Sunday, December 29, 2013

Wedding Dress

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:01:00 PM 6 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Owner butik kahwin baru je tagged gambar dress ni kat aku dalam FB. Belum pergi tengok live lagi. Kebetulan ada kat kampung sebab kes jaga mak aku kat hospital untuk kali kedua ni. Alhamdulillah semalam mak dah discharge. So nanti on the way nak balik Perlis boleh singgah untuk tengok.
Full dress tunggu hari kejadian la ek. Hahahaha.....

Send from my Windows Phone

Friday, December 27, 2013

HB From Pastelicious House of Bouquet

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:35:00 AM 8 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Selagi tak bertukar status dari single ke double, selagi tu la ada aje idea nak bagi perabih duit poket sendiri. (membebel kat diri sendiri sebenarnya).

Kali ni nak cerita pasal hb lagi. Selain hb yang dibuat sendiri oleh aku untuk majlis nikah, aku ada gak order hb dari orang lain. Tapi hb ni aku nak pakai untuk majlis kenduri pula. Maklumlah tema pink,cream dan peach yang ala-ala english wedding gitu...owhh..perasannya aku. Bukan itu je...ada lagi satu hb aku order kat orang lain gak untuk majlis bertandang pula. Bab tu nanti bila dah siap baru boleh aku sembang.
My hb (source: FB Pastelicious)

Ok..untuk hb sanding ni aku tempah kat Pastelicious. Asalnya sebab officemate aku pun tempah hb dia kat sini juga. Tu pasal aku berkenan tu. Ada macam-macam jenis hb yang dia boleh buat, riben, butang, manik dan juga brooch. Harga pun berbaloi la (kalau rasa mahal pun pejam mata sebab dah suka kan). Actually ni hb pertama yang aku tempah sebelum aku decide nak buat hb sendiri lepas tengok banyak sangat kain felt yang aku beli. Itulah cerita yang sebenarnya.

Thursday, December 26, 2013

Kerja Kerja Kerja

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:07:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ini cerita perihal kerja pula. Memang tak pernah habis. Sekarang ni tengah cuti mid term break. Tapi aku (kami) as pengajar di ipta takde cuti-cuti pun. Kalau nak cuti, silalah apply cuti tahunan yang telah disediakan. Bertuah betul pengajar-pengajar di sekolah (cikgu). Student cuti, cikgu pun cuti. Bila cuti tak perlu pening kepala nak sediakan nota, latihan dll. Semuanya dah tersedia dalam buku teks. Cikgu...ngajar je. Time cuti pun cikgu aman. Tak perlu nak layan sms/call student macam kami kat ipta ni. Oh emosi pula aku.
Inilah keadaan meja kerja aku. Penuh dengan kertas. Polistrin makanan pun tak sempat nak buang. Sibuk ke pemalas. Hahahahah...

Tadi mak aku call lagi. Dia kena masuk hospital semula sebab demam dia tak kebah dan badan dia yang naik gelegata tu. Damn. Terus hilang mood nak buat kerja bila teringatkan mak kena masuk hospital. Nak balik hari ni tak boleh dah sebab cuti untuk tahun ni dah habis. Actually bukan betul-betul dah habis sebab baki cuti aku ada 15 hari lagi. Banyakkan. Nampak macam aku jarang ambil cuti. Tapi sebenarnya aku dah ambil 23 hari cuti sepanjang tahun 2013 ni. Ok...back to kenapa aku tak boleh nak cuti sedangkan baki cuti ada separuh lagi. Sebabnya semua cuti aku tu dah aku masuk sistem untuk dibawa ke tahun hadapan. So next year cuti aku akan jadi 45 hari la. Banyak tak cuti aku tahun depan. Preparation untuk kahwin kot. Kot??!! hahahha..

Cakap pasal kahwin....aku tak tau la dah boleh nak kata complete ke atau tak. Ada lebih kurang 35 hari aje lagi ni. Kat rumah tu bersepah barang-barang persiapan. Masih lagi dok buat sikit-sikit. Tapi serius cakap, aku macam tak semangat je pun. Takde feeling. Maybe sebab fikir mak yang tak sembuh-sembuh lagi. Fikir lagi bab kerja...bab student. Dengan soalan test dan final belum siap lagi. Arghhh...stress aku. 

Betul ke tindakan aku yang nak kahwin ni? Ini soalah yang selalu aku tanya kat diri sendiri. Macam tak percaya. Hari makin dekat. Mak tak sihat lagi. Hal student pula. Hal kerja pula...Pengsan.

Esok kena cabut awal. Nak balik kampung...eh bukan kampung. Nak shoot terus pi hospital. Tidur hospital lagi kot gamaknya weekend ni. Hmm....sebab nak balik awal kena la mengadap Bos untuk minta pelepasan. Harap-harap ok.

Hmmmm....hati risau. Boleh tak kata macam tu. Ke ini tanda-tanda aku sedang merungut. Hahaha...Ok stop....Sambung buat kerja.
Bye

Tuesday, December 24, 2013

Dress Untuk Bertandang

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:18:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Weekend tadi balik kampung jenguk mak. Alhamdulillah mak semakin ok cuma dia still pening dan ada demam sikit-sikit lepas operation minggu lepas. Terbaru badan mak naik bintik-bintik gatal macam gelegata gitu. Maybe allergic dengan antibiotik kot. So adik ipar yang doktor tu suggest mak stop dulu makan antibiotik tu. 

Sambil balik jenguk mak sempat la pergi betulkan saiz dress yang tailor aku dah siapkan. Actually baju tu dah siap minggu lepas tapi biasalah kan. Bila fitting sorang-sorang rasa ada nak dikecilkan la pula. Budget badan tu dah kurus la konon. Tapi masa design awal-awal suruh bagi longgar. Nasib baik tailor tu paham dengan peel aku ni. 

So inilah baju untuk bertandang tu. Ingat tak dulu aku pernah cerita pasal kain satin dan songket yang aku beli kat Jakel tu. Inilah hasilnya.
Simple je design dress ni. Itu pun ada lagi nak kena touch up tu. Nak letak manik sikit kat pinggang. Tapi bab tu aku kasi upah kepada yang pakar. Aku nak buat sendiri...memang tak sempat la. Actually dress aku ni ada riben besar. Kat mana aku nak sangkut riben besar tu....tunggu ek...bila tiba hari kejadian akan aku dedahkan.

Inspirasi Dekorasi Moden & Retro

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:35:00 PM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Penduduk Kangar mesti cam rumah ni kan. Rumah semi-D dua tingkat rekabentuk moden ni (aku panggil rumah takde bumbung) terletak di Taman Desa Pulai. Owner rumah ni adalah seorang ID yang sangat kreatif siap ada kompeni ID sendiri tu dikenali sebagai Paduka Jaya Enterprise (sila klik untuk maklumat lanjut).
Sebelum nak terus membebel, aku nak ingatkan yang semua gambar ni aku kredit kepada Paduka Jaya Enterprise (sebab aku save semua gambar ni dari FB dia)

Apa yang mengkagumkan aku pasal owner rumah ni yang merupakan seorang ID adalah cara beliau membahagi ruang. Rumah ni sebenarnya jenis open concept. Dapur, ruang makan dan ruang tamu share satu plan lantai. Mana kala tingkat atasnya adalah bilik (aku pernah skodeng masa rumah ni baru siap). Nak kata besar sangat tu takde la, tapi berbaloi dengan harga dia tu yang nak cecah 4k++ dah (aku agaklah kan).

Ni aku tepek sekepeng dua gambar rumah ni yang aku save daripada FB Paduka Jaya Enterprise (sila la like untuk lebih inspirasi).

Ini gambar ruang tamu sebelum makeover. Nampak macam kecilkan.

Ini pula gambar ruang tamu selepas. Sangat moden dan retro. Cahaya matahari petang jatuh tu pula nampak macam ruang ni sangat cozy dan menenangkan.

Ini pula dapur sebelum. Macam sempit je kan. Kalau kita yang kurang kreatif ni sure pening macam mana nak buat kc.

Tapi tengoklah gambar selepas pula. Siap ada island lagi. Dry and wet kitchen pun ada. Dapur pun nampak luas.

Ini pula gambar luar rumah. 

Korang tengok pula jadi apa lepas itu. Sangat jeles aku.

Nanges aku tengok gambar rumah dia ni. Simple, moden and retro. Kalaulah aku ada RM yang banyak, mau aku hire Paduka Jaya Enterprise ni untuk make over rumah aku. Tapi apakan daya, RM aku cuma cukup-cukup makan aje. 

Eh..korang..Paduka Jaya Enterprise ni pun banyak kali juga interframe dalam majalah kesayangan aku Impiana dan Dapur Impiana. Memang terbaiklah.

Item yang paling aku suka dalam rumah ni adalah...
Pendant/chandelier lamp ni. Adoila...sangat cantik da boom da boom. 

dan
Kerusi segitiga ni (dah macam kuih koci dah rupenye kerusi ni). Sangat retro ok. 

Tengok gambar dah jakun...aku agak kalau diberi peluang nak masuk tengok dalam rumah ni lagi la jakun aku bertambah.

Nota_jari: Semua gambar kredit to Paduka Jaya Enterprise

Thursday, December 19, 2013

HB Si Amatur

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:10:00 AM 10 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Sebelum ni aku ada up entry pasal hb aku yang kurang menjadi sampai aku kena rombak balik hb tu. Lepas dirombak aku dapat 2 jambak hb akhirnya. Tapi untuk pengetahuan semua, bukan setakat 2 jambak, tapi 3 jambak hb yang aku dah siap. Jambak ketiga tu adalah serpihan-serpihan bunga felt yang aku tak masukkan masa buat hb yang tak menjadi tu.
Seperti yang dah aku maklumkan sebelum ni, selepas dirombak aku dapat 2 jambak hb, satu warna hijau/kuning dan satu lagi warna pink/biru.

Gigihkan aku buat hb ni. Sebenarnya hb ni aku plan untuk majlis nikah aku nanti. Baju nikah aku kan warna hijau epal. Jadinya plan aku nak pakai hb hijau/kuning tu la. Tu pasal yang hijau/kuning tu aku buat siap ada kain net bagai dan riben panjang-panjang. Kain net tu sebenarnya lebihan kain net untuk veil nikah aku yang masih dalam proses diy juga.
Hb pink/biru tu pula aku buat simple aje. Yang tu sebagai back-up aje pun in case time sanding takde hb yang sesuai (hb sanding aku tempah online sebab aku tak pandai buat bunga riben). Tapi kalau tak digunakan, aku nak hadiahkan hb tu kat bestie aku je. Harap-harap dia dapat berkat dan akan jumpa la jodoh yang sesuai (marah dia kalau baca statement ni...hahahah).
Ini namanya kerja si amatur. Oleh itu kelihatan hb-hb aku ni memang kurang kemas sikit. Main aci buat dan aci siap aje pun. Kah kah kah kah...

Amacam kawan...ok ke tak hb si amatur ni?

Kad Kahwin...Siap!

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:45:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Hari ni nak sembang kedai kopi pasal tempahan kad kahwin yang dah siap sejak dari 2 minggu lepas. Kad kahwin ni aku design sendiri. Korang perasankan yang sebelum ni aku asyik update entry pasal doodle. Time tu la aku tengah gatal tangan men'design' kartun-kartun itu.
Sebenarnya konsep kad aku ni simple aje. Kad jenis sekeping (takde nak fold bagai), dengan kartun 2 ekor burung kaler biru dengan background putih je. Tapi bila sampai kat kedai, tokei kedai cadangkan letak warna bagi cantik. Aku mula-mula tu berat hati la juga, tapi memandangkan jenis kad kalau ada kaler dengan takde kaler tu sama je harga, aku pun kira cincailah. So lepas tu aku tunggu aje email dari tokei tu untuk tengok hasil akhir kad aku yang dia dah touch up tu. Dalam hati risau juga la kalau tak cantik. Tapi...last-last nampak ok la juga. Konsep simple tu masih ada lagi dalam kad aku. Hahahah....

So kepada kawan-kawan sekalian. Korang tunggu ajelah ek sebab mulai minggu hadapan aku akan mula proses kad aku ni untuk dihantar kepada korang semua. 

Monday, December 16, 2013

Fanatik Durian

masa minum teh ~*irjune*~ pada 6:44:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ini antara kucing aku kat kampung. Nama dia Tontot sebab ekor dia kontot. Antara kucing yang amat fanatik dengan durian. Tengoklah gambar ni. Menyerbu je bila nampak durian. Lepas dapat makan seulas dua, dia pun ok la.
Kucing korang suka buah ape pula?

Send from my Windows Phone

Sunday, December 15, 2013

Alhamdullillah....Mak Dah Discharge

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:23:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah...selepas 5 hari 4 malam, akhirnya petang tadi mak aku dah discharge. Alhamdulillah juga, mak aku dah boleh bergerak menggunakan walker. Selama 4 malam ni, sempatlah juga 2 malam aku tidur kat dalam wad untuk jaga mak aku. Selain malam tu adik aku yang temankan. Bila tidur dalam wad ni aku tidur atas kerusi je. Memang tak selesa tapi kalau masa tu dapat tidur at least 2 jam aje pun aku dah bersyukur. Sebab adatlah menjaga orang sakit ni, mesti kena alert selalu kalau-kalau diorang perlukan bantuan.

Sekarang ni mak aku dalam proses pemulihan. Perit juga hati bila mak aku mengaduh sakit. Tak sanggup nak tengok. Tapi aku jenis brutal, so keraskan hati. Bila dah keras hati, aku train mak aku pun ala-ala brutal juga. Kesian mak aku, tapi terpaksa sebab kalau tak aku pula yang meleleh air mata.

Kawan-kawan, doakan ye mak aku sembuh. Bukanlah sembuh macam dulu-dulu, tapi at least mak aku selesa nak beribadat pun jadilah.

Send from my Windows Phone

Aku Dan Stesen Bas Kangar

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:04:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ini kisah aku dan stesen bas Kangar. Memang penuh dengan kenangan ni. Selama 2 tahun setengah berulang-alik Kangar-Shah Alam-Kangar menghabiskan sesi mengaji master-ji aku tu, dekat sinilah aku tercongok macam orang blank sambil tunggu bas untuk pergi ke Shah Alam, dan tercongok sorang-sorang tunggu hari siang sikit bila sampai dari Shah Alam untuk pergi ambil kereta.
Aku pernah nangis sorang-sorang bila turun dari bas dari Shah Alam sebab masa tu bas sampai Kangar pukul 5.30 pagi. Nak pergi ambil kereta takut sebab kereta aku park kat belakang bangun. Gelap. Jadinya sementara nak tunggu pukul 6 pagi, aku melepak sorang-sorang sambil nangis, mengenangkan diri sendiri yang terpaksa berdikari sorang-sorang demi untuk menuntut ilmu.

Itu cerita 2 tahun yang lepas. Cerita dari tahun 2009 sehingga tahun 2011. Cerita pengorbanan untuk menuntut ilmu. Dan Alhamdulillah....semua itu amat berbaloi. Dan setiap kali aku lalu depan Stesen Bas Kangar ni, hati aku menjadi sayu bila semua kenangan dulu menjelma.

Send from my Windows Phone

Thursday, December 12, 2013

Pembedahan Lutut Mak

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:01:00 AM 6 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Hari ni 12/12/13 bersamaan hari Khamis 2 Safar 1435H, mak aku akan melalui pembedahan lutut beliau di Hospital Taiping. Rancangnya pembedahan lutut mak akan dibuat pada minggu hadapan, tapi dipercepatkan atas permintaan Doktor Pakar. Alhamdulillah. Walaupun keadaan ini membuatkan kami adik beradik sedikit kelam kabut kerana planning awal telah berubah disaat-saat akhir...tapi akhirnya dapat diatasi juga. Syukur.

Semalam abang aku yang hantar mak check in wad dan sejurus selesai terpaksa pulang ke Pahang untu menjembut kak ipar aku yang sedang demam di rumah famili dia. Sekarang ni adik aku dari UKM sedang tunggu di hospital. Petang pula adik aku dari Sungkai akan pulang melawat. Sementara aku akan terus bertolak dari Perlis ni sejurus kelas aku habis pukul 4 ptg. Terasa ralat juga kami adik beradik sebab tak berada disisi mak bila diperlukan. Mak yang memang sedia maklum dengan keadaan kami hanya berkata, "tak apa...mak ok je", tapi dalam hati beliau hanya Allah yang tahu. Ayah pula terpaksa tunggu dirumah sebab dekat rumah pun ada kucing-kucing yang perlu dijaga. 

Alhamdulillah...inilah hasil didikan mak terhadap kami 7 beradik. Walalupun kadang-kadang kami bergaduh sampai tak ingat dunia, mengutuk mengata...tapi demi mak...kami boleh jadi baik macam kamilah anak-anak yang soleh dan solehah. Insya Allah...moga-moga kami betul-betul menjadi anak yang soleh dan solehah.

Sekarang ni pun hati aku tak tenang. Nak buat kerja pun semua macam tak jadi. Asyik tengok jam aje bila la nak sampai pukul 4 petang ni. Nak inform bos minta pelepasan sejam awal untuk aku memecut balik ke kampung.

Saya susah hati!

Friday, December 6, 2013

HB Tak Jadi

masa minum teh ~*irjune*~ pada 6:56:00 PM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Ini cerita pasal hand bouquet (hb) untuk majlis nikah. Baru 1st try buat based on tutrorials yang dapat dari blog-blog sedia ada dan juga dari Youtube. 
Secara umum memang nampak hb aku ni macam ok aje kan. Kira dah menjadi la tu untuk 1st try. Tapi sebenarnya menjadi tapi tak sesuai. Kenapa tak sesuai, tengok pula kat bahagian bawah area pemegang dia ni.
Ye...kalau tengok betul-betul macam takde masalah ape pun kan. Sebenarnya hb yang aku buat ni terlalu besar saiznya dan terlalu colourfull. Saiz yang besar ni dah macam buah kelapa dah rupenye. Macam berat. Lepas tu dengan warna yang sangat colourfull tu nanti konpem-konpem akan menenggelamkan diri aku sebagai fokus utama. Selain tu tak matching dengan baju nikah aku. Warna baju nikah aku kan hijau....ala ala hijau epal gitu, lepas tu pula hb colourfull. Euuuwww....out of theme plak nanti.
Jadi, aku telah rongkai balik hb aku ni dan susun semula. Lepas siap buka semula, rupanya aku dah buat 36 kuntum bunga kain felt ni. Huhuhu....syok gunting dan jahit sampai tak terkira dibuatnya. Jadinya daripada 36 kuntum bunga tu akhirnya aku siapkan 2 set hb, satu set warna kuning/hijau dan satu set lagi warna pink/biru.
Oleh sebab entry kali ni pasal hb tak jadi, makanya semua gambar yang ada dalam entry ni adalah hb yang daripada percubaan pertama. Dua set hb yang aku susun semula tu aku tak sempat nak snap lagi. Rancang aku nak bagi betul-betul siap dulu, siap dengan riben dan juga pemegang yang sesuai baru nak update stori. Jadi...sabo-sabo dulu la ek. Next next entry aku story.

Wednesday, December 4, 2013

Cerita Kabinet Dapur - Selepas 5 Bulan Siap

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:33:00 PM 6 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Masih ingatkah korang semua dengan entry aku pasal kc aku tu dulu. Kalau tak ingat boleh la refer kat sini. Dalam entry tu aku cerita detail pasal proses mencari dan membuat kc dirumah aku.

Baru-baru ni aku dapat whatsapp daripada pembantu kedai yang aku buat kc tu. Pembantu kedai tu nama Siti. Dia tanya aku, ada tak aku share gambar kc aku kat mana-mana. Aku cakap ade, aku share dalam personal blog iaitu dalam blog aku ni la kan. Aku tanya kenapa....ada masalah ke? Cuak juga aku kot-kot la kerana entry aku ni telah menyebabkan bisness bos dia lingkup. Rupanya dia nak bagi tau, selepas kc aku siap ramai customer datang ke kedai tu. Fuhhh....tarik nafas lega la aku...ingatkan ape tadi. Baguslah. So ape kaitan dengan gambar yang aku share dalam blog aku ni. Rupanya Siti bagi tau lagi most of the customers bagitau diorang tau pasal kedai tu lepas dapat info daripada blog aku. OOOooo...gitu ke....hahhaha

Aku pun mention la kat Siti tu yang aku memang ada personal blog dan ada cerita pasal kc tu. Pahit jerih untuk menyiapkan kc idaman kalbu. So dalam entry tu aku letak la contact no dia dan juga Bos kedai tu. Yelah...aku tau mesti kat luar sana masih ramai yang tercari-cari kedai untuk buat kc idaman kalbukan. Aku buat macam ni sebab masa aku nak buat kc dulu, sangat susah aku nak cari info pasal kc kat area utara ni. Jadi dengan cara ni akan memudahkan mereka-mereka diluar sana untuk mendapatkan maklumat dihujung jari aje. 

Siti pun minta la alamat blog aku ni sebab dia pun nak baca juga. Time tu cuak juga sebab takut la kot ade ayat-ayat aku mengguris hati dia dan bos dia tu. Tapi lepas baca Siti cakap apa yang cerita kat blog tu adalah sama macam masa aku pergi nak buat kc kat kedai dia dulu. Fuhhh...lega den.

Tak sangka pula ramai juga orang area Kedah/Perlis yang baca blog aku ni pergi serbu kedai tu. Hahaha....Tapi oklahkan....dalam kita niat nak share maklumat, kita dah tolong promosi kedai tu juga. Barang baik kita share sama-sama.

On behalf Bos dia, Siti ucapkan terima kasih kat aku sebab tolong promote kedai diorang. Alah...perkara kecik aje tu.Kitakan rakyat Malaysia.

Kepada Siti dan juga Bos kedai kc tu, selepas 5 bulan kc aku masih lagi ok dan tiada masalah lagi.

Kepada silent reader yang dah pergi serbu kedai kc tu, terima kasih ye sebab sudi baca blog aku ni.

Bye..

Bunga Kain Felt

masa minum teh ~*irjune*~ pada 7:30:00 AM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Dah dekat-dekat tarikh nak ubah status ni banyak benda pula yang aku nak try cuba buat. En.Syg pun geleng kepala je tengok secara tiba-tiba tunang yang disayangi menjadi tersangat kreatif. Sayang sangat ke dia kat aku? Ahaksss......abaikan ajelah aku perasan syok sendiri je. Hahahahah

Kali ni aku try buat craft daripada kain felt. Percubaan pertama adalah membuat bunga. Ala..bunga biasa-biasa je...bukan yang luar biasa pun. Aku buat ni ikut tutorial dari sini. Yang lain-lain tu aku search kat youtube aje pun.

Inilah bunga kain felt yang aku buat tu. Konon-konon nak buat hb nikah sendiri la. Konon aje la. Ape pun tunggu ajelah macam mana rupe hb aku tu nanti. 

Tuesday, December 3, 2013

Kemas Rak

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:00:00 AM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Tengok lama-lama rak aku yang aku jadikan sebagai pantry menyimpan gadget memasak aku macam dah serabut. Boring sebenarnya. Jadi aku pun mengemas la apa yang patut.
Inilah rupa susunan rak besi asal tu. Selekehkan. Dan nampak macam membazir space aje. So aku pun menyusun dan mengemas la apa yang patut. Akhirnya jadilah seperti ini (gambar bawah).
Aku memang memaksimumkan penggunaan ruang kat rak besi ni. Bila dah maksimum macam tu, rak paling atas nampak kosong je. Aku just letak balang sabun dan botol softlan aje. Malas nak membongkok ambil dalam kabinet coklat kat sebelah tu.

Rak kedua aku letak balang-balang simpan guna, milo, susu, dan sebagainya. Rak ketiga dan keempat pula buat simpan gadget memasak. So buat masa ni nampak kemas la sikit. Nanti 2 3 bulan nampak macam serabut, aku ubah balik cara susunan tu.

Monday, December 2, 2013

Susun Beg Plastik

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:28:00 AM 9 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Weekend tadi adalah masa untuk aku mengemas apa yang patut kat rumah tu. Kemas punya kemas, mata naik berbulu tengok beg simpanan beg plastik tersangkut kat rak simpanan aku. Dah lama nak kemas beg plastik tu tapi MALAS nak buat. Jujurkan aku. So weekend tadi dapat la sedikit kekuatan untuk aku kemas apa yang patut.
Inilah rupe tempat simpanan beg plastik aku. Dah nak muntah habis semua beg plastik tu dari tempat simpan. Keje senang kan, balik pasar ada plastik yang boleh guna just keronyok-keronyok je simpan dalam plastik biru ni. Tapi plastik biru ni pun ada jangka hayat juga. Punyalah menyumbat aje kejenye...dah terkoyak pun plastik biru tu. Sian.
Jadi aku usung plastik biru tu ke depan tv. Sambil-sambil mengadap tengok tv, sambil-sambil aku melipat plastik-plastik yang masih lagi elok untuk digunakan. Plastik ni bukan ape, aku guna untuk isi sampah je. Jadi dapatlah berjimat cermat duit belanja dapur tu daripada membeli plastik sampah aje. Betul tak?
Plastik yang siap dilipat tu aku susun dalam kotak kasut je. Tengoklah, kotak kasut pun togel aje. Orang lain gigih balut kotak kasut ni cantik-cantik...aku je yang malas. Aku susun plastik tu ikut saiz, daripada yang besar sampai ke saiz kecil. Senang nak ambil nanti. Bab nak balut kotak kasut tu nantilah dulu. Bila dah ada kertas pembalut baru kita balut ok.

Terkejut

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:23:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Hari ni dapat 2 berita yang amat-amat mengejutkan diri aku. Pertama mengenai kisah pembunuhan 3 beradik di Alor Setar, Kedah. Ya Allah...aku sangat bersimpati dengan keluarga gadis-gadis tersebut, yang kehilangan tiga orang anak gadis sekaligus. Lagi bersimpati ialah hanya 3 orang itulah anak-anak beliau yang ada. Sungguh tragis kematian mereka. Si kakak dijumpai separuh bogel di tempat lain, manakala 2 adik beliau dijumpai ditempat lain. Kejam sungguh makhluk yang telah membunuh mereka bertiga. Aku sangat marah...dan ya kerana kemarahan ini aku doakan supaya perkara yang sama malah lagi kejam akan berlaku kepada keluarga pembunuh tersebut.

Semoga roh ketiga-tiga anak gadis tersebut dicucuri rahmat. Kepada keluarga tersebut, tabahlah menghadapi dugaan ini. Allah lebih menyayangi mereka.

Itu kisah pertama.

Ini pula kisah kedua...
Picture: Credit to Harian Metro

Sedih oooo...pelakon utama filem Fast and Furious, Paul Walker maut akibat kemalangan ngeri. Aku tak dapat nak terima hakikat lagi ni. Dah la sekarang ni sedang berlangsung pengambaran Fast and Furious 7. So macam mana dengan watak Brian O'Conner tu nanti. Aku agak mesti ending cerita tu Brian akan mati. Selama ni siri FF tu berdiri kukuh sebab watak yang dipegang oleh Paul Walker dan juga Vin Diesel. Tak sangka beliau memegang watak sebagai pemandu handalan dan secara realitinya juga beliau meninggal kerana kemalangan. 
Foto
Picture: Credit to Harian Metro

Aku agak kalau kereta Porche GT pun boleh hancur macam ni, konpem diorang drive ala-ala Fast and Furious ni.

Saturday, November 30, 2013

Kerjaya Lelaki Kacak

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:30:00 AM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ini opismate share dalam whatsapp. Maybe dia snap daripada petikan surat khabar mana-mana ni.
Aku taktau la ini kajian tesis PhD mana ni. Tapi jawatan doktor dapat ranking nombor satu dan tentera dapat ranking nombor 5 untuk kategori lelaki kacak. Kenapa ek?

Ini teori yang dapat aku fikirkan sendiri daripada hipotesis kotak hitam.
  1. Kebanyakkan doktor lelaki yang aku jumpa memang nampak handsome pun walaupun berisi. Nape ye? Adakah sebab tutur katanya yang lemah lembut semasa merawat pesakit?
  2. Kacak ke peguam lelaki ni? Aku rasa biase aje pun. Maybe sebab peguam ni adalah seorang yang pandai berkata-kata. Bab pusing ayat putar ayat kasi sama diorang. Nama pun peguamkan.
  3. Pelakon....ni no wonder la jatuh dalam kategori kacak sebab pelakon ni jenis yang kena jaga imej. Imej ni kalau kena gaya akan buat orang yang huduh pun kelihatan kacak dan jelita. 
  4. Olahragawan?? Pada aku takde la kacak sangat pun. Maybe sebab diorang ni orang sport so jenis yang jaga badan. Muka biasa-biasa aje pun tapi sebab orang sportkan jenis badan segak dan tegap...tu kot nampak cantik.
  5. Tentera. Aku fikir pun sebab badan tegap dan juga imej. Imej tentera kan kena sentiasa kemas walaupun kulit garing kena panas sebab berkawad. So memang payah la kita nak tengok tentera ni berperut boroi. Ye tak? Eh...tapi apsal polis tak kacak? Hahahah
Eh..apsal diorang tak masukkan kerjaya pramugara sebagai kategori kerjaya untuk lelaki kacak? Bukan ke pramugara atas kapal terbang tu kacak-kacak belaka?

Jadi kesimpulannya, kalau nak dapat suami kacak, korang kena kahwin dengan suami yang ada kerjaya seperti diatas. Kalau husband korang just kerja engineer aje, kacak macam mana pun tetap tak boleh nak masuk ranking lelaki kacak sebab kita tau orang kerja engineer ni mana jenis yang pakai segak-segak kecuali kalau kene buat pembentangan. Kalau tak caya, mai tempat kerja aku ni, most of lecturers ni lulusan engineering, memang la datang keje pakai slack dan kemeja...tapi kurang kacak berbanding 5 kerjaya diatas. Hahahaha

Nota_jari: Kacak ke tak kacak ke...yang penting akhlak kene cantik.

Friday, November 29, 2013

Labu Sayung Gergasi

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:00:00 AM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Takmau cakap banyak, tapi ini antara labu sayung saiz gergasi yang aku jumpa kat Sayung, Perak. Actually ada lagi yang saiz besar tapi tak sempat nak snap gambar sebab lokasi labu yang saiz lagi besar tu kat simpang jalan.
Tempat korang apa yang gergasinye? Moh ler kite share...

Thursday, November 28, 2013

Pokok Angkat

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:13:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Aku ni jarang nak cerita pasal aktiviti kerja-kerja aku. Bukan ape, pada aku blog ni adalah tempat aku keluar sebentar daripada dunia pekerjaan aku yang kadang-kadang rasa dah tahap saturated ni. Bukan benci dengan amanah kerja yang aku buat ni, tapi dah 8 jam fikir pasal kerja aje, ape salahnya bila ada masa lapang tu kita lupakan sebentar cerita pasal kerja ni. Hahaha...

Tapi entri kali ni ada sedikit kaitan dengan tempat kerja aku. Sikit aje...tak banyak pun. Semalam la, ptj aku ni dapat arahan untuk tanam pokok sekitar jalan dalam kampus ni. Tak jauh sangat pun, dalam 200 meter aje jaraknya, lebih kurang 60 anak pokok. Jadi kami pun beramai-ramai la menyahut seruan untuk hijaukan bumi ni.
Inilah pokok yang aku tanam tu. Nama pokok ni "Merawan Siput Jantan". Jangan tanya aku kenapa pokok ni nama macam ni sebab aku pun tau nama pokok ni lepas PA bos aku email memaklumkan hal ni kat semua staf. Tapi itulah....bunyi nama pokok ni kalau dibaca amat menyedihkan pula..."merawan"..kah kah kah.

Aku tak tanam banyak pun, Just ambil tender satu pokok aje. Lagi pun lubang untuk pokok ni dah ready made, so aku cuma letak pokok dalam lubang, letak baja dan kambus balik dengan tanah la. Kira ni macam pokok angkat kami la ni. Mean kami kena jaga, kena belai, kena siram setiap hari sampai besar. Ish...bab siram ni aku memang malas sikit. So memandangkan pokok ni ditanam atas tanah, aku harap sangatlah akar pokok ini pandai berdikari untuk cari air dari sumber bawah. Untuk bab siram pula, aku tender kat air hujan ajelah untuk siram. Hahahahaha...
Ini gambar kenangan aku dengan pokok ni. Nama pun pokok angkatkan. Haruslah ada gambar kenang-kenangan. Nanti 30 tahun kalau umur panjang dan dah jadi Prof (moga-moga dikabulkan), bolehlah tunjuk gambar ni kat pokok sambil mengimbau kenangan masa mula-mula pokok ni ditanam. Kenangan menanam pokok masa jadi pekerja bawahan ni. Hahahah.....Itu pun kalau pokok ni hidup dan masih wujud lagi. 

Bunga Pahar Bunga Pom Pom

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:46:00 AM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah...akhirnya siap juga bunga pahar untuk pelamin aku nanti. Aku buat sikit-sikit lepas habis kerja waktu malam sambil-sambil tengok tv. Tak banyak pun aku buat, cuma 100 kuntum tapi memang sampai tahap nak muntah hijau pun ada juga. Dah la aku ni jenis cepat boring dan memang tak suka nak fokus pada satu kerja tu dalam jangka masa yang lama. Aku suka kalau semua boleh siap cepat, setel cepat, dan cepat dan cepat dan cepat. Hahahahaha. 

Tapi bila dah siap rasa satu kepuasan yang sukar diungkapkan. Hahaha....Hari-hari dok asik belek bunga tu, lepas tu puji diri sendiri. Maklumlah...sindrom orang bujangkan. Sape la nak puji memuji kalau tak diri sendiri. Tahap perasan masuk bakul angkat sendiri pun ada juga.

Haip inilah pilihan warna bunga aku. Gabungan warna pink terang dan pink lembut gitu. Auww... Lepas tu aku matching dengan riben kuning dan krim. Simple aje...buat sambil tengok Youtube dan juga idea-idea yang ada kat internet ni. 
Sementara nak usung balik kampung, aku display dulu atas meja makan . Penuh meja tu dengan bunga aje. Dah la lapik meja pun corak bunga. Hahahah. 

Tuesday, November 26, 2013

Inspirasi Dekorasi

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:18:00 AM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Ada ke tak sesiapa di luar sana yang dok pening lagi nak deko rumah macam mana? Pening nak pilih warna cat? Dan pening nak combine warna perabut, cat dan langsir. Kalau-kalau ada yang macam tu..bolehlah tengok-tengok gambar yang aku tepek ni. Inilah antara gambar ruang tamu yang memberi inspirasi kepada aku untuk menyusun atur ruang dalam rumah aku.
For Ikea's lovers....memang memberi inspirasi ni
Biru ni kalau kena cara dan tone warna memang cantik
Kombinasi hijau dan sentuhan merah....cantik ape...color block
Ini gaya kedesaan Inggeris. Tenang je rasa.
Pilihan warna moden, kelabu dan merah. Simple but nice
Nak lagi moden, kelabu dan putih. Tapi bukan pilihan aku la.

Nota_jari: Picture credit to Google.com
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea