Sunday, September 25, 2011

Luahan Hati

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:55:00 PM 2 uncang teh
Ada sesetengah perkara tu kita tak mampu nak luahkan dengan kata2. Andai ada kata2 nak diluahkan kita tak tahu macam mana nak susun ayat. Bila dah ada ayat yang elok, kita tak tahu dekat siapa nak kita luahkan. Bila dah ada yang sudi nak dengar luahan hati kita, kita tak tahu pula macam mana nak mulakan bicara.

Bagi orang yang berjiwa seni, diorang akan luahkan apa yang terbuku dalam hati tu dengan cara menulis sajak. Ada yang luahkan dengan cara melukis (ini perlukan ilmu tahap dewata untuk menafsir makna lukisan tu). Orang dulu2 pula suka luahkan apa yang tersirat dan tersurat dalam hati tu dengan cara berpantun, bersyair dan bergurindam. Tapi bagi yang bukan berjiwa seni macam aku ni, yang setakat lulus seni lukisan peperiksaan akhir tahun Tingkatan 3, boleh gunakan lagu2 yang terdapat di seluruh dunia ni untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati tu. Marah ke, suka ke, jatuh hati ke, sedih ke....gunakan aja lagu2 yang berlambak di dunia ni untuk meluahkan setiap apa yang terbuku dalam hati tu. Thanks pada penulis dan pencipta lagu yang pandai menulis bait2 kata dan mencipta melodi untuk lagu yang ditulis. Thanks juga kat penyanyi yang pandai menghayati lagu tu seolah2 menyampaikan emosi yg terkandung dalam lagu tersebut.

Dan disini aku tempek lagi lagu untuk meluahkan apa yang sedang aku fikirkan sekarang ni. Lagu yang apa sebenarnya hati aku nak cakap tapi tak mampu nak cakap. 

Dipersembahkan lagu nyanyian Krisdayanti, ciptaan Melly Goeslow yang bertajuk Menanti Cinta, petikan daripada soundtrack Filem Ketika Cinta Bertasbih:


sejak lama aku berdiri
dalam sepinya rongga hati
tak satu pun burung
mampu menjawab
hanya padaMu ku bertanya
lewat setiap sujudku ini
siapa kah nanti
cinta untukku

reff:
wahai penilai hati lihat batinku
nyaris bernanah karna luka tersayat
merana menantikan cinta dan kasih hidupku

rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

repeat *
repeat reff

rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
namun harus ku ikhlaskan nasib cintaku padaMu




Thursday, September 22, 2011

Gibbs's Rules

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:08:00 PM 0 uncang teh
Kalau korang tengok citer NCIS korang mesti perasankan Gibbs selalu mentionkan peraturan2 yang dia sebutkan sebagai peringantan kepada orang bawahan dia. Dalam musim ke 3 episod ke 5, Gibbs ada memberitahu Ziva yang dia ada 50 peraturan yang diciptanya sendiri, tetapi sepanjang musim sehingga musim ke 8 ni hanya beberapa peraturan je yang telah didedahkan.

Special Agent Leroy Jethro Gibbs

Ok jom tengok peraturan Gibbs tu yang ada satu dua peraturan tu bagus gak utk aku gunakan dalam hidup aku sebagai panduan. Mana yang tak sesuai tu kita tak payah la ikutkan....betul tak? Tapi ada peraturan tu yang Gibbs amik dari mentor dia Mike Franks, sebab tu Rule #1 dan Rule #3 ade 2 versi iaitu satu versi Gibbs dan satu lagi versi Mike Franks.

Antara peraturan- peraturan yang telah didedahkan ialah:

Rule #1: Never let suspects stay together.
Rule #1: Never screw over your partner.
Rule #2: Always wear gloves at a crime scene.
Rule #3: Don't believe what you're told. Double check.
Rule #3: Never be unreachable.
Rule #4: The best way to keep a secret? Keep it to yourself. Second best? Tell one other person - if you must. There is no third best.
Rule #5: You don't waste good.
Rule #6: Never apologize. It's a sign of weakness.
Rule #7: Always be specific when you lie.
Rule #8: Never take anything for granted.
Rule #9: Never go anywhere without a knife.
 Sometimes listed as "Never leave home without a knife."
Rule #10: Never get personally involved in a case.
Rule #11: When the job is done, walk away.
Rule #12: Never date a co-worker.
Rule #13: Never, ever involve a lawyer.
Rule #15: Always work as a team.
Rule #16: If someone thinks they have the upper hand, break it. 
Rule #18: It's better to seek forgiveness than ask permission.
Rule #22: Never, ever bother Gibbs in interrogation.
Rule #23: Never mess with a Marine's coffee... if you want to live.
Rule #27: There are two ways to follow someone. (1) First way, they never notice you. (2) Second way, they onlynotice you.
Rule #35: Always watch the watchers. 
Rule #36: If you feel like you are being played, you are.
Rule #38: Your case, your lead.
Rule #39: There is no such thing as coincidence.
Rule #40: If it seems someone is out to get you, they are.
Rule #44: First things first, hide the women and children.
Rule #45: Clean up the mess that you make.
 Also stated as, "Never leave behind loose ends."
Rule #51: Sometimes - you're wrong.

Tapi dalam banyak2 peraturan Gibbs ni, Rule #6 yang selalu Gibbs skip. Dalam citer NCIS ni ada beberapa perkara yang Gibbs terpaksa meminta maaf iaitu:
  1. Gibbs minta maaf kat Kate sebab lambat ke majlis pengebumian dia.
  2. Gibbs minta maaf kat McGee sbb tak back up dia masa dia kena tangkap dengan DC Metro Police
  3. Gibbs minta maaf kepada Mike Franks sbb dia amnesia.
  4. Gibbs minta maaf kepada Ducky selepas pulang dari Mexico.
  5. Gibbs minta maad pada Joann sbb tak mampu nak protect Shannon dan Kelly (wife dan anak dia).
  6. Ada sekali dia minta maaf kat Abby masa Season 7 finale dalam tajuk citer "Rule Fifty-One"
Untuk tahu lagi pasal Gibbs dan perturan-peraturannya, sila klik disini

Nota_jari: Sumber dari atok Google

Wednesday, September 21, 2011

Disaat Aku Mencintai Mu by Dadali

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:24:00 AM 2 uncang teh
Lagu yang tengah 'in' sekarang ni. Sangat touching....so jom share dan layan jiwang sama2....




mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
di saat aku mulai mencintaimu
berharap engkau jadi kekasih hatiku
malah kau pergi jauh dari hidupku


menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku



aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta



menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku



aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta
maaf sungguh ku tak bisa untuk kembali padamu
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta

aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta




Thursday, September 15, 2011

Kebanggaan Menjadi Anak Jati Perak

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:17:00 AM 4 uncang teh
Saya bangga menjadi anak Perak kerana:

  1. No IC utk yang lahir di negeri Perak ialah 08. Saya suka no 8 dan bagi kaum Cina no 8 ni adalah no bertuah....sebab tu saya suka.
  2. Plat pendaftaran kereta untuk negeri Perak bermula dengan huruf 'A'. Kalau untuk result exam, gred A adalah yang terbaik. Sebab tu saya suka.
  3. Salasilah Kesultanan Negeri Perak masih lagi bersambung dengan keturunan Kesultanan Melayu Melaka. Kalau betul-betul belajar sejarah, memang tak putus sebenarnya keturunan Kesultanan Melayu Melaka dengan kerabat Perak walaupun satu masa dahulu Kerabat Perak pernah diculik oleh Kerajaan Acheh untuk menjadi pemerintah Acheh satu masa dahulu.(Rujuk Portal Raja Kita - Perak)
  4. Walaupun saiz negeri Perak kecil sedikit dari negeri Pahang, tetapi negeri Perak antara negeri yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti negeri Selangor.
  5. Negeri Perak ada 10 daerah yang mana daerah ke 10 adalah daerah Kampar yang telah diwartakan beberapa tahun yang lepas.
  6. Muka bumi negeri Perak ni pelbagai. Ada kawasan bukit, lembah, tepi laut, pedalaman. Korang boleh menikmati kepelbagaian bentuk muka bumi negeri Perak ni bila melalui Lebuh Raya Utara Selatan. Bila melalui kawasan Tanjung Malim sampai ke Ipoh dan seterusnya ke Kuala Kangsar, itu adalah kawasan berbukit tetapi bila melalui dari Kuala Kangsar ke Parit Buntar, itu adalah kawasan lembah yang subur. Laluan lebuh raya pun takde la lurus macam nak pergi KL-JB, sbb korang akan masuk keluar terowong dan akan melalui gaung serta laluan pun bengkang bengkok....sangat mencabar bila memandu di laluan negeri Perak ni.
  7. Rakyat negeri Perak ni pelbagai. Kalau negeri Johor sangat dikenali dengan keturunan Bugis dan Jawa, tapi kat negeri Perak ni korang akan jumpa dengan keturunan Jawa, Acheh, Mendailing, Siak, Banjar, Boyan selain daripada keturunan Melayu Perak dan keturunan Orang Asli. Selain tu terdapat juga orang berketurunan Kedah dan Pulau Pinang terutamanya di Utara Perak yang lebih dikenali sebagai orang kampung.
  8. Oleh sebab saiz negeri Perak yang besar dan ada 10 buah Daerah, jadi bahasa yang digunakan di negeri Perak ni pelbagai. Kalau kita ke negeri Kedah dan Pulau Pinang, kita tau diorang akan guna bahasa utara saja. Tapi kalau datang ke negeri Perak macam loghat dan bahasa boleh di dengar. Antaranya, di Perak Utara yang bersempadan dengan negeri Kedah dan Pulau Pinang, penduduk lebih senang berbahasa utara, tetapi kalau ke daerah2 yang berada di tengah2 negeri Perak, barulah akan kedengaran bahasa Perak macam citer Hantu Kak Limah Balik Rumah yang ada panggilan awak, kome, deme, mike, ayo, cerciter....dan sebagainya. Itu pun bergantung juga kepekatan loghat Perak tu. Kalau di Kuala Kangsar loghat Peraknya takde la pekat sangat berbanding dengan loghat Perak penduduk Parit. Manakala bagi kawasan yang bersempadan dengan Selangor macam Tanjung Malim dan Teluk Intan tu bahasa yang digunakan lebih kepada stail percakapan macam orang KL....takde dah loghat Perak tu.
  9. Yang paling best kat negeri Perak ni adalah bila tiba musim durian. Aku tak tau la ape jenis durian musang king ke, durian burung ke durian klon ke durian kampung ke, yang aku tau durian tu sedap dan aku suka makan. tapi yang aku nak bagi tau adalah kat negeri Perak ni terdapat banyak kawasan yang mempunyai dusun durian yang besar antaranya kawasan Bukit Gantang, Kampung Gajah, Selama. Untuk pengetahuan ini kawasan bukit ni dan memang buah durian dia sangat sedap.Aku pernah dengar cerita ada yang sanggup datang dari jauh semata2 nak makan durian Perak especially durian Bukit Gantang yang sangat sedap. Terus terang aku cakap aku jarang makan durian beli sbb kat rumah aku arwah tok wan aku dah ready tanam 2 3  pokok durian masa dia hidup dulu untuk anak cucu dia. So kalau musim durian tu aku cuma perlu balik kampung, tunggu dan dengar je durian jatuh terus cari dan terus buka dan makan. Freshkan.....hahhahah......
  10. Kalau korang perasan negeri Perak je ada nama tempat yang ada kiri dan kanan. Contohnya Bota Kiri dan Bota Kanan serta Lambor Kiri dan Lambor Kanan. Aku tak tau la ape pasal ada kiri dan kanan ni tapi aku buat kesimpulan sendiri maybe sebab kawasan-kawasan ni di pisahkan oleh Sungai Perak kot. Tapi ingat ye nama aje sama tapi disebabkan ade kiri dan kanan maka ianya berbeza. Contohnya macam Bota tu. Kat Bota Kiri kebanyakkan penduduknya adalah orang utara atau orang Banjar. Jadi kalau datang ke sini masih lagi kedengaran loghat utara tu dan bahasa Banjar tu. Tapi kalau pergi ke Bota Kanan, kebanyakkannya adalah orang Perak yang berbahasa Perak yop dan yong tu. 
  11. Perak ni banyak bandar lama yang tertubuh masa zaman kegemilangan bijih timah dulu. Aku suka panggil bandar koboi walaupun takde la macam koboi sangat sbb bandar ni lagi best dari Kangar ni. Antara bandar lama adalah seperti Taiping, Gopeng, Bidor, Tapah, Teluk Intan dan lain-lain lagi. Kalau korang lalu di kebanyakkan bandar ni bangunan lama dia sama je.
  12. Sangat menjadi kebanggaan aku sebagai anak jati Perak ialah rentak lagu Negaraku diambil dari rentak lagu Terang Bulan yang menjadi lagu kegemaran penduduk negeri Perak satu masa dahulu dan juga merupakan rentak lagu rasmi Negeri Perak 'Allah Lanjutkan Usia Sultan'.
  13. Oleh kerana negeri Perak merupakan negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia, jadi negeri Perak bersempadan dengan 5 buah negeri iaitu negeri Kedah dan Pulau Pinang di utara, negeri Kelantan dan Pahang di Timur dan negeri Selangor di Selatan. 
  14. Pelukis kartun tersohor Malaysia yang glamer dengan siri Kartun Lat iaitu Datuk Lat asalnya orang Perak. Selain tu ramai juga orang seni dari kalangan orang Perak seperti Mamat Khalid, Datuk M. Daud Kilau, Jamal Abdillah, Datuk Jins Shamsudin dan lain-lain. 
  15. Aku bangga menjadi orang Perak sebab mak ayah aku pun orang Perak juga yang mana mak aku adalah berketurunan Jawa dan ayah aku pula berketurunan Banjar. 
Nota_jari: Sumber adalah dari pengalaman sendiri dan pakcik google serta makcik wikipedia.

Monday, August 29, 2011

3 Hari Yang Bermakna

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:30:00 PM 2 uncang teh
Hari ini: 29 Ogos 2011 @ 29 Ramadhan 1432H

Alhamdulillah....hari ni bertambah umur aku..dah cecah angka 31 rupanya....Dah tua kata org yg pendek akal...tapi untuk yang panjang akal....dah matang sebenarnya. Walaupun umur dah cecah 31 (scary nye), tapi aku (Alhamdulillah) tetap maintain awet muda (uwerkkkk!!!! perasan la plak). Semoga birthday tahun ni akan memberi seribu rahmat untuk aku....aminnnnn.

Hari esok: 30 Ogos 2011 @ 1 Syawal 1432H


Alhamdulillah....esok (macam confirm aje) seluruh umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Semoga Syawal kali ni memberi keberkatan kepada aku dunia dan akhirat. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIT BATIN kepada kawan2 semua.

Hari lusa: 31 Ogos 2011 @ 2 Syawal 1432H

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!....selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 54.

Nota_jari: gambar kredit kat Pakcik Google


Friday, August 12, 2011

Sengal Betul

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:22:00 PM 2 uncang teh
Dari malam tadi aku memang plan nak buat entri ni tapi memang takde idea nak start macam mana. Apa yang aku nak cerita ni bukan mewakili pendapat semua org tapi hanya pendapat aku je. Mungkin akan ada yang tak setuju dengan idea ekstreme aku ni tapi kena luahkan juga la. Karang nanti bengkak pula hati aku terus berlaku kerosakan hati yang maha dasyat.

Bulan Ramadhan, sape yang tak tau bulan Ramadhan ni bulan yang penuh kemuliaan dan keberkataan memang org tu jenis yg tak lulus ujian KAFA la tu. Jadinya dalam bulan yg penuh keberkatan ni memang dituntut sangat2 la kepada semua umat Islam seantero dunia untuk memperbanyakkan amal ibadah sebab pahala yang diberi pada bulan ni berlipat kali ganda daripada bulan2 yang lain. Sebab tu hanya dalam bulan Ramadhan aje ada solat terawih....tanda istimewanya bulan ini kan.

Ok....kita stop pasal tazkirah bulan puasa ni. Nak cakap lebih2 aku ni sekolah dari aliran sekular, setakat lulusan SPM je bukan lulusan 5 thanawi. Karang kalau silap cakap bahaya...kalau bahaya aje takpe...kalau dah jatuh hukum berdosa sapa yang nak tanggung? Aku gak kan.........

Balik kepada cerita asal....

Sejak dari awal minggu kedua puasa ni, aku dah start pasang lagu raya kat laptop aku. Tapi aku rasa kat luar sana ade dah yang pasang lagu raya dari first day puasa kan. Pasang lagu raya ni bukan sbb aku semangat nak raya tapi sebagai hiburan aje. Sebenarnya, dalam bulan2 lain pun ade juga aku pasang lagu raya masa tgh buat keje....tengok mood la kan. Masa first day pasang lagu raya ni aku ade la post kat facebook cakap aku pasang lagu raya feeling2 anak perantau. Masa post kat FB tu ada la kawan aku ni tegur cakap, bulan puasa ni kena menghayati bulan Ramadhan bukan untuk sambut raya. Serius aku sentap gak tapi aku tak layan sangat sbb apa yg kawan aku cakap tu memang betul tapi dia tak tau duduk sebenar kenapa aku pasang lagu raya. Dalam hati kata, "takpe nnt aku nak buat entri kat blog nak citer aku punya pendapat pula pasal pasang lagu raya ni". Tapi takde kesempatan nak update sampai la apa yang berlaku sebentar tadi antara aku dan seorang staf baru yang baru 2 minggu mendaftar kat opis aku ni.

Ceritanya aku since awal puasa ni memang suka lepak kat main opis aku ni dari lepak sorang2 dalam opis aku. Opis aku tu dah la jauh dari main opis, pastu sunyi pula jadi aku lepak aje kat main opis ni. Ada gak kawan2 nak sembang so takde la sangap sangat aku ni. Ye la....dah la dok kat Perlis ni sorang2, jauh dari famili, buka puasa ngan sahur sorang2 so takkan time keje pun nak lepak sorang2 gak. Mau sangap aku kalau jadi macam tu. Nangis sorang2 aku kat sini. Jadi bila aku lepak ngan akak2 kerani kat opis aku ni aku kata la aku nak buka lagu raya, diorang ok je...takde la pasang kuat sangat pun just dengar2 boleh sampai sepelaung je. Baru 10 hari puasa pasang lagu raya, ade gak la staf2 lain yg gurau2 sambil perli2 aku tapi aku tak kisah pun ngan gurauan diorang ni sbb aku dah tepu dengan apa yg diorang nak gurau, usik atau perli aku. Dah sememangnya most of the staf kat jabatan (opis) aku ni jenis suka gurau dan suka mengusik yg tahap hardcore gitu. Tapi aku tau diorang pun sebenarnya suka dengar lagu raya ni.

Tapi ade la sorang staf ni yang baru lapor diri utk bertugas nak bertegur sapa dengan aku. Aku tak kisah pun nak bertegur sapa dengan sape2 pun, lagi pun satu opis kan...lambat laun aku kena mengadap dia gak utk buat keje. Tapi yang aku tak suka tu adalah cara dia menegur.......sebagai seorang yang ekstreme, aku suka kalau org yg nak tegur aku tu cara baik atau secara bergurau bukan cara datang kat meja aku, tengok aku tengah buat ape (nasib baik aku tengah baca Metro) and then cakap, "kita tak sampai 15 hari puasa kan?". Time ni aku cuma mengiakan aje tapi dalam hati aku dah tau dah ape yg dia nak cakap. " Selalunya org pasang lagu raya bila 15 hari kan"....Aku balas itu yang selalu org buat, jadi aku buat yang tak selalu org buat, pasang lagu raya awal2. "Bulan puasa ni untuk menghayati bulan Ramadhan bukan untuk sambut raya"....time ni aku dah semakin panas dah.....tapi aku jawab, "analoginya adakah kalau mak ayah tampar atau cubit anak tu sikit (cubit manja atau tampar manja utk mengajar) tanda mak ayah tu tak sayang anak?"...Haaa...asik dia yang bagi soalan ni aku pula bg soalan dan jawapan dia..."eh! saya tak tampar anak...saya belai anak"....dan spontan aku balas....kalau asik belai anak tu la anak tu jadi setan bila besar. Haaa....puas hati aku....

Betul aku tak nafikan bulan puasa ni kita kena menghayati Ramadhan. Aku pegang fakta tu. Dalam bulan ni kita kena banyakkan amal ibadat. Ganjaran pahala pun besar....Aku tak kata aku ni bagus sangat tapi Alhamdulillah seboleh mungkin aku pun nak memperbanyakkan amal ibadat aku. Terawih, mengaji sedekah.......aku buat mengikut kemampuan aku....Berbuka dan bersahur pun aku ala kadar aje, sebab aku tau kalau aku membazir pun bukan ade faedah pun. Habis duit ade la....

Tapi....adekah dengan mendengar lagu raya awal2 akan mengurangkan penghayatan kita pada bulan Ramadhan???? Terpulang kan.....pada aku pacal yang hina ni...dengar lagu raya takde langsung mengurangkan penghayatan aku pada amal ibadat dibulan Ramadhan. Aku dengar lagu raya sebagai hiburan diri. Dah 6 tahun aku dok kat Perlis...dok sorang2...takde famili....dan ini tahun ni sekali lagi aku berpuasa sorang kat sini...bukan setakat puasa sorang2...tapi aku berbuka dan bersahur sorang2. So dari mana aku dapat kekuatan nak menghadapi semua ni.....aku dapat kekuatan dari kegembiraan hati bila dengar lagu raya. Inilah kekuatan aku sepanjang 12 hari aku berpuasa. Kekuatan aku untuk bersolat terawih. Kekuatan aku untuk mengaji dan kegembiraan aku ketika bersedekah. Betul staf yang baru tu adalah lelaki tapi harus diingat emosi lelaki berbeza dari emosi seorang wanita...lagi2 wanita yang single macam aku (staf baru lelaki tu dah kawin ok).

Korang igt aku layan lagu raya ni sbb aku hadap sangat nak beraya ke? Kalau ikutkan hati tu aku nak bulan Ramadhan ni tak perlu habis...biar sepanjang tahun Ramadhan pun tak apa...jangan ada hari raya sbb suasana berpuasa di bulan Ramadhan ni sangat sangat sangatlah mengembirakan. Kalau boleh aku tak nak kehilangan Ramadhan...sbb barakah dia berbeza dengan bulan2 yang lain. Tapi nak buat macam mana sbb pengakhiran Ramadhan adalan bila anak bulan Syawal kelihatan. Jadi kena la terima semua tu sbb itu dah termaktub dalam kekuasaan Allah swt.

Tapi itulah....dengan staf baru ni aku memang jadi hangin satu badan kat dia hari ni. Nak menegur tapi tak kena gaya. Dengan gaya sombong yang merasakan dia cukup bagus...memang aku tak berkenan sungguh. Tapi sebagai opismate...aku bukan jenis yang suka pendam lama2...selepas sehari aku ok la....tapi yang akan jadi tak ok balik adalah bila dia ulang perbuatan yang sama.....

Well...aku ni bukan perfect sangat......hidup pun tunggang langgang lagi sbb tu sampai skrg still single....tak macam staf baru tu yang dah ade anak bini. Tapi, kalau dia boleh mulut laser...aku pun boleh laser gak...kalau dia boleh outspoken...aku pun outspoken gak....so hati-hatilah...jangan ON switch kerek aku je syaratnye...so aku akan baik-baik la dari perangai poyo aku.

Nota_jari: Allah swt lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. (Kan panjang berjela entri aku).

Monday, August 8, 2011

100 Hari

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:17:00 AM 0 uncang teh
Ini adalah untuk renungan kita bersama. Terdetik nak buat entri ni lepas tengok drama "100 Hari" yang ditayangkan di TV1 pada Sabtu lepas. Semoga kita mendapat pengajaran, ilmu dan manfaat. Amin..
..............................................................................................................................................................

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud. Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada  keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian.
Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.  Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

(artikel dipetik dari smzblog.wordpress.com)

Wednesday, August 3, 2011

Secrect Admire

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:53:00 AM 2 uncang teh
Pernah tak selepas tengok cerita (drama atau filem), korang teringat2 watak dalam citer tu. Hehhee...aku selalu je jadi macam tu....kalau aku suka dengan citer dan watak/karektor dalam citer tu mesti 2 3 hari aku terkenang. Lagi2 kalau watak tu adalah watak yang slumber dan sempoi, mesti aku suka punyalah. Hahahaha.....

Special Agent Leroy Jethro Gibbs - NCIS


Serius...ini watak yang paling aku suka sekarang ni. Bukan aje sekarang, tapi dari saat pertama drama NCIS ni ditayangkan di TV Malaysia. Sekarang kat Astro asik ulang tayang citer ni kat saluran FOX, ape lagi hari2 la aku mengadap tengok citer ni hanya semata-mata nak tengok karekter untuk watak Leroy Jethro Gibbs yang di bawakan oleh pelakon Mark Harmon. Aku suka dengan karektor ego Gibbs yang slumber dan sempoi. Tak perlu ayat panjang2 cukup dengan senyuman sinis dia. Tapi kalau sekali dia mengusik memang seronok tengok dia tersenyum. Dalam kepala otak aku ni asik terbayangkan watak ni aje....walaupun nampak serius tapi watak Gibbs sangat protective dgn semua staf bawahan dia. Kalau org yang tak kenal dengan watak Gibbs ni, mesti akan igt lelaki ini seorang yang takde perasaan, suka mengarah dan cuma tau nak cepat aje, tapi sebenarnya dia sangat caring dan sangat menghargai orang bawahannya walaupun kadang2 perasaan tu tidak dinyatakan secara terus. Pandai menyembunyikan emosi jika ia berkaitan kerja sbb dia sangat profesional.  Memang cair la aku kalau tengok watak Leroy Jethro Gibbs ni. Hahahaha........

Eikichi Onizuka - Great Teacher Onizuka (GTO)


Watak cikgu Onizuka yang dijayakan oleh pelakon Takeshi Sorimachi ni mmg aku admire betul walau dah hampir sedekad cerita ni keluar. Watak Onizuka yang kadang2 tak serius, suka main2 dan nakal ni memang aku suka la. Tapi dia sangat komited dengan tugasan dia sebagai seorang guru. Kalau secara luaran mesti orang akan kata, cikgu Onizuka ni tak sesuai untuk jadi guru contoh sebab perangai dia yang tak berjenis ni, tapi kalau betul2 kenal, watak cikgu onizuka ni adalah seorang yang mengambil berat dengan para pelajarnya. Pada dia, guru bukan setakat mengajar dalam kelas sahaja tapi guru seharusnya menjadi kawan kepada pelajar-pelajarnya. Kalau ikut cara dia, mungkin akan kelihatan pada pelajar bahawa cikgu Onizuka adalah guru yang boleh "dimakan", tapi dalam apa juga situasi, dia tetap menunjukkan bahawa dia adalah seorang cikgu walaupun dia boleh menjadi kawan kepada pelajarnya. Selain tu aku suka watak Onizuka ni sbb cara berpakaian dia. Dia guru tapi boleh tengok stail pakaian dia....selekeh betul. Hahahah.....Sebenarnya prinsip Onizuka ni la yang aku guna dalam kerja aku. Walaupun bukan 100%,aku cuba untuk menjadi pengajar yang boleh berkawan dengan student tapi masih lagi ada batasan bahawa aku adalah seorang pengajar.

Horatio Caine - CSI: Miami


Horation mmg ade stail yang tersendiri. Dengan spek mata hitam dia mmg buat dia sangat bergaya. Dia sangat misteri dan macam takde perasaan pun. Tapi dia sangat menjaga kebajikan staf bawahan dia. Satu yang aku suka dengan watak Horatio yang diabawakan oleh pelakon David Caruso ni adalah dia sangat profesional walaupun terpaksa mengadapi situasi yang sangat peribadi. Perkara yang buat aku jadi cair sekejap dengan Horatio ni adalah bila dia nak bercakap tu sambil buka spek mata dia atau masa dia pakai spek mata...perghhh...ade style...

Hui Ching Yeung - The Boduguard From Beijing


Gila lagi..memang aku leh cair tgk aksi Jet Li jadi pengawal keselamatan elit dari Beijing bernama Hui Ching Yeung ni. Lagi2 cair bila tengok aksi lawan yang sangat cool. Korang tau la kan style citer Hong Kong macam mana. Time lawan tu memang best dia punya shoot jadi nampak watak tu sangat hebat je. Selain tengok aksi lawan yang sangat cool aku sebenarnya suka dengan watak ni sbb karektor watak tu. Watak Hui Ching Yeung ni sangat profesional dan pandai mengawal emosi. Korang tau la kan jadi pengawal keselamatan pada wanita cantik mesti la lambat laun akan jatuh hati. Tapi Hui Ching Yeung pandai sembunyikan perasaan tu dan sangat profesional. Cuma ending dia kena tembak tu barulah nampak yang sebenarnya dia sangat mengambil berat dekat orang yang dia sayang. Arghh...aku kecairan sekarang.

Kapten Jack Sparror - Pirates of Caribbean


Tidak diragui lagi aku suka watak Kapten Jack Sparrow ni sebab dia adalah Johnny Depp. Kelakar, gila-gila, slumber, sempoi dan macam tak serius walaupun sebenarnya dia tengah serius. Hihihihi....suka aku. Pandai Johnny Depp bawa watak Jack Sparrow yang sengal ni. Hahahah....tak romantik tapi takde la teruk sangat kan. Hahahahahaha....

Optimus Prime - Transformers



Hahaha...watak Optimus mmg terbaekk punya. Sifat kepimpinan memang terserlah. Walaupun watak robot, tapi aku suka sebab lepas tengok citer transformer mesti aku terkenangkan Optimus yang hebat ni.


Nota_jari: Ada tak ujud manusia yang ade semua karektor dari semua watak2 ni, especially watak Gibbs?

Monday, August 1, 2011

Senda Isnin

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:53:00 AM 0 uncang teh
Jemputlah tengok gambar kat bawah ni.....hehehe...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kalau dah sah2 macam ni punya susunan, confirm takde yang berkenan nak buat bini kan. Tengoklah bersepah ya amat . Patutlah aku ni asik kena rejectttttttttttttttttttttt je.

Tapi.....kalau gambar yang ni pula....
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hehehhe...Alhamdulillah...dah sempat kemas semua yang patut. Kain kotor yang berlonggok pun dah siap cuci. So...agak2 boleh tak jadi calon isteri solehah.....Hahahahah.....(dalam hati berkata....jangan harap la) ...

Moral of the story:
Sekali kesilapan ko buat akan sentiasa dikenang walaupun ko dah menyesal dan bertaubat. Macam cth gambar pertama tu, sesapa yang tgk gambar first tu confirm akan kata...." mak oiii..pemalasnya anak dara ni". Tapi adakah statement pemalas tu akan hilang kalau dia tgkgambar kedua? Secara logiknya...TAK sbb otaknya dah di setkan dengan gambar pertama so walau ade perubahan positif pun gambar pertama tu tetap akan jadi dominan. Macam tu la manusia...perkara pertama yang dilihat, didengar dan dicakap adalah lebih dominan dari perkara kedua.

Thursday, July 28, 2011

Rumah Pertama

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:24:00 PM 2 uncang teh
Ini bukan cerita pasal skim rumah pertama tu sbb aku pun tak berapa clear sangat dengan skim tu. Tapi ini aku nak cerita pasal rumah aku sendiri la. Ade ke sesapa yang nak dengar ini cerita? Bukan niat nak membanggakan diri tapi yela kan...kalau betul2 nak banggakan diri sape yang nak dengar. Itu riak namanya. Jadinya aku cerita la kat blog ni. Atleast boleh gak diulang baca sebagai diari...konon-kononnya la.

Alhamdulillah...syukur pada Allah swt akhirnya loan rumah aku lulus. Nama pun aku ni staf gomen jadi sudah tentunya loan gomen la yang aku minta. Mesti ade yang kata, dah loan gomen confirm lulus kan. Betul loan gomen ni kalau cukup syarat confirm lulus tapi sbg orang yang baru 1st time nak minta loan gomen ni ade la juga sikit2 rasa takut kat dalam diri. Yela...orang lain gaji dah mantap, yang aku ni pula gaji dok merangkak lagi of course la aku risau.

Masa aku gi try apply loan umah tu aku bukannya ada buat preparation pun. Ok...ade la aku gi 2 3 kali kat pemaju nak tgk rumah tapi takde niat pun nak beli. Just survey2 aje. Macam rumah yang aku beli ni pun, sebenarnya dah start dari tahun lepas dah pemaju pacak papan iklan cakap ada rumah dalam pembinaan dibuka untuk jualan. Masa tu aku just lalu tengok aje la. Rumah pula nampak dari jalan so setiap hari aku ni macam mengikuti la perkembangan pembinaan rumah tu. Mula2 nampak biasa aje la, walaupun dalam hati dah niat nak beli rumah. Kiranya take time juga la nak gi pejabat jualan tu. Last2 hujung bulan 3 ke bulan 4 aku gi la bertandang ke pejabat jualan rumah tu untuk tanya pasal rumah. Tanya macam mana nak buat loan. Tanya prosedur pembelian. Tanya bila rumah nak siap. Banyak juga la yang aku tanya. Kerani jualan tu pula ramah jadi seronok la nak sembang. Tanya punya tanya rasa cam menarik pula so aku gi buat booking mulut la untuk lot umah yang aku minat tu. Hampir sebulan juga la aku amik masa untuk bagi duit booking. Cina kerani jualan tu pula dah semakin kerap call aku minta nak confirm pasal rumah tu. Masa tu macam2 yang aku fikir. Tapi oleh sebab aku ni suka buat benda try and error so aku letak la duit booking tu RM1000. Hah senyap sekejap cina kerani jualan tu.

Masa nak uruskan semua dokumen tu memang aku tension skit la. Lepas sign SNP nak kena prepara dokumen plak. Dah la prosedur kat tempat keje aku ni banyak sangat songeh. Terpaksa la aku terkejar-kejar nak sediakan dokumen pada saat2 akhir. Masa sediakan dokumen ni aku rasa give up sebenarnya. Dalam hati dah cakap kalau tak beli rumah takde la aku nak buat benda remeh temeh ni sorang diri. Lagi pula dengan budget yang tak cukup lagi la aku jadi tawar hati nak beli rumah. Dalam hati kalau loan tak lulus pun aku tak kisah. Nasib baik dapat lawyer yang ok. Hantar dokumen last minit pun takpe dan dia pos terus kat unit pinjaman rumah kerajaan tu dan tak perlu kena bayar penalti sebab lambat hantar permohonan.

Jujurnya aku ni bukannya ade cukup simpanan pun nak beli rumah. Bukan kata takde duit langsung, tapi cuma tak cukup. Korang tau la preparation untuk beli dan untuk masuk rumah baru ni bukan sikit. Paling2 koman pun atleast kena ada cash RM10k - RM15k untuk duit lawyer dan duit nak masuk rumah. Simpanan aku pula hanya cukup untuk bayar yuran pengajian semester akhir master-ji aku. Memang menangis juga la aku masa fikir pasal semua ni. Tapi Allah tu maha kaya, dia sentiasa membantu hambanya yang lemah yang sentiasa memerlukan bantuan-Nya. Alhamdulillah, Allah sentiasa membukakan pintu rezeki kepada hamba-hamba-Nya. Yang penting kita kena usaha, fikir dan sentiasa meminta bantuan dari-Nya. Sekarang ni, Alhamdulillah duit lawyer dah berjaya aku sediakan. Duit untuk bayar baki yuran tertangguh dan juga yuran untuk semester akhir pun dah berjaya aku kumpul. Cuma skrg tengah kumpul duit untuk duit masuk rumah aje. Takde la nak kumpul sampai RM10k, tapi kalau boleh lepas duit untuk buat grill dan untuk wirering rumah pun jadi la. Yang lain2 tu leh fikir kemudian. Nasib baik la barang rumah aku dah lengkap, so takde la aku terkapai2 nak lengkapkan peralatan rumah plak. Cuma sofa dengan meja makan je yang takde lagi. Itu boleh fikir kemudian.

Gambar hanya hiasan je. Tapi lebih kurang macam ni la bentuk rumah aku.

Nota_jari: dalam dok berjimat cermat simpan duit, tapi kuih raya dah order sampai 6 jenis. hahahha....

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:25:00 PM 0 uncang teh
Hari ni dah hari Khamis, esok Jumaat, lusa dah Sabtu, tulat hari Ahad dan selepas itu....Isnin....mentari 1 Ramadhan 1432H muncul kembali. Alhamdulillah, Insya Allah aku masih lagi berkesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan yang penuh dengan kemuliaan dan bulan yang penuh dengan keampunan. Bulan yang dibukakan semua pintu Syurga dan ditutup semua pintu Neraka. Bulan dimana semua syaitan diikat dan semua Malaikat berdoa meminta rahmat Allah untuk semua penghuni langit dan bumi. 


Tahun ni sekali lagi aku menyambut puasa di bumi Perlis. Seingat aku la, semenjak 6 tahun aku bekerja di Perlis ni, takde sekali pun aku sempat menyambut puasa dengan keluarga aku. Ade sekali kot, tahun 2008, masa 1 Ramadhan tu aku ada kar kampung tapi malangnya masa tu pula tengah bendera merah, jadi takde makna la nak sambut puasa. Lagi best tahun ni sekali lagi aku sambut puasa sorang2. Bukan sambut puasa sorang2 tapi memang sepanjang bulan puasa tu aku akan berbuka dan bersahur sorang2. Adatlah bila duduk sorang takde housemate. Lagi pula ni bukannya first time aku puasa sorang2, jadi takde masalah pun aku nak hadapinya cuma mungkin sedikit kesunyian la sbb takde geng untuk meraikan kemeriahan sebulan berpuasa. Nasib baik jiran depan rumah aku dah jemput untuk sama-sama berbuka dan menunaikan terawikh sepanjang bulan Ramadhan ni. Alhamdulillah.....meriah la juga sambutan Ramadhan kali ni.


Lagi satu yang bestnya tahun ni aku tak perlu la nak sahur dalam bas dah. Dah tak perlu nak travel ke Shah Alam sbb sepanjang bulan puasa ni masih lagi dalam mood cuti semester. Lagi pula aku pun dah habis dah semua kelas subjek master-ji aku, cuma yang tinggal hanya nak siapkan Projek II master-ji aku je.

Alhamdulillah.....syukur kepada Allah.


Akhir kata...Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan paling bermakna dalam hidup aku, seolah-olah ia adalah Ramadhan terakhir untuk diri aku.

Nota_jari: gambar credit kepada En. Google.

Monday, July 11, 2011

Cerita Si Broadband

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:08:00 PM 0 uncang teh
Ini saya nak bercerita......

Hai....nama saya Broadband. Kadang-kadang tuan saya panggil saya si jalur. Ada masa dia panggil saya si cedas. Macam2 la nama yang tuan saya panggil ikut sedap mulut dia je. Tapi tak kisah la kan janji saya ada juga nama. Oh! saya ni kucing betina. Nak tau kenapa nama saya jadi broadband....sebab corak bulu saya tu corak jalur so bila Puan Besar (Mak tuan saya tu la) bagi nama kat saya jalur lebar, tuan saya tukar pi panggil saya Broadband. Ntah ape ape ntah tuan saya tu.

Asal saya dari Perlis. Tuan saya kutip saya dan adik beradik saya kat tepi jalan. Bab ini memang saya berterima kasih kat tuan saya sbb sudi nak kutip kami adik beradik ni ikut dia balik ke Perak. Kalau tak mesti kami adik beradik mati kebuluran di tepi jalan tu. Oleh sebab kami dikutip dari Perlis, jadi Tuan Besar (ayah tuan saya) bagi kami gelaran Cucu Tok Perlis. Hmmm......ade kaitan ke?

Inilah adik beradik saya. Diorang ni memang kebulur makan. Tuan saya nak snap gambar pun diorang boleh tak perasan sebab kusyuk sangat menjilat buah durian. Tapi saya tegak aje sbb saya terkejut bila tuan saya snap gambar kami. Yang sebelah kiri kaler oren belang putih tu nama dia si kuning. Dia ni aje yang jantan. Manakala yang sebelah kanan tu nama di si lembik la, si lembab la....ikut suka ape yang tuan saya nak panggil la juga. Dia ni betina macam saya.

Masa kami mula2 datang dulu kami ni kecil la sangat.

Inilah saya masa mula2 sampai dulu.

Ini pula si kuning

Ini pula si lembik.

Ye saya tahu background gambar kitorang ni tak cantik, almaklumlah masa awal2 datang ke rumah tuan saya ni tak tahu lagi susun atur rumah jadi kat bilik air ini aje la yang sempat kami explore.

Sekarang ni kami dah besar sikit. Terima kasih kat tuan saya serta Tuan dan Puan Besar sebab sudi menanggung makan minum kitorang. Tuan saya tu siap bekalkan kitorang dengan makanan jenama Tesco lagi. Tapi ape pun favourite kitorang tentulah nasi dan ikan goreng. Nyum nyum nyum....memang makan sampai kenyang dan lepas tu boleh tido.

Ye...saya dengan si kuning memang kamceng sikit. Kami selalu buat honar dalam rumah. Main sana main sini, lari sana lari sini.

Si lembik ni pula memang suka buat hal sendiri. Tengoklah, dia ni memang selekeh sikit. Tuan dah bagi mandi pun suka main selekeh-selekeh.


Oklah, saya dah penat bercerita la. Nanti lain kali kalau tuan saya izinkan saya cerita lagi. Sekarang ni saya nak tido.

Ape lagi, saya nak tido la...bye....
 Tamat...............
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea