Sunday, August 25, 2013

Bertamu Di Ruang Tamu

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:02:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Dah puas tengok dapur dan tempat makan aku. Jom kita explore pula ruang tamu/ruang menonton/ruang rehat/ ruang melepak (banyak betul slashnye - menunjukkan banyak betul kegunaannya).

Ruang tamu aku ni kecik je. senang cakap sempit sbb layout rumah aku ni memanjang ke belakang. Jadinya ade sedikit kesusahan nak menyusun perabot yang ada. Lagi pula cermin hadapan rumah aku berbentuk semi hexagon. Alooo..macam mana nak susun ni.

Masa merempat di rumah sewa dulu aku takde pun beli sofa. Duduk rumah makcik aku, dia tinggalkan sofa lama dia. So aku pun menggunakan la pada tahap maksimum. Bila masuk rumah sendiri kena la beli sofa lain. Takkan nak duduk kat lantai pula. Jadinya aku beli la sofa aku tu warna kelabu. Kenapa kelabu? Sebab aku kan nak buat konsep neutral. Hahaha...takdelah...aku plan nak beli sofa warna krim (tak nak warna coklat ok), tapi warna krim kan cepat kotor. So then aku decide warna kelabu la (pengaruh rancangan makeover luar negara lagi).


Aku beli sofa bentuk L je. Rumah moden kan. Kalau ikutkan hati aku ni, saiz sofa ni kira saiz besar ler. Aku sebenarnya berkenan kat saiz sofa ikea macam gambar kat bawah ni. Baru sesuai dengan rumah aku. Tapi kat Kangar/Alor Setar ni mana nak cari saiz macam tu. Kalau ada pun design pula tak berkenan. Jadinya aku ambil la sofa yang sedia ada ni. Saje je kaki tu aku amik jenis chrome, senang kalau banjir takde la direct kene air.
Contoh sofa Ikea yang aku berkenan tu.

Selain sofa bentul L tu aku beli 2 biji armchair juga untuk aku letak kat hujung tingkap bentuk semi hexagon tu. Yang ni mula-mula tu nak beli kaler silver sebab nak matching kaler kelabu. Tapi kedai cakap kilang dah tak keluarkan stok kaler bronze. Sebab takut stok habis, so aku rembat aje la 2 buah. Kalau nak tukar warna, just buat cover dari kain aje sudah. Kat tengah-tengah tu aku letak meja kopi Lack beli kat Ikea je. Jimat kos. 


Bantal hiasan 2 biji tu sebenarnya aku beli kat Ikea juga. Berapa ntah harga dia tapi dibawah RM10 untuk satu biji. So aku beli 2 biiji. Sarung tu pula aku minta mak aku tolong jahitkan. Beli kain langsir kat Nagoya Jitra dalam RM16.00 semeter je. Semeter kain ni boleh dapat 2 helai sarung bantal. Serius cakap la kan, bila masuk bahagian kain langsir kat Nagoya tu, aku jadi rambang mata. Kain punya la pelbagai jenis dan corak. Cantik-cantik pula tu. Dan yang penting murah. Lagi banyak pilihan berbanding masa aku beli kain langsir kat Jakel Alor Setar.

Kan ke aku sibuk sangat nak letak hiasan warna merah. Jadinya ade la sikit aku letak kat atas meja Lack tu. Lantern, bunga, dan lilin, semua tu macam biasalah aku borong kat Ikea. Lantern tu dah lama aku beli since masa kat rumah sewa lagi. Kalau blackout boleh la buat letak lilin kecik. Patutnya kena letak lapik meja tu, tapi nantilah, tak jumpa lagi kain dan corak yang berkenan dihati.


Kalau dilihat daripada ruang makan rumah aku tu, macam ginilah keadaannya ruang tamu aku tu.


Simple aje pun. Takdelah grand livina sangat macam rumah orang lain. Ruang rumah sempit, macam ginilah. Kat bawah ni pula kedudukan tv rumah aku.


Ye...masih lagi guna tv saiz gabak dengan wayar yang berselirat. Part ni memang tak terurus lagi. Orang lain dah pakai tv flat, LCD LED bagai dengan Smart TV nye ala-ala tv takde bontot aku kata, tapi aku masih lagi pakai tv yang ade bontot. Flat di depan dan tonggek dibelakang. Kabinet tv takde sebab plan aku kalau nak tukar tv aku nak sangkut terus kat dinding. Jadinya meja kopi Ikea jenis Lack yang jadi mangsa aku. Tahan pula tu meja kopi tu buat menampung berat tv Toshiba Bomba aku tu.

Korang tak tau betapa seksanya masa aku nak angkut tv tu ke rumah sini dr rumah sewa lama. Jenuh nak adjust utk masukkan dalam kereta aku tu. Dah ler berat. Memang tahap dah give up dah time tu. Last last minta tolong brother Astro masa dia datang nak pindahkan piring dan dekoder Astro dari rumah sewa. Lega. Tq ye encik sebab tolong angkat tv gabak saya tu.

Bunga-bungaan tu dari rumah lama. Nak tinggal kat rumah lama sayang, jadi aku angkut aje la. Buat masa sekarang aku letak dulu kat tepi tv. nanti kalau dah ada idea nak buat ape, baru la aku ubah. Warna bunga out of theme sikit...maklumlah bunga sedia ada. Tapi jangan risau, idea akan datang kendian.

Itu je kot pasal ruang tamu. Next time kalau ada makeover aku stori lagi. Sori ye...ini bukan nak menunjuk tapi sekadar berkongsi idea hiasan dan susun atur je. Aku rasa ramai orang kat luar tu ade masalah macam aku masa nak mula-mula susun perabot tu. Jenuh search jenuh google hanya untuk dapatkan idea untuk menyusun dan mendeko rumah. 

Wednesday, August 21, 2013

Karpet Jakel

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:42:00 AM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ingat tak dalam entri pasal bilik tido aku tu aku ada mention pasal karpet yang aku beli kat Jakel. Sebenarnya selain karpet tu aku beli satu lagi karpet untuk ruang tamu aku. Kira beli sekali la masa Jualan Lelong Karpet Jakel sempena Hari Raya dulu.

Karpet dalam bilik tidur aku jenis bulu-bulu. 

Kalau untuk bilik tidur aku beli warna kelabu jenis bulu-bulu. Ape ek orang panggil karpet ni..jenis shaggy ek. Ke aku silap...pandai-pandai je bagi nama ntah ape-ape ntah. Hahahaha..

So untuk ruang tamu ni aku beli karpet ala-ala English style. Nama karpet ni kalau tak silap aku jurujual tu panggil karpet Laura Ashley cap Jakel. Aku pun tak tau apsal nama dia Laura Ashley. Maybe sebab design dia adalah english style atau memang dia amik dari kedai Laura Ashley. So tolong jangan tanya aku ok pasal nama tu.

Karpet Laura Ashley cap Jakel ni bukan jenis bulu-bulu. Takde bulu panjang takde bulu pendek. Rata aje. Senang aku nak vakuum dan buang habuk. Selain tu takde habuk nak terperangkap kat celah-celak karpet. Lagi pula jenis aku ni bukannya rajin sangat nak buat maintenance rumah tiap-tiap hari. So beli je yang karpet yang jenis mudah nak diuruskan.

Lagi pula jenis karpet ni jenis cotton, takde la panas sangat bila nak baring. Dah ler cuaca kat Perlis ni panas. Kira ok la karpet ni. Kalau air tumpah pun senang nak kering. Aku pulak letak betul-betul bawah kipas siling...memang seronok kalau terlelap sejam dua ni.

Corak ala-ala English style

Simple je corak ni. Takde la serabut sangat. Sengaja aku pilih warna krim sebab nak bagi matching dengan warna bronze armchair aku. Lagi satu sebab ada bunga warna merah. Aku kan nak letak barang dekorasi warna merah je kat ruang tamu dan ruang makan aku. 


Asalnya aku nak pilih corak bunga besor-besor sebab bunga besor tu warna merah. Biar menonjol sikit warna dia tu. Tapi En.Syg tak berkenan pula. Kata dia corak tu tak lawa. Dia berkenan dengan corak bunga kecil-kecil ni. Jadinya aku pilih aje la corak bunga kecil ni walaupun dalam hati sangat-sangat berkenan dengan bunga merah besar itu walaupun coraknye tidak menarik sangat. Nak buat macam mana, kena la belajar bertolak ansur dengan En. Syg sebab dia pun ada share juga masa nak bayar harga karpet tu.

Harga....aku tak tau korang yang nak nangis ke atau aku yang nangis bila mengenangkan harga karpet-karpet ni. Untuk yang dalam bilik tidur tu harga dia dalam RM95 kot kalau aku tak silap, dan untuk karpet nama Laura Ashley cap Jakel ni harga dia RM250 kot. Lebih kurang macam tu aje la. Murah ke mahal? Aku try juga nak minta kurang harga tu tapi tak dapat sebab masa aku beli tu still di awal bulan puasa. Aku ingat kalau aku beli masa malam raya confirm dapat harga lagi murah kot. Tapi jadilah...kalau kat tempat lain dengan jumlah harga tu cuma sekeping karpet saiz sederhana besor je yang aku dapat. Ini boleh dapat 2 keping karpet, kira ok aje la kan (pejam mata sambil tanak pikir dah pasal harga).

Tapi aku sangat berpuas hati la dengan 2 keping karpet ni. Tempat aku guling-guling masa tengok tv dan masa aku nak melelapkan mata sekejap. Sekurang-kurangnya takde la kosong sangat rumah aku tu walaupun aku baru pindah. Maklumlah..nak sambut raya kat rumah baru...ginilah caranyanya.

Ikea Family Member

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:04:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Akhirnya sampai juga member kad Ikea kat rumah aku. Orang lain dah lama jadi family member Ikea, aku ni pula dah beriban-riban habiskan duit kat Ikea baru terhegeh-hegeh sign up untuk jadi ahli. Tapi takpe lah kan, lepas ni banyak lagi yang aku boleh beli kat Ikea tu. Macam-macam ade untuk rumah aku tu nanti. Tinggal nak prepare duit riban-riban untuk belanja aje...

Tuesday, August 20, 2013

Oh! My Office

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:05:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Asyik tunjuk deko kat rumah aje (maklumlah dok jakun masuk rumah baru.....uwekkk), ni nak tunjuk pula deko kat opis aku.

Takde la menarik sangat pun deko kat dalam opis aku ni, just aku gantung frame aje. Dinding warna kelabu, bila gantung frame ade kaler merah ni, celik sikit mata aku masa awal pagi masuk opis.


Ceritanya, frame merah tu aku beli kat Ikea plan nak letak kat rumah. Kan aku bagitau rumah aku kelihatan 'dull'. Tapi bila dah beli dan nak ganti dengan frame putih yang sedia ada tu, kelihatan frame merah ni simple sangat. Jadinya aku angkut mai opis aje la. Nanti bila bosan boleh je tukar gambar tu dengan gambar yang ada kat dalam frame kat rumah tu.


Frame pompuan yang pakai baju merah tu aku beli kat Bukit Merah Lake Town satu masa dahulu. Mula-mula nak letak kat rumah sewa yang pernah aku duduk suatu masa dahulu. Tapi aku sendiri la pula yang seram sebab gambar tu takde kaki. Jadinya aku angkut letak kat opis juga. So bila pindah opis baru ni, aku angkut juga la.


Satu lagi gambar tu aku beli masa aku holiday ke Vietnam hujung bulan 3 dulu. Beli buat kenangan untuk diri sendiri. Nak mengingatkan aku yang aku pernah naik kolek tu masa melawat Sungai Mekong dulu. Cuma kolek yang aku naik tu takde la bumbung macam dalam gambar tu.

Kat dinding hujung tu aku sangkut koleksi key-chain aku. Sebenarnya nak kena susun balik key chain tu tapi belum ada masa lagi. Masa yang ada aku guna untuk update blog. Hihihihi...

Inilah rope secara umum dinding bilik ni. Baru lepas menyusun, so nampak la kemas. Cuba tengah tunggang langgang hidup aku, jangan harap ler nak kemas macam ni. Ular sawa pun boleh masuk tido.


Ini baru sebahagian aje. Sebahagian lagi dinding bilik still kosong. Yang tu aku nak tunggu almari buku sampai dulu. Jadinya kena hold dulu la.


Jangan tak tau, white board pun boleh juga kita buat sebagai salah satu elemen dekorasi. Jenuh gak aku nak sangkut white board tu. Nak gerumit lubang untuk letak skru pun boleh tahan peluh gak. Kematu juga la tangan ni pegang skru driver.

Abaikan kabinet buku dan file aku tu. Aku main aci sumbat aje ape yang ada. Nanti nak kemas lain. Boleh la time tu aku masuk dalam entri susun atur pulak.



Typing Error

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:14:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Tengah nak check tarikh kat kalender, baru perasan takde tarikh untuk hari ini. Kalau nak diikutkan hari ni hari Selasa bersamaan 20 Ogos 2013 bersamaan 13 Syawal 1434 H. Tapi bila tengok kalendar, no 20 tak ada...serius...aku tak tipu. Kalau tak percaya, korang tegok sendiri kalendar kat bawah ni.

See....aku siap bulatkan lagi kat nombor tu.

Nota_jari: Hanya berkaitan dengan kalendar aku aje kot. Kalendar cap lain takde la kot.

Dining Area

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:40:00 PM 6 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah...pejam celik pejam celik, hari ni dah pun masuk 13 Syawal. dah hampir 2 minggu la kita masuk ke bulan Syawal kan.

Lama dah tak update pasal deko rumah aku. Dulu pernah dah buat entri pasal deko-deko dan susun-susun masa mula-mula perabot sampai dan rumah baru siap dicuci bersih. Time tu lebih kurang, tunjuk dan lihat. Tapi dengan kedatangan Syawal ni aku ada la menambah beberapa dekorasi yang tak berapa nak berdekorasi untuk ruang makan aku ni. Ala tambah sikit je bagi nampak kemas.

Kenapa ruang makan je? Sebab rumah aku ni memang takde dining hall. Hahaha...yela...kalau dah ruang makan share satu pelan lantai dengan ruang tamu, macam mana nak buat hall pulak. Lagi satu, sebab malam tadi aku rasa meja makan aku ni kemas sikit berbanding ruang tamu aku yang penuh dengan kain baju yang belum dilipat. Jom layan cerita bergambar.


Rupa ruang makan aku, membujur lalu melintang patah
Inilah ruang makan aku. Takde la advanced sangat macam rumah orang lain. Cukup sekadar ada satu set meja makan berkerusi 6 sahaja. Hari tu dah cerita pasal cermin yang aku lekat kat dinding tu dalam entri 'mirror mirror'. Cermin murah je beli kat Ikea.

Karpet kelabu tu pula mula-mula tu aku letak kat ruang tamu. Tempat untuk aku landing guling-guling bila rasa bosan melapak kat sofa. Tapi bila aku dah beli karpet baru masa jualan lelong carpet Jakel time bulan puasa dulu, jadi aku pindahkan je ke ruang makan ni. At least ada juga tempat untuk lapik kaki masa menjamu selera.Selain tu bila dah letak karpet kelabu ni baru la terasa ruang makan aku ada connection dengan ruang tamu aku.

Masa entri aku yang mula-mula dulu ruang makan aku memang nampak 'dull' aje. Yelah...dengan meja warna putih, dinding warna hijau, karpet warna kelabu. Takde yang nak bagi naik seri langsung. Time tu apa yang aku nak buat cuma nak letak hiasan bunga warna merah je..supaya nampak naik seri sikit.

Tapi masa nak raya dulu, aku jalan-jalan ler kat area Arau tu, konon-konon saje je nak window shopping sebelum aku cuti raya. Bila sampai kat Kedai Borong Dinh tu nampak plastik lapik meja ni. Kebetulan aku memang nak cari plastik untuk lapik meja makan aku tu, sebab paham-paham aje la kan kalau dah warna putih tu memang senang sangatlah kotor. Plan asal just nak beli plastik transparent aje la. Tapi bila dah jumpa plastik yang bercorak bunga-bunga ni, terus berkenan. Murah je plastik ni, cuma RM10 untuk semeter kalau tak silap aku la. Aku beli 2 meter, konon budget meja aku tu besar sangat. Tapi bila balik dan ukur still ada lebihan lagi dalam setengah meter. Boleh la buat lapik laci pula. Lagi pun plastik dia tebal. 

Dalam hati ada taman, dalam brutal still ada feminin side punya
Betullah apa yang orang cakap, rumah kita ni kena ada juga sentuhan feminin macam bunga atau gambar, baru nampak naik seri tu. Walaupun corak bunga plastik tu warna oren, tapi aku rasa sangat matching dengan warna langsir dan cat dinding rumah aku yang berwarna hijau tu. Corak bunga tu pula sangat simple, jadi takde la aku sakit kepala bila balik dari kerja.

Suasana di pagi hari....cett
Lupa nak stori sikit, since bulan raya tak habis lagi, jadinya atas meja aku pun still lagi ada koleksi kuih raya ler. Balang raya tu aku beli masa bulan puasa tahun lepas. Beli kat Menang Glassware, satu set cuma RM9.90 kalau tak silap aku. Beli dengan harga ahli, pinjam kawan punya. So aku beli 4 set, 2 set aku bagi kat mak aku, dan 2 set pula untuk diri aku. Jadi tahun ni takde la aku gelabah nak beli set balang kuih sebab aku dah prepare dari tahun lepas. Masa balik dari kampung hari tu, aku siap-siap letak kuih dari rumah mak aku dan angkut letak dalam bonet kereta terus. Jadinya, kuih at rumah aku tu memang kuih limited edition aje la. Kalau habis...takde stok dah. Nama pun dah duduk rumah sendiri, kena la prepare kuih raya sendiri. Kalau masa duduk rumah sewa dulu, jangan harap la aku nak letak kuih raya bagai ni kat rumah aku.

Nota-jari: Setakat ni aku dengan adik aku aje la yang pulun bagi habis kuih raya tu. 

Friday, August 16, 2013

Ya Allah...Bantulah Saudara-Saudara Ku

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:43:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.



Satu masa dahulu, kita amat bersimpati dengan nasib Saudara kita di Palestin. Kekejaman tentera Zionis terhadap rakyat Palestin yang beragama Islam membuatkan kita di Malaysia menjadi sakit hati dan benci kepada Israel Zionis.

Selepas itu saat aku masih kecil dan tidak tahu ape makna satu peperangan, berlakunya perang Soviet-Afganistan yang akhirnya membuktikan jika umat Islam berjuang kerana Allah, pastinya kemenangan itu milik kita. Bayangkan ketika itu, tentera Soviet yang amat besar dan menggunakan kelengkapan tentera yang moden akhirnya kalah ditangan rakyat Afganistan yang serba kekurangan. Masya Allah.

Kita ingat kekejaman itu hanya di Palestin dan Afganistan sahaja. Tapi pada awal tahun 90-an, kita dikejutkan dengan peristiwa pembersihan etnik Bosnia yang beragama Islam dan etnik Crotia oleh etnik Serbia. Sekali lagi umat Islam diuji apatah lagi dengan peristiwa pembunuhan beramai-ramai etnik Bosnia di Daerah Srebrenica. Pada masa ini masyarakat Antarabangsa mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh etnik Serbia. Dan Alhamdulillah, akhirnya Bosnia kembali aman sehingga kini.

Itu cerita pada abad ke-20 yang lalu. sebenarnya ada banyak lagi peperangan yang melibatkan Saudara Islam kita di beberapa negara lain.

Masuk ke abad 21, kita ingat kita hanya  fokus untuk pembebasan Palestin daripada rejim Zionis. Tapi kita lupa, seiring dengan peningkatan teknologi dan juga kemodenan hidup serta kesenangan yang diperolehi, kita lupa untuk memperkukuhkan ukhwah atas nama Islam. Kita jadi manusia yang hanya mementingkan kebendaan dunia tanpa memperdulikan nasib-nasib saudara kita di negara lain.

Maka berlakulah beberapa keganasan di bumi Anbia seperti di Gaza, Syria, Mesir, Iraq dan beberapa negara yang lain. Jika di Gaza adalah rentetan peperangan antara Palestin dan rejim Zionis yang tidak pernah habis. Di Syria pula adalah peperangan diantara Puak Sunni dan Puak Syiah yang amat ketara adalah peperangan menolak yang batil dan menerima yang benar. Terbaru adalah pergolakkan yang berlaku di Mesir selepas rampasan kuasa yang dilakukan oleh Tentera Mesir keatas Presiden Muhammad Mursi yang memperjuangkan Islam.

Ironinya, kebanyakkan peristiwa berdarah ini berlaku ketika Umat Islam sedang melakukan ibadah puasa di Bulan Ramadan. Nauzubillah.

Inilah ujian sebenarnya untuk kita. Saudara kita di sana bermati-matian mempertahankan Islam, tapi apa yang kita buat di bumi Malaysia? 

Kita tidak mampu untuk turun ke negara mereka untuk berjuang bersama-sama kerana ketidakupayaan kita melakukannya. Tapi sedarkah kita bahawa kita mampu untuk membantu saudara kita hanya dengan BERDOA.

Jika dalam dunia jurnalis, mata pena itu amat berkuasa, tapi dalam dunia Islam, doa itu adalah senjata yang paling merbahaya untuk musuh kita.

Justeru, kawan-kawan marilah kita bersama-sama menadah tangan memohon petunjuk dan hidayah serta bantuan dari Allah swt supaya memberi kekuatan kepada kita semua termasuk kepada saudara-saudara kita di Mesir, Palestin, Syria, Afganistan, Iraq dan juga negara-negara lain untuk terus berjuang mempertahankan agama Allah. Insya Allah.

Nota_jari: Mohon maaf jika terdapat kesilapan fakta kerana aku menulis berdasarkan pengetahuan yang terhad. Aku menulis dari hati.

Raya 2013

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:21:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Saat-saat genting. Sempat lagi kot nak update blog..heheh

Raya tahun 2013 ni aku sambut macam tahun-tahun lepas juga ler. Simple-simple aje. Tapi dalam cakap simple-simple tu penuh juga la meja tamu kat depan dengan biskut raya yang pelbagai jenis, rupa dan rasa.


Tahun ni Jimah dengan abang aku turn beraya di rumah mertua masing-masing. Jimah balik Bintulu dan abang aku pula balik Pahang. Orang dah ada mertua, macam tu la. Kena la gilir-gilir kan.

Walaupun adik dan abang aku tak beraya di Perak, tapi aku still ade geng nak jalan beraya sebab tahun ni adik aku yang baru kahwin tu buat turn raya kat kampung aku. Jadinya takde la bosan sangat aku dengan adik-adik aku kat rumah tu sebab ade juga geng baru.

Adik-adik lelaki aku pakat buat tema kaler hijau la pula raya tahun ni.

Ahli baru dalam keluarga aku, adik ipar aku ler yang kat tengah tu.

Tahun ni takde gambar raya beramai-ramai. Maklumlah photographer balik raya kat Bintulu. Yang ada hanya kamera hp aje. So gambar yang di snap pun cukup-cukup makan aje.  Jadilah kan daripada takde gambar raya langsung.

Walaupun ahli korum tak cukup, tapi kami tetap happy beraya 6 beradik. Time ginilah ade can nak gi melawat jiran tetangga. Tapi amik kau, rumah jiran kat kampung aku takde la banyak sangat sekadar 7 8 buah rumah je. Tapi bila habis raya je, balik rumah terus sengkak perut sebab perut penuh. Mana taknye, satu rumah buat nasi tomato, satu rumah buat char koew tiaw, satu rumah buat bihun sup, lepas tu 3 buah rumah pula buat laksa. Tak makan tak kena juga sebab tuan rumah dah jamu. Nak tak nak jamah la sikit. Tapi bila kita jamah makanan tu sikit, air yang masuk double. So mana ler tak sengkak perut tu.

Malam raya pula turn raya rumah Acu aku sambil nak melawat tok aku kat sana. Kalau nak diikutkan tu adik beradik sepupu sepapat famili ayah aku tu ramai je tapi kalau yang betul-betul adik ayah aku tu just acu aku aje la. Kalau nak cerita pasal keturunan ayah aku ni 4 hari 4 malam belum tentu habis. So korang just take note aje la yang ayah aku cuma dua beradik je.

Raya kedua, time aku balik raya rumah mbah aku sebelah mak aku pula. Ini memang rutin tiap-tiap tahun ni, dari aku kecil sampailah sekarang. Kalau dulu ayah aku pun ikut sekali. Tapi bila tok aku dah stay dengan Acu aku, so ayah aku mengalah tak balik time raya kedua tu untuk jaga rumah. Jadinya akulah yang bertanggungjawab nak jadi supir mak aku untuk balik ke kampung. 

Kalau balik beraya ke kampung mak aku ni meriah sikit. Adik beradik mak aku ni ramai. So sepupu-sepupu pun ramai lah. Aku memang rapat dengan sepupu-sepupu aku ni. Lagi-lagi bila masing-masing dah besar panjang dan dah kerja, tapi perangai tetap maintain sama je. Tak kiralah sepupu yang bujang ke atau sepupu yang dah kawin. Sama je naik bila dah jumpa. 

Sebahagian sepupu-sepupu aku yang sengal

Rumah mbah aku ni rumah kampung. Dah la tu rumah kayu tau. Sangat antik. So bila dah ramai-ramai balik ni jangan haraplah nak dapat tidur selesa dalam bilik. Jadinya, masing-masing pandai-pandailah bawa diri. Tapi time macam ni lah yang paling best. Aku panggil tidur berjemaah. Bila mata dah mengantuk, otak dah tepu, badan dah penat. Ko dah tak fikir ape dah selain nak tidur. Masa tu dah tak kisah dah ko nak menyempit tidur kat sebelah sape pun, janji boleh tidur. Paling best kalau tempat yang kita nak menyempit tu ada tilam atau toto, so selesa sikit. Jadinya bila semua itu diambil kira, keadaannya adalah seperti dalam gambar dibawah la...

Inilah semangat tidur berjemaah

Gitulah cerita raya aku tahun 2013 ni. Nak kata meriah sangat tu takde lah. Nak kata aku enjoy sangat pun takde. Tapi puas hati la juga bila dapat spend time dengan adik beradik dan saudara mara ni. Masa raya ni lah kita nak kenal saudara mara dan jiran tetangga serta mengeratkan silaturrahim. Time lain jangan harap la sebab sibuk dengan kerja dan tugasan harian. 

Lagi best bila time raya ni bila dapat jumpa kawan-kawan masa kecil-kecil dulu. Kawan-kawan mengaji aku, kawan-kawan sekolah tadika aku, kawan-kawan sekolah rendah, kawan-kawan sekolah menengah dan kawan-kawan sekampung. Masa ni mula la start mengimbau kenangan time nakal-nakal waktu kecil-kecil dulu. Tapi terkilan sikit sebab tahun ni cuma sempat jumpa kawan-kawan mengaji tu seorang dua aje dan kawan sekolah pula sempat beraya cuma satu rumah je. Maybe next year boleh la kot nak gi ziarah kawan-kawan yang lain pula.

Ape-ape pun raya tahun ni tetap diingati sampai bila-bila

Thursday, August 15, 2013

Jom Shopping Di DSYR.com

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:29:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Klik klik klik..

Aku terklik la satu homepage online shop ni iaitu DSYR.com. Biasalah bila lagi sejam nak balik tu, otak dah jem (malas sebenarnya) nak buat keje, so cari keje baru la....menjengah online shop.



Kalau ikut penerangan kat laman fb diorang ni, DSYR ni menjual barang-barang yang unik dan kreatif dari serata dunia. Well...memang fun and creative pun. Contohnya macam flash drive kat bawah ni yang macam kartun Batman. Comel kan. 

Pic credit to DSYR.com.

Tapi selain jual flash drive ni, DSYR ni ade juga jual barangan berkaitan home decor, fashion, art, gadgets dan bermacam-macam lagi pada harga yang ekslusif jika anda menjadi ahli mereka. 

Jadi, jomlah beramai-ramai mendaftar menjadi ahli DSYR.com untuk mendapatkan barang-barang comel dan keratif pada harga yang ekslusif. Penghantarannya juga adalah percuma untuk setiap pembelian RM150 keatas.

Aku pun macam dah berkenan dengan flsh drive ni sebab comel sangat. So nak kena tengok wallet dulu cukup ke tak duit raya yang aku collect untuk beli flash drive Batman.

Nota_jari: Aku tak shopping lagi pun kat sini tapi saje je nak bagi info kat korang semua. Hehehehe

Friday, August 9, 2013

Salam Aidilfitri 1434 Hijrah

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:31:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.


Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua kawan-kawan yang sudi singgah ke blog saya ni. Terima kasih kerana sudi baca entri yang saya post.
Semoga lebaran ini mendekatkan salam ukhwah antara kita semua.


Send from my Windows Phone

Wednesday, August 7, 2013

Ruang Bawah Kabinet Yang Belum Tersusun

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:54:00 AM 0 uncang teh
Assamualaikum wbt.

Ingat tak dalam entry pasal kitchen cabinet aku pernah mention yang bahagian bawah kabinet tu takde partition. Kiranya jenis open kecuali ada 2 bahagian tu diletak dish rack dengan bottle rack. So ini amat memerlukan tahap kreatibiti yang tinggi untuk menyusun atur periuk belanga aku. Lepas aku google dan jenguk sana - sini kat blog-blog orang lain, maka akhirnya aku dapat gak beberapa idea pantas untuk menyeselsaikan masalah ini buat sementara waktu.

Antara penyelesaian itu adalah meletakkan rak untuk simpanan dengan tahap penggunaan maksimum. Dan inilah hasilnya (sambil melayan gambar ye)...


See...aku letak rak dalam kabinet bawah. Tapi ini bukan calang-calang rak tau...aku beli rak kasut. Hahahaha...murah dan flexible. Jadinya boleh la aku metakkan periuk belanga aku kat sini. Opss...sori keadaan masih lagi tidak tersusun. So memang kena satu hari yang tenang lagi indah untuk menyusun semua ini.


Ini pula dibawah dapur. Aku letak bekas beras je dan kat belakang tu aku letak satu lagi rak kasut setingkat sebagai rak. Aku nak letak 2 tingkat rak tu tapi takut nanti tong gas tak lepas keluar plak bila nak kena tukar. Rugi space plak macam ni kan.


Yang ini pula kat bawah sinki. Selalunya kat bawah sinki orang lain buat tempat simpan bahan pencuci, dan juga bahan beracun. Tapi oleh sebab untuk tempat simpanan bahan pencuci dan bahan beracun tu aku dah letak kat kabinet yang lagi satu, so kat bawah sinki ni kosong ler lagi. Plan aku nak beli rak lagi untuk simpan bekas-bekas kosong macam bekas tudung merah tu. Tapi tak sempat lagi nak menjelajah ke kedai Mr. D.I.Y. So sebab tu la tempat dibawah sinki ini masih lagi huru hara tak berkemas.

Iklan Raya 2013

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:33:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Selain daripada lagu raya, kuih raya, dan baju raya, iklan raya pun antara elemen yang aku tunggu-tunggu setiap kali berada dalam bulan Ramadan. Boleh dikatakan, iklan raya yang disiarkan di tv tu antara penambah seri untuk sambutan hari raya. Sekarang ni, kalau nak tengok iklan raya dah tak perlu nak mengadap tv je, dengan kecanggihan teknologi iklan raya pun dah diupload ke Youtube. Yang ditayangkan di tv tu kadang-kadang cuma versi pendek aje. Versi panjang kene tengok kat Youtube.

Kat sini aku senaraikan iklan raya yang menjadi kesukaan aku sempena sambutan Syawal 1434H mengikut kategori yang aku bagi sendiri.

1. Kategori Syahdu Syahdan - Iklan Samsung



  2. Kategori Cerita Pendek - Iklan Petronas



3. Kategori Komedi - Iklan TM



4. Kategori Bidang Industri - Iklan TNB



5. Kategori Cute - Iklan Maxis


Nota_jari: Credit video to Youtube

Hadiah Untuk Diri Aku

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:02:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Ehem....ehem...dah hampir 8 tahun keje tapi inilah kali pertama aku mampu nak beli sunglasses untuk diri sendiri. Sebelum ni aku cuma mampu beli sunglasses murah-murah je yang harga RM20 kat pasar malam. Tapi Alhamdulillah, tahun ni ada lebih rezeki so dapatlah beli satu untuk diri sendiri.

Akhirnya, inilah sunglasses yang aku beli, jenama RayBan. Murah je harga dia berbanding RayBan yang aku aim selama ni. Kiranya separuh daripada harga sunglasses yang aku aim sebelum ni. Beli guna duit elaun memangku sebagai AR selama 3 bulan. Kira ok la kan, boleh la guna untuk drive. At least nampak juga kenangan aku menjadi AR selama 3 bulan yang lepas.


Tuesday, August 6, 2013

Oh! Pantry...Oh! Laundry

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:39:00 PM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Bestkan kalau boleh dapat pantry yang lengkap macam gambar kat bawah ni. Besar dan lengkap nak simpan semua bahan-bahan memasak aku termasuklah peralatan memasak. Dah boleh jadi mini market dah pun ni.

Sumber: Google

Lepas tu pula dapat sediakan laundry area macam gambar kat bawah ni. Nak basuh baju pun seronok. 

Sumber: Google

Kalau nak lagi best dapat cat laundry area tu dengan warna feveret aku pula...Ish...menariknya.

Sumber: Google

Kalau tak dapat pantry dan laundry macam gambar kat atas tu, dapat macam pantry Jen dari iheartorganizing pun dak kira ok. Simple, kemas dan most important things boleh simpan segala rempah, minyak masak dan bahan-bahan memasak dengan kemas dan mudah diambil.

sumber: iheartorganizing 

Ataupun dapat laundry area macam rumah adik kepada blogger rumah comel kami. Boleh letak mesin basuh dan juga ade kawasan untuk ampaian baju. So kalau kena basuh malam-malam pun tak kisah sebab tak perlu nak sidai kat luar. Tak risau bab hujan.


Tapi nak buat macam mana, budget tak cukup nak buat tall unit masa tempah kitchen cabinet dulu untuk jadi pantry simpanan bahan makanan. Lepas tu pula, layout rumah ni yang takde la strategik menyebabkan kawasan laundry tak boleh nak di ujudkan.

Jadi, jadilah ruang pantry dan  laundry aku macam gambar kat bawah ni.


Kabinet coklat tu kabinet pertama yang aku beli masa menyewa di rumah sewa yang 1st dulu. Rak besi tu pula aku beli dekat Giant masa tengah offer, cuma RM99 aje. Kalau tak harga sebenar dia RM149 kalau aku tak silap. Sebelah rak besi tu aku letak mesin basuh aku. Saiz 8.5 kg je. En. Syg bagi cadangan beli mesin basuh saiz 10 kg, tapi over budget la pula. Lepas tu tak sesuai dengan layout dapur, jadi mesin basuh yang tu aje la aku rembat.

Idea untuk beli rak tu aku dapat daripada gambar kat bawah ni. Aku ni banyak juga perkakas elektrik yang aku beli sebelum beli rumah sewa dulu. Bila dah ada rumah sendiri ni, aku jadi malas nak letak semua benda atas kaunter dapur. Serabut je. Jadi aku Google je minta bantuan, dan keluarlah gambar pantry macam ni. Pantry jenis open shelves, untuk tempat menyimpan pinggan mangkuk dan perkakas memasak yang lain.

Source: Google

Kabinet coklat aku tu ada 4 bahagian. Bahagian pertama adalah laci yang masih lagi under construction untuk dikemas kini. Jadinya aku tak snap gambar laci tu.

Bahagian kedua pula adalah ruang bawah laci yang besar tu. Bahagian tu aku buat simpan barang-barang dapur jenis kering. Aku beli la rak putih tu dan bekas hijau tu dari Kedai D.I.Y je pun. Mula tu ingat nak beli semua benda tu akt Daiso sebab aku nampak Daiso banyak jual rak macam tu. Tapi rupanya kat kedai D.I.Y tu banyak gak jual barang yang diimport dari Jepun.


Bahagian ketiga pula iaitu jenis laci tarik aku cuma letak bahan-bahan kering yang aku simpan dalam bekas simpanan berbentuk bulat.


Bahagian keempat pula aku buat tempat simpanan untuk bahan-bahan mencuci pula dan juga bahan-bahan beracun. Bahagian keempat ni aku letak rak yang aku beli kat Mr. D.I.Y untuk memaksimumkan ruang. Tak ingat pula berapa harga seunit, so aku beli 2 unit supaya boleh buat 2 tingkat.


Nampak tak kat pintu tu aku sangkut plastik untuk simpan plastik sampah. Aku sebenarnya nak beli satu bekas yang boleh disangkut untuk menggantikan beg plastik tu tapi sampai sekarang tak jumpa lagi. So buat sementara waktu aku just guna beg plastik aje la. 

See...aku ni kadang-kadang blank gak kepala hotak dengan idea, jadinya label yang aku dapat masa beli bekas putih tu aku lekat kat pintu kabinet supaya ada gak idea untuk mengemas. Selekehkan aku.


Kalau korang takde idea, boleh gak ambil idea dari label macam ni. 

Tempat sidai baju? Jangan tanya la sebab aku takde laundry room so tempat sidai baju pun jenis mudah alih. Penyidai aku tu merupakan rak penyangkut baju yang aku beli satu masa dahulu di Giant. So, sementara nak ada tempat penyidai baju yang elok sikit, aku guna aje ape yang ada.

Sunday, August 4, 2013

Rekod Tertua Dan Pertama Yang Dipegang Oleh Taiping (Mengikut Tahun)

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:37:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Taiping yang bermaksud ketenangan abadi dalam bahasa Mandarin  merupakan Ibu Negeri Perak sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Selain daripada Bukit Larut (Bukit Maxwell) yang menjadi pusat peranginan tertua dan Taman Tasik Taiping sebagai tasik tertua di Semenanjung Malaysia, bandar ini juga merupakan laluan keretapi pertama dibuka antara Taiping dan Port Weld (Kuala Sepetang). 

Taman Tasik Taiping (Sumber: Google)

Berikut merupakan rekod tertua dan pertama yang dipegang oleh Taiping:
  1. Lombong bijih timah terbuka di Semenanjung (1844)
  2. Kolam renang - Kolam Renang Kemahkotaan (1870)
  3. Gudang senjata dan meriam (1870)
  4. Mahkamah Majistret (1874)
  5. Balai Penghulu (1875)
  6. Port Weld (1877)
  7. Pasukan Polis (1879)
  8. Kediaman Residen (1879)
  9. Pusat peranginan tanah tinggi - Maxwell Hill (1884)
  10. Rest House (1894)
  11. Masjid - Masjid Tengku Menteri (1897)
  12. Pejabat Kerajaan (1879)
  13. Pejabat Pos dan Telegraf (1880)
  14. Taman tasik - Taman Tasik Taiping (1881)
  15. Hospitak swasta dan kerajaan (1880)
  16. Kelab - New Club (1881)
  17. Stesen keretapi dan gudang (1881)
  18. Bangunan pasar - Taiping Market Square (1884)
  19. Muzium - Muzium Perak (1883)
  20. Penjara - Penjara Taiping (1879)
  21. Laluan keretapi - dari Port Weld ke Taiping (1885)
  22. Kelab lumba kuda - Perak Turf Club (1886)
  23. Gereja Anglican - All Saint Church, Taiping (1886)
  24. Sekolah Inggeris - King Edward VII School (1883)
  25. Menara jam - Menara Jam Besar (1881)
  26. Esplanade - Padang Esplanade (1890)
  27. Akhbar Melayu - Seri Perak (Jun 1893)
  28. Akhbar Inggeris - Perak Pioneer (4 Julai 1894)
  29. Akhbar Tamil - Perak Verthamani (1894)
  30. Pasukan tentera - Malay States Guides (1896)
Sumber: Harian Metro (Khamis - 1 Ogos 2013)
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea