Tuesday, June 28, 2011

Hostel Yang Macam Hotel

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:30:00 PM 5 uncang teh
Aku ni sebenarnya tengah berkurus. Kursus pasal akademik la. Korang tau la, staf gomen ni kalau gi kursus ke seminar ke bengkel ke mesti akan buat kat hotel yang boleh provide makan 6 kali sehari. Tapi kali ni kursus ni dibuat di kampus latihan milik Jabatan Pengajian Tinggi. Kalau dah kampus latihan tu, first imaginasi korang pasal penginapan sure akan pikir bilik hostel yang simple yang kalau paling hebat pun kena sharing bilik untuk 2 orangkan. Tapi korang silap...kerana bilik hostel kat kampus latihan ni sangat sangat sangat sangat sangat (berapa kali sangat la)...hebattttttttttt.....Dah macam bilik hotel Seri Malaysia yang tahap 4 bintang tu. Complete...lengkap....siap dengan peti sejuk kecil, tv panasonic veira 29 inci (tapi takde astro la), set tea pun ade.....siap ade org yang kemas bilik time gi kurus lagi. Tak percaya...jom layan gambar yang aku sempat snap dalam bilik ni.

sudut awal2 lepas masuk bilik....siap ade sofa lagi.
macam nak usung je sofa ni....tapi konfem kancil aku tak muat.

tetiba rasa nak beli katil besar untuk diri sendiri la plak.

meja dengan kerusi pun selesa

siab baik tv cuma saiz 29 inci je...siap ade ice box lagi...

sinki kat bilik air....nak tunjuk muka aku je sebenarnya

shower je yg ade bukan bath tab tapi kira best la juga kan sbb towel pun diorang provide macam kat hotel.

Thursday, June 16, 2011

Sinetron Oh Sinetron

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:35:00 PM 3 uncang teh
Ramai minat sinetron? Alaaa....drama telenovela Indonesia tu. Kalau tanya aku mmg aku kurang berminat. Bukan kata tak minat langsung tapi kalau boleh aku elak untuk tengok sinetron, aku akan cuba elak melainkan kalau dah terpaksa. Dalam memori aku ni rasanya takde satu pun sinetron Indonesia yang aku suka layan. Ntah la..bukan kata tak suka tapi aku memang tak boleh nak pergi dengan drama Indonesia ni.

Macam kalau aku balik kg, mesti aku akan jadi susah hati bila dah sampai masa sinetron tu nak start. Mak aku ni suka betul layan sinetron ni. Almaklumlah full housewife. Tambah pula sekarang dah ade Astro kat rumah tu, ape lagi siang2 tu confirm layan Safa & Marwah dengan Kemilau Cinta Kamila. Lepas tu ape lagi, aku pun jadi sakit otak la bila bunyi ayat2 drama Indon ni keluar. Nak tido pun tak boleh nak tengok pula tak sanggup.

Macam aku kata bukan aku tak suka langsung dengan cerita Indonesia ni, sbb ade sesetengah filem indonesia tu aku tengok aje, cuma bila bab drama sinetron ni aku jadi sakit kepala skit. Nak tau kenapa...ni aku list down sebab2 aku kurang minat nak layan drama sinetron Indonesia ni:
  1. Drama Indonesia ni terlalu panjang sampai pening kepala aku. Dah la panjang, banyak pula konflik-konflik dalaman dan luaran yang berlaku. Ntah bila la nak habis.
  2. Banyak adengan-adengan dalam drama Indonesia ni tak logik dek akal. Contohnya, boleh kidnap pesakit dari hospital la, boleh bawa pisau potong ikan masuk hospital la, boleh masuk dan serang tuan rumah sesuka hati la, dan macam2 lagi la.
  3. Drama Indonesia ni pada aku cuma 20-30 episod pertama je yang logik dan merujuk pada tajuk drama tu tapi episod selebihnya banyak yang mengarut.
  4. Konflik-konflik yang berlaku sangat remeh temeh....alaaa...benda leh setel cepat tapi boleh plak buat pusing sana sini supaya episod jadi panjang.
  5. Dalam drama Indonesia ni mudah sangat diorang tunjuk keburukkan negara diorang. Contohnya pemberian rasuah, orang kaya mudah mendominasi keadaan sebab ada duit, lepas tu bagaimana kelemahan sistem sekuriti kat hospital, sekolah dan lain-lain lagi.
  6. Bab adengan closed up muka sambil ade musik latar dan muka yang tak boleh blah...aisey..memang aku tak suka.
  7. Satu lagi...ending drama indonesia....langsung tak memuaskan hati (sebenarnya drama Malaysia pun macam tu juga). Kita ni punya la tunggu punya lama layan drama Indonesia, sekali ending dia boleh dia tunjuk itu semua adalah mimpi.....Aisey...ape kes..tak ke dah menipu namanya tu.
Itu la antara sebab musabab kenapa aku boleh jadi sakit kepala kalau terpaksa mengadap drama Indonesia. Tapi nak buat macam mana, sebab musabab itu la yang membuatkan ramai surirumah terpacak depan tv untuk menontonnya. Tapi satu je yang aku suka pasal drama Indonesia ni, pelakon - pelakon dia cantik-cantik dan handsome-handsome. Semua kulit putih memancar....susah la nak cari yang pelakon berkulit hitam. Bibir pula merah delima. Hebatkan!?

Tuesday, June 14, 2011

Kitab Cinta

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:50:00 PM 0 uncang teh
cintaku buatmu bagaikan huruf-huruf yang terpatri disetiap helaian kitab;
cintaku buatmu bagai air yang mengalir dilautan yang sepi;
cintaku buatmu seperti setianya sang awan kepada kekasihnya sang langit;

Tagline drama terbaru di TV Al-Hijrah. Kalau melalui Astro tekan aje CH114, tapi bagi yang sesiapa kat Lembah Klang tu walau pun tak jadi pelanggan Astro tetap boleh menonton drama arahan Erma Fatima ni.


Drama yang bersiaran dari hari Rabu hingga Jumaat pada pukul 8.30 malam confirm akan buat ramai yang tak berganjak dari depan tv. Kiranya drama ni setanding dengan drama Nur Kasih yang pernah menjadi satu fenomena satu masa dahulu.

Drama yang diadaptasi daripada novel terkenal Indonesia karya Taufiqurrahman Al-Azizi ni berjudul Kitab Cinta Yusuf Zulaikha tetapi telah diubahsuai mengikut persekitaran dan suasana drama terbitan Malaysia. Drama ni dijayakan oleh pelakon sensasi Nur Fazura sebagai Mastika dan juga pelakon Indonesia Hardy Hartono Danurussamsi sebagai Wali.


Kalau sebelum ni Fazura banyak membawakan watak sebagai gadis urban yang sofistikated, tetapi untuk drama ni, masih lagi sebagai gadis urban tetapi membawa imej wanita bertudung. Subhanallah, memang cantik Fazura pakai tudung dalam drama ni. Bukan sahaja bertudung litup tetapi pakaian dia sangat bersesuaian dengan watak dalam drama ni; berbaju labuh, berseluar longgar dan memakai sarung tangan menutup aurat. Rasanya aku pun tak mampu untuk memaikai pakaian macam Fazura tu walaupun itu hanya sebagai memenuhi tuntutan watak.

So...kepada semua kengkawan, jom kita layan drama Kitab Cinta ni sambil mengambil seberapa banyak iktibar dari kisah yang dipersembahkan.


Nota_jari: suka tengok gaya Fazura pakai tudung syria dalam drama ni, tak perlu pun nak bersanggul tinggi mengunung.

Monday, June 13, 2011

Dari Kerana Mata...

masa minum teh ~*irjune*~ pada 6:34:00 PM 0 uncang teh
Suka pakai eyeliner tak? Kalau bahasa mudahnya, pakai celak. Aku dulu memang tak pandai nak pakai eyeliner ni. Serius memang tak pandai sebab nanti mesti comot. Lepas tu pelan2 aku try pakai pencil eyeliner, tapi setakat buat garisan kat kelopak mata atas aje la. Itu pun tak berani nak pakai eyeliner warna hitam, just pakai yang warna brown aje.

Lepas tu slow-slow aku try black eyeliner, buat garisan atas bawah and then try pulak dengan liquid eyeliner. Tapi masih lagi tak pro bab pakai eyeliner ni, especially kalau nak buat garisan atas ngan bawah kelopak mata.  Jadinya aku lebih suka untuk pakai eyeliner kat kelopak atas aje dengan perasaan konon-konon mata aku dah besar la. Hahahah....

Sekarang ni aku kat kampung. Homesick la kononnya...heheh. Oleh kerana rumah ayah aku ni lagi advance dari rumah sewa aku kat Perlis tu, maka wifi dia sangat la hebat. Jadi aku pun menjelajah la kuar masuk youtube tengok video pasal cara-cara bermekap sehinggalah aku jumpa dengan video dari zarinalunaa ni. So melalui video dia, zarinalunaa ni tunjuk la cara-cara untuk memakai eyeliner dengan betul especially untuk beginner macam aku ni.

Kalau tengok masa mula-mula, mata zarinalunaa ni kira besar bulat juga la, tapi at the end lepas dia pakai eyeliner, perghhh...memang mantop la. From nothing to something.


Mula-mula dia tunjuk cara-cara nak pakai gel/liquid eyeliner. Nampak macam mudah je, dan yang penting mantop.


Nampak perbezaan antara mata kanan dan mata kira zarinalunaa. Kelihatan mata kanan zarinalunaa macam besar dan galak dibandingkan dengan mata kiri yang tak letak gel/liquid eyeliner. Lepas tu zarinalunaa tunjukkan cara pakai pencil eyeliner kat mata kiri pula. Kali ni dia tunjukkan cara nak pakai eyeliner untuk kedua-dua kelopak mata atas dan bawah.


Nampak tak ade sedikit perbezaan antara mata kanan dan mata kiri. Mata kanan zarinalunaa kelihatan besar berbanding mata kiri yang sedikit kecil tetapi kedua-duanya kelihatan seksi dan mantop.

So kat sini dapat disimpulkan bahawasanya, dengan menggunakan eyeliner, kita boleh jadikan mata yang kecil jadi besar, dan yang besar jadi kecil atau sebaliknya. Yang penting, kena yakin untuk bermekap dan jadikan kesukaan untuk bermekap ini adalah untuk kepuasan diri sendiri dan untuk yang dah berkahwin pula, niatlah bermekap ini untuk suami korang (macam tazkirah la pula).


Gambar dan video kredit to youtube

Monday, June 6, 2011

Email Sampah

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:18:00 PM 1 uncang teh
Pernah tak dapat email macam ni atau spesis-spesis email macam ni.


Mesti berlambakkan sampai email jenis macam ni. Ada yang claim dia anak menteri la, anak raja la, anak org kaya la...bla bla bla bla. Modus operandi email-email macam ni same aje...cakap diorang ade masalah la, pasal pergolakkan politik la, duit tak lepas kastam la...bla bla bla..lepas tu minta kita jadi hub utk diorang bank in duit tu so that proses transaksi tu akan jadi halal la...tapi untuk proses bank in tu dia nak kita bayar some amount utk pastikan proses transaksi tu berjaya...ape ape la....and kalau berjaya kita akan dapat saguhati dengan amount yg sangat lumayan. Tapi sebenarnya at the end, bukannya saguhati yg kita dapat tapi kita pula yg kena tipu dan mengalami kerugian.

Kalau kita perasan, banyak dah kes penipuan internet berlaku kat Malaysia ni. Tapi ntah la, ade juga segelintir yang tak amik iktibar atas semua peristiwa yang berlaku. Aku ingat lagi masa aku habis belajar dulu, masa tengah bergembira menanam anggur masam kat kampung, aku kerja sekejap sbg pembantu kedai kat kedai menjual buku dan peralatan alat tulis ni. Normal la kan, kedai buku mesti ade perkhidmatan fotostat, binding dan juga faksimili. Satu hari tu ade la sorang gadis India ni datang ke kedai aku nak faks surat. Masa tu aku dengan anak bos aku tengah jaga kedai....jadinya aku suruh aje la anak bos aku tu gi layan customers sementara aku lepak tggu customer lain datang kedai. Tetiba je anak bos aku panggil aku tanya aku kod negara Sepanyol. Aku ape lagi, mana la aku tau kod negara Spain tu, jadinya aku pun tetiba bertanya kat gadis India tu kenapa jauh sangat nak buat fax. Jadinya gadis India tu pun bagi tau la yang dia dapat surat bagi tau yang dia menang loteri...grand prizes (ni aku saje tambah ni)...so dia nak faks data dia untuk claim hadiah dia tu. Ternganga aku lepas gadis India tu explain macam tu...ye la punya la jauh ko main loteri sampai ke Spain tu. Lepas kegagalan kami nak fax surat tu, kami suruh je gadis India tu gi ke pejabat TM untuk fax sbb kami tak tau kod negara Spain tu.

Kenapa aku buka cerita tu? Sebabnya modus operandi tu sama...Cuma bezanya dulu diorang main aci hantar surat, cuma sekarang sebab semua dah hebat buka email, jadi diorang hantar melalui email aje la. Aku pun banyak kali juga dapat email macam ni tapi aku ignore kan aje. Sebab dah tau kan benda tu tipu. Sape la yang tak buntang biji mata tengok saguhati yang lumayan hanya dengan membenarkan kita jadi hub akaun untuk duit dia je. Tapi bila fikir logik...takkan mudah2 aje org nak bagi duit kat kita kan...so aku tau la itu fraud email. Antara lain yang menyebabkan aku rasa nak gelak dengan email tipu yang sengal ni adelah...
  • tengok kat penerima tu, kenapa dia letak undisclosed recepient? Kalau itu email betul letak la email aku yang betul sebagai penerima tak payah nak sorok2. Benda sorok2 ni selalunya benda yang salah. So kalau ko betul ko berani la kan.
  • hantar email, pastu cerita bagai nak rak kenapa dan mengapa dia perlukan bantuan kita untuk transfer duit dia. Orang cakap kalau orang tu jenis banyak cerita, banyak ayat, banyak cakap, so dari banyak2 cerita tu maybe 5% - 10% je yang betul tapi yang lain2 tu cuma kelentong aje.
  • ko nak transfer apsal ko nak guna akaun individu plak...guna aje la Bank Negara Malaysia.
Dan beberapa sebab kenapa aku tak layan sgt dengan email sampah yang macam ni...
  • sebab selalunya ayat mukadimah dia panjang sangat, so aku malas nak baca.
  • Email dalam english, so kalau aku nak respond mesti dalam english gak kan. Takkan dalam bahasa melayu plak. Oleh kerana aku ni bukanlah pengguna english tegar so aku pun malas la layan.
  • Ko tak bagi details ko tapi nak details aku plak...mana aci...details aku tu adalah P&C. Sama gak macam email ko.
  • Kalau email yang datang tu adalah email pasal loteri, lagi la aku tak layan. Main loteri kan haram dalam Islam. Pastu pula kalau ikut logik, bila masa aku involve bab beli loteri...tak ke tak logik.
  • Aku ni paling tak suka hal remeh - temeh lagi2 kalau bab kena balas berbalas email ni. Renyah ok. 
Tu la antara sebab mengapa aku malas nak layan fraud email ni. 

Nota_jari: ape daaa yang aku merepek ni. 


Thursday, June 2, 2011

Hi Aigner, How Are You

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:22:00 PM 1 uncang teh
Dah basi dah pun.....dah lunyai kata org utara. Tapi untuk seronok-seronok aku update gak la. Ushar benda lain, yang dapat benda lain. First time try beli handbag secara online....mmg kena ready la dengan risiko kena tipu. Tapi Alhamdulillah, blog yang buat bisnes ni memang bagus. Kejap je deal ngan owner dia, zap zap zap....bank in je duit, inform seller, in then seller respond cakap tggu dalam 2-4 minggu untuk bag sampai based on pelepasan kastam. Yeah...direct post dari US tu.

Tapi tak lama pun sebenarnya aku tggu, dalam 2 minggu lepas confirm beli beg sampai ke main opis. Bila nampak je ade big parcel untuk aku, ape lagi takde control macho ke control ayu terlompat-lompat ler aku suka hati macam menang lumba lari dapat hadiah no 1. Member opis yang lain igt aku dah sasau...tapi tak kisah la janji beg yang aku order dah sampai. 


Inilah beg yang buat aku terlompat-lompat ngalahkan katak yg sedang enjoy. Beg Etienne Aigner yang aku beli kat boutiquemalaysia.blogspot. Tapi beg ni aku akhirnya pakai secara rasmi masa gi holiday ke Penang dan terus aku lanyak memaikainya sampai skrg.

Nota_jari: Dah intai-intai nak beli beg lain pulak...
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea