Tuesday, August 25, 2009

Mee Kuah sempoi

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:15:00 PM 0 uncang teh
Sebenarnya resepi mee kuah ni aku dapat lepas tgk rancangan Nona pada tarikh (16/8/09). Masa tu dalam segmen air tangan selebriti Atie AF yg masak. So lepas aku tgk dan rasa macam senang je nak buat, maka pada 1st day puasa aku pun try la nak masak mee kuah ni. Macam biasa, resepi ni aku igt aje...so kemungkinan resepi ni tak sama ngan resepi asal. Sebab tu aku bg nama mee kuah sempoi. Komen dari mak aku...heheh..boleh buka kedai jual mee kuah dah ni. Pergh!!! anak dia yg malas masak ni dapat pujian best dr mak sendiri.

MEE KUAH SEMPOI

Bahan-bahan:

1/2 kilo udang saiz sederhana (nak guna yg kecik pun takpe...ikut suka la)semangkuk kecil ayam yg dah di potong kecil2.

500 gm sotong (potong ye)

5-6 ulas bawang merah

5-6 ulas bawang putih (lebihkan skit bawang putih)

20 tangkai cili kering

100gm udang kering (ditumbuk)

2-3 sudu besar sos tiram

3-4 sudu besar sos cili

2-3 sudu sos tomato

kicap manis (amaun tu depend sbb nak bg kuah tu gelap sikit)

sayur sawi di potong2

3 biji telur ayam (kalau telur ayam saiz besar 3 biji dah cukup..kalau saiz kecik letak la 4 biji)

air (utk kuah)

minyak utk menumis

gula

garam

mee kuning

PENYEDIAANNYA

blender bersama bawang merah, bawang putih, cili kering.

panaskan minyak dalam kuali (senang keje masak dalam kuali ni).

tumis bahan blender sampai masak dan naik bau.

masukkan udang kering yg dah ditumbuk dalam bahan tumis.

masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis.

masukkan sotong dan ayam.

masukkan air...biarkan seketika utk bg lembut sotong dan ayam tu.

(air utk kuah tu ikut suka korang la nak letak byk mana sbb kuah tu depend pd korang tapi jgn la cair sgt).

bila sotong dah lembut, masukkan udang.

bila udang dah masak, masukkan sayur sawi.

masukkan garam dan gula secukup rasa.

akhir sekali, pecahkan telur ayam kedalam kuah dan kacau supaya telur tu hancur.

celur mee kuning dalam air panas sekejap.

ok..sedia utk dihidang.

Note: dalam masakan aku tu aku tak letak sotong sbb tak beli sotong. korang letak la kalau nak letak. lepas tu adjust la amaun bahan2 tu mengikut citarasa dan kesesuaian famili korang.

SELAMAT MENCUBA


Monday, August 24, 2009

PETUA DARI DAPUR

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:46:00 AM 7 uncang teh
korang pernah kene marah tak ngan opah atau atok korang bila korang terpaksa merasa masakan yg korang masak sbb takut terlebih atau terkurang gula garam. kata diorang, kalau dah pandai memasak tak perlu nak rasa2 dah sbb dah pandai agak gula garam nak letak. lagi2 di bulan puasa ni, macam mana kita nak rasa masin manis masakan kita sbb kita berpuasa. alamatnya ada la masakan kita yg terlebih atau terkurang masin manisnye.
ok kat sini aku turunkan petua yg diajar oleh arwah tokwan aku kepada ayah dan mak aku dan seterusnya di ajar kepada aku. (aku dah test masa masak utk berbuka masa kat kg 2 ari lepas).

caranya, kalau kita nak tau masakan kita tu cukup masin ke tak, korang perhatikan asap yg kuar dr kuali/periuk korang tu. kalau asap dia tegak naik keatas lepas korang letak garam...maknanya dah cukup masin la tu. kalau asap tu asik gerak secara rawak...masih kurang masin.
kalau nak manis plak....korang cium aje bau masakan korang. kalau bau wangi manis2..itu maknanya dah cukup manis la tu.

ok itu je petua dari dapur kali ni...lain kali aku bgtau lagi lepas aku tanya mak ngan ayah aku.

adios

Rendang Pedas Udang

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:19:00 AM 2 uncang teh
Resepi ni aku dapat dari rancangan masakan tajuk Resepi Istana (kalau aku tak silap) yg disiarkan di TV9 masa hari jumaat lepas. Untuk 1st episod ni di bawakan sajian istana dr kerabat negeri Perak (resepi ni di masak oleh permaisuri Raja Di Hilir).So lepas tgk bahan2 dan penyediaannya yg mudah aku pun decide la nak mencuba pada hari kedua berpuasa sebagai juadah berbuka bersama keluarga. Komen dr mak aku...memang pedas btul (sesuai la ngan namanya). Untuk pengetahuan korang, resepi ni aku tak salin tau...aku main ingat aje....hahhahaha....dan resepi ni aku modified sikit mengikut kesesuaian keluarga aku la.

Di atas permintaan kawan2 aku...di sini aku post kan resepi ni kat blog ni untuk korang mencubanya. happy memasak.



RENDANG PEDAS UDANG

bahan-bahan

udang saiz sederhana (kalau kat kedai tu sekilo RM12++)-jgn la buang kulit tu..nnt tak sedap.
bawang merah (dihiris)- byk sikit tau dalam 5-6 ulas tu
bawang putih (dihiris)-jgn byk sgt.
3-4 helai daun kunyit (dihiris)
3-4 batang serai (dihiris)
21 tangkai cili kering (blender)- kalau nak pedas tambah lagi...kalau taknak pedas kurangkan la.
santan(diambil pati dalam 1 mangkuk besar) - santan ni aku amik perahan yg pertama sbb nak pekat kan.
segenggam kelapa parut (optionally sbb resepi asal dia letak)
daun pandan sehelai (kasi wangi-aku yg letak, resepi asal takde pun nak letak)
garam dan gula secukup rasa.

penyediaannya.

1.masukkan santan dalam kuali (periuk).
2.lepas tu masukkan bawang merah, bawang putih, cili belender, serai dan daun pandan dalam santan tu.
3.kacau perlahan2 santan tu sampai mendidih (korang kene jaga santan ni takut nnt pecah minyak).
4.bila dah mendidih sikit masukkan daun kunyit yg dah dihiris. kacau lagi sampai mendidih.
5.lepas tu masukkan udang dan kelapa parut tu.
.6masukkan garam dan gula secukup rasa.
7.masak sampai kuah tu nampak kering sikit. kalau nak ade kuah jgn la kasi kering2 sgt.
8.dah masak sedia utk di hidang.

p/s:korang adjust la amaun setiap2 bahan mengikut kesesuaian famili korang ye.

selamat mencuba.

Welcome

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:09:00 AM 0 uncang teh
Aku pun tak tau la nape aku ujudkan blog ni sbb sbnrnya aku dah ada blog lain dah. tapi maybe sbb dah trend skrg ni byk yg buat blog melalui blogspot ni. so aku pun dengan gatal kaki membuka la 1 akaun blog under blogspot ni.
Kenapa aku pilih nama blog aku ni
*Just A Cup of Tea*
hmmm...sbb aku mmg suka minum air teh. Tak tau la kenapa tapi kalau dapat secawan teh O pun aku akan rasa lega sangat2 dan rasa sangat rilek. sesuai la kot dengan tagline aku tu....
....sit back n rilex....
Kepada kengkawan yg pernah mengikuti blog aku yg lagi satu tu....aku tak decide lagi nak proceed blog lama tu atau nak off aje. tapi kalau korang tgk yg lama tu dah tak update compare yg ini....korang tau sendiri la ek.

Ape2 pun..enjoy the reading.








 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea