Monday, March 23, 2015

Anti Selfie

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:39:00 AM 3 uncang teh
Assalamualaikum wbt..

Kat mana boleh beli/dapat ubat macam kat bawah ni...



Hahahahaha

Wednesday, March 18, 2015

Kenangan Bersalin

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:38:00 PM 6 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

AMARAN: Artikel kali ni mungkin ada part2 sensitif yang memerlukan pengawasan emosi ketika membaca. 

Hari ni dah 3 hari aku start keja balik. Masih lagi mencari rentaklagi sebenarnya. Nasib baiklah turn nak mengajar tu lambat lagi. So boleh la update blog time rehat.

Walaupun 3 bulan dah berlalu, tapi peristiwa masa aku bersalin dulu tetap fresh diingatan. Ada suka ada duka...paling best...ada part gelak yang kalau aku ingat balik pun aku pun boleh gelak sama. Hahahahaha...

Seminggu sebelum aku beranak dulu memang aku tak terasa sakit apa ke. Serius aku bagitau...aku pun tak tau aku kena 'false alarm' ke tak sebab aku rasa ok je. Lupa nak bagi tau...aku amik cuti awal seminggu sebelum aku bersalin. Cuti tahunan banyak lagi, so ape salahnya aku ambil cuti awal. Lagi pula dah malas nak bangun pagi pegi keje. Tapi bila dah cuti awal tu sendiri pula yang menyesal sebab bosan ya amat. Last-last keje aku makan tido je sebelum beranak. Malas berjalan. Hahahaha...

Pagi Jumaat, 4 hari sebelum EDD aku tu aku bangun Subuh macam biasa, tapi takde tanda-tanda nak bersalin lagi. Lepas subuh macam biasa sambung tidur la. Lagi pula laki aku tak gi keje....lagi la best nak menempel bawah ketiak dia. Hahahah....Puas tido pukul 9 lebih aku bangun nak pegi mandi la. Lupa nak stori, time dekat nak bersalin tu aku stay kat rumah mentua dah. So dok kat rumah mentua mana boleh nak tunjuk malas sangatkan. Dah bangun lambat tu...kena la cepat-cepat mandi.

Masa mandi ni la aku nampak ada 2 3 titik darah merah atas pad. Aku memang pakai pad selalu sebab sebelum ni aku batuk sampai terkucil...so utk langkah keselamatan aku pakai aje la pad siang malam. Bila dah nampak darah tu aku refer la ngan kak ipar aku, kak ipar just remind aje la yang tu tanda dah dekat dah nak bersalin. Tapi serius...aku tetap tak rasa sakit. Lepas tu bagitau kat laki aku, laki aku dah cuak dah...tapi aku je yang cool tak nak kelam kabut. Sebab ingat pesan misi supaya tak gubra kalau dah turun tanda nak bersalin. Tapi yang gubra ni mak mentua aku. Dia kelam kabut suruh aku gi hospital cepat-cepat. Aku ingat nak gi hospital petang lepas laki aku balik Jumaat. Bila dah mak mentua kelam kabut macam tu, aku refer dulu dengan misi kat kampung mentua aku tu. Dan buat pertama kalinya, aku diseluk oleh misi itu untuk check bukaan.

Bila misi check, bukaan dah 2cm tapi sempit so misi godek-godek bagi besar jadi 3cm. So misi suruh gi hospital. Tapi sebelum tu dia nasihatkan aku suruh makan puas-puas sebab dah 3cm kan...so bila-bila masa boleh jd 4cm. 

Bila sampai hospital tu, mengenangkan aku dah 3cm aku pun minum la air selusuh yang laki aku dah prepare awal-awal dan juga minyak kelapa dara Tanamera yang ada lagi separuh botol. Budget konon dah nak beranak la ni. Tapi still tak rasa sakit apa lagi. Darah kat pad pun dah takde.

Masa kat hospital ni aku kena seluk lagi untuk check bukaan tapi nak tau apa jadi...bukaan aku cuma 1cm. Aik apa sudah jadi...air selusuh laki aku ni tak mujarab ke. Lepas tu buat CTG bagai la...and baby nampak macam ok, so doktor nak suruh aku balik dulu. Sebelum tu dia ada tanya gak pasal pergerakan baby. Hmm...bila dah kelam kabut tu macam mana aku nak kira baby gerak ke tak. So doktor decide nak scan dulu. Bila scan doktor cakap ok tapi tiba-tiba dia kata aku kena induce. Kali ni yang scan aku tu doktor India pompuan...dia ni MO. Blank sebab ini pengalaman pertama aku kata ok je. So doktor panggil kami laki bini utk terangkan pasal induce ni. Pengalaman pertama, lepas tu kelam kabut...lepas tu blank...and just fikir pasal baby je, kami setuju untuk induce. Bila dah tenang sikit baru aku boleh terfikir...nape la aku setuju nak induce sedangkan doktor sendiri cakap baby macam ok je masa scan tu. Lepas tu nape la aku tak call adik ipar aku tanya pendapat dia dulu...nama je ada adik ipar keje doktor tapi tak nak guna betul-betul. Still...aku tetap tak rasa sakit nak bersalin lagi. Tapi darah kat pad dah banyak...maybe sebab lepas kena seluk dengan doktor untuk check bukaan kot. Dah la kena seluk 2 kali dengan 2 org doktor berbeza. Memula tu doktor pompuan tu check...tapi dia tak yakin dengan apa yang dia dapat...dia minta sorang lagi doktor tlg counter check. Huh...mengangkang la aku depan doktor tu.

Yang paling lawak dengan doktor India yang scan aku tu dia siap tanya kat bawah tu clean and clear. Dia tanya aku shave ke. Aku cakap ye..baru shave malam tadi sbb mcm dapat instinct je nak kena masuk wad hari Jumaat tu. Hahahaha....

Masa tengah tunggu nak setelkan hal pendaftaran untuk masuk wad, baru la aku terasa sakit perut. Tapi bukan sakit sbb contraction tapi sakit perut nak berak. Aku kan gi tunggang separuh botol minyak kelapa dara tu...kesannya...nak membuang la. Doktor  yang check aku tu nampak so dia ingat aku dah sakit bersalin la.

Petang tu lepas dah setel masuk wad dekat-dekat pukul 7 macam tu doktor nak check bukaan lagi...kali ni aku ingat doktor Cina lelaki yang nak menyeluk...tapi Alhamdulillah doktor pompuan. Oh....lupa nak bagitau doktor yang awal-awal seluk aku and scan aku tu doktor perempuan ye. Bila check...kali ni dah terbuka jadi 2cm. Aku rasa lega la sikit at least tak sia-sia la aku masuk wad tu. ini masuk wad dengan 1cm tapi EDD tak sampai lagi...aku pun tak tau apa motif. Hahhaha...

Malam tu bermalam la aku kat hospital. Sebab nak sangat elak kena induce aku berjalan-jalan dalam wad saing dengan kawan katil sebelah. Tapi kawan katil sebelah ni dah terbuka 3cm...so tak lama lepas tu dia pun start sakit 4cm la. Yang aku ni pula tak juga terasa sakit nak bersalin lagi. Last-last aku pasrah la tido juga...pasrah esok pagi pukul 7 nak kena induce.

Esok pagi tu lepas sarapan kena la induce aku. Doktor tu punya la korek-korek nak masuk ubat kat bawah tu. Kali ni aku rasa sakit ngan ngilu. Sampai keluar air mata tu. Elok-elok je kuar dari bilik rawatan...terus aku rasa perut memulas. Wah...cepat betul ubat ni berfungsi...aku sudah rasa sakit. Jadinya berehat aje la aku kat katil sambil menahan sakit. Pukul 11 pagi macam tu doktor panggil aku lagi nak check bukaan. Kali ni aku cukup risau sebab kalau bukaan tak pergi jadi 3cm, aku kena induce lagi. Tak sanggup ooo nak kena induce...sakit. Bila doktor check akunye bukaan dah ngam-ngam 3cm. Lega ya amat. Tapi doktor suruh standby sebab aku kene masuk labour room awal sebab rentak jantung baby tak cantik lepas buat CTG lepas kene induce tadi. Makanya stanby la aku atas katil tu. Kali ni laki aku suruh minum pati ayam brand pun aku tak nak sebab taknak bukaan aku menguncup.

Pukul 1 petang misi panggil aku untuk masuk labour room. Tapi labour room pula penuh. Yang aku ni punya la siap lambai tangan kat kawan-kawan dalam wad sebab dah time nak bersalin...tapi last-last kena balik ke katil sebab labour room penuh. Macam lawak je....dari rasa risau, takut dan ngeri....terus hilang semua tu. Bila tak jadi masuk labour room ni aku just rest atas katil je sambil menahan sakit contraction yang dah semakin kerap. Sebelum tu aku dah makan dan mandi sebab misi suruh aku mandi supaya aku fresh masa nak bersalin nanti. Sambil-sambil dok menahan sakit tu aku doa kat Allah minta dia ubah rasa sakit aku tu jadi nikmat Dia. Allahuakbar...Allah perkenankan doa aku tu, dalam dok sakit-sakit tu aku sempat lagi tidur lena. Nikmatkan.

Pukul 5 petang misi panggil sebab labour room dah free. Aku jadi risau lagi...bukaan aku baru 3cm, kalau nak masuk labour room kene 4cm. Nanti karang tak pasal-pasal aku kene halau balik wad pula. Tapi aku tawakkal aje la minta-minta bukaan dah jadi 4cm. Masuk labour room kali ni laki aku tak sempat nak teman sebab dia tengah solat Asar. So aku just pesan kat misi aje suruh bagi tau yang aku dah masuk labour room. Alhamdulillah...bila doktor check bukaan masa kat labour room tu dah ngam-ngam jadi 4cm. 

Alhamdulillah...selepas 5 jam setengah dok tahan sakit dan bertarung nyawa dalam labour room tu...akhirnya tepat 10.26 malam hari Sabtu 13/12/14 Allah izinkan aku untuk melahirkan Umar Hayyan...putera sulung kami suami isteri.

p/s: Next time aku short story cerita dalam labour room pula.

Wednesday, March 11, 2015

Assalamualaikum Umar Hayyan

masa minum teh ~*irjune*~ pada 6:39:00 PM 10 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Wah...lama betul aku tak update blog. Last update bulan Oktober tahun lepas. Ye...lebih kurang 5 bulan yang lepas. Maaflah kawan-kawan...bukan takde idea tapi tahap malas dan rasa meluat nak on laptop membuatkan aku tak terupdate.

Alhamdulillah...untuk pengetahuan kawan-kawan semua..aku dah selamat bersalin dah pun pertengahan bulan Disember tahun lepas. Bayi hujung tahun. Tapi sori la ek...dah masuk 3 bulan baru terhegeh nak bagitau kat blog. Macam aku kata...tahap malas aku teruk sangat.

Sebenarnya aku bersalin awal 3 hari daripada EDD yang sepatutnya. EDD aku 16/12/14...tapi aku bersalin 13/12/14. Ingatkan dapat la bersalin 14/12/14...so nampak cantik la tarikh lahir tu...tapi baby nak kuar awal sehari...eh bukan sehari...dua jam awal sebelum masuk tarikh baru.

Perjalanan terakhir sebagai wanita mengandung sulong

Alhamdulillah...baby boy aku keluar tepat jam 10.26 malam hari Sabtu 13/12/14 dengan berat 2.68kg. Kecik aje baby aku tu. Tapi sekarang bila dah masuk 3 bulan...mak oii dah 6.1 kg dah. Sudah gagah perkasa. Dan nama untuk baby aku ialah UMAR HAYYAN. Oh...aku bersalin secara normal dengan bantuan vacuum. Hah...baby kecil je tapi guna vacuum. Nanti aku cerita ek kenapa dan mengapa aku kena vacuum.

Umar Hayyan masa umur 0 day. Kecil je masa ni.

Umar Hayyan masa umur 2.5 bulan. Sudah debab.

p/s: next time aku short story pula pasal cerita bersalin aku...lawak pun ada gak.
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea