Wednesday, June 30, 2010

18sx: Skandal Terhangat Ariel dan Luna

masa minum teh ~*irjune*~ pada 7:47:00 PM 4 uncang teh

Ini ARIEL


 
Ini pula LUNA
*
*
*
*
*
*
*
*
*
                                           HAHAHAHAHAHAH

-----------------------------------------------

 Dah...gi buat keje korang balik...



Friday, June 25, 2010

30 Perkara Menarik Mengenai Perlis Yang Perlu Anda Tahu

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:37:00 AM 10 uncang teh
Daripada  perspektif mata aku..

1. Ramai org kata Perlis ini negeri sebatang rokok kerana keluasan negeri yang paling kecil di Malaysia. Tapi aku kata, kalau org tu jenis hardcore smooking, berbatang rokok boleh habis untuk round satu Perlis ni.

2. Jalan raya di Perlis ni semuanya lurus. Bagus untuk mereka yang baru nak belajar memandu. Hanya ada satu je kawasan jalan dia bengkang - bengkok tapi takde la horror sangat. Itupun jalan alternatif nak ke Kuala Perlis, jalan kampung la katakan.

3. Perlis boleh dibahagikan kepada 4 kawasan utama iaitu Kangar, Arau, Padang Besar dan Kuala Perlis.

4. Penunggang motosikal adalah mereka yang menguasai jalan di Perlis. Kalau pergi kat tempat lain, peninggang motosikal akan mengalah kalau menunggang di jalan raya, tapi di sini, kereta besar kena mengalah bila memandu di jalan raya.

5. Walaupun Kangar tu adalah ibu negeri dan Pusat Bandar, tapi jangan la gelak kalau nampak makcik-makcik dan pakcik-pakcik kuar beli-belah pakai kain batik dan kain pelekat.

6. Perlis hanya ada satu aje shopping complex iaitu The Store kat Kangar. Sekarang ni ada la satu lagi iaitu C-Mart di Arau (baru buka ye).

8. Penginapan di Perlis jgn risau. Sebabnya kat Perlis ni banyak hotel budget dan homestay. Walau homestay tu kat Arau, tapi masih lagi dekat dengan Kangar.

9. Market basah kat Perlis cuma akan dibuka sehingga tengah hari sahaja. Nak masak petang kena cari alternatif lain beli barang basah di pasar tani atau pasar malam.

10. Pasar malam kat Perlis mmg heaven. Tiap2 hari ada aje pasar malam. Korang boleh atur tiap2 hari gi pasar malam.

11.Purata setiap rumah di Perlis ni akan ada sekurang-kurangnya 2 buah kereta tidak mengira jenama, saiz dan tahun keluaran sama ada belian baru atau second hand.

12. Banglo lebih banyak di jumpai di kawasan kampung berbanding di bandar Kangar. Cuba jalan-jalan di kawasan kampung akan nampak la rumah batu di tengah sawah yang memang bersaiz banglo.

13. Perlis ni negeri warna. Masuk Perlis semua tempat kena warna; jejambat, tangki air, bangunan-bangunan di Kangar, flyover. Sebab tu la rumah kat Perlis pun banyak yang berwarna warni instead daripada warna putih atau warna krim sahaja.

14. Perlis ada bantak pintu gerbang. 2 jalan utama untuk masuk Perlis melalui Alor Setar dan Canglun masing2 ada pintu gerbang.

15. Kat Perlis jarang nak jumpa masyarakat India.

16. Muka orang siam Perlis seiras dengan muka orang Melayu kecuali mata dia seikit sepet. So jangan terkejut tengok ada org yg rupa melayu sedang makan ketika bulan puasa kerana mereka ini masyarakat keturunan siam.

17. Perkara yang menarik jika membeli-belah di Padang Besar ialah periuk belanga, tapi harganya lagi mahal berbanding beli barang yang sama di Kedai Wah Seah.

18. Harga barang-barang di Padang Besar lagi mahal pada hari cuti umum dan cuti sekolah. Jadi elakkan datang pada waktu ini kalau nak praktikkan skill tawar menawar anda. Kalau datang juga...konpem tidak dilayan.

19. Kebanyakkan org muda di Perlis adalah org luar yang datang bekerja di sini dan mereka ini pula kebanyakkannya adalah guru dan kakitangan kerajaan.

20. Pukul 8 aje Kangar dah sunyi sepi, kedai banyak tutup. Nasib baik hidup sbb ada kedai makan.

21. Hari Sabtu dan Ahad banyak kedai di Kangar ditutup. Kangar pun sunyi sepi macam kena langgar garuda.

22. Kat Perlis anda boleh dapat makan makanan yang sedap, banyak dan murah.

23. Harga ikan bakar di kawasan esplanet di depan Hotel Putra Brasmana adalah mahal berbanding ikan bakar di kawasan pekan Kuala Perlis dan Kangar. Nak murah korang boleh bakar sendiri.

24. Jalan nak gi Jeti Kuala Perlis tu one way, sila hati2 ye.

25. Perlis akan jem pada hari Jumaat masa pukul 12 - 2 petang sebab org kuar rehat dengan gi solat Jumaat.

26. Perlis akan lebih jem ketika menjelang hari raya puasa. Masa ni boleh la tengok kete2 besar plat wilayah masuk perlis.

27. Semua orang kat Perlis ni saling kenal mengenali kerana mereka bersaudara bau-bau bacang.

28. Jangan terkejut kalau di Kangar hujan lebat tapi bila sampai kat Kuala Perlis tengah panas terik walaupun jarak masa perjalanan cuma 10 - 15 min.

29. Bandar Kangar waktu malam menarik sebab ada lampu warna-warni. Konpem korang akan kagum.

30. Kalau nak kumpul duit boleh la keje kat Perlis, sebabnya takde banyak tempat nak enjoy kat sini. Tapi konpem korang akan jadi SANGAP...macam AKU!


Thursday, June 24, 2010

Aku Homesick

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:34:00 PM 0 uncang teh
Kenapa?

Korang tak percaya ke aku tengah homesick sekarang ni. Ingat budak-budak kecik yang stayed asrama aje ke yang homesick??? Aku yang duduk di perantauan ini pun homesick juga la. Lagi-lagi kalau aku tengah stress. Lagi la kuat homesick aku ni.

Dulu masa sekolah dan masa belajar dulu, aku bukanlah jenis yang kuat homesick kat rumah. Bukan tak homesick langsung, tapi mungkin sebab ada kawan-kawan, perasaan tu hilang. Tapi semenjak umur meningkat ni, perasaan homesick aku jadi semakin kuat. Kadang-kadang aku menyesal gak jadi budak pandai masa sekolah dulu. Kalau aku tak lulus cemerlang masa PMR dulu, takde la aku pergi sekolah asrama. Kalau aku tak lulus cemerlang masa SPM dulu, takde la aku masuk U. Mungkin aku boleh stayed ngan mak ayah aku lama sikit sampai umur 20 tahun ke. Tapi rezeki tuhan sapa yang tau. Aku lulus semua exam, jadinya last-last kat negeri Perlis ni la aku terbuang. Tak puas betul aku. Tak puas sbb hanya sempat stayed ngan mak ayah sampai umur 15 tahun je. Lepas tu, aku cuma mampu jumpa sebulan sekali je. Nasib baik, boleh la stayed lama sikit masa cuti sekolah dengan cuti sem.

Tapi bila dah keje ngan dah sambung master-ji, sebulan sekali jgn harap la nak jumpa. Nak stay lama -lama kat kg pun cema setakat seminggu. Lepas seminggu kena masuk keje. Bosan betul.

K la...aku chow dulu. Tengah homesick camni, baik aku tido je. Mata pun dah ngantuk.

Tata...



Wednesday, June 23, 2010

Edisi Lambat Publish untuk Cikgu Tipah

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:18:00 PM 0 uncang teh
Ni entri edisi lambat keluar. Idea dah ada tapi ayat pulak tak boleh nak karang.

Dua minggu lepas musim kenduri kahwin. Almaklumlah cuti sekolah. Mana-mana pasangan yang plan nak puasa sesama dan nak merasa berebut untuk balik berhari raya bulan 9 nanti, maka musim cuti sekolah yang baru aje lepas tu adalah masa yang sesuai untuk membuat walimah. Jadinya, dalam banyak2 jemputan yang sampai, terselit la kenduri kawan sekampung aku ni merangkap kawan sepermainan sedari kecik iaitu Puan Tipah. Bak kata orang Banjar Kulaan.....

Inilah gambar yang sempat aku snap menggunakan kamera hp aku jenama Sony Ericsson C905 dengan kamera 8.1 megapixel (upss!!! terlebih sudah...i'm sorry)

Simple aje pelamin dia tapi cantik. Kalau guna fresh flower mesti lagi menarik ni. Takpe la...guna bunga plastik jimat budget.

Paparazi bernama irjune san berjaya juga snap ini picture walaupun time ni aku dah redah masuk belukar kat tepi tu. (Ohhh..lupa..korang bukannya nampak pun).

Jangan ingat guna kamera hp je tak boleh nak closed-up. Tengok, dari jauh aku zoom gambar still ok lagi.

 
Masa ni aku menyelit juga nak amik gambar Puan Tipah kat pelamin. Nasib baik badan dikira kecik...boleh la nak selit2 belakang tiang rumah. Macam main cak cak ba la pulak.

Masa ni aku terpaksa tarik tangan Puan Tipah. Asyik berkepit aje dengan laki dia, meh dulu berkepit dengan aku untuk ambil gambar.


Nota_jari: Please ye...jangan tanya bila pula turn aku sbb aku dah banyak kali lalu kat U-turn.


Future Jihad

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:40:00 PM 0 uncang teh
Semangatnya aku hari ni. Demi menyiapkan assignment, selepas 2 tahun (kalau ingatan aku masih lagi kuat la), aku telah berjaya menjejakkan semula kaki aku ni ke library tempat keja aku. Diulang...LIBRARY. Hasil pencarian selama lebih kurang sejam, inilah yang telah berjaya aku usung untuk pulang ke pejabat aku.

Kira betul - betul ye. Itu sepuloh buah buku yang tajuk pun kira kejam juga la untuk dibaca. Semuanya kerana assignment dibawah ni.

Mantap tak subjek yang aku ambil untuk short course ni. Kalau tak lulus cemerlang juga kali ni, confirm aku hantuk kepala kat dinding ni.

Nota_jari: sentiasa berdoa semoga dipermudahkan urusan pengajian aku ini. Amin


Game Over...

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:47:00 AM 7 uncang teh
Sejarah itu berulang kembali. Jika sebelum ni aku sentiasa mengingatkan diri supaya berada di alam realiti, tetapi pada malam ini kaki aku terasa longlai.....lemah umpama berada di awangan. Untuk kesekian kalinya, aku mendengar kembali ayat "sedar diri" untuk diri aku bahawasanya aku hanya layak berada di kelompok seorang sahabat.


Senyum diluar, tetapi di dalam menangis keseorangan. Mencari kekuatan untuk meneruskan sebuah kehidupan. Mencari kekuatan untuk menerima sebuah realiti bahawa ini semua dalah benar.

Dan akhirnya.....izinkan aku untuk melepaskan segalanya. Meninggalkan suatu perkara yang tak mungkin akan menjadi milik ku untuk selamanya. Seterusnya, meneruskan langkah longlai kehidupan ini.


Nota_jari: Dia tetap menjadi pujaan hati ku untuk selama-lamanya


Friday, June 18, 2010

Ujian Allah Sentiasa Ada

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:21:00 AM 2 uncang teh
Semalam masa rehat untuk sesi bengkel Scilab, aku sempat sembang dengan Kak Dayang, senior utk jawatan aku kat tempat keje aku ni.

Kak Dayang: Jun kenal Fiza?

Aku: Yang lecture school Kak Dayang tu ke? Dia tu bujang lagi kan?

Kak Dayang: Ye, dia tu ada kanser ovari (ok maaf..aku tak ingat kanser apa tapi something yang ada kaitan dengan rahim or ovari) peringkat ke 3 dah. Sebab tu dia kurus. Sekarang tengah buat kimo...dulu rambut dah gugur, sekarang bulu mata pula start gugur.

Aku: Ye ke? Patut kurus aje, dulu dia tu kira jenis berisi gak tu. Sekarang ni Kak Dayang, tua muda tak lepas dari bahaya penyakit kronik. Muda belum tentu kita akan terlepas dari penyakit bahaya.

Kak Dayang: Dia gi klinik doktor tengok dah tau dia sakit ape.

Aku: Minta-minta la saya dijauhkan dari penyakit bahaya ni. Kahwin pun tak lagi ni. Banyak lagi yang perlu saya buat. Tapi kalau Allah nak bagi juga, harap-harapnya biarlah impian saya tercapai dulu, biarlah saya dapat merasa dulu nikmat bahagia alam perkahwinan, dapat berkahwin dengan org yang saya suka, saya cinta dan saya sayang. Dapat rasa nikmat jadi seorang isteri untuk pujaan hati.

Panjang lagi perbualan aku dengan Kak Dayang, tapi yang lain-lain tu kira off record la.

Lepas sesi berbual tu aku terfikir, maut menjemput tak kira masa, tempat dan umur. Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Aku sendiri pun tak tau apa akan jadi pada aku suatu hari ni. Macam aku, bakal menjejak kaki ke siri alam 3 lagi 2 bulan lebih, tapi ujian yang datang makin bertimpa. Aku rasa ujian yang paling besar yang sedang aku hadapi sekarang adalah ujian jodoh. Kadang2 kerana ujian ini aku berputus asa dalam hidup. Menangis dan menangis bagai manusia tanpa pedoman. Kadang-kadang bila aku waras, aku terfikir apakah hikmah semua ini terjadi pada diri aku.

Banyak kesimpulan yang aku buat disebalik apa yang terjadi. Antaranya:

1. Mungkin tuhan sengaja melewatkan jodoh aku supaya aku boleh mengejar semua impian yang aku rancangkan selama ini.

2. Mungkin Tuhan sengaja melewatkan jodoh aku supaya aku dapat puas berbakti kepada kedua ibu bapa dan keluarga aku.

3. Mungkin Tuhan sengaja melewatkan jodoh aku supaya aku akan dapat jodoh yang terbaik yang aku cari selama ini.

4. Mungkin tuhan sengaja untuk memberi peluang masa supaya aku menjadi semakin matang dan bersedia.

5. Atau..mungkin tuhan ingin menambahkan lagi ujian dalam diri aku dengan memberikan aku penyakit berbahaya. Yang mana tujuannya ialah andai ajal menjemput aku masih lagi solo, single dan bujang. Supaya selain daripada keluarga aku, tidak ada insan lain yang bernama suami yang akan sedih diatas kehilangan aku.

Semua ini....MUNGKIN!

Walau apa pun ujian yang akan datang dalam hidup aku, aku akan sentiasa berdoa semoga aku mendapat kesempatan untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan insan yang semakin mendapat tempat dihati ini sebelum ajal menjemput.
Nota_jari: Tetiba malam ni aku terasa rindu pada si pujaan hati yang MUNGKlIN akan menjadi milik ORANG LAIN. Macam pungguk rindukan bulan la pula aku ni. Hmmmm......

Tuesday, June 8, 2010

A Tiny White Creature

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:18:00 AM 6 uncang teh
"Kak Jun, ana bawa kucing balik bela dekat rumah"

Ini sms osmet aku minggu lepas masa aku on the way nak balik ke Kangar dari kampung. Tapi aku tak balas pun sebab aku sebenarnya dah bagi kebenaran untuk dia bela kucing tapi dengan syarat kena pandai jaga kucing tu especially bab bahan2 kumbahan dia.

Dan bila sampai rumah...aku nampak seekor budak kenit sedang bermain2 dan berlari-lari dalam rumah aku. So cute lorrr....

Sekarang dah hampir 2 minggu budak kenit ni ada dalam rumah aku. Sangat manja dan bising. Tak boleh langsung tak nampak aku atau tuan dia, mesti bising satu rumah. Kalau kami tengah tengok tv, tak kaki tangan tuan dia yang dia main dan gigit, kaki tangan aku pun jadi mangsa dia juga. Kalau tuan dia malas layan..aku la yang kena layan dia...aku bangun masuk bilik...dia lari ikut masuk bilik juga...aku pergi dapur, dia pun sibuk pergi dapur, aku mandi dia setia tunggu depan pintu bilik air...aku tidur depan tv, dia pun tidur juga kat celah2 sofa depan tv tepi aku. Nak suruh dia makan pun kena tunggu juga, kalau tak dia makan sikit aje.

Inilah makhluk yang dah membuat onar dalam rumah aku. Ada dia, terasa hidup aku ceria sedikit berbanding sebelumnya. Rumah jadi sedikit kecoh dengan keletah dan telatah manja dan nakalnya. Let me introduce our new member of my home....the only "jantan" which allowed to stay with us...SHIRO..


Shiro with shocking face sbb kena flash kamera hp aku

habis dipanjatnya rak tv aku

rak tv pun kena clear up sbb budak kenit ni

aku baring atas sofa dia pun nak lepak lagi "atas" sofa juga

the tiny white creature with blue eyes

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea