Monday, June 24, 2013

Kalkulator

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:44:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Hari ni nak cerita pasal kalkulator pula. Untuk orang teknikal macam aku ni, kalkulator amatlah penting dalam kehidupan seharian. Lagi-lagi kalau yang berkecimpung dalam arena akademik. Sangatlah penting terutamanya bila nak kira markah pelajar.


Ini adalah kalkulator yang aku guna sejak dari zaman matrik tahun 1999, sampai la aku habis mengaji master tahun 2012. Seingat aku hanya sekali je aku pernah tukar bateri kalkulator ni iaitu masa tahun 2003, time exam final year. Ye la kan, saat genting tu, so aku tanak la disebabkan kalkulator habis bateri aku kena extend. Lepas dari tu aku dah tak tukar bateri dah sampai la aku sambung ngaji master tahun 2009. Masa tu nak juga aku tukar bateri baru ataupun nak beli kalkulator baru terus, tapi asik tertangguh je. Last-last berjaya juga lulus semua exam walaupun dalam hati cuak gila takut bateri kong. Walaupun macam tu, kalkulator ni masih lagi boleh digunakan, dan bateri pun still ok lagi. Cuma papan display dia tu je yang dah lusuh, tanda kalkulator ni dah out of date.



Ini pula kalkulator baru aku. Baru je beli. Aku beli pun sebab pergi kedai teman adik aku beli kalkulator, so aku beli sekali la untuk diri aku. Rupa still lagi sama macam yang lama, melainkan terdapat beberapa penambahan fungsi. Display pun makin canggih. Semua jenis pengiraan arimetik boleh terus kira siap boleh simpan formula (yang ringkas aje la). Sekarang ni aku dok terkial-kial study pasal kalkulator ni. Adat orang akademik la kan, semua benda nak kena study dulu sampai paham baru rasa yakin nak apply. So sekarang ni manual penggunaan tu aku baca macam baca buku teori litar, baca sikit try n error. Itu pun still tak paham juga. Setakat operasi tambah, tolak, darab dan bahagi yang biasa tu aku paham la. Nak yang complicated sikit, lambat la sikit

Thursday, June 13, 2013

Hari - Hari Terakhir Seorang Pemangku AR...

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:02:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

WooHooo....lama betul aku tak update secara comprehensive kat blog aku ni. Bukan takde update langsung, tapi itu update hanyalah entry tidak betul-betul merupakan hasil luahan jiwa raga ku.

Lupakan pasal entry rumah seketika sebab sekarang ini aku sedang menguruskan penyiapan kitchen cabinet. Nanti siap harus aku update kat blog untuk tatapan diri sendiri di kala sepi.

Malam ni hajat hati aku nak siapkan minit mesyuarat, tapi bila mengadap je laptop buruk ni, terus hati aku jadi rindu nak surf internet. Bukan la langsung tak surf guna dekstop kat office tu, tapi feel dia lain sikit kalau guna sesuatu yang kita sayang. Sentimental value ooo bila guna laptop buruk ni. Walau buruk tapi berjasa. Love u Laptop.

Sambil-sambil aku dengar Tilawah Al-Quran tu hati aku bagai disiat-siat untuk meluahkan perasaan selama 3 bulan aku memangku tugas sebagai AR di office aku. Ape itu AR? Cheeewaaahhh....macam intro karangan masa zaman sekolah dulu je. Kalau yang kerja kat universiti tu tau la AR tu singkatan untuk apa. AR tu adalah Assisstant Registrar atau dalam kata Melayunya ialah Penolong Pendaftar. Kalau ayat senang, admin kat pejabat la. 

Tiga bulan yang lepas aku dapat surat lantikan untuk menjadi pemangku AR kat office aku sebab AR sedia ada cuti bersalin. Masa tu, risau juga aku, buat kerja yang tak pernah aku buat. Perasaan masa tu 50-50, antara yakin atau tak yakin nak buat kerja admin ni. Lagi pula masa tu aku tengah seronok nak pergi holiday ke Vietnam (bab ni tak sempat nak strory sebab sibuk jadi AR la). Lepas tu dapat tau kene jadi AR, mau tak jem otak aku. siot je. Plan dah cantik nak pergi bercuti tetiba kena ganti kerja orang pula. Tapi nasib la kawan-kawan dan famili banyak bagi support supaya berusaha untuk lakukan yang terbaik. Bila bos appoint kita untuk sesuatu tugas tu, maksudnya dia percaya dan yakin kita mampu lakukan. Dan jangan lupa, itu juga merupakan ujian untuk menguji tahap kecekapan kita melakukan kerja. Well, aku ni dalam takut, risau, kurang yakin dan ngetor-ngetor, sebenarnya adalah orang yang berani terima cabaran. Nampak je macam selekeh, tapi jenis orang yang pantang dicabar. Sekali aku dicabar, aku akan tunjukkan kekuatan aku. 


So, itu la yang aku lakukan selama 3 bulan ni. Aku percaya hasil pembelajaran yang aku terima masa di USM dulu benar-benar jadikan aku seorang yang serba boleh. Work under less supervision, work under pressure, job organising, job management, can work alone, independent dan most important things, I'm a fast learner. Selain tu, selama 3 bulan ni aku merasa la jadi Bos....hahhahahah....appoint orang sana, appoint orang sini, duduk sebaris dengan Dekan dan Timbalan Dekan serta pengerusi-pengerusi rancangan. Siapa nak lawan aku? Hahahahaha....

Nangis beb masa mula-mula aku buat kerja AR ni. Masa tu aku rasa kebebasan aku telah diragut dan disentap. Balik rumah je aku nangis kepenatan. Bangun pagi rasa malas je nak pergi office. Tak suka la beb. Baru je letak bontot semua orang dah cari, minta itu minta ini. Buka email je, berderet email kena respond cepat dan lambat. Lagi-lagi pula masa tu tiba-tiba Audit Negara nak datang. Tak ke gelabah aku jadinya. Sebelum ni sebagai PLV mana aku peduli sangat ape jenis audit yang datang. Sekali bila jadi AR, semua kena tau. Argghhh....ini bukan tension dah namanya, ini dah tahap stress.

Lepas tu pula kena deal dengan students. Masa jadi pengajar aku cuma jumpa satu sisi je perangai student. Bila jadi AR macam-macam sisi aku jumpa kat student ni. Tapi sebab aku ni ahli akademik kot, jadi sedikit sebanyak aku terbawa-bawa sisi akademik aku bila deal dengan students. Dan dalam yang sama, sisi brutal aku tetap kelihatan bila time malayan student ni. Paling susah bila kena deal dengan student yang tak paham bahasa. Owhhhh.....sangat tension.

Dalam hal nak settle hal kerja aku, aku pun banyak deal dengan pegawai-pegawai jabatan lain. Masa ni la skill communcation aku teruji. Aku ni mana pandai nak cakap sopan-sopan especially dalam telefon. Nak jawab telefon pun aku malas, bukan tahap malas tapi fobia, trauma dan paranoid. Tapi bila jadi AR ni nak tak nak aku kena jawab call yang datang. So sekarang paranoid aku dengan bunyi telefon tu dah kurang la sikit, Aku jadi lebih bertanggungjawab dengan setiap panggilan masuk. 

Selain tu, skill bahasa aku pun semakin maju. Selama beberapa tahun asik guna istilah teknikal aje, bila jadi AR ni kena la guna bahasa yang bersopan sikit. Yang paling aku tak boleh blah aku dah pandai guna istilah-istilah yang hanya puak-puak AR je yang guna, contohnya, " Mohon bantuan","mohon pencerahan" dan sebagainya. Ape yang cerah pun aku tak tau.

Seksa ooo bila buat keje yang tak pernah kita buat. Bukan tak pernah  langsung sebab kalau sekadar hal yang simple-simple tu aku ada la juga kacau AR lama buat kerja. Tapi bila aku semakin dalami pekerjaan AR ni, ianya bukanlah simple seperti yang kita nampak. Ikutkan hati tu macam tak nak balik rumah aje, kerja sentiasa ada. Setiap hari aku kena buat target untuk siapkan kerja. Kalau tak bila datang esoknya kerja aku akan jadi double. Bila dah double it's mean trouble. Nak ambil cuti pun tak sanggup bila tengok kerja yang banyak ni.Tapi aku dah tekad, cabaran ini perlu aku tempuhi dan aku mesti buat yang terbaik. Aku set target untuk diri sendiri supaya aku paham dengan kerja AR ni dalam masa 3 hingga 4 minggu. 

Tips untuk cepat jadi cekap ialah banyakkan usaha dan jangan malu bertanya jika tak tahu. Inilah yang aku amalkan. Air dalam cawan takkan tertumpah jika kita tak usahakan untuk ianya tumpah. Itulah yang terjadi sebenarnya. Orang takkan turunkan ilmu kalau kita tak usahakan ilmu itu untuk turun kepada kita. Kena rajin bertanya, rajin approach. Dalam proses belajar ni, jangan ambil hati sangat bila ada kata-kata sumbang tu. Buat bodo je. Kalau ada kesalahan kena admit jika itu salah kita. negotiation skill amat perlu untuk deal dengan semua orang. Inilah tips utk kita jadi "fast learner".

Dalam menempuhi 3 bulan yang kritikal ni, aku banyak jadikan pengalaman masa bekerja kat kedai buku masa lepas aku habis degree dulu. Bayangkan, masa tu mana pernah aku pegang, sentuh atau raba mesin fotostat, tapi kena uruskan hal pelanggan bila diorang nak fotostat. Masa tu gelabah juga tu. lulusan universiti tak pandai guna mesin fotostat?!!. Hei..aku mana belaja semua tu. Bila nak fotostat je aku hantar kat kedai je. Mana pernah buat fotostat sendiri. Lagi haru, lepas sebulan staf lama semua pakat berhenti kerja sebab nak sambung study, so automatically aku la staf senior dalam kedai tu. Nak tak nak aku push diri aku secepat mungkin untuk jadi cekap dalam masa yang singat. Ini adalah untuk pastikan kedai tak tunggang langgang. Kalau aku kurang cekap, masuk staf baru yang confirm kurang cekap, mau high blood pressure kat tokey kedai buku tu.

Perkara yang paling best bila jadi AR ni ialah boleh masuk meeting peringkat universiti dan dengar segala pasal dasar-dasar universiti. Lepas ni, mungkin inilah yang akan aku rindu, join meeting dengan barisan-barisan bos di universiti ni. Rindu-rindu.

Geng-geng Exco kat office aku ade juga cakap, proceed aje la aku dengan tugasan AR ni. Ish, kalau aku jadi AR, AR yang sedia ada tu nak jadi apa? Orang teknikal boleh buat kerja admin, tapi orang admin belum tentu boleh buat kerja teknikal. Tapi apakan daya, tugasan admin kurang sesuai dengan jiwa raga aku. Tak mungkin aku menjadi orang admin kecuali aku adalah big bos...haa...itu memang aku tak boleh tolak la. Jiwa aku jiwa teknikal, memang kurang masuk dengan jiwa admin ni. Tapi aku tak nafikan, bila buat kerja admin selama 3 bulan ni, memang rasa lain sikit la sebab banyak benda baru yang aku belajar dengan semua orang termasuk orang bawahan aku, Antaranya...banyak lagi pasal microsoft word yang aku tak reti guna, contohnya cara-cara nak buat border. Hehehehe.....orang teknikal...main letak je...orang admin nak cantik-cantik...sampai labelling pun siap ada border.

Ish panjang pula cerita aku ni. Maklum la dah lama takde peluang nak menaip kat blog ni. Sekali ada peluang, haaa...kau..luah habis - habisan.

Ape pun...disaat-saat terakhir nak jadi AR ni, aku sangat-sangat berterima kasih dengan semua kawan-kawan office sebab banyak bantu aku dan banyak bagi kerjasama yang baik untuk aku menguruskan office tu. Paling aku tak lupa kawan baik aku, Rafe yang bagi support supaya aku buat yang terbaik, dan juga of course la En. Syg chenta hati aku yang terpaksa jadi mangsa keadaan untuk mendengar semua perkara, termasuk berkongsi stress dengan aku pasal keje AR ni.

Last but not least....YES..I'm back as PLV again....(fuh! lega) 

Sunday, June 9, 2013

Selamat Pengantin Baru Bro!

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:32:00 PM 0 uncang teh


Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah semalam hari Jumaat bersamaan 7 Jun 2013, adik lelaki aku, Mail dah selamat bergelar suami kepada doktor hatinya, Norhashima Mahabu (betul ke ejaan). Dan pada hari Sabtu pula adalah hari kenduri di sebelah pengantin perempuan di Sungkai. Serba hijau pakaian pengantin. Aku nak cerita panjang-panjang pun skill karangan aku dah kurang bagus. Jadinya aku nak wish.....
Selamat Pengantin Baru utk adik aku dan isteri dan semoga kekal dan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.

Aku bila pula? Hehehe....tunggu next chapter pula la ek baru masuk bab aku. Heheheh....

Send from my Windows Phone
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea