Thursday, May 24, 2012

My Best Friend Wedding

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:17:00 AM 3 uncang teh
Assalamualaikum...

Ini entry special untuk kawan aku, Yani merangkap bestie aku gak. Selepas 12 tahun berkawan,sejak dari USM sampai sekarang, melalui susah senang bersama2, riang, suka, duka, gembira....akhirnya tanggal 20 Mei 2012 aku terpaksa melepaskan dia menjadi milik org lain. Maka pada tarikh keramat tu adalah hari terakhir aku menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang sahabat...iaitu meraikan majlis perkahwinan dia.


Kenangan aku dan dua org bestie aku masa gi bercuti ke Penang tahun lepas

Perjalanan ke rumah kawan aku si Yani tu umpama seperti alien turun ke bumi. Naik bukit turun bukit. Kiri kanan nampak kelapa sawit aje. Inilah pengalaman pertama aku pergi kenduri sampai area Felda Keratong. Walaupun kak ipar aku tu asal Keratong juga tapi masa kenduri abang aku tu dulu aku tak pergi pun. Sebelum ni bukan tak pernah pergi rumah area2 felda tapi mengikut pengalaman aku, inilah felda yang paling jauh kedalam yang pernah aku masuk. Maybe sbb ini first time aku drive sendiri kot. Sebelum ni aku kecil lagi, so ngikut aje la famili aku.

Perjalanan aku ke Keratong ni memang take time juga la. Banyak tempat gak la aku transit. Perlis-Perak-Shah Alam-Batu Pahat-Keratong-Batu Pahat-Shah Alam-Perak-Perlis. Hah...pengsan tak tengok tempat -tempat aku transit hanya semata2 nak sampai Keratong. Kalau mcm ni kawan aku tu tak hargai lagi, aku pun taktau nak kata ape dah. Penat siot travel jauh2 ni tapi demi kerana kawan seorang ni, aku hadapi juga la walaupun terasa diri ini seperti alien turun dari langit. Hehehehe...


Hadiah kahwin special untuk Yani sempena 12 tahun kami berkawan

Aku gi kenduri Yani ni of course la dengan sorang lagi bestie aku si Rafeah. Suka benor si Rafe ni bila aku mention nak tumpang tido kat rumah dia di Batu Pahat. Masa sampai kampung dia ni, terasa macam balik ke kampung sendiri la pula kat Bagan Datoh tu. Oooohhh...aku rindu nak balik rumah mbah rupanya....

Antara kami bertiga ni memang Yani yang selalu akan leading dulu. Masa habis belajar dulu, dia yang mula2 dapat keje. Masa tu aku dengan Rafe ni masih lagi terkial-kial cari keje. Time tu Yani dapat gaji riban2, kami berdua ni cuma berpuas hati dengan gaji pembantu kedai buku (aku ler tu) dan gaji kerani (Rafeah). Lepas tu Yani juga la yang awal2 tukar kereta dari Iswara 2nd hand (masa ni aku takde kereta lagi) kepada Pegeot 306 kalau tak silap aku. Dan aku serta Rafe cuma mampu tumpang aje la Pegeot itu sbb kami cuma mampu pakai Kancil je sehingga sekarang. Kad kredit pun Yani juga la yang mengajar kami guna sebab dia yang 1st time guna. Masa tu gaji aku tak mampu lagi nak amik kad kredit. So bila datang bab jodoh, Yani juga la yang lead, sedangkan aku dengan Rafe masih lagi mencari. Hahahha...nampak sangat dia lead semua benda kan. Tapi tak pe hidup kena enjoy, jangan gopoh...biar lambat sedikit tapi berbaloi. Hahahahaha

Sampai rumah Yani dah pukul 1.30 pm, kami disambut oleh mak Yani. Bila mak Yani nampak kami, nampak sangat muka terharu dia. Mungkin dia tak sangka kawan baik anak dia sanggup datang dari jauh. Aku dari Perak (actually dari Perlis) dan Rafeah pula dari Batu Pahat (satu parlimen dengan husband Yani).


Sempat snap picture dulu sebelum Yani bersanding. Macam nak amik seri pengantin tapi tengok la..mcm seri aku dah kena curi dek pengantin.

So lepas kami penuhkan perut dengan makan nasi minyak Yani, tunggu sekejap untuk meraikan pengantin, tepat pukul 3 pm kami terpaksa gerak balik ke Batu Pahat sebab mlm tu aku kena balik ke Shah Alam juga. Maklum la, adat meminjam kereta orang, kena la pulangkan on time. Ape pun aku akan sentiasa doakan kebahagiaan Yani dan husband dia semoga kekal ke akhir hayat.


Sekarang tinggallah aku dan rafeah untuk meneruskan aktiviti cuti-cuti Malaysia bersama-sama

Kepada Siti Haryani bin Razali, selamat menempuh episod baru sebuah kehidupan. Aku sayangkan kau selalu.

Tuesday, May 22, 2012

My Graduation Day 2012

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:13:00 PM 0 uncang teh
Alhamdulillah...

Akhirnya aku berjaya juga konvo. Walaupun sudah hampir 3 minggu berlalu, tapi terasa baru macam semalam aje aku konvo. Walaupun majlis konvo ni takde la semeriah macam masa aku konvo kat USM tahun 2004, tapi ia cukup bermakna sebab impian aku untuk berkonvo di UTM telah menjadi kenyataan. Walaupun begitu, untuk konvo kali ni cuma 2 orang aje dr classmate aku yg datang konvo, 2 orang lagi tak dapat datang. Maklum lah, majlis konvo kali ni diadakan pada hari Isnin, jadi untuk kami yang dah bekerja ni payah ler nak bercuti. 


Cuma aku dengan Yossie aje yang datang konvo


Alhamdulillah...akhirnya aku adalah Alumni UTM 

Tuesday, May 15, 2012

The Avengers

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:12:00 PM 2 uncang teh
Korang dah tengok ke citer The Avengers ni. Haish....ini filem sangat meletup pun korang tak tengok lagi. Rugi ooo kalau korang tak tengok lagi citer based on komik Marvel ni.


Aku pun sebenarnya baru je gi tengok weekend lepas. Sibuk punya pasal dengan acara holiday dan konvo menyebabkan aku gi tengok pun dah kira last minit punya tengok la. Tapi mantapppp.....panggung still penuh lagi.

Part paling aku suka dan nampak lawak adalah adengan Dr. Benner dtg ke kota NY naik motor masa time kena serang dengan alien tu. Hahaha...itu mmg part kelakar. Tapi dah nama pun citer ni based on komik so ape kisah kan kalau ade satu dua scene bangang dan kelakar atau tak logik.

Tapi dalam banyak2 watak ni aku rasa watak Tony Stark a.k.a Iron Man yang paling menonjol. Kadang2 macam terasa tengah menonton filem Iron Man 3 la plak (sbb watak Nick Fury dan Natasha Romanoff pernah muncul dalam Iron Man 2).

Secara keseluruhan aku amat2 berpuas hati dengan citer ni. Terasa macam nak tengok lagi pun ade gak. Tapi fulus la plak kurang budget.

Dalam kita asik sibuk buat review citer The Avengers 2012 ni, sebenarnya filem ni dah pernah dibuat  pada tahun 1952 (filem ni watak Hulk takde) dan pada tahun 1978 pula baru ade watak Hulk. Tapi dalam ketiga2 versi filem ni, aku suka nak tarik perhatian korang kat watak robot Iron Man tu. Boleh tengok tak evolusi Iron Man tu yang berkembang mengikut peredaran zaman. Hahahahaha.......

Ini Premake The Avengers tahun 1952


Ini pula The Avengers tahun 1978


Ini pula versi The Avengers 2012


Nota_jari: Credit to Google and Youtube for picture and videos

Thursday, May 10, 2012

Langkawi 2012

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:08:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum

Ini adalah percutian aku dan Rafe untuk tahun 2012. Sorang lagi bestie, Mek Yani tak dapat join sbb sibuk dengan aktiviti dia nak kawin pada pertengahan bulan 5 ini. Walaupun terasa kekurangan sbb selalu bercuti ada 3 orang, tapi kali ni cuma 2 org aje, tapi happening dia tak payah nak citer la.

Kami plan cuti kami ni dalam masa 2 bulan aje. Bulan 2 tu decide tempat bercuti iaitu Langkawi dan hujung bulan 3 serta awal bulan 4 tu completed bab sewa kereta dan hotel. Pening juga la nak setelkan hal sewa-menyewa ni sbb walaupun cuma aku dengan rafe tapi masing2 ada kehendak dan keinginan tersendiri. Senang cakap...cerewet la skit. Hahahaha....Tapi tolak ansur menjadi penyelamat, aku setel bab kereta sbb aku demand kereta best dan rafe setel bab hotel sbb rafe ni demand nak hotel tepi pantai. Senang nak main air laut katanya. Jadi ape lagi, dalam masa 2 minggu antara hujung bulan 3 dan awal bulan 4 tu pening kepala juga la dibuatnya sbb nak kena dapatkan harga sewa kereta dan hotel yg fix dgn budget kami. Lagi pening sbb kami pilih tarikh bercuti tu hujung bulan 4 iaitu 28/4 hingga 30/4, dimana masa tu mmg tengah peak time sbb 1 May tu cuti hari buruh, so mesti akan ramai org akan datang ke Langkawi masa tu.

Masa kat Langkawi tu kami sewa kereta Mazda2. Hajat mula2 tu nak sewa City, tapi tercakap Vios. Bila discuss dengan agen sewa kereta tu maka dapatlah kami merasa drive Mazda2. Masa nampak kereta tu sampai tersengeh-sengeh aje kami berdua ni. Excited punya pasal, elok2 aje bonet kereta dibuka, terus kami letak beg dalam bonet, sampai kena tegur dengan brother agen tu. Hahahha.....


Inilah kereta sewa kami masa kat Langkawi. Mazda2 kaler putih. No plat pun cantik. Kereta baru ni, baru lepas 1st service. Harga sewa Mazda cuma RM120 sehari, iaitu dalam range budget yang aku nak. Actually kalau rate biasa, agen ni cuma kenakan sewa RM80 sahaja utk semua jenis kereta, tapi memandangkan time aku gi Langkawi tu peak season, so inilah harga yang diorang offer kat aku. Murahkan. Sebabnya kalau peak season, sewa kereta Mazda ni boleh cecah RM150++. Korang berminat, boleh la contact agen sewa kereta tu, Hanafi (013 435 3413) atau untuk lebih keterangan boleh la menjenguk blog diorang disini.

Bab hotel pun pening gak. Bila tanya hotel area Pantai Cenang semua penuh. Maklumlah...peak time sbb cuti hari Buruh. Tapi akhirnya, hasil carian di internet kami dapat booking Charlie Motel kat area Pantai Tengah. Best juga hotel ni sbb suasana dia takde la bising macam kat Pantai Cenang. Tenang dan nyaman aje. Yang best tu pantai dia la. Oleh sebab bahagian Pantai Tengah ni bukan kawasan teluk macam Pantai Cenang so ombak dia kuat la sikit. Tapi memang best la...bak kata anak buah aku....terujeeee....

Depan pintu gerbang Charlie Motel

keadaan bilik

Ini penting, keselesaan penginapan bergantung kepada kebersihan toilet,kalau mcm ni punya toilet kira lulus.

Pantai Tengah yang sangat tenang

Aktiviti kami disini of course la memenuhi kiriman kawan2 yang memesan itu ini begitu begini. Ape lagi kalau tak sudu garfu dan coklat2 yang sangat murah kat Langkawi ni.  Aku malas nak cerita panjang2 pasal aktiviti shopping ni sebab Rafe dah cerita details. So korang boleh la jenguk blog dia disini. 

Bab makan tak payah cakap la sbb berlambak gerai tepi jalan. Tapi untuk makan tengah hari dengan makan malam mungkin banyak la....kalau bab breakfast tu kat mana plak ye? So kalau korang duduk kat Charlie Motel ni tak payah gi jauh2...jalan depan sikit dalam 500 meter tu ade gerai makan Melayu Warung Mak Tam. Cuma untuk makan malam aku memang syor kan korang gi Restoran Mangga 2, lokasi dia atas skit je dari Faye Hotel. Makanan dia memang sedap, service cepat dan harga sangat berpatutan. 


Lokasi warung ni sebelah dengan warung makan cina, so kalau nampak ade org Melayu tu, betul la tu.

Selain aktiviti tu, kalau pergi Langkawi tak sah kalau tak buat Island Hopping. Ini Rafeah punya impian la, pada aku tak pergi Island Hopping pun tak pe sbb sebelum ni dah 2 kali aku buat Island Hopping. Kalau korang duduk kat Charlie Motel ni just cakap kat receptionist tu aje, nnt diorang akan arrangekan. Bayaran cuma RM25....still harga yang sama juga seperti tahun2 sebelum ni. Lepas tu masuk melawat Underwater World. Ini baru 1st time masuk so jadi jakun la skit. Hahahah....itu la masa tiket murah tak nak masuk tapi dah tiket mahal baru nak masuk. Yang best tu masa masuk Underwater World ni waktu pertunjukkan anjing laut. So excited la skit. Tapi yang sedihnya, aku tak dapat nak naik Cable Car sbb tengah dibuat maintenance time tu. Nampaknya kena gi Langkawi pada masa yang lain la.


Kiranya untuk percutian kali ni puas hati la juga. Bab perabih duit tu tak payah tanya la. Alang2 bercuti di kawasan free duty zone, ape lagi rembat la ape yang patut. Lepas tu bila naik feri dah macam2 orang Kampuchea jual barang, penuh tangan dengan plastik. Hahahaha.....




 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea