Tuesday, February 28, 2012

Boikot Dia

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:25:00 AM 0 uncang teh
Bertatoo tu HARAM pada agama Islam. Tapi untuk agama lain, aku taktau la apa hukumnya. Sebab tu ramai artis2 barat yang ada tatoo. Aku ni bukanlah menyokong tatoo ni sbb terang2 aku ni org Muslim, tapi pada aku kalau nak bertatoo tu berpada-pada la jangan sampai menyentuh sensitiviti agama lain. 

Tapi lain pula jadinya dengan artis dari barat yang bernama Erykah Badu ni. Cara dia bertatoo tu sangat2 menyentuh sensitiviti penganut agama Islam. Aku baru tau kewujudan dia ni lepas baca paper Metro mengenai paper The Star kena beri surat tunjuk sebab kerana menyiarkan gambar penyayi bertatoo kalimah Allah.(Baca sini). Bila aku google pasal dia, memang ada pun gambar tu di internet dan dengar khabar dia ni akan mengadakan konsert di KL 29 Feb 2012.

Di sini aku harap2 sangat kepada kawan2 Islam di luar sana agar memboikot penyanyi ini. Aku tak pernah dengar lagu dia tapi cara dia mengukir tatoo kalimah Allah tu betul2 menyinggung perasaan umat Islam. Ini secara terang-terangan dia telah menghina agama Islam dan juga kalimah Allah yang suci itu.

Maaf, aku bukanlah orang alim yang pandai berdakwah, tapi sebagai orang Islam kita wajib sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.



(Picture credit for Google and Facebook)

Thursday, February 16, 2012

Dewasa

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:01:00 PM 0 uncang teh
Masa aku umur 7 tahun, bila tengok budak-budak yang umur 10 tahun rasa diorang tu hebat aje. Maklum lah umur diorang dah masuk umur belasan tahun, tapi aku pula masih lagi umur budak2 kecik. Masa tu kalau dapat kakak angkat budak2 darjah 4 rasa hebat aje. 

Masuk umur 10 tahun aku dah rasa macam takde ape2 yang best pun. Masa tu aku rasa budak2 darjah 6 lagi hebat sbb tak lama lagi nak ambil UPSR. Lepas tu pula Ketua Murid dari kalangan budak2 darjah 6. Masa tu wakil2 untuk apa2 pertandingan tu kebanyakkannya dari kalangan budak2 darjah 6. Kalau waktu perbarisan pagi tu tgk pengawas2 Darjah 6 baca doa rasa macam hebat sangat diorang tu.

Tapi bila dah masuk Darjah 6 rasa diri ni takde la hebat sangat walaupun jadi Pengawas sekolah. Masa tu tengok budak2 sekolah menengah rasa iri hati pula sebab diorang lagi besar. Bila tengok budak sekolah menengah Form 3 rasa macam diorang tu hebat lagi dari budak2 darjah 6. Dalam hati rasa nak aje cepat2 besar dan capai umur 15 tahun.

Tapi bila masuk umur 15 tahun aku rasa budak2 Form 5 lagi hebat. Ye la...umur dah 17 tahun, nak ambil SPM dan tak lama lagi nak habis sekolah dah. Masa tgh dalam peringkat menengah rendah tu kalau couple dengan senior menengah atas (Form 4 dan Form 5), rasa macam hebat sangat ler. Lagi2 kalau dapat kapel ngan senior glamer kat sekolah...perghhhh...hebat oooo.

Tapi bila masuk Form 5 terasa diri ni takde ape2 pun. Ape la sangat jadi budak Form 5 compare dengan budak2 yang datang amik  result SPM. Masa tu tengok senior datang ambil result terasa diri ni takde la hebat sangat. Tengok senior datang ambil result SPM lepas tu result pulak hebat, mmg rasa jealous la. Sebab diorang dah habis belajar, dah tak pakai baju sekolah, tak ke rasa hebat.

Tapi bila habis SPM dan datang ambil result takde la pula feeling2 hebat pun. Masa tu rasa ape lah sangat diri ni yang baru lulus SPM ni. Budak2 universiti lagi hebat. Tapi bila start masuk belajar kat universiti takde la hebat pun. Pelikkan...masa time sekolah dulu bila tengok budak2 yang belajar kat universiti rasa diorang tu pandai dan hebat. Kalau tengok yang pompuan rasa diorang cantik dan lawa, kalau tengok yang lelaki pula rasa diorang tu hensem. Tapi bila 4 tahun belajar kat universiti aku rasa...takde ape pun yg hebat. Aku tengok ada gak budak2 universiti yang tak lulus periksa. 

Itulah yang aku rasa setiap kali aku meningkat usia. Masa kecil rasa tengok orang dewasa tu hebat. Tapi bila dah dewasa ni aku rasa jadi budak kecil lagi best. Tak perlu nak fikir masalah pun tapi bila dah besar ni macam2 perkara yang perlu difikir. Hutang la, jodoh la, kerja la....hui..banyak betul nak kene fikir. tensen.

Tapi....kenapa ye aku tengok budak2 kecil tu tak sabar2 nak besar. Bukan best pun jadi besar awal2. Kan lagi bagus kalau diorang enjoy dengan umur diorang tu.

Wednesday, February 15, 2012

Komen Sengal untuk Status Bodoh

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:11:00 PM 0 uncang teh
Korang perasankan kalau kat FB tu ramai betul yang akan post status yang kita rasa tak perlulah nak ditepek kat dinding FB tu. Rasa-rasa nak aje menjawab dengan jawapan2 yang sangat hebat dan berstatus A+++ macam dalam picture yang ditepekkan dibawah ni.


Picture credit to Rindok.Com

Friday, February 3, 2012

Jom Masak

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:47:00 AM 2 uncang teh
Jalan2 kat Popular kat CS JB, konon2 nak perabihkan baucar buku. Nampak satu buku masakan chef Hanieliza, blogger masakan terkenal tu. Bila dibelek2, menarik juga. Ingatkan buku baru, rupanya dah diulang cetak banyak kali. Huh! nampak sangat aku dah lama tak masuk kedai buku Popular ni. Bila ditimbang tara, harga buku ni kurang daripada nilai baucar tu. Nak amik buku lain untuk bagi cukup nilai baucar, takde pula buku yang berkenan dihati. Last2 sebab sayangkan baucar so beli buku ni bayar guna duit sendiri dulu. Baucar next time boleh guna beli buku lain pula.


Jadinya, jom la beramai2 kita masak dengan merujuk kepada resepi Chef Hanieliza....

Thursday, February 2, 2012

Baucar Buku 1 Malaysia

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:45:00 AM 0 uncang teh
Sebelum ni heboh satu Malaysia pasal budak2 IPT dapat baucar buku RM200. Sekarang ni pula heboh juga satu Malaysia pasal ada budak2 IPT yang dapat baucar buku ni pi jual secara online baucar tu dengan harga yang kurang dari nilai sebenar.  Memang tak menghargai pemberian orang langsung....ini ke attitute yang patut ada pada bakal pemimpin masa hadapan.

Opsss!!! melalut pula. Actuallay aku nak citer aku pun dapat gak baucar buku ni. Aku kan student lagi. Walaupun dah final sem dan lagi 2 3 minggu aje nak habis, tapi memandangkan aku adalah pelajar aktif pada semester maka aku pun dapat la juga baucar kebanggaan pelajar2  IPT Malaysia ni.


Pada aku, dapat baucar buku 200 ni macam dapat duit 200 je. Macam2 aku boleh borong kat kedai buku Popular atau pun MPH. Rambang betul mata aku bila tengok barisan buku kat MPH dengan Popular. Itu belum lagi aku masuk kedai buku Kinokuniya. Ini la kot  manusia kalau mmg kaki shopping, tak kira la shopping buku ke, shopping baju ke, shopping kasut ke, shopping barang dapur ke...kalau dapat shopping tu memang amat amat amat menggembirakan hati.

Memandangkan aku amik baucar buku ni terus di kaunter Postgraduate FKE UTM JB, maka aku pun tanpa membuang masa tetapi terpaksa membuang tenaga telah mengajak buddy aku, si Rafe tu untuk ke CS JB. Ape lagi, selain mencuci mata dengan aktiviti window shopping (almaklum la dia cuti dan aku pula baru siapkan final report master aku), tujuan aku adalah untuk membeli belah di Popular dan MPH JB. So, setelah turun naik eskalator untuk ke MPH dan Popular maka buku yang aku rembat adalah....................................


Yup...buku ape lagi kalau tak buku "A Doctor in The House - The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad". Korang bayangkan la....buku ni harga 100 ringgit, nak beli tu kene la fikir dua tiga kali smabil2 mengambil masa untuk menyimpan duit. Jadinya bila dapat baucar buku free tu ape lagi....buku inilah sasaran pertama dalam wishlist pembelian buku. Sekarang ni aku baru baca sampai chapter 3, masih tebal lagi yang perlu aku baca untuk khatam. 

Sekarang ni ade lagi 100 baucar buku tu plus baucar RM5 MPH lepas aku beli buku Tun Mahathir tu.. Tengah mencari2 buku2 yang sesuai untuk dibeli. Tapi untuk ke Popular terpaksa turun ke Alor Star dan kalau nak ke MPH kena turun SP pula. Almaklum la kedai buku kat Perlis ni takde yang besar2. 

Takpe2....baucar valid sampai March....masih ada masa lagi nak shopping buku....

Wednesday, February 1, 2012

I'm Back

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:54:00 PM 0 uncang teh
Huh! dah lama aku meninggalkan aktiviti merepek di blog aku ni. Kalau la laman blog aku ni adalah sebuah rumah, confirm dah jadi rumah berhantu. |Last aku update pun masa awal tahun ni, itupun gigih juga update sbb nak wish happy new year.

Insya Allah, tahun ni iaitu mulai bulan Februari ni akan aku usahakan juga untuk update blog ni. Ini pun banyak gak idea kat kepala otak ni tapi tau tau aje la kan, bila dah lama tak mengadap blog ni jadi malas plak nak menaip. So, pelan2 aku update maka pelan2 la korang baca ye.

Ok...see you later.....
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea