan dan pendedahan mengenai aktiviti penipuan internet. Ironinya, kebanyakkan mangsa ini bukanlah mereka yang sembarangan orang, maksudnya mangsa-mangsa ini adalah wanita-wanita yang mempunyai kerjaya yang hebat dan berpendidikan tinggi. Secara logik, mana mungkin mereka ini mudah untuk ditipu.
Tapi, inilah yang terjadi kalau tahap keterdesakan (ada ke perkataan ni dalam kamus dewan) untuk mendapatkan jodoh melebihi segala-galanya, selain ketaksuban untuk mendapat teman lelaki warga asing, maka diri sendiri yang menjadi mangsa penipuan di internet. Cinta tak dapat, boyfriend hilang, wang pun lesap. Nasib baik body tak tergadai.
Aku pun sebenarnya ada gak pengalaman kena ngorat dengan manusia bangsa asing yang tak dikenali di laman sosial. Masa aku ada akaun Tagged dulu, boleh dikatakan setiap hari dapat private message daripada bangsa2 asing especially "Awang Hitam" untuk berkenalan. Benar, seperti mana yang didedahkan di akhbar, ayat-ayat diorang ni memang tak boleh blah....sangat sangat sangat jiwang karat. Aku yang baca ni pun boleh tergelak tergolek-golek sebab geli perut. So memang patut pun ade wanita Malaysia diluar sana yang akan cair. Nak harap lelaki Malaysia bagi ayat jiwang macam tu....jangan harap. Tapi aku bukannya layan sangat sebab aku tak pandai nak karang ayat jiwang dalam bahasa Inggeris....nnt tak sampai maksud pula. Kalau la bangsa asing ni faham Bahasa Melayu, senang sikit nak goreng ayat jiwang tu. Hahaha....last2 aku tutup je akaun Tagged tu. Maklum la dah terlampau glamer pula.
Lately, aku dapat pula private message kat akaun Facebook aku. Kalau dalam Tagged..Awang Hitam ni lebih banyak meletakkan gambar mereka sendiri, tapi di Facebook ni seperti yang dinyatakan oleh pihak PDRM, mereka meletakkan gambar lelaki kulit putih pula. Biodata diri memang tak boleh blah la...study kat Universiti dan bekerja sebagai pengurus...memang nampak sangat modus operandi merekakan. Yang best tu dia bagi message siap bagi salam tapi bila aku selidik gambar tu siap bertindik telinga dan memakai rantai salib. Hah....nampak sangat kan penipu. Tapi kalau biodata tu betul pun, ko nak ke kenal dengan lelaki yang bagi salam tapi pakai rantai salib? Fikir logik fikir guna iman...sure tak nak kan. Jadi mcm mana kita boleh terjebak sebab sebenarnya kita boleh mengelak?
Sumber: Facebook aku
Kalau korang boleh teropong baca message diorang ni, sure cair kan. Awal-awal dah mention aku ni ade beautiful smile. Hahaha....nak harap dapat message dr lelaki Malaysia...jangan harap la kan. Tapi nasib baik la aku ni boleh lagi berfikir dengan tenang dan logik, so nampak sangat penipunya kan.
Lagi satu, desparate sangat ke wanita-wanita diluar sana yang masih bujang sampai sanggup bagi duit untuk lelaki yang tak dikenali? Ingatlah, jika seseorang lelaki tu mula bercakap untuk meminjam wang kita walau apa jua alasan yang dia beri, patutkah kita beri? Lelaki itu bukan tunang kita...lelaki itu bukan suami kita...lelaki itu bukan adik-beradik kita...malah kita cuma kenal lelaki itu dalam tempoh yang singkat. Kalau dengan adik-beradik sendiri pun kita boleh kena tipu, inikan pula dengan lelaki asing...warganegara asing...yang belum tentu kewujudannya. Duit beb...duit...dari ko bagi kat orang yang tak dikenali tu baik la korang melabur kat shopping complex...lagi puas hati.
Alhamdulillah, walaupun aku ni masih lagi bujang trang tang tang, tapi aku masih lagi waras bab jodoh ni. Takde la terdesak sangat sampai nak rembat semua orang yang nak berkenalan. Aku masih lagi berminat dengan lelaki Melayu. Biar pun hitam atau putih warna kulitnya, janji Melayu dan Islam. Ataupun dalam skop yang besar sedikit, lelaki warganegara Malaysia, as long dia duduk, stay dan bekerja di Malaysia.
Nota_jari: Doa banyak-banyak semoga Allah temukan jodoh yang sesuai untuk aku.