Saturday, April 27, 2013

New Khalifa

masa minum teh ~*irjune*~ pada 6:34:00 AM 0 uncang teh

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, semalam pada hari Jumaat bertarikh 26 April 2013 bersamaan 15 Jamadil Akhir 1434H, tepat pada pukul 12.12 tengah hari, adik aku selamat melahirkan baby boy seberat 3.72kg. Huh! Berat juga budak kecik ni. Tengoklah....muka seiras muka husband adik aku.....konpem jadi anak bapak ni. Boleh jadi geng bola Liverpool la macam ni.

Mulanya doktor ramal jimah akan bersalin pada pertengahan bulan 5. Tak sangka pula budak kecik tu nak keluar awal. Maybe dia nak join pilihanraya tahun ni kot.

Jimah pun bersalin mudah. Normal. Mak aku call dalam pukul 9 lebih cakap adik aku dah masuk hospital, and pukul 12.45 adik ipar aku call cakap jimah dah selamat bersalin. Alhamdulillah...Allah permudahkan segala urusan. Aku cakap kat mak aku, Jimah senang bersalin sebab mak aku pun jenis yang senang bersalin juga. Bayangkan 7 orang anak, 6 orang tu mak aku bersalin kat rumah je, cuma adik aku yang bongsu je mak aku bersalin kat hospital sebab doktor risau umur mak aku masa tu dah cecah 36 tahun.

Eh! Melalut pulak. Anyway....tahniah ye jimah dan zizi untuk hampa punya new born baby

Send from my Windows Phone

Wednesday, April 17, 2013

Deko-Deko...Susun-Susun

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:02:00 PM 5 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah....akhirnya Allah beri keizinan untuk aku update blog yang dah semakin usang ni. Maaf la ye tuan-tuan dan puan-puan. Selama sebulan ni aku memang sibuk betul. Hidup pun tak terurus. Balik keje je terbongkang la aku statik atas sofa. Masya Allah...penat tu tak tau nak describe macam mana. Almaklumlah selama tiga bulan sehingga bulan Jun nanti, aku terpaksa buat 2 tugas, iaitu tugas hakiki aku dan juga tugas memangku. Owh!..penatnya. Nasib baik dapat green light daripada bos supaya aku di 'release' kan sementara waktu daripada tugas hakiki untuk semester ni. Syukur...tapi itu bukan bermaksud aku lepas tangan, still ada tiga bundle untuk aku marking. Haisyyhh........

Nasib baik la sebelum aku kesibukan dengan keje ni, banyak hal rumah dah aku setelkan, termasuk la memasang grill dan langsir. Manakala masa untuk mop dan kemas rumah terpaksa la aku buat masa cuti Sabtu Ahad. Penat....tapi terpaksa.

Last weekend, dalam keadaan terpaksa maka aku telah berjaya menjalankan aktiviti mop rumah seorang diri. Penat ooooOOoooo.....Terpaksa dua kali mop baru rasa selesa nak jalan. Lepas habis mop, masa untuk kemas pula. Owh...untuk pengetahuan korang semua, sebelum rumah aku dipasang grill, perabot rumah aku dah pun sampai. Jadi selama sebulan lebih terpaksa la semua perabot aku tu kekal berbalut dengan plastik. Nak elak habuk la katakan sebab rumah tak pasang grill dan langsir. So kalau masih berbalut tu takde la teruk sangat habuk nak lekat kat sofa...Ye tak? 

Jadi, dengan semangat berkobarnya, aku pun start merungkai semua pembalut plastik perabot aku. Susun sana...alih sini. Tak puas hati....tolak sana, lepas tu tolak sini...Jadinya untuk sementara waktu sebelum aku betul-betul menjadi penduduk tetap di rumah sendiri...macam ni lah keadaan susun atur kat rumah aku...buat masa sekarang ye...


Nak pasang cadar jenama Hallmark rasa tak sanggup lagi, jadi aku beli je cadar jenama Novelle harga RM57.90 sementara aku nak berpindah kekal ke sana. Asalkan tilam aku ada cadar, kira ok la kan. 


Ini pula langsir bilik aku. Sedikit senteng sebab beli kain sikit. Beli langsir warna merah sebab nak matching dengan warna cadar Hallmark. Tapi nampak kelam la pula. Maybe sebab warna perabot yang gelap...memang kalau masuk bilik ni rasa nak tido aje la. 


Ini kawasan ruang tamu aku. Layout rumah aku ni ruang tamu berkongsi dengan ruang makan. Nampak tak langsir tu. Aku memang plan nak pasang langsir tinggi sampai ke siling, sebab akan nampak siling rumah tinggi dan nampak ruang lagi ruas. Tapi bila En.Syg datang tengok dia komen tak cantik sebab tinggi sangat. Konvensional sangat la En.Syg ni. Dia kata tak pernah dibuat org pasang langsir tinggi-tinggi. Aku kata, orang tak buat, biar aku yang buat . See...sofa aku kaler kelabu tapi arm chair aku kaler bronze. Lupa nak bagitau, langsir aku kaler hijau ok.


Ini arm chair aku. Terpengaruh dengan rancangan dekorasi luar negara la ni. Nampak tak tone kaler arm chair ni ada beza sikit. Yang sebelah kiri tu aku beli awal...yang display kat kedai. Manakala yang sebelah kanan tu pula kilang buat lain sebab aku lambat tempah. Tak nampak cantik kan. Tapi aku malas nak komen dah...so aku letak aje la. Bila dah beli dua buah kerusi rasa menyesal pula. Sepatutnya just beli satu aje, tapi tamak punya pasal...jadinya kena pandai-pandai la nak susun. Nasib baik nampak ok sikit (di mata aku)


Ini pula set meja makan aku. Warna putih. Ada cerita gak ni. sebenarnya dulu aku nak beli perabot aku konsep warna putih. Tu pasal meja makan pun warna putuh. Nak matching dengan sofa kelabu. Tapi tengoklah, warna meja kopi yang aku beli kat Ikea tu pula warna kayu cerah. Terus aku terfikir....hmmm....suit ke. Lagi-lagi dengan arm chair warna bronze....lawak pun ada gak. Oo..carpet kelabu tu aku beli kat Ikea. Murah je harga dia. Baru RM85. Kalau harga ahli sure dapat RM60-RM50 aje. Tapi aku bukan ahli pun, so mahal sikit la kan. Tapi bagi aku ok la price bukan ahli pun dah murah. Carpet kelabu, matching tak dengan meja makan aku...cantik kan.(huh! perasan)


Inilah sedikit paparan ruang tamu plus ruang makan rumah aku. Dinding warna hijau, langsir warna hijau, sofa dan carpet warna kelabu, arm chair warna bronze dan meja makan warna putih hitam. Memang earth color kan. Hahahaha.....terasa lapang aje. Tapi sekarang dilema pula, mana nak letak tv...nak sangkut kat dinding atau just letak atas kabinet tv.


Ini pula langsir untuk bilik nombor 2. Roman blind dengan corak bunga kecil-kecil ala-ala English style. Bilik ni kosong lagi, perabot tak beli lagi. Tunggu ada modal baru beli katil aje la kot, Almari lama pun still elok lagi.So, gunakan aje la.


Untuk dapur aku letak bidai buluh. Sesuai kot sebab kat dapur ni angin memang kuat. Maklumlah mengadap sawah. Tapi dapur still kosong lagi, Tunggu cukup modal nak buat kabinet dapur. 


Last but not least...langsir bilik ke 3. Sama corak macam ruang tamu. Senang...warna bilik pun ada kaler hijau sama macam ruang tamu. Jimat sikit.

Itulah sedikit sebanyak pasal langsir dan perabot. Pasal grill...next time aku story pula.
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea