Wednesday, October 31, 2012

Comelnya Lisa Surihani

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:50:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Aku bukanlah peminat tegar Lisa Surihani, tapi aku suka tengok muka dia, cara dia bercakap dan juga pembawaan diri dia. Kalau bab lakonan, aku no komen sbb takde la semua cerita lakonan dia aku pi tengok pun. 

Bila aku gi ngendap blog Beautifulnara, ternampaklah gambar terkini Lisa Surihani ni yang berambut pendek. Nampak comey, cute n sangat fresh. Aku suka...n aku nak tepek kat sini. Harap Abg Beautifulnara tak marah sbb aku ciluk gambar Lisa daripada blog dia. Heheheh....


Nota_jari: Credit picture to beautifulnara.com

Tuesday, October 30, 2012

Congratulation Jimah

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:39:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Entry ni aku buat spesial utk adik aku si Jimjim. Sebab aku nak ucap congratulation kat dia and husband dia (adik ipar aku la) sebab bakal menimang 1st baby dalam tempoh 6 bulan lagi. Dan dalam tempoh 6 bulan lagi aku akan dapat anak buah baru. Anak sedara lelaki ke atau perempuan ke aku tak kisah janji sihat walafiat. Dalam otak ni dah plan macam2 modul ajaran utk bakal anak buah aku tu. Hahaha....


Nota_jari: Mana yang ok...Ummi Jun atau Mak Ijun. Hahaha

Ketam Lembut Kuala Gula

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:27:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Dah lama tak sembang pasal bab jalan-jalan dan makan-makan. Asyik sembang pasal ALSD2 aje kan. Almaklum la bila dah involved dengan bisnes ni, sekali sekala kena la juga masuk entri pasal susu untuk promosi.

Weekend lepas iaitu pada hari Sabtu iaitu sehari selepas Raya Haji, ape mimpi ntah adik aku si Semail tu nak open table belanja makan seafood untuk kami sekeluarga. Kebetulan raya kali ni adik aku si Jimjim suami isteri pun balik beraya di Perak (famili abang aku je tak balik, gigih cuti 3 hari nak balik Pahang), so ape lagi si Jimjim ni pun request la nak makan ketam lembut Kuala Gula (penangan lepas dia tengok rancangan Jom Terokai Perak yang ade Maria Tunku Sabri tu). 

Perjalanan dr kg aku ke Kuala Gula tu takde la jauh mana pun. Cuma lebih kurang 30 minit je melalui Kuala Kurau. Tapi kalau gerak ikut Semanggol, mau hampir satu jam perjalanan (dah macam nak gi Penang jauhnye). Jadi kenapa perlu ikut jalan jauh kalau boleh lalu short cut nak naik jambatan Kuala Kurau-Kuala Gula kan.

Kuala Gula ni sebenarnya kampung nelayan aje. Keistimewaan tempat ni adalah hutan paya bakaunya masih lagi terpelihara dan menjadi transit persinggahan burung-burung dari Benua Utara yang berpindah ke Benua Selatan.

Kat Kuala Gula ni kami singgah makan kat Kuala Gula Sanctuary Resort. Ini kes tersilap tempat la ni, rancang nak makan kat restoran terapung tapi ter"corner" kat tempat ni la pula. Tapi nasib baik la ade ketam lembut dan makanan dia pun not bad la juga. Sedap. Si Jimjim yang cerewet tu pun habis dia hirup sup sayur dia. Sedap katanya. Nyum nyum.

Nak cerita pun dah takde idea nak susun ayat sebab best sangat, so layan aje la gambar-gambar di bawah.

Aku haruslah ade untuk jadi penyeri papan tanda resort ni.

Nak bercuti pun boleh sbb ade resort kan

Mai la datang melawat Perak

Restoran ni nama dia Restoran Cenderawasih

A part of makanan. Cer cari mana satu ketam lembut

Semangkuk sayur kangkung goreng belacan

Itu la person in charge, Semail yang sudi nak buat open table

Ini pula gambar-gambar pemandangan Kuala Gula

Pemandangan dari Restoran Cenderawasih

Suasana senja di Kuala Gula...ni aku capture guna mode lomo kat hp lumia aje

What You Can Eat During Your Diet With ALSD2

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:29:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

ALSD2 is a diet program based on ketosis which is a natural process of burning fat to energy. Hence, it is important to you to reduce carbohydrate intake such as sugar and starches and eat more protein and vegetables during your diet program. When you reduce carbohydrate intake, your body will naturally break down fat to energy. When the fat breaks down, Ketones are produced through a process called Ketosis. This chemical condition helps burn fat and prevents you from hunger.


What you can eat:

  1. All kinds of vegetables : french beans, water spinach, bitter gourd, long beans, lettuce, asparagus, carrots, spinach, broccoli, cucumber, bean sprouts, kailan, cabbage and others.
  2. Protein based foods: chicken, beef meat, mutton, fish, eggs, seafood, soy, tempe and cheese (2 slices a day)
  3. 8 glasses / 2 litres mineral water or more.

What you should avoid:
  1. All carbohydrates and sugary foods: rice, flour based foods (cakes, biscuits, pastries), spaghetti, bread, cereals, kuey tiaw, fried potatoes, instant food, fruits, laksa, noodles, fish ball, squid ball.
  2. All sugary, carbonated and caffeinated drinks.

Notes!
The maximum carbohydrate you can take is only 35gm per day and it contained most in your protein based meals.

Interested to try ALSD2, pls pm me a.s.a.p:
 irjune298@yahoo.com

Nota_jari: Picture credit to Google and info credit to ALSD2 booklet.

Wednesday, October 24, 2012

Anda Sakit Mental?

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:50:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Anda rasa anda ada sindrom seperti dibawah?
  1. mudah marah/mudah meradang
  2. keresahan yang teruk
  3. kerisauan yang berlebihan
  4. perubahan selera makan
  5. masalah tidur (susah untuk tidur atau mudah tertidur)
  6. letih lesu
  7. kurang tumpuan terhadap aktiviti harian
  8. memikir atau bercakap tentang bunih diri
  9. penyalahgunaan dadah dan alkohol
  10. tingkahlaku agresif
  11. perubahan personaliti yang ketara
Kalau anda rasa anda ada tanda2 seperti diatas....sah sah sah...anda sebenarnya ada masalah kesihatan mental. Bukan gila tapi cuma mental anda sahaja yang terganggu. So better gi check kat doktor atau pakar mental ok.

Ini bukan aku yang tulis...tapi poster kat bawah ni yang cakap. Poster ni aku snap kat dinding Hospital Taiping. So approved by KKM ok.


Tuesday, October 23, 2012

Babi Mild?

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:16:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Babi Mild? Hahahaha.........
Sanggupkah anda untuk membeli? Hahaha.....

Picture lama ni. Snap kat Padang Besar masa pergi time bulan puasa dulu. Ini bukan produk Malaysia tau. Ini produk Thai tau.


Wednesday, October 17, 2012

Jom Masak 2

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:29:00 PM 0 uncang teh
Assalmualaikum wbt

Dulu masa muda remaja aku gila beli buku novel cinta. Tapi bila dah masuk usia muda belia ni aku gila beli buku masakan la pula. Tapi ironinya, aku ni malas masak melainkan masak merapu. Nasib baiklah bujang lagi so kalau masak merapu  and then ade side effect mcm sakit perut tu so sendiri tanggung la. Kalau dah kawin ada suami and ada anak, tiba2 sbb suka sangat buat experiment masakan ni and ade side effect mesti kuar kat paper Sinar dengan tajuk, " Sekeluarga Cirit Birit Sebab Makan Masakan Eksperimen Ibu". Hahahha...akhbar tabloid kan suka buat tajuk gempak.


Buku "Bukan Sekadar Resepi" tu adalah travelog masakan penulis tersebut. Aku dah try satu resepi beliau iaitu Baklava tapi kurang sedap sbb tak cukup ramuan. Resepi dalam buku "Menu Lengkap 100 Resepi" tu aku tak try lagi. Tengah study mcm mana nak masak resepi2 beliau. OOOO.....nak masak pun kene study gak bukan main hentam keromo aje.

Bersyukur Saat Diuji

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:16:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Membaca tu merupakan salah satu hobi aku malah boleh dikatakan tabiat aku juga la. Berilah ape bahan sekalipun hatta secebis kertas surat khabar atau iklan flyers tu konpem aku akan baca especially time makan. Tabiatkan. Sekarang ni kalau nak membaca dah tak perlu nak gi beli buku kat kedai dah, online je internet, maka beribu-ribu bahan bacaan terpampang di hadapan mata anda. Malahan nak baca paper pun boleh baca secara online. Hebatkan teknologi.

Tapi membaca secara online takde feel mcm kita baca bahan bacaan sebenar. Nak tak nak kita kena gak gi beli bahan bacaan bercetak; surat khabar, novel, buku motivasi dan sebagainya.

Dulu sewaktu muda remaja aku sangat suka membeli novel remaja dan novel-novel cinta. Masa study kat USM dulu, walaupun hidup "berpekin", belanja yang dah tahap ikat perut tapi sempat lagi gi beli novel-novel cinta especially buku terbitan Alaf 21. Masa keje part time pun setiap kali dapat gaji benda pertama yang aku beli adalah novel-novel cinta. Majalah tak payah cakap la kan, kalau dulu dengan majalah Remaja nya, upgrade gi majalah Wanita dan Nona, upgrade gi majalah Cosmo dan Intrend...tapi sekarang aku upgrade lagi dengan majalah Impiana dan Anjung Seri. 

Tapi seiring dengan peningkatan usia, kematangan dan pengalaman, sekarang ni aku cuba beli buku berbentuk motivasi diri. Kiranya buku ilmiah la. Buku terbaru yang aku beli adalah bertajuk "Bersyukur Saat Diuji", hasil karya Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim. Prof ni dulu merupakan mantan pensyarah dan Pengarah Kampus UiTM Segamat. Sekarang ni beliau dah berhijrah ke Madinah, mengajar di Universiti Madinah.


Buku ni berkisar mengenai pengalaman beliau dalam menghadapi keadaan ketika diberi ujian oleh Allah. Masya Allah, Subhanallah, Allahuakbar. Banyak betul pengajaran yang aku dapat lepas baca buku ni. Sambil baca buku ni sambil air mata aku megalir mengenangkan kejahilan diri sendiri. Setiap ujian Allah tu bukan sekadar semasa kita susah sahaja tetapi ketika mendapat kesenangan pun adalah satu ujian juga. Allah beri kita ujian adalah untuk menguji keimanan kita, menarik kita kembali ke jalan yang benar dan menyelamatkan kita daripada terus melakukan kesilapan.

Selepas baca buku ni, aku harap ada kawan-kawan kat luar sana tu yang sudi juga baca buku ni. Daripada korang gi baca buku novel cinta yang tangkap leleh tu, baik baca buku travelog ni. Selain dapat pengajaran kita juga mendapat satu pengalaman baru seolah-olah kita turut merasai keadaan seperti penulis rasa.

Akhir kata (dah macam tulis surat la pula), jangan menyesal dan mengeluh ketika diberi ujian daripada Allah. Terima dengan hati yang ikhlas dan berlapang dada. Kita adalah istimewa kerana mendapat ujian daripada Allah SWT. 

Wallahualam

Kelebihan Alpha Lipid Lifeline

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:48:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Tak payah nak terang panjang-panjang. Tengok gambar pun dah tau kelebihan Alpha Lipid Lifeline ni. Jadi jangan la sengkek sangat nak beli dan hadiahkan kepada yang tersayang terutamanya untuk kedua ibu bapa kita. Sekurang-kurangnya dapatlah diorang tu melakukan amal ibadat dengan selesa.


Jangan lupa PM aku ok untuk urusan pembelian dan penghantaran.

JUNAIDAH ALI MOHD JOBRAN
irjune298@yahoo.com / 012 560 6046

Monday, October 15, 2012

How to Prepare ALSD2

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:30:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum

Plan to reduce your body weight and get the right shape for your body? This is the right time for you to try ALPHA LIPID SLIM DIET 2. A product with high soy protein to help you burn your fat. 

There are 4 simple ways to prepare your ALSD2 drink:



Mix 2 scoops ALSD2 in 250ml cool water. 
WARNING:  Do not mix your ALSD2 with warm or hot water.

Close the cover tightly and start to shake slowly.


Shake well until the ALSD2

Your ALSD2 is ready to drink



Interested to try ALSD2? Feel free to contact me:

Junaidah binti Ali Mohd Jobran
irjune298@yahoo.com / 012 5606046


Nota_jari: picture kredit to Google and Kak Hazura

Alpha Lipid Slim Diet 2

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:07:00 AM 0 uncang teh

Assalamualaikum

Proses penambahan berat badan, pada aku bukanlah satu perkara yang merunsingkan otak. Pada diri aku...normal la keadaan tu. Mungkin kerana aku ni dikategorikan sebagai tinggi, so kalau setakat 60kg tu takde masalah pun. Keadaan ini mungkin sebab berat aku ni mcm yoyo..jadinya ayoyo..sekejap naik sekejap turun. Itu cerita dulu, cerita masa aku berumur dalam lingkungan 20 thn sehingga 29 tahun.

Tapi secara seketika, aku terlupa bahawasanya bila usia mencecah 30an, kadar metabolisme akan semakin menurun. Lagi-lagi pula bila suasana kerja aku yang tidak memerlukan banyak pergerakkan. Keadaan penambahan lemak dalam badan ni semakin ketara bila aku berada dihujung pengajian master-ji aku. Masa tu memang rilek sangat-sangat. Ape nak risau, kelas dah takde, tak perlu nak ulang-alik ke Shah Alam setiap minggu, cuma perlu siapkan projek kat rumah aje. Jadinya berlakulah sindrom makan, tgk tv, tido. Indahnya dunia masa itu kan.

Kawan-kawan opis dh mula tegur.."Jun, hg ni makin bulat la", " Jun, hang punye bontot makin lebar la", tapi aku sengih je. Muka macam takde masalah pun, sebab aku ingat berat aku just cecah 65kg je. Kemuncaknya, bila aku tak boleh nak pakai seluar slack kegemaran aku masa gi konvo awal bulan 5 dulu. Masa tu baru la betul-betul risau. Balik je umah terus aku timbang dan mak oiiiii....berat aku dah cecah 70kg. Nak nangis tak boleh, nak jerit tak boleh. Kalau nak tengok gamba aku masa time gemuk tu boleh baca entri Gemuk ni. Gambar tu masa aku gi bercuti ke Langkawi seminggu sebelum aku konvo.

Jadinya selepas balik konvo tu aku pun berazam untuk turunkan berat badan (azam tahun lepas konon nak turunkan berat badan, tapi rupanya berlaku penambahan berat la pulak). Mula-mula tu aku praktis elakkan makan nasi. Start belajar makan oat. Tapi bila timbang cuma turun 1kg je. Hmm...tak boleh jadi ni.

Last-last satu artikel aku baca dalam Majalah Mingguan Wanita (tak tau keluaran bila) sembang pasal Alpha Lipid Slim Diet II. Huh!...macam menarik. So aku pun bertanya la pakcik Google, dan dihantarnya aku ke blog Kak Hazura Bani Hashim. Baca punya baca, fikir punya fikir, timbang baik buruk, akhirnya aku pun contact la Kak Hazura ni dan start order 4 tin alsd2.


Aku start minum ALSD2 ni hujung bulan 6 dan alhamdulillah sehingga awal bulan 8 iaitu masa nak raya puasa dulu, berat aku turun sebanyak 6 kg. Seluar slack yang dulu sangat sangat ketat sekarang dah boleh dipakai, dan di zip. Hahahaha....

Sekarang aku masih lagi mengamalkan minum ALSD2 ni. Walaupun berat badan ni takde la nak turun mendadak mcm dalam iklan (setiap orang lain tindakbalasnya), tetapi at least sekarang ni aku dah dapat berat yang ideal dengan ketinggian aku. 

Tidak aku nafikan harganya agak mahal berbanding produk lain di pasaran, tetapi iainya berbaloi. Jadi kepada sesiapa diluar sana yang teringin mendapatkan maklumat lanjut mengenai ALSD2 ini dan ingin mencuba, boleh PM saya di email/ym chat: irjune298@yahoo.com hp: 012 5606046


Nota_jari: Picture kredit to Google n Hazura Bani Hashim
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea