Sunday, February 27, 2011

Assignment Aku Adalah Membuat Blog

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:49:00 PM 0 uncang teh
Ingat tak lagi dengan entri pasal lecture aku yang tak datang sebulan yang lepas. Kalau tak ingat sila baca kat sini. Ok..hari ni dia dah datang dah...rupanya dia tak tau yang dia kena ngajar kami jadinya dia gi outstation untuk buat keje dia.
Inilah dia lecture aku yang sempoi tu. Maafla....gambar di ambil dr google jadi blur skit.

Lecture aku ni taraf Prof, jenis slumber je org nye...tapi jgn tak tau dia ni tabligh...walaupun tabligh tapi otak dia asik fikir pasal bisnes je...tapi bisnes yang berkaitan ngan bidang kajian dia la....Voltan Tinggi (HV).

Sempena dengan subjek yang dia ajar ni, dia dah request kami semua sebagai student dia utk siapkan 2 assignment. Normal la sebagai pelajar master-ji untuk buat 2 assignment. Tapi sebab punya sempoi punya lecture, korang nak tau dia suh buat assignment pasal apa.....Assignment 1 dia suruh buat blog pasal subjek yang dia ajar dengan alasan dia nak bg banyak info kat public pasal lightning dan HV manakala assignment 2 pula dia suruh jawab soalan (yang mana beberapa soalan dia dah bg jalan kerja dah pun...hehehhe...sempoi tak lecture aku ni).

Sekarang ni aku dah jadi pening lalat dah nak buat blog sempena dengan arahan assignment 1st aku. Nak cari tajuk header ngan nama blog ni la satu pasal. Takkan nak bg nama kanak2 ribena kot...pastu background pun kena pikir gak...kene la taraf standard pelajar master-ji dan blog infomartifkan..kena la ade ciri2 educated sikit.

So...korang ade idea tak nak bg nama apa utk blog aku ni...kalau ade sila bg komen membina utk aku ye. (macam la pengikut aku ni ramai sgt macam pengikut Fatin Liyana).

Nota_jari: nak update blog sendiri pun malas...inikan pula nak update blog utk assignment.

Thursday, February 17, 2011

Tuhan Beri Aku Cinta

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:08:00 AM 1 uncang teh
Macam mana nak gambarkan keadaan aku skrg ni....Mungkin lagu nyanyian Ayushita ni boleh nak gambarkan apa yang aku rasa skrg (2.06 pagi waktu Malaysia)

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Tuesday, February 15, 2011

Bila Kopi Bengang Dan Menunjuk Perasaan

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:59:00 PM 2 uncang teh
Dah besar rupanya kucing aku si kopi a.k.a apon ni...Dah tahap anak teruna dah rupanya...Dulu kecik je sekarang dah besar...dah pandai nak mengorat kucing betina dah. Sekarang kalau suruh dia masuk lepak kat rumah, asik minta nak keluar je..Kalau tak bagi keluar merajuk tunjuk perasaan sebab cinta dia dihalang...wakakakka....

Nak tengok gaya apon tengah bengang sambil merajuk tunjuk perasaan...dia buat ala2 konon2 tengah tido tu...

Lepas tu dia pusing konon2 mengeliat sambil membuat renungan mata meminta simpati


Ini pula gaya tuan apon pula bila tengah bengang dan bebai sebab tak boleh nak buat assignment dan tengah tension...
Ada gaya tengah menurun sambil main dam aji tak? Hahahahaha....

Wednesday, February 9, 2011

Kerana Kita Bersaudara

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:03:00 PM 0 uncang teh
Sebak aku baca pengalaman pahit ngeri pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang terpaksa menjadi mangsa keadaan diatas pergolakan yang berlaku diantara kumpulan penyokong Presiden Hosni Mubarak dan kumpulan anti-penyokong Presiden kerana kitidakpuasan hati dengan keputusan politik yang dibuat oleh Presiden. Akibatnya, sabar yang dipendam berada dihujung tanduk meletup menjadi bom jangka. Pergolakan dan rusuhan sesama saudara berlaku,akibatnya pihak yang tidak berkaitan menjadi mangsa keadaan dan pihak ketiga mengambil kesempatan melakukan kejahatan. Inilah....inilah...inilah....nauzubillah...

Kesan pergolakan politik kat Mesir tu bukan aje menyusahkan penuntut2 Malaysia, malah penuntut2 Muslim dari negara2 lain. Ini adalah di Mesir terlataknya institut ilmu terulung di dunia Islam iaitu Universiti Al-Azhar yang menjadi tumpuan seluruh pelajar Muslim dari pelusuk dunia untuk menuntut ilmu.

Keperitan yang dialami oleh pelajar Malaysia juga dirasai oleh 50 penuntut Kemboja. Sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Metro hari ini. Sayu perasaan mereka bila mana rakan2 penuntut dari negara lain diselamatkan oleh Kerajaan negara masing2, sedangkan mereka pula terkial-kial meneruskan kehidupan di Mesir dalam serba kekurangan. Kita sedia maklum, negara Kemboja bukanlah sebuah negara yang berkemampuan seperti Malaysia jadi adalah mustahil kerajaan mereka mampu melakukan operasi besar-besaran seperti Kerajaan Malaysia untuk menyelamatkan rakyatnya. Namun atas keprihatinan dan semangat persaudaraan sesama Islam, Kerajaan Malaysia sedia membantu menyelamatkan semua penuntut Kemboja selepas Menteri Hal Ehwal Muslim Kemboja meminta bantuan daripada pihak Kerajaan Malaysia.

Syabas pihak Kerajaan Malaysia kerana telah membantu penuntut Malaysia dan penuntut Kemboja keluar dari negara Mesir. Inilah semangat ukhwah Islam yang perlu ditegakkan untuk mengembangkan syariat Islam tercinta.


Nota_jari: mendoakan keselamatan kawan aku, Sara sekeluarga semoga selamat pulang ke Malaysia dari Mesir.

Tuesday, February 8, 2011

Ko Ingat Aku Ni Statue Of Liberty Ke...Sengal

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:56:00 PM 8 uncang teh
Sape2 yang asik baca blog aku ni mesti pernah terserempak dengan cerita pasal en.syg aku ni kan. Mesti yang baca tu dah naik jelak baca pasal en.syg aku tu. Aku pun kadang2 naik muntah hijau gak bila baca balik entri en.syg yang terselit2 celah2 entri yang sedia ada. Ini memang speSIAL entri aku buat untuk en.syg aku tu. Tak pernah2 aku buat kan...asik2 aku selit2 je dalam entri yg sedia ada. Kali ni aku buat entri terang2 pasal dia.

Aku tengah marah ni. Bukan berlakon marah sebab nak perhatian dia tapi aku memang marah dan hangin satu badan. Dah tak tau nak luah kat mana....jadi luah aje kat sini. Kalau aku pendam, simpan karang lagi sakit otak aku. Kalau sakit otak semua benda boleh jadi jem.....stress stress stress...

Serius...aku memang sayang dia sangat2. Kalau tak takde la aku suka suki je pggil dia en.syg. Sayang aku kat dia bukan main2...memang serius....tapi takde la tahap laila majnun tu....itu gila namanya, sbb sayang ko gi bunuh diri. Bodoh. Aku sayang kat dia lebih daripada sayang aku pada jantan2 yg pernah aku kawan sblm ni. Tgk betapa specialnya dia dalam hidup aku. Rasa sayang ni kat dia mmg tak boleh nak describe dengan kata2 la....memang kuat kurniaan Allah ni kat aku utk dia. Kalau tetiba dia ajak aku kawin....memang aku ON aje. Tu tgk betapa kuatnya sayang aku kat dia.

TAPI.....walaupun rasa sayang aku dekat dia terlalu kuat...itu bukan bermakna aku cuma pandang sebelah mata je kalau aku ade rasa tak puas hati dengan dia. Takde maknanya aku nak pendam semua perkara hanya sbb aku sayang dia. Sayang tetap sayang ok tapi bab mengutuk..bab nak marah...bab tak puas hati aku tetap ade...realistik la ok...aku bukannya STATUE OF LIBERTY!

Aku taktau macam mana nak mula cerita ni. Tapi macam ni la...aku buat ringkasan aje kenapa aku jadi hangin skrg ni. Jumaat lepas sempena CNY tu birthday dia. Masa tu aku kat kg mbah aku....punya la gigih aku msg dia ucap happy birthday....tapi hampeh...dia langsung tak reply. Takpe...aku sabar lagi....Memang skrg ni antara aku dgn en.syg tu ade masalah. Bukan masalah skit2 je...tapi kes masalah besar. Kalau aku cerita details mesti salah tu kena humban kat aku. Senang cakap....antara aku ngan en.syg tu sebenarnya takde la confirm ape2 lagi, teman tapi mesra je...cuma skrg ni diikat sbb masing2 ade feeling antara satu sama lain tapi tak boleh nak proceed sbb aku ni org ke-4 dalam hidup dia. Kalau dah org ke-4 tu bukannya cinta 3 segi tapi dah bersegi-segi dah namanya...ok stop..aku dah terlalu straight la plak.

Ok..lepas wish dia dengan sms tu...mmg lgsg dia tak reply walau satu pun msg aku. Geram, sedih, rindu..semua dah bercampur gaul dalam satu mangkuk....sewel pun ade gak. Tapi aku ok...sabar lagi...sabar sabar..Tadi aku saje je tgk fb dia....dan tiba2 rasa sedih dan rindu aku tu dah bertukar buat aku jadi marah dan hangin satu badan. OOOO...sms aku ko tak balas..tapi msg2 kat fb tu boleh pula dia balas...tak sibuk la pula. Ngan aku boleh pula dok bagi alasan sibuk. Duduk tepi lubang hidung pun ko kata sibuk. Skrg ni sabar aku dah hilang ntah ke mana-mana ntah.

Dey..tambi...kot ye pun ko tak suka aku....be gentleman la skit. Aku tau la aku ni manusia yg ke-4 ke atau yg ke-5 dalam hidup ko. Ye aku syg sangat kat ko..syg sangat2 tapi tu bukan bermakna ko boleh buat suka hati dengan aku. Nak kata skandal...takde macam rupa skandal...nak kata mistress takde plak aku di bagi hadiah mahal2..nak kata call girl upah pun tak dapat. Ko nak reject aku pun cakap la baik2...bukannya aku tak biasa kena reject...benda ni dah lali dah kat aku. Sedih tu sedih la tapi takde la sampai tahap aku nak bunuh diri. Aku bukannya bodoh takde akal nak buat benda2 gila tu. Paling koman pun aku cuma jadi sasau kejap je....tapi lama2 aku ok la....Come on la aku ni bukannya budak2 lagi....kalau gf no1 ngan no 2 ko tu maybe la kot nak bunuh diri. Sia2 aku belajar tinggi2 keje bagus2 kalau endingnya aku nak bunuh diri. Bodoh la lu....
Kalau lepas ni ade sesape nak hentam aku pasal entri ni...hentam aje la...aku peduli ape...rasa2 tak sesuai aku delete je...lagi2 pada hantu2 yg guna nama anonymous tu....penakut punya org.

Nota_jari: gambar en.syg terpaksa di"remove" sbb nilai ke'ekslusif'annya...

Serlahkan Seri Dengan Blusher

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:46:00 AM 2 uncang teh
Aku ni bukanlah dikategorikan pompuan yg jelita macam Miss World tu tapi alhamdulillah cantik juga la (bukan puji tapi semua ciptaan Allah kan cantik). Jadinya sbb kurang jelita..teringin juga la nak bg jelita skit biar takde la muka pucat lesi macam mayat hidup...Caranya mudah dan senang aje...pakai blusher aka pemerah pipi...

Aku start try guna blusher ni masa belajar kat USM dulu...blusher jenama Fasio...kaler apple pink...soft giler pink dia. Kalau gi kelas memang tak sah kalau tak pakai blusher tu...sampai kelas siap kene belek muka ngan member, pastu siap la kene tegur...,"ko pakai blusher ke jun". Jadinya aku kena la pakai curi2...jgn bg ketara sgt pink tu sbb nnt kengkawan aku menegur macam pakai blusher ni satu kesalahan gred A  la.

Start dari tu, blusher memang perkara wajib untuk touch up muka aku. Aku tak kisah kalau tak pakai maskara ke...eye shadow ke...celak ke...lipstick ke...janji blusher aku kene pakai selepas pakai bedak. Kalau habis blusher aku, memang gelabah la....Warna yg aku suka of course la warna neutral pink ngan orange...pakai pun takde la tebal cuma nipis aje....

Terbaru, aku baru je merembat 2 blusher masa CNY lepas. Gila tamak tak aku ni. Ini semua gara-gara 1 blusher aku tu dah habis...bukan habis langsung sbb aku ade lagi stu blusher jenama Body Shop tapi sbb aku ni jenis suka ade kaler blusher yg pelbagai so ape lagi gatal tapak tangan kiri la nak bg perabih duit gaji.

Dan akhirnya, 2 blusher yang aku rembat tu adalah dari jenama Elianto dan Etude House.

packaging kotak memang menarik dan cute

yg etude tu kaler orange..yg elianto tu kaler angel pink..

gambar yg siap mekap dengan blusher...nampak la seri skit walaupun takde la jelita sangat



Monday, February 7, 2011

Ape Yang Best Masa Chinese New Year

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:36:00 AM 0 uncang teh
Happy Chinese New Year.....

Heh! dah lepas ek? Laaa...baru 4 hari je....mood CNY tu ade lagi....So ucapan Happy Chinese New Year untuk semua kaum Cina di Malaysia... (wah! baiknya aku).

Nak tau ape yang best time raya cina ni? Jom aku nak listkan...hehhehe...ni ikut citarasa aku la ni:
  1. lambakan limau mandarin dipasaran yang murahhhhh.....hehhehee....time2 raya cina ni la boleh beli limau murah2...kalau lagi bernasib baik boleh dapat limau preeeee.....supplier bagi...student bagi...tak pun staf yg bagi..pree..pree..pree..(kalau tak bernasib baik makan limau byk2 perut sebu pastu sakit perut..hahha padan muka).
  2. dapat makan kacang preee......tapi selalunya sebungkus aje la...almaklumla raya cina ni kan tak sah kalau takde kacang tanah...selalu jiran cina kat kg aku tu la akan bg...
  3. Dapat makan kuih bakul...kuih bakul ni kuih wajib masyarakat cina kalau nak sambut CNY...macam org melayu kuih wajib tu bahulu, dodol dan kaum India pula marukku..tapi aku cuma jamah skit je...manis sangat...lagi plak kuih bakul zaman sekarang ni dah tak sedap macam masa zaman aku kecik2 dulu...almaklum la bukan handmade dah...kilang made je skrg ni...camne nak sedapkan.
  4. air kotak...haa...air kotak....ni takde la free...tapi kalau kita tgk kat pasaraya tu byk betul air kotak dijual...berkartun kartun...
  5. tarian singa dan tarian naga...ni memang yang paling special...susah kita nak tgk tarian ni kalau bukan masa CNY atau event2 keraian special kaum cina...tapi tak tahan tu bunyi gendang ngan piring ceng ceng ceng tu..pecah gegendang telinga aku....bunyi gendang plak dung dung dung dung...mak oiii...jatuh jantung aku ni.
Haaa.....tgk...sekali lagi aku detail kan lagi part2 macam ni...wakakaka....ye la dari aku bg detail pasal en.syg sampai korang bosan baik aku detail part2 kemasyarakatan ni kan. Hahahahhaha....

Sunday, February 6, 2011

Jay Chou... You Are Awesome

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:47:00 PM 2 uncang teh
Tak boleh nak lupa...asik terbayang-bayang aje. Sebelum ni pernah tengok dia berlakon byk citer dah...Kung Fu Dunk...Initial D...dan byk lagi la...tapi reaksi aku takde la lepas aku tengok dia dalam citer The Green Hornet. Tu la Jay Chou...pelakon  kelahiran Taiwan yang juga penyanyi popular di sana. Kiranya...superstar juga la dia ni..lagu dia pun hebat dan popular....sama macam Rain.


Tadi siang gi tgk wayang citer The Green Hornet. 3D lagi...(melayang 34 hinggit duit tiket 3D tu). Walaupun Jay Chou cuma jadi 2nd lead actor tapi....fuhhhh...karisma dia memang nampak. Smart giler...hensem...hah..ntah ape lagi yg aku nak puji ntah. Rasanya...compared ngan Seth Rogen (dah kurus rupanya dia), rasanya watak Jay Chou lagi menonjol. Citer pun menarik...best...maklum la genre comedy action. Ape lagi, takde control2 dalam panggung pun aku gelak mengekek...lawan gelak ngan brother kat seat belakang.


Lepas ni, confirm Jay Chou tu masuk list secrect admire aku la...hahahha...mula2 Johnny Depp, lepas tu Nicolas Cage...lepas ni Jay Chou pulak. Tak boleh blah betul la...aku bukan fokus sgt kat citer tu...lebih fokus kat Jay Chow je...hihihihi.....

segaknye...

smart smart smart


 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea