Thursday, February 28, 2013

Online Coupon Voucher

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:42:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Orang cakap, kalau dah kaki shopping tu tak perlu nak jalan jauh ke mana-mana kedai semata-mata nak beli barang yang diidamkan. Sekarang ni teknologi makin canggih, kedai-kedai online bertabur kat internet, cuma klik klik dan klik aje, semua dapat. Yang penting rajin surf dan buat kajian. Kira surt kat internet ni macam window shopping kat dunia nyata.

Gitulah diri aku ni. Dah kaki shopping tapi bukan tahap shopaholic la lagi. Masih lagi boleh dikawal ketagihannya. Hahahah...

Ok..back to the story. Last two week aku dapat satu email ni pasal satu website yang offer jualan dalam talian. Aku pun tak tau mana diorang dapat email aku ni. Jadinya, aku pun pergi la ziarah website tu. Oooo...rupanya website ni menawarkan jualan kupon untuk produk dan perkhidmatan. Skroll la ke bawah dan ke bawah dan ke bawah, jadi aku berkenan la dengan satu barang ni. Look like blender tapi bukan blender. Lebih kurang mcm botol shaker tapi bukan shaker. Harga pun boleh tahan la selepas diskaun iaitu below 100. Kira ok la kalau nak try test beli. If jadi apa-apa takde la rasa kerugian sangat. Selidik sikit, rupanya ia adalah blender untuk membuat jus buah dan botol dia tu boleh terus di gunakan sebagai tumbler,  dan dikenali sebagai Shake 'n Take.

Rupa kotaknye

Rupa blender dan tumbler

Kalau ade sesapa yang berminat boleh la buka ke website Streetdeal. Streetdeal ni sebenarnya hanya menjual kupon diskaun. Jadi kita kena beli kupon ni dan selepas itu kena redeem la. Tapi of course la kene regiester dulu. Selepas kita beli kupon ni secara online, pihak Streetdeal akan email kupon voucher tu kepada kita. Selepas tu kita kena save dan print, dan pergi redeem la dalam tempoh yang dah ditetapkan. Untuk sesetengah produk macam barang yang aku beli kat atas tu, aku tak perlu pun print dan pergi redeem ke kedai dia, aku cuma perlu masuk ke website sebenar yang jual barang tu, key in code belian yang ada kat atas kupon voucher tu dan selepas tu just upload kupon voucher yang aku dah save tu. Dah siap semua proses tu, kita akan dapat email confirmation daripada pihak yang jual barang tu, dan tunggulah dalam tempoh 2 minggu maka barang tu akan sampai.

Untuk barang yang aku beli tu status dia adalah free delivery in Peninsular Malaysia. Jadinya kos penghantaran adalah percuma. Ada juga barang yang tak state pasal free delivery tu, so itu maksudnya kos penghantaran kita kena bayar la. Penghantaran adalah melalui Skynet. Senangkan.

Setiap offer diskaun ni ada tempoh masa dia. Kalau dah habis tempoh tu maka dah takde offer dah la atau kene tunggu next offer kalau ada. Kiranya Streetdeal ni macam Groupon dan Stardeal. Tapi belum pernah membeli melalui Groupon atau Stardeal ni lagi.

So kalau ada yang berminat, boleh la window shopping dia sana ye.

Tuesday, February 26, 2013

Kasi Cucilah

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:10:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Entry pasal kekasih hati lagi iaitu rumah kesayangan ku. Kali ni pasal aktiviti mencuci rumah pula. Weekend lepas aku telah mengerjakan rumah aku untuk dicuci kasi sampai bersih walaupun grill masih belum dipasang. Ini adalah gara-gara perabot yang aku order sudah mahu dihantar selepas diperam selama sebulan lebih dalam gudang kedai perabot. Jadi nak tak nak kena la juga aku cuci rumah ni sampai berkilat.

Untuk operasi mencuci rumah ni aku telah import pekerja kontrak dari Timor Leste yang sangat murah labour charge nya. Yang penting kena belanja dia makan Domino's Pizza dan bawa dia pergi shopping ke Padang Besar. Senang aje kan.

Inilah pekerja kontrak dari Timor Leste tu. Hahahah...

Sebenarnya yang tolong aku cuci rumah ni adalah adik bongsu aku. Plan awal tu aku nak buat kerahan tenaga kat En.Syg untuk tolong cuci rumah, tapi elok-elok hari Jumaat tu adik aku call cakap nak datang Perlis naik keretapi. So, sangat suka hati la En.Syg tu sebab dia terlepas dari bala kerahan tenaga empat keratnya itu. Jadinya kami dua beradik la yang meneruskan legasi kumpulan Sabun dengan tagline mereka, "Kasi Cucilah". 

Elok-elok je adik aku sampai ke Perlis, aku bawa dia pergi makan roti canai kat Restoran Pokok Petai kat Mata Ayer. Kat sini dia hentam makan 3 keping roti canai dan aku pula 2 keping roti canai je. Nak buat keje berat kena la makan makanan yang berat. 
Restoran Pokok Petai yang sangat unik. Nak makan nasi kandar pun ada.

Lepas sarapan, balik rumah kasi rehat kejap sambil siapkan basuh kain dan selepas itu aktiviti mencuci rumah baru. Nasib baik la aku ada pinjam water jet kawan aku untuk cuci rumah. Ini amat-amat memudahkan kerja mencuci kami. Adik aku paling suka sebab dengan guna water jet ni tak payah la nak berus teruk-teruk sangat. Jadi aku sangat mengesyorkan kepada pemilik rumah baru yang nak cuci rumah tu, pakai je water jet ni, so senang kerja. Nak cuci kereta pun senang. Nak cuci longkang pun senang, tak payah nak sental-sental nak berus-berus.

Macam ni la rupa water jet tu

Habis mencuci, seperti dalam agreement kena la belanja makan pizza pula. Amik ko kami hentam beli 2 jenis pizza saiz regular siap dengan lasagna dan spaghetti. Pulun la kami dua beradik ni makan sebab masa tu dah pun pukul 5 petang. Memang kebulor benor la keadaannya.

Malam pula, aku bawa adik aku keluar makan pula. Adik aku ni jenis kena makan nasi, kalau tak dia kebuluran tak boleh nak tidur. Yang aku pun makan juga nasi tapi perut pula jadi ketat sebab dah makan pizza banyak sangat. Last-last surrender makan cuma separuh je nasi aku tu. 

Restoran ni sebenarnya port Arsenal supporter tapi adik aku gi pakai jersey ManU la pulak.

Esoknya, seperti yang dijanjikan kena la usung adik aku tu pergi  ke Padang Besar. Memborong sakan dia beli jersey dan seluar track. Maklumla futsal player. Aku pula takde la nak beli apa pun sebab macam tak berminat pula nak bershopping time tu. Last-last sebagai balasan untuk aku, adik aku belikan la selipar kartun untuk aku. Yela...dah dia belikan awek dia tudung, takkan la kat kakak dia ni takde ape-ape nak dibelikan. Jadi dapat la aku sepasang selipar kartun. Dia suruh aku pakai as selipar jalan-jalan. Ikut kepala hotak aku ni boleh je aku nak pakai tapi konfem kena tegur kalau aku pakai masa keluar makan dengan En.Syg. So sekarang selipar ni aku pakai kat opis aje la.

Selipar ku yang bermuka tigres. Comey kan....

Sebelum adik aku balik naik keretapi, aku belanja dia makan mee goreng mamak kegemaran aku. Puas hati makan sampai kenyang. Perut pun dah tinggi macam bukit seguntang, membulat aje sebab kekenyangan.

Anyway, tq ye adik sebab hang rajin mai Perlis untuk tolong aku cuci rumah. Next time datang la lagi, kita buat bbq plak kat belakang rumah baru aku.

Penyeri Rumah: Wirering Dan Cat

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:31:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Hallo...dah lama tak story pasal rumah. Orang lain sibuk story pasal rumah, aku pun menyibuk juga nak story. Hahahaha...

Ok...Rumah kesayangan aku baru je siap wirering dan di cat. Wirering aku takde la hebat sangat tapi banyak juga la aku tambah point baru untuk suis dan soket. Almaklumlah, kat rumah sewa sekarang ni banyak betul soket, so ralat pula rasanya kalau kat rumah sendiri kurang soket.

Untuk rumah aku ni, aku guna kombinasi lampu downlight LED dan pendarfour. Lampu LED ni aku beli jenama Oxy One, dan aku letak kat ruang tamu dan master bedroom aje. Nak letak kat semua ruang rumah, tak termampu la aku sebab mahal sangat. Selain tu, ada juga aku beli spotlight 10W LED dari jenama yang sama juga. Spotlight ni aku beli sebab murah dan rasa macam "eh! best pula kalau beli". Hahaha....Sama juga lah dengan lampu gantung, Asalnya aku beli 2 lampu gantung untuk aku letak kat ruang tamu dan sebagai penyeri ruang makan. Sekali bila aku budget-budget lampu yang nak dipasang, aku rasa lampu gantung untuk ruang makan tu tak matching dengan ruang tamu. So ending cerita dia, lampu untuk ruang makan tu aku letak kat porch. Untuk makluman, ruang makan aku ni kongsi satu pelan lantai dengan ruang tamu.


Untuk kipas pula, aku guna jenama KDK. Tak kisah la untuk kipas dinding pun aku pakai KDK juga. Gila berlagak sebab pakai kipas jenama mahal. Tapi tak kisah la kan, alah membeli menang memakai. Yang penting kipas KDK ni memang dipercayai tahan lama. 

Semua lampu dan kipas ni aku borong di kedai Houses Lighting di Puchong. Mak oii...jauh benor aku membeli sedangkan rumah aku di Perlis. Tapi serius, berbaloi aku beli kat kedai tu sebab murah. Lagi pun adik aku kan dok kat Shah Alam, so masa hujung tahun hari tu pergi jalan-jalan sana terus la memborong. Alkisahnya, aku beli lampu kat kedai ni pun selepas baca blog wife kawan aku. So terus la aku simpan impian untuk pergi ke kedai tu. Kebetulan adik aku pun excited juga, dia pun kata kedai tu murah, jadinya ape lagi, beramai-ramai la kami pergi survey. Kebetulan dia pun dalam proses nak beli rumah, so dia pun amik peluang untuk survey la.


Lokasi kedai ni jangan tanya aku sebab aku ni datang dari Perlis. Yang aku tau kedai ni bersebelahan dengan highway LDP kalau tak silap aku. Aku pergi ni pun just follow adik aku dengan husband dia aje. Tapi jangan risau sbb google je sure kuar banyak info pasal kedai ni. Aku pun main aci google aje.

Lepas siap wirering, kena la jalankan tugasan penting sebelum mencuci rumah, iaitu mengecat rumah. Untuk aktiviti ni aku minta tolong dengan En.Syg ler (nanti aku cerita pasal En.Syg pula).Walaupun dengan En.Syg, upah tetap kena bagi juga kan sebab takde ape-ape ikatan lagi, cuma belum diberi la. Kalau lepas aku bagi tu dia tak terima, hahahah...masuk poket sendiri la gamaknya kot untuk shopping. Tapi aku tolong cat juga kan so rasanya takde la mahal kot bayaran yang En.Syg nak charge kat aku.

Untuk cat rumah ni, aku pilih cat jenama Nippon Paint. Bukan sebab aku nak menunjuk yang aku guna cat mahal, walaupun sebenarnya cat Sancora pun mahal juga, tapi sebab aku memang minat dengan rangkaian warna-warna Nippon Paint ni. Boleh juga dikatakan, aku suka cat ni sebab pengaruh iklan dan rancangan tv. Dulu kan ade rancangan Deko Bersama Selebriti kat TV3 tu guna cat jenama sama, so dari situ la aku dah pasang impian yang aku nak cat rumah aku dengan jenama Nippon Paint sahaja.

Abaikan cat jenama Glidden tu sebab nak beli cat HiGloss jenama Nippon dah habis.

Kos untuk cat ni makan nilai hampir 500-600 gak ler. Tapi dah berkenan kan. Mahal pun redah juga ler. Untuk ruang tamu tu aku memang bercita-cita nak cat dengan warna hijau. Mula-mula tu nak kaler putih kehijau-hijauan, tapi tukang nak cat cakap nanti tak boleh nak beza warna asal dengan warna yang nak dicat. Jadinya aku pilih satu tone dark dan untuk warna feature wall (gaya eric leong yang kena ada feature wall), aku pilih warna hijau (coklat) kotor.


Nippon PRO 0022(N1) Pear Green / Nippon 9503(N1) Haystack

Untuk master bedroom pula, plan asal aku nak cat dengan warna neutral macam warna coklat lembut, warna khakis ke but not creme. Ini pula pengaruh rancangan makeover orang putih la yang suka cat semua dinding dengan warna yang sama. Tapi bila dah cat aku rasa macam warna tu suram aje. Maybe sebab bilik aku terlindung dan kurang mendapat cahaya matahari walaupun ada tingkap. So, last-last nak tak nak kena juga ler pilih kaler lain untuk feature wall. So untuk feature wall ni aku letak warna merah hati gelap untuk menunjukkan elegan tu. Jadi masa kat kedai cat aku jadi rambang mata nak pilih tone warna merah yang macam mana, sehingga akhirnya En.Syg decide satu warna ni yang sangat cantik la juga pada pandangan mata aku. Hai...En.Syg ni pun bakal jadi penduduk tetap rumah aku tu jadi kena la amik juga pendapat dan pandangan mata dia. Bila letak warna merah kat bilik ni maka bilik ini akan jadi lebih hangat dan ghairah. Hahahahaha...gatal terlebih la pula aku ni.

Nippon 9514(N1) Beach Sand / Nippon 5133D Remember Rose

Warna untuk dapur adalah warna yang paling aku suka dan dramatik. Mula-mula tu aku memang tak tau nak cat dengan warna apa, tapi bila aku nampak satu rumah jiran aku tu dicat dengan warna biru lembut, terus aku berkenan dengan warna tu. So ape lagi, masuk kedai cat aku hunting warna biru idaman kalbu la. Bila dah cat dapur rasa nyesal pula sebab tak cat warna ni kat ruang tamu. Kalau tak mesti ruang tamu aku lagi luas kan. Tapi ape pun dapur aku dah macam dalam laut pula aku tengok. Hahahaha...


Nippon 1151P Cool Wave

Untuk bilik kedua aku tak cat sebab siling tinggi. Payah nak mendongak. So aku kekal dengan warna yang pemaju dah bagi. Tapi untuk bilik ketiga, aku cat dengan baki-baki warna yang sedia ada dan aku tambah dengan satu warna light purple untuk satu dinding. Jadinya, overall bilik belakang ada 4 warna. Dah tak ikut konsep atau tips-tips mengecat yang disyorkan oleh para pereka dalaman.

Nippon 6171P Sheer Lilac (sebab tu tak nampak warna dia)

Untuk semua warna ni mungkin berbeza daripada warna asal sebab kesan kamera hp aje kan. Jadinya kalau nak tengok secara real tu kena gi beli sendiri la ek. Tapi boleh juga buka website Nippon Paint Malaysia untuk tengok warna-warna terkini yang disyorkan oleh pihak Nippon Paint.

Monday, February 25, 2013

The Magellan Sutera Hotel

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:33:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Dah lama aku nak story pasal hotel yang aku menginap masa aku join conference kat Sabah hujung tahun 2012 lepas. Ingat tak lagi, kalau tak ingat boleh la cross check kat sini.

Masa kat Sabah tu aku menginap kat The Magellan Sutera Hotel.Hotel Magellan ni adalah antara rangkaian hotel dalam pengurusan Sutera Harbour Resort. Selain Magellan, ada 2 lagi hotel lain yang ada dalam kawasan resort ni iaitu The Pasific Sutera Hotel dan juga Marina.

View dari pantai

Magellan ni antara hotel yang mahal di Sabah. Aku tak tau la berapa bintang punya standard tapi since aku turun kat airport KK, bila aku mention aku stay kat Magellan, semua orang Sabah pakat-pakat pandang aku macam tak percaya je. Adakah benar budak ni nak duduk kat hotel mahal, banyak pula duit dia. Realitinya, kalau tak sebab aku jadi presenter paper untuk conference tu, tak mampu la aku nak bermalam kat hotel ni dik non oii. Mahal sangat. Untuk bilik yang just mengadap garden and pool aje pun dah cecah RM561 semalam. Inikan pula untuk bilik yang mengadap laut, dah cecah RM630 dah. Itu baru saiz deluxe aje, bukan saiz suite, koman-koman confirm cecah seribu lebih untuk satu malam. Hai.....setakat rate pegawai kerajaan kelas ketiga macam aku ni mana la lepas. Nasib baik join conference, so semua accomodation dah termasuk dalam yuran conference tu la. Kalau nak harap aku sendiri yang bayar, even untuk bilik harga 300 lebih pun sampai 10 kali kira duit dalam wallet, ini kan pula untuk bilik harga 500 ringgit, aku ingat tak sempat nak balik Semenanjung la gamaknya.

lobi hotel, ini je mampu nak snap

Jadi tetamu kat hotel ni memang rasa special. Elok-elok sampai aje pintu teksi diorang bukakan, walaupun ko datang just naik teksi cabuk aje. Lepas tu diorang akan bagi welcome drink untuk ko sambil berehat dan tengok laut. Masa aku check in, bellman tu yang uruskan semuanya. Apa yang aku buat, melepak kat lounge sambil minum air koktel aje la sambil berangan jadi orang kaya sekejap. Hahahah....

Elok-elok aje aku masuk bilik, Subhanallah, sangat cantik dan hebat. Terus aku jatuh cinta. Bilik kat Park Royal Penang dengan Bayview Penang pun tak sehebat Magellan. Standard la kan bilik 500 lebih. Yang best tu bilik air dia siap ada bath tab ngan shower rain. Lepas tu dinding bilik air ade tingkap, so sambil ko berendam boleh la sambil ko tengok berita tv. Time-time tu terus aku teringat kat bestie aku si Rafe, kalau dia datang sure akan tergedik-gedik suka hati. Ish kalau nak cerita pun payah juga sebab tak tau nak stori. Baik layan gambar aje kan. Biar gambar yang bercerita.

Bilik aku mengadap garden dan dapat katil twin.

  Ade tingkap yang boleh buka kat bilik mandi
sinki bilik air pun cantik
view dari balkoni bilik 

pantai Magellan yang cuma seluas sekangkang kera je

marina

Tapi satu aje la yang tak best pasal Magellan ni iaitu pantai dia. Kat Sabah ni pantai dia bukan pantai pasir tapi pantai batu. Kat hotel tu ada la kot sekangkang kera keluasan pantai. Nak berkubang pun rasa tak selera. Itu pasal la kalau orang datang Sabah suka nak pergi ke pulau-pulau yang bersepah kat Sabah ni sebab pantai kat pulau-pulau tu lagi cantik.

Tapi, overall memang menarik kalau stay kat Magellan ni. Sarapan dia superp dan banyak pilihan juga. Sedap-sedap juga la. Kebetulan masa conference day tu lunch also provided, so aku boleh kata makanan dia overall memang sedap especially dessert. Ooo...lupa nak stori, kalau nak pergi ke bandar KK tak perlu nak pening-pening kepala sebab hotel ni ade sediakan perkhidmatan shuttle bas ke downtown. Cuma perlu bayar tiket RM3 untuk pergi balik. Map pun disediakan untuk kemudahan pelancong.

Bonus untuk pelancong Muslim. Ini memang aku puji sangat-sangat. Selama aku pergi jalan-jalan dan stay kat hotel aku rasa hanya Magellan ni yang sediakan sejadah. Aku tak tau la kat orang lain, tapi untuk diri aku, tak lama aku masuk bilik room service datang dan bagi sejadah serta jadual waktu solat. Kalau selama ni aku terpaksa solat berlapikkan tuala atau kain batik, tapi kat Magellan aku selesa solat atas sejadah. Selain tu, setiap hari selepas kemas bilik, room service akan tinggalkan coklat dan juga penanda buku sebagai souvenir. Best kan. 

Walapun dah hampir 3 bulan aku pergi Sabah, tapi aku masih lagi teringat-ingat kat sana. Rasa-rasanya kalau honeymoon nanti pilihan aku sure akan ke Sabah. Dan yang penting, aku nak stay kat Magellan lagi. Best ooo....So, kena la simpan duit kan.

Wednesday, February 6, 2013

Cemek Dah Besar

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:04:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Anak kucing aku dah semakin besar, suka main-main dan sangat sengal. Inilah kawan aku dekat rumah bila aku balik dari keje dan bila terpaksa bercuti Sabtu Ahad di Perlis. Yang sekor lagi kucing aku tu sudah jadi samseng Taman Muhibbah. Almaklumlah kucing jantan. Sekarang ni muka cemek dah semakin berubah kaler. Dah ada hitam-hitam kat keliling mata dia tu. Konfem huduh la lepas ni.


Ubat Singseh

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:40:00 AM 6 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Ni nak citer pasal ubat singseh. Bukan real ubat singseh tapi ubat yang aku beli daripada kedai singseh iaitu kedai ubat Cina.

Kes dia bila aku kuar mengulor dengan 2 orang otai opis aku la ni, Kak Tini dan Kak Dayang. Time-time rehat tu sempat aje kan nak mengulor. Tak insaf betul. Macam mana la nak dapat pekerja cemerlang kalau macam gini la perangai mengulornye.

Masa on the way nak mengulor tu Kak Tini cerita la pasal satu kedai ubat cina ni. Nama kedai tu Kedai Quek. Nama penuh kedai tu aku tak ingat la pula. Panjang sangat. Tokei kedai tu dah umur 70 plus, tapi masih sihat walafiat macam umur 60 plus. Dengar je cerita Kak Tini tu, terus aku dan Kak Dayang berminat nak cuba. Lagi pun bengkak kaki aku tak surut-surut dah hampir sebulan. So ape salahnya aku try makan ubat kedai Cina pula kan. Ikhtiar.

So bila sampai kedai ni most of the customer tu orang kampung, Melayu, yang lebih kurang umur sebaya mak ayah kita tu. Yelah, dulu kan susah nak gi klinik, jauh so ubat Cina la salah satu alternatif yang ada. Singseh ni kalau dalam masyarakat Cina adalah orang yang sangat mahir dalam bidang perubatan dan amat dipercayai. Lebih kurang macam doktor la tapi cuma takde ijazah kedoktoran aje. 

So si singseh ni pun tanya la kat aku ape sakit aku. Jadi inilah serba sedikit perbualan antara aku dengan tokei ni. Huhuhu...sangat ramah dan sempoi. Owh...harus diingat tokei ni orang Kedah pior so memang loghat Kedah dia sangat pekat.

Tokey: Hang sakit apa?

Aku: Ni ha tokey kaki saya ni bengkak kat tulang keting.

Tokey: Hang umoq berapa?

Aku: Tahun ni nak masuk 33.

Tokey: (Sambil belek kitab cina dia). Hang ni lahir tahun monyet. Suka sangat lompat-lompat tu pasal kaki hang bengkak. Meh sini jari hang. (sambil picit jari aku). Tarik mata hang (dia suruh aku tunjuk kelopak mata bawah). Jelir lidah (suruh aku jelir lidah la pula).

Tokey: Ooo...hang ni banyak angin. Angin dalam badan hang kuat ooo. Nampak je hang kuat tapi badan hang lemah. Hang ni umoq muda tapi dalam dah makin teruk. Angin banyak. Hormon tak stabil. Hang ni suka mandi malam ni. Tu kaki hang tu, silap hari bulan boleh dapat gout.

Itulah analisis tokey singseh tu. Memang analisi dia sama macam analisis doktor. Lepas tu tangan dia cepat je capai ubat sana sini itu ini.

Tokei: Ni aku bagi ubat ni kat hang. Hang makan malam, bagi kurang bengkak kaki hang tu. Ni orang pompuan ja boleh makan. Kalau orang laki makan lemah. Ni macam makjun gak ni. Hang jangan mandi malam. Sebelum pukul 7 hang kena mandi. Malam-malam jangan gatai makan mee, bihun, koew tiaw. Pantang jangan makan ikan bilis, pekasam (peberet aku ni). Hang kena makan oat. Kolesterol hang nak tinggi dah ni.

Panjang oo...dia membebel. Lepas tu dia sambung lagi. Aku macam biasa sengeh aje la.

Tokei: Hormon hang tak stabil tu kena makan EPO. Jangan amik yang ada vitamin E. Hang makan yg tanpa vitamin E. Untuk hang punya darah pekat tu hang kena makan gingko biloba. Ni hang kena makan lepas "nyorok". Untuk tengah hari pula aku bagi hang makan rempah ratus. Boleh buang angin. Semua ubat aku ni hang makan lepas makan.

Korang tau tak "nyorok" tu ape? Haa...nyorok tu bukan sembunyi tapi istilah orang Kedah untuk sarapan pagi/makan pagi. Korang tau la kan orang Kedah ni orang bendang orang sawah. Diorang turun sawah lepas Subuh. Lepas tu bila dalam pukul 8 pagi sampai pukul 10 pagi tu la masa untuk diorang makan sarapan atau terus makan pagi. Masa makan tu masing-masing amik port sendiri. Itu pasal diorang panggil "menyorok".


Inilah ubat yang aku beli kat Kedai Quek tu. Separuh dah aku makan pun. Yang hitam 2 biji tu la makjun, lepas tu ade pil rempah ratus, dan last gingko biloba. Lepas dia letak ubat aku tu dalam plastik dia pun terus cakap," Ha..mai bagi kat aku 56 ringgit. Aku kaya hari ni. Banyak duit aku hari ni". Slumber betul atok cina ni. Hahahah....

Ape kesan aku lepas makan ubat cina ni. Alhamdulillah...kita usaha Allah yang menetukan. Dengan izin Allah tu bengkak kat kaki aku tu nampak surut sikit la. Tapi macam ubat lain juga, tetap ada kesan sampingan. Kesan sampingan dia ialah, aku mesti akan bangun sekali sebelum subuh untuk pergi toilet buat air kecil. Kadang-kadang tu lagi setengah jam je nak subuh, so ingat nak bangun time tu terus la, tapi tak boleh tahan dah sebab memang dah full tank. Memang cuci buah pinggang betul la. Yang lain-lain tu ok je, takde la pula rasa badan panas ke sebab makan makjun dan rempah ratus tu. Mungkin sebab dah imun dengan suhu kat Perlis ni yang memang panas dan tinggi suhunya.

Friday, February 1, 2013

Keluh Kesah Rumah Baru

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:56:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ini cerita luahan hati sempena persiapan untuk berpindah ke rumah baru. Bukan niat nak menunjuk tapi sekadar meluahkan keletihan menguruskan hal rumah.

Kepada sesiapa yang pernah dan sedang mengalami perkara macam aku ni, mesti tau betapa penatnya untuk menguruskan hal rumah ni. Dari mula nak beli rumah, berurusan dengan pemaju, urusan dengan peguam, dapat kunci rumah dan seterusnya hal-hal berkaitan renovation dan juga proses perpindahan. Bagi mereka yang sudah berpasangan pun masih lagi mendengar keluhan di hujung bicara, ini kan pula aku yang dok single mingle but not available ni. Penat ooo. Kadang-kadang menangis gak ler sorang-sorang waktu nak lelap mata tu.

Seperti yang sudah sedia maklum, nak masuk rumah baru ni bukan je boleh masuh cuci kaki sambil melenggang kangkung. Nak kena gak ada cash dalam tangan. Paling-paling kurang 10k hanya untuk grill, lampu, wirering dan langsir. Kira ni anggaran kasar untuk persiapan sebuah rumah tidak termasuk budget untuk perabot. Kalau termasuk perabot dan juga kitchen cabinet kena la sediakan at least 20k. Itu memang paling ciput punya budget. Nak buat renovation macam nak letak plaster syiling, extend rumah, ganti pagar at least kena ada 30k dalam tangan. Selepas tu kalau nak deco-deco untuk menjadikan rumah itu adalah rumahku syurgaku, get ready la 50k cash dalam tangan. Ini anggaran kasar aku aje. Kemungkinan sedikit kurang atau kemungkinan sedikit lebih. Dalam hal ni perancangan dan budget mesti selari. Kalau budget besar boleh la buat major renovation. Tapi kalau budget ciput, buat ajelah apa yang penting dahulu.

Macam aku ni, budget awal untuk rumah baru ni aku peruntukkan sebanyak 10k. Tapi bila buat re-calculation aku tambah budget gi jadi 15k including budget beli perabot tetapi tidak termasuk kos untuk buat kitchen cabinet. Tapi bila aku kira-kira balik secara kasar, aku rasa dan aku agak aku nye perbelanjaan untuk masuk rumah baru tu dah nak cecah 20k. Ini termasuk la barang-barang deco-deco yang aku beli menggunakan duit gaji aku. Fuhh....penat den.

Penat tu memang penat. Penat nak fikir pasal wirering, pasal grill, pasal beli lampu kipas, pasal langsir, pasal nak cat rumah, pasal nak basuh rumah, pasal nak pindah rumah. Lagi penat bila tengok duit mengalir macam air. Sedih.....sangat-sangat bila tengok duit dalam akaun makin kurang. Kadang-kadang terfikir juga, alahai menyesalnya beli rumah sebab habis duit simpanan aku dalam bank. Kalau sewa tak perlu la nak fikir sikit punya teruk macam ni. Rumah sewa kita masuk cuci kaki je. Kalau ada kerosakan ke ape ke yang tak puas hati, report aje kat land lord. Tapi bila fikir balik, tak rugi beli rumah ni sebab rumah adalah aset jangka panjang. Jadi aku nak tak nak terpaksa juga la bertahan sedikit sementara nak boleh bernafas semula. Sekarang ni memang sesak ya amat.


Gambar atas tu adalah sebahagian daripada barang-barang yang aku beli untuk pindah ke rumah baru. Sebahagian lagi ada kat kedai perabot. Dengan kipasnya, dengan lampunya, dengan meja ikea nya, dengan cadar selimutnya, hanya untuk memastikan aku selesa untuk pertama kali tidur di rumah baru.

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea