Thursday, September 30, 2010

Passport to Health, Wellness and Beauty

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:03:00 AM 2 uncang teh
Lamanya tak update story kat blog ni. Bersawang la jadinya. Kepada kawan2 yang rajin membelek blog aku ni, sorry ye...aku sedikit stress dengan kerja dan master-ji aku sekarang ni. Jadinya, nak update cerita pun idea takde. Nak update pasal raya...cukuplah satu cerita, nak update pasal kawan2 takde gossip terkini, nak update pasal isu semasa...jenuh aku membebel takde perubahan juga, nak update pasal shopping pun tengah sengkek lepas raya. Satu-satunya cerita yang aku ada pun kes aku kecik ati dengan en.syg. Ohoooo...en.syg la pulak...gedik gatalnye aku ni...ahahahha....takde la aku gurau je.

OK...back to the issue....

Sape-sape sini pelanggan tegar tahap penagih dengan Watsons?? Angkat kening.....Kalau korang perasan sekarang ni Watsons tengah promote membership card untuk para pelanggan. Membership card ni macam privillege card la. Korang beli barang kat Watsons, korang boleh collect point, dan point-point yang dah berlambak tu nanti korang boleh guna untuk beli barang kat Watsons pulak.

Setiap pembelian barang jualan Watsons korang akan dapat 1 point untuk RM1. Kalau beri barang jenama Watsons pulak point tu akan jadi double la mean RM1 bersamaan 2 point. Kalau korang memborong barang-barang di Watsons pada bulan kelahiran korang pulak, setiap pemborongan pembelian pertama dalam satu resit korang akan dapat 5x point. Mean kalau korang lahir bulan Oktober tak kira la berapa hari bulan, pembelian pertama korang dalam bulan tu je yang akan dapat extra point 5x tu. Kali kedua pembelian point adalah seperti biasa. Selain tu ada la lagi promosi-promosi di Watsons kita akan dapat exclusive invitation la. Menarik kan.....

Murah je nak register untuk dapatkan kad ni. Cuma bayar RM12 je untuk seumur hidup korang. So kalau korang ni diberi umur dan kesihatan sampai 100 tahun dan Watsons masih wujud masa tu, kad korang masih lagi valid untuk digunakan. Alahhh....12 hinggit...ape la sangat...

So ape lagi, jenguk2 la Watsons berhampiran anda. Lepas register kad tu, korang kena activate plak card korang sebelum korang boleh nak redeem point korang tu. Nak activate ni senang je, boleh isi borang kat Watsons tu sendiri, call Hotline Watsons atau cara mudah, korang online je melalui website http://www.watsons.com.my/ dan menariknya activate melalui online ni korang akan dapat 200 point FREE...lagi menarik tu.


Selain cerita kad Watsons ni aku nak tambah lagi cerita lain, masih under topik yang sama. Sekarang ni kan musim org buat rumah terbuka. Almaklum lah Syawal masih ada seminggu. Masing2 pulun la nak buat rumah terbuka. So, macam2 la makanan akan masuk dalam perut kita kan.

Macam aku ni, sebab makan ntah ape2 la tolak batu, kayu dengan benda tak halal je, yang lain semua aku bedal makan, so ape lagi tahap kandungan toksin confirm tinggi. Ditambah lagi dengan stress keje dan stress belajar...alahai...mmg terasa sangat la kandungan toksin tu. Hari2 asik buang angin dengan sendawa aje. Hilang vogue aku. Hahahha....

Jadinya, semalam tu akhirnya berjaya juga aku merembat minuman untuk buang toksin jenama Juvanex. Dah lama aku aim Juvanex ni tapi baru semalam aku berjaya merembatnye. Juvanex ni adalah program minuman untuk 7 hari. Dalam kotak ni ada 28 sachet untuk korang minum 2 kali sehari selama 14 hari. Insya Allah lepas 14 hari kandungan toksin akan berkurangan la (bukan aku cakap tapi aku baca kat dia punya buku panduan). Aku dah try minum dah pagi tadi. Sedap...rasa lemon, tapi so far takde la lagi tanda2 panggilan alam akan berlaku.

Ape2 pun jenis program penyahtoksid yang korang nak buat, pastikan korang minum air masak secukupnya. Macam Juvanex ni dia syorkan 8 gelas air sehari, lebih kurang 2 liter air la. Ini sebab, toksin2 dalam badan kita akan dinyah melalui air besar, air kecil dan perpeluhan. So air amat penting untuk badan kita. Untuk keterangan lanjut boleh la korang geledah kat http://www.myjuvanex.com/.


Nota_jari: umur dah meningkat ni kena la lagi prihatin untuk jaga kesihatan. lagi2 kalau masih lagi pegang status anak dara pingitan. hahahahah

Thursday, September 23, 2010

Cerita Grand Raya 2010

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:09:00 PM 0 uncang teh
Orang lain dah stop sembang pasal raya, aku baru hegeh nak cerita pasal raya. Tapi tak kisah la kan, untuk kepuasan diri sendiri aku cerita aje la.

Tahun ni ntah ape hangin puting beliung, aku asik kuar statement "nak raya grand gila tahun ni" kat adik aku. Jadinya, untuk merealisasikan impian grand raya giler babas ni aku sendiri la kena kuar budget lebih sikit untuk beli pelita buluh.


Part cucuk2 pelita ni keje aku ngan adik bongsu aku, part cucuh2 pelita pula aku tender kat adik bongsu aku je.

Tahun ni serius raya kat rumah aku memang tak ramai budak2 datang beraya. Ape ke hal pun aku tak tau sedangkan aku memang stanby duit raya sorang singgit kat budak2. Memilih betul budak2 zaman sekarang ni. Maybe sebab diorang takut kena paksa makan kuih raya sampai habis kot. Tapi ok ape, korang makan, aku bg upah singgit sorang. Tahun aku kecik2 gi beraya, seposen je yang aku dapat. Tapi aku tak kisah...syukur je.

Raya tahun ni aku tak gi beraya rumah kengkawan aku langsung. Sorry ye korang, bukan tak nak gi tapi time korang buat open house, open table tu aku tgh beraya kat rumah mbah aku la. Tahun 2010 ni betul2 spend raya kat rumah adik beradik dan jiran tetangga aje. Tunggu tahun depan pula la aku gi beraya rumah kawan2 ngan husben aku pulak. Time tu korang stanby je kat umah korang.

Petang raya sempat gi rumah jiran tetangga je dan malam raya gi rumah Acu aku nak beraya dengan tok aku pulak.


Raya kedua aku balik rumah mbah aku kat Hutan Melintang, Teluk Intan. Wajib ni. Kalau tak mbah ngan mak aku moody. Hahhahah....Konvoi 3 kereta ngan kereta adik dan abang aku. Sampai je kat rumah mbah, tak hilang penat satu rombongan mbah saudara aku datang beraya. Terpaksa la layan apa yang patut dulu, sambil makan pecal (wajib ni kalau raya kena cari). Habis je rombongan mbah saudara ni balik, aku hentam tido dulu. Plan nak gi beraya tolak tepi, postpone malam. Bangun tido ade lagi rombongan mbah sedara lain plak datang. Nasib baik la time aku bangun tu diorang dah nak balik, so dalam mata dok mamai tu aku sempat la bersalam dengan semua bibik2 dan paman2 aku dan juga mbah sedara aku, dan tetiba mata mamai aku jadi buntang lepas bersalam dengan mbah sedara aku...rupanya terselit angpau raya kat tangan aku. Hahhahah....AKU DAPAT DUIT RAYA LAGI......

Malam raya ke-3 baru  la aku dan rombongan aku gi beraya. Itu pun sempat 2 buah rumah je, rumah wak wan aku dengan rumah bik jah aje. Jadi la...itu pun perut dah sebu dah lepas makan laksa bik jah.

Raya ke-3, wa best best part ni, kami konvoi 3 mpv dengan 3 buah kereta dari 5 buah famili induk (ni famili mak dan makcik pakcik aku) yang masing2 membawa anak menantu dan cucu gi beraya ke rumah saudara mara di Sabak Bernam. Ambik ko...rombongan keturunan Mbah Saadiah beraya. Hari ni sempat beraya sampai 12 buah rumah kot kalau aku tak silap. Pukul 11 malam baru balik rumah, mbah aku bad mood sbb kena tinggal sorang2 kat rumah. Hehehhehe.....raya beb...takkan nak lepak kat rumah je.



ni sempat snap sebahagian aje ahli rombongan beraya menerjah rumah orang

Raya ke-4, kami sambung beraya lagi, tapi ahli rombongan dah tinggal 3 famili anak beranak dah. Wak Dah anak beranak dan abang aku dah bertolak balik.Tapi dalam cuma 3 famili yang berkonvoi 3 buah kereta ni, kami sempat beraya sampai 15 buah rumah. Mana rumah jalan kampung, jalan besar yang takde jalan, semua kami terjah. Takde maaf dah kat tuan rumah time ni, kene juga siapkan hidangan untuk kami yang kelaparan ni.





Selain beraya dengan manusia, dengan arnab pun aku sempat beraya.


Raya ke-5 baru kami balik Bagan Serai, maka tinggallah mbah aku sensorang balik. Muka mbah dah moody nak kena tinggal, tapi sebelum tu sempat lagi bergambar (aktiviti harus menjadi wajib ni).




Sampai rumah, petang tu sambung beraya lagi rumah tok jang ngan anak dia maklong minah.



Jadinya....korang fikir sendiri la grand ke tak raya aku tahun 2010 ni. Puas beraya kat kampung, aku ikut adik aku balik Shah Alam pulak, sambung beraya kat sana rumah pakcik dan makcik aku area sana pula (sedangkan dah jumpa pun time balik rumah mbah tapi saje gatal nak gi berjalan juga...hehehhe)


Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:59:00 PM 0 uncang teh
Insya Allah lagi 2 hari Aidilfitri akan menjelma. Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN

untuk semua pembaca dan tukang sesat di irjune.blogspot.

jom layan antara iklan raya terbaik TV3 (berbanding iklan raya tahun 2010 yg macam hampeh tu)






Itu...Hada Labo

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:51:00 PM 3 uncang teh
Dah 2 minggu sebenarnya nak taip entri ni tapi baru hari ni berkesempatan. 2 minggu lepas aku akhirnya dapat sample produk Hada Labo yang aku minta menerusi laman webnya. Saje je nak try. Kecil je sample tu. Ada 2 produk, Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Lotion dan Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Cream  .

Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Lotion ni merupakan produk No 1 di Jepun. Aku pun dah try selama 2 minggu dan aku dapat rasakan perbezaannya. Minyak kat muka aku pun ade la kurang sikit. Muka pun lembab aje. Bagus la. Kiranya kalau tak mampu nak pakai SKII, pakai produk ni pun dah bagus dah.

Untuk yang berkulit kering pun aku syorkan juga produk ni. Sebab dia melembabkan muka. Kepada yang berminat, bolehla mendapatkan rangkaian produk Hada Labo ni di Guardian. Kat Watson aku tak perasan la plak ade ke tak.


Sepasang Wedges Merah

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:11:00 PM 6 uncang teh
Baca tajuk confirm dah tau dah kan nak citer pasal kasut. Heheheh...akhirnya kasut yang ditunggu muncul juga. Terima kasih kepada kawan aku, Ashikin Azmi sbb sudi menolong membelinya dan membawa pulang serta menghantarnya secara by hand kepada aku.


Inilah kasut yang aku maksudkan, kasut jenama Clarks yang kawan aku tolong beli di UK. Nasib baik ada kawan yang tengah sambung belajar kat sana, jadinya dapatlah beli kasut Clarks dengan harga yang sedikit murah. Kalau nak beli kat Malaysia ni, ntah bila la aku ade kekuatan nak membelinya. Ntah-ntah impian hanya tinggal impian aje kot.


Monday, September 6, 2010

Iklan Raya TV3 - Bila Kreativiti Menjadi Keliru

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:10:00 PM 0 uncang teh




Kat atas tu adalah iklan Raya TV3 untuk tahun 2010. Walaupun pihak TV3 dah menarik balik iklan ni dengan serta merta (nasib baik cepat sedar), tapi untuk renungan dan pengajaran semua pihak, rasanya tak salah kalau aku nak membebel sedikit pasal iklan ni (kat FB ngan forum pun ramai dah bg komen).

Secara zahir, iklan ni memang sangat menarik dan kreatif. Dalam iklan ni, pihak produksi cuba membawa konsep 1 Malaysia dalam perayaan Aidilfitri. Tapi malangnya, team yang menyediakan iklan ini untuk TV3 mungkin kurang faham akan maksud konsep 1 Malaysia. 1 Malaysia lebih bermaksud dalam kesepakatan masyarakat Malaysia menjayakan setiap agenda pembangunan negara dan lebih terarah kepada kesepaduan budaya masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa. Aidilfitri bukan perayaan berteraskan budaya. Aidilfitri, Krismas dan Deepavali merupakan perayaan yang berteraskan keagaamaan sesuatu penganut. Jadi kenapa unsur-unsur agama lain harus digabungkan dalam iklan perayaan untuk Aidilfitri, perayaan agung umat Islam?????

Beca terbang, atuk tua yang berambut putih, bunga teratai dan bintang timur (banyak lagi sebenarnya)...itu semua bukanlah unsur-unsur yang terdapat dalam agama Islam. Inilah keadaan bila terlalu taksub dengan kreativiti. Menjadi kreatif itu tidak salah tapi jangan lah terlalu taksub sehingga menjadi mangsa kepada kreativiti itu sendiri. Penayangan iklan raya TV3 ni lebih banyak maksud tersurat dan tersirat untuk memesongkan akidah umat Islam khususnya kanak-kanak.

TV3 bernasib baik sebab iklan ini ditayangkan untuk Malaysia dan rakyat Malaysia tidaklah extreme macam rakyat negara jiran. Cuba bayangkan kalau rakyat Malaysia macam rakyat Indonesia yang sangat extreme, rasanya TV3 hanya tinggal nama sahaja.

Ini cuma komen dan teguran ikhlas aku. Mungkin pendapat aku tak sama dengan pendapat orang lain. Dan mungkin juga tersilap fakta atau tersilap ayat serta tersilap pemahaman. Oleh itu, awal-awal aku minta maaf.

Nota_jari: Rasanya dalam banyak-banyak iklan Raya, iklan Petronas la antara yang terbaik. Tapi tahun ni masih lagi menunggu iklan Raya yang terbaik.

Saturday, September 4, 2010

Selesa Dengan Kasut Tumit Tinggi

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:34:00 PM 3 uncang teh
Yehaa..!!! Hari ni dah hari ke 25 Ramadhan. Insya Allah lagi 4 atau 5 hari, kita akan meraikan 1 Syawal. Terasa sayu pula nak melepaskan Ramadhan 1431H ni pergi. Ntah sempat ntah tak nak berjumpa Ramadhan akan datang. Doa-doa aje la kan moga dipanjangkan umur.

Ok stop pasal kisah syahdu Ramdhan.

Korang suka tak bergaya dengan kasut tumit tinggi? Mesti suka kan...Bohonglah kalau ada wanita yang langsung tak suka nak pakai kasut tumit tinggi. Aku percaya ramai wanita diluar sana yang suka nak pakai dan bergaya dengan kasut tumit tinggi tapi atas beberapa sebab ada yang takut nak pakai.

Sebagai manusia yang suka dengan kasut dan ada banyak pasang juga la kasut tumit tinggi dalam kotak dirumah, suka aku nak berkongsi tips pemakaian kasut tumit tinggi ni berdasarkan pengalaman aku sendiri.

1. Pastikan kasut tumit tinggi tu sesuai dan selesa dengan bentuk kaki anda. Ada wanita yang kaki cantik kecik kurus, ada wanita yang kaki montok berisi. Tak semua design kasut sesuai dengan semua kaki. Pada kaki yang kecik kurus, berbahagialah kerana semua jenis design kasut anda boleh pakai, tapi pada kaki yang montok???  Jangan terlalu mengikut perasaan untuk nampak cantik sampai menyeksakan kaki anda sendiri.

nampak cantikkan..tapi percayalah kasut ni memang menyakitkan sbb tapak depan tu sempit

2. Elakkan tapak kasut yang terlalu nipis. Kalau korang perasan, banyak kasut bertumit halus mempunyai tapak kasut yang sangat nipis. Bahaya ni. Tak sampai sejam korang pakai confirm kaki sakit. Ini adalah kerana, selain tumit yang menanggung beban berat badan, tapak kaki di bahagian tulang ibu jari kita tu pun akan tetap menampung berat badan juga. Jadi, bila tumit dan tapak dah sakit, apalah maknanya cantik itu.

tumit halus, tapak nipis...mmg akan sakit kalau pakai lama2.

3. Percaya atau tak, kasut dengan ketinggian tumit 4"-5" tu sebenarnya akan jadi selesa kalau kita pandai pilih. Kalau ada keinginan nak pakai kasut tumit 4"-5" macam artis, mula2 korang kena pilih tapak tebal atau paltform dan selepas tu tumit kasut mestilah tidak terlalu runcing atau halus. Kadang-kadang, mungkin korang kena pilih kasut wedges untuk ketinggian tersebut. Selain tu, pilih tapak kasut yang sedikit melekuk keatas untuk memberi keselesaan dan mengurangkan tekanan kepada jari kaki kita.
Pilihan aku:

Red Modani


Nine West

Summit Shoe

Viss

Empat gambar diatas adalah antara kasut bertumit 4"-5" yang aku selesa pakai.

4. Ada yang berminat tak dengan pump shoe? Tak kira lah peep toe pump shoe atau full pump shoe? Kalau korang perasan, pump shoe ni design dia dengan tapak yang sempit. So kepada kaki yang bertapak kembang, sebolehnya elakkan memakai kasut jenis ini kerana ia boleh menyebabkan kesakitan kepada kaki anda. Jika teringin nak pakai pun, elakkan memakai dalam jangka waktu yang lama. Cantik tapi kaki sakit.

Cantik tapi kepada yang tak selesa memang menyakitkan

5. Sebenarnya, kasut wedges ni ada banyak jenis juga. Tak semua wedges sesuai untuk semua jenis kaki. Jadi kalau nak selesa, sila pilih tapak wedges yang punya tapak tumit lebar berbanding memilih tapak wedges yang bertumit halus/kecil.

6. Kebanyakkan wanita menolak untuk memakai kasut tumit tinggi kerana tidak mampu menyeimbangkan badan. Sebenarnya senang aje kalau kita pandai sesuaikan jenis, rekabentuk dan ketinggian kasut dengan bentuk badan dan kaki kita. Jadi kenali diri kita dahulu sebelum membeli kasut tumit tinggi. Ada wanita yang sesuai memakai kasut bertumit 4" tetapi ada wanita yang sesuai memakai kasut bertumit 1" sahaja. Walau apa pun jenis, rekabentuk dan ketinggian tumit tu, yang penting adalah keselesaan si pemakai. Selain tu, ketika memakai kasut bertumit tinggi, seeloknya berjalanlah dengan cara berlenggang daripada anda berjalan dengan gaya robot. Jalan melenggang dapat memberi keseimbangan ketika memakai kasut bertumit tinggi. Tapi janganlah melenggang melampau sangat. Cukup dengan lenggang biasa aje.

7. Benar, memakai terlalu lama kasut bertumit tinggi melebihi 2" akan menyebabkan kesakitan tulang belakang di kemudian hari. Nak cantik, itulah harga yang kita kena bayar. Tapi kita boleh mengambil langkah berjaga-jaga tentang semua ini. Jadi, nasihat aku, elakkan memakai kasut bertumit tinggi melebihi 2 jam. Kalau terpaksa memakai sehingga melebihi 2 jam, pilihan wedges dengan tapak dan tumit lebar adalah yang terbaik.

8. Jika berjalan jauh, sila sediakan selipar jepun atau sandal bertapak rata untuk anda. Jangan terlalu mengharap dengan kasut tumit tinggi anda sahaja. Sekurang-kurangnya, ketika memandu korang boleh merehatkan kaki korang dengan sandal bertapak rata.

Cukup lah kot 8 tips memakai kasut tumit tinggi dengan selesa. Ini pun jenuh aku nak fikir dan karang ayat. Apa pun aku tetap suka nak tekankan istilah KESELESAAN ketika memakai kasut tumit tinggi ni. JANGAN menyeksa tubuh anda selalu hanya kerana korang nak cantik dan seksi. Seksa jadinya nanti.

Wednesday, September 1, 2010

The 3rd Series Birthday Reward

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:33:00 AM 5 uncang teh
Mula-mula aku ingat, birthday aku kali ni dapatlah aku hadiahkan untuk diri aku bf atau dengan kata lain calon suami. Rupanya....tak menjadi la pula. Silap teknik nak mengejas....so tak dapat la hadiah tu.

Tapi nasib baik aku ade backup plan...jadinya..aku dah tukarkan plan hadiah tu kepada pembelian barang-barang keperluan rumah la pulak. Hahhaha.....Dengan sedikit pengeluaran tunai, akibat terjebak dengan kata-kata manis promoter Aowa, akhirnya aku telah membeli sebuah ketuhar gelombang mikro dan juga 3 barangan sampingan yang lain.

Aowa - Better Care, Better Living

Adik aku kata aku terpengaruh dengan aktiviti gores dan menang. Housemate aku pula takut aku terjebak sebab nak kan botol air yang ada cop Aowa. Hahhahah....Tapi...aku tak kisah la. Yang penting aku dah complete dah semua kelengkapan rumah. Tinggal nak beli rumah aje yang aku tak tau lagi bila aku nak gi survey kat syarikat pemaju perumahan. Lagi pula aku tau jenama Aowa ni memang wujud, so aku rasa ini bukan satu pembaziran pun untuk aku. Long term punya kegunaan kan.

Botol air Aowa

Eh!!! korang tak tengok lagi ke barangan elektrik yang dah aku usung bawa balik tapi still lagi tak pakai dan masih tersimpan rapi dalam kotak. Meh la sini pakat ramai-ramai kita tengok ye...

1biji microwave, 1 biji induction cooker, 1 biji food blender, 1 biji electric multi-cooker.

Selain 4 barang diatas..aku juga telah merembat dengan merembeskan kad plastik aku membeli sebuah TV baru. Tapi TV tu aku letak kat kg aje la, nak gantikan TV kecik mak aku. Hehhehe...(gambar TV tak sempat nak snap).

Nota_jari: Menarik tak part aku shopping sempena birthday aku yang baru je lepas 3 hari sudah. Hahahha


 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea