Thursday, December 17, 2009

Maal Hijrah 1431

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:16:00 PM 0 uncang teh



Hijrah itu pengorbanan,

Hijrah itu perjuangan,

Hijrah itu persaudaraan,

Hijrah membentuk perpaduan,


Itu bait2 lirik lagu nasyid maal hijrah. Betul...hijrah itu merangkumi semua sifat dan konsep 1 Malaysia yang di laungkan oleh Perdana Menteri kita. Pengorbanan, perjuangan, persaudaraan dan juga perpaduan. Tanpa itu semua, negara tidak mampu untuk terus kekal aman dengan rakyat yang berbilang kaum, bangsa serta agama.
Bagaimana dengan anda? Apa pengertian serta konsep hijrah anda?
Hijrah itu meluas maksud dan pengertiannya. Hijrah boleh meliputi perpindahan dari sikap negatif kepada positif, perpindahan dalam meningkatkan taraf hidup, meningkatkan nilai serta jati diri dan lain2 lagi. Pemahaman yang betul mengenai hijrah membolehkan kita merenung serta bermuhasabah mengenai diri sendiri dalam menambahkan nilai2 positif untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.
Selalu, kita pasti akan menanam azam baru setiap kali datangnya tahun baru masehi. Sebagai umat islam, keutamaan mestilah kepada tahun hijrah. Jadi sebagai permualaan terhadap anjakakan paradigma kehidupan ini, maka semoleknya kita menanam azam untuk tahun hijrah kebangggan umat islam sejagat.
Jadi..apa perancangan hijrah anda?
Insya Allah sempena kedatangan tahun hijrah 1431 ini, aku akan melakukan hijrah supaya....,
* menjadi seorang yang lebih positif dan optimis dalam meneruskan kehidupan yang lebih mencabar.
* menjadi seorang yang lebih berkeyakinan dalam meneruskan hidup.
* menjadi seorang yang matang seiring usia tetapi sentiasa muda sebagai tanda kegembiraan di dalam hati.
* menjadi seorang pekerja yang lebih berdedikasi dalam menjalankan amanah Allah.
* menjadi seorang pelajar yang sentiasa berusaha untuk berjaya.
* menjadi seorang yang lebih terurus dari segi masa dan disiplin.
* menjadi seorang hamba yang semakin patuh dengan perintah-Nya.
Untuk merealisasikan semua penghijrahan ini, banyak pengorbanan yang perlu di lakukan. antaranya:
* tak boleh selalu melakukan xtvt surfing bila tiba masa terluang. kena fokus kepada kerja dan pelajaran.
* tepati masa dan jgn jadi malas apabila ada masa terluang. <-- aku mesti tido bila ada kesempatan free time.
* buang semua sifat negatif terutamanya sifat merendah diri dan kurang keyakinan aku selama ni.
* korbankan masa bersama keluarga untuk fokus kepada pelajaran.
* korbankan keinginan hati dan perasaan supaya tidak hilang fokus dalam pelajaran. <--- untuk seketika aje.
Mungkin akan ada lagi byk pengorbanan yang perlu dilakukan untuk melaksanakan penghijrahan dalam diri aku. Tapi mungkin aku tak sempat nak fikir dan tak sempat nak taip kat sini. Tapi itulah yang nyata...setiap penghijrahan memerlukan pengorbanan. Kita tak mungkin mampu mencapai semua tanpa melepaskan sesuatu yang kita sayang. Itu hakikat. Jangan menjadi tamak sbb takut yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran.
Di kesempatan ini juga aku nak ucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada pasukan bolasepak Malaysia yang telah berjaya menyumbang emas kepada negara selepas 20 tahun memenanginya ketika Sukan SEA tahun 1989 di Kuala Lmpur ketika itu (masa tu aku umo 9 tahun). Ironinya...kemenangan mereka ini berlaku betul2 ketika umat islam sedang bersiap sedia untuk menyambut tahun baru hijrah 1431. Mungkin inilah hikmahnya....berkat doa seluruh rakyat Malaysia dan juga keizinan dari-Nya, akhirnya kemarau panjang pingat emas untuk bola sepak berjaya diperolehi setelah banyak pengorbanan dilakukan oleh para pemain. Diharapkan dengan kemenangan yang diperolehi ini akan meningkatkan kembali imej sukan bola sepak di mata kawan dan lawan.
Selamat menyambut Maal Hijrah 1431 H.

Tuesday, December 8, 2009

Through My Window...

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:08:00 AM 2 uncang teh
org kata jauh perjalanan luas pengalaman. begitu juga aku...sepanjang usia aku ni..byk pengalaman dan pengajaran yang telah aku perolehi sbg panduan untuk diri sendiri. aku dah jumpa org baik..org jahat..yang tikam kawan dari belakang dan lain2 lagi. selain tu..byk juga perkara yang aku dah pelajari berkaitan kehidupan aku. perkara2 macam ni telah membuatkan aku menjadi semakin matang dan bersedia untuk teruskan hidup aku.
Kita melihat dari otak bukan dari mata..jadi kita boleh membuat analisis sendiri apa yang kita nampak. mata hanya merupakan perantara diantara objek dan otak. ia cuma cermin yang membaskan imej untuk otak. melihat dr otak juga membuatkan kita mampu berfikir mengenai apa dan siapa imej itu di rakam.
begitu juga aku...byk yang telah mata aku rakam untuk di simpan di dalam memori otak ini. insya allah satu hari yang indah, aku akan cuba mencerotakan apa yang telah mata aku rakam untuk tatapan anda semua.

Sunday, December 6, 2009

A reward to myself

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:09:00 PM 4 uncang teh
Baca tajuk macam english tapi sbnrnya aku nak taip dalam bahasa melayu.
hehehheheh....

Sebenarnya dah lama aku nak beli sesuatu untuk diri aku
tapi sbb barang yang aku aim nak beli tu mahal...
jadi aku takde point untuk apa barang itu perlu di beli...
Apa yang aku aim selama ni?
Sebenarnya aku nak beli jam tangan berjenama untuk diri aku
tapi sbb aku dah ada jam tangan yang aku beli biasa2 aje...
maka niat utk membeli jam tangan tu byk kali terbantut..
lagi2 sbb jam tangan yang aku nak beli tu mesti mahal dan berjenama..
jadi lagi la byk kali terbantuk sbb duit yang di kumpul tak cukup2.

Sehinggalah selepas aku sambung study,
baru aku ada point untuk beli apa yang aku nak selama ini.
Aku dah niat dalam hati, setiap semester kalau aku lulus aku akan bg hadiah untuk diri aku sendiri...
A reward to myself
dan sebagai permulaannya...
aku nak penuhi impian aku nak beli jam yang aku nak selama ni sebagai hadiah untuk diri aku.
Lagi plak duit simpanan pun dah cukup sbb aku dah start saving dari awal semester.


Akhirnya..
setelah lama juga aku cari jam yang aku nak dan berkenan...
...inilah hasil...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tara....
Jam tangan Guy Larocheharga....hmmm....boleh pikir sendiri kan...
(habis duit simpanan aku selama 4 bulan)


Kenduri Sepupu ku

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:44:00 PM 0 uncang teh


Sabtu 5 Disember 2009..tarikh istimewa buat sepupu aku yang seorang ni. Pada tarikh ni maka hilanglah gelaran "bujang" yang disandang selama 28 tahun. Hehehehe....Tahniah utk sepupu aku, Emy dan isteri Yani.
Aku bertolak dari rumah kat kg pukul 10 pagi bersama-sama adik2. Konon2 nak pecut sampai awal tapi hampir pukul 12 tengah hari gak baru sampai kat Masjid Sungai Lalang, tempat hentian famili mak saudara aku dari Shah Alam. Ingatkan pukul 12.30 tgh hari nak bertolak ke rumah pengantin perempuan di Harvard Saujana, Bedong, Sungai Petani, tapi sampai pukul 1.30 ptg batang hidung sepupu aku pun tak nampak lagi lepas dia bertolak untuk bermekap-mekap.
Lepas solat zuhur baru la sepupu aku tu sampai untuk lead rombongan kami ke rumah pengantin perempuan. Sampai di rumah pengantin perempuan terus kami makan sbb tak ada acara bersanding. Dengan perut yang sememangnya dah bernyanyi lagu keroncong..terus je aku get ready mengambil makanan yang dihidang secara buffet. Lepas makan rombongan pun bertolak untuk pulang. Rombongan makcik aku bergerak untuk meneruskan acara mereka ke Pekan Rabu, Alor Setar..manakala aku dan adik2 terus ke Pulau Pinang untuk meneruskan acara ronggeng kepang kami. Lepas puas meronggeng..pukul 11 lebih baru kami bertolak pulang ke rumah.

Friday, December 4, 2009

Cuti aku dah diluluskan

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:11:00 AM 0 uncang teh

Cuti aku dah diluluskan! Yippie...
Minggu depan aku akan bercuti, tak lama cuma 7 hari sahaja tidak termasuk cuti Sabtu Ahad dan Awal Muharram. Aku akan bermula cuti pada hari Rabu iaitu selepas selesai Conference yg skul aku organize.
Tahun ni aku tak sempat nak bercuti dalam erti kata yang sebenar. Walaupun bulan lepas aku ada balik kg sbb dapat cuti sakit sampai 2 minggu sebab kena sakit mata, tapi aku tak enjoy dengan cuti tu sbb aku kena pulun study untuk final exam aku. Kesian mak aku, balik kg tapi tak boleh nak tolong apa2 pun kecuali tolong makan aje.
Jadi pada bulan ni yang bila semua keje dah abis selesai, student pun tengah cuti sem dan kebetulan sepupu aku akan berkahwin pada esok hari dan majlis menyambut menantu pada minggu depan, terpaksa jugak aku menyelitkan borang cuti aku. Kalau tak mmg tak sempat dah sbb hujung bulan 12 sem baru dah start dan aku punya kelas master-ji pun dah nak mula balik untuk 2nd sem.
Jom.....CUTI-CUTI MALAYSIA..

Skaf Merah Jambu

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:47:00 AM 0 uncang teh


Pagi Jumaat ni mmg membuatkan aku rasa bosan sangat. Kalau org lain ada Monday Blues, aku plak Friday Blues. So, dengan kemalasan yang dah terperangkap dalam diri aku ni, aku pun memulakan perjalanan siber aku untuk ziarah blog2 org lain.
Dalam perjalanan aku tu, aku terjumpa satu blog ni yg sangat menarik menggunakan tema merah jambu.."Skaf Merah Jambu". Menariknya blog ni adalah mengenai luahan ikhlas seorang gadis yg menghadapi dilema seperti aku. Bekerjaya, cergas, aktif, bergaya tetapi masih sendiri <---aku ke tu?. Apa yang menarik lagi...situasi dia hampir sama dengan aku. Hmmm...bila fikir2 balik..bukan aku seorang je yg ada situasi macam ni...rupanya lagi ramai yang berhadapan dilema yang sama.
Payah juga bila jadi wanita berdikari ni....

Wednesday, December 2, 2009

Cerita hari sejuk

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:00:00 PM 0 uncang teh
pagi2 lagi aku dah nak naik bengang.
kenapa?
korang bayangkan aku nak masuk simpang ke kawasan kedai lepas tu boleh plak satu mamat bangla ke...pakistan ke..naik basikal melawan arus. bodoh tak manusia tu. nak MATI ke? ini la kalau manusia takde peraturan. datang negara org tapi buat macam negara sendiri. igt bagus sgt ke.
MARAH! MARAH! MARAH!


masuk opis aku cool down. on laptop...klik internet masuk fb buka emel dan yeah boleh la konon2 nak surfing (xtvt yg lama aku tak buat since sambung blaja ni). tapi tiba2,
"Jun, boleh minta tolong skit. tlg kira markah ni nak key in dalam system".
oh no! another task for today.
"Lepas tu minta tolong susun ikut no".
Huh! what the hell.
(aku menyumpah seranah dalam ati je walaupun sbnrnya aku dah boleh agak dah akan dapat task baru ni).
"Ok, tapi blanja goreng pisang".
saje nak sedapkan ati je sbb aku tau dr dulu upah goreng pisang aku tu tak pernah dapat pun.atas tahap pro aku kene berlapang dada gak la nak buat keje kira mengira ni walaupun terpaksa dalam kesejukan udara hari ni. hmmm...saling membantu antara rakan sekerja.
baik tak aku ni <--- puji diri sendir la plak...wekekeke


tgh syok2 mengira markah sambil surfing (peduli apa aku...surfing tetap ON) dan melayan lagu rock kapak,
tok! tok! tok! uik! sapa la plak yg ketuk pintu ni ime sejuk2 ni.
"Masuk"
aku bg kebenaran nak menjengah bilik aku.
"Jun aku nak pinjam guna kabel internet nak key in markah".
Aisey! best fren plak masuk nak guna kabel utk akses server tempat keje aku plak. Tak pe la kasi aje la.....kawan baik punya pasal. <---baik lagi kan aku


Bila kawan baik kat depan ape lagi sesi bergosip la.
"Pa citer hg skrg...sapa bf baru".
" Mana ada bf aku ni".
"Hg biar btul".
"Ye la..apa hg igt aku tipu ka...tgk muka aku ni...serius".
"Hg btui2 kenakan aku la slama ni".
"Mana ada...masa tu ada masa skrg je takdak".
HAHAHAHAHAHAHA


pukul 1 on time cabut gi makan.
"aku nak makan..nnt hg tutup semua lampu, aircond ngan pintu bilik aku".
" orait".
pukul 2.15 pm sudah makan tekan kete balik skul sbb ada meeting pukul 2.30pm. pukul 4.30pm meeting abis. (isi kandungan meeting pasal keje aku la...P&C)


bosankan idup aku. keje..keje..keje..ape yg enjoy pun aku tak tau la.
any idea?...

(nota_jari: dialog yg digunakan tidak sama sprt masa kejadian dan telah diubah suai mengikut tahap ingatan otak aku)

Tuesday, December 1, 2009

Ninja Assassin

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:05:00 PM 2 uncang teh

dah lama nak story pasal movie ni tapi tak berkesempatan sehinggalah pd mlm ni baru la aku sempat nak mengarut skit. almaklum la masa tu keje tak abis siap lagi..lepas tu plak blog aku ni tak lawa lagi..so perasaan nak mengarut tu kurang la skit. skrg blog aku dah cantik
(perasan sendiri je) ----> sila abaikan ye!
jadi ade la idea nak mengarut ni.

korang dah tgk ke citer ni....laa...citer yg berkaitan ngan tajuk entri ni la. sape2 yg belum tgk tu aku syorkan gi la tgk. mmg beshhhhh!!!!!!! tak sia2 aku bayo 10 hinggit utk tiket dan 7 hinggit utk tol jambatan tu (kredit to adik aku sbb belanja tiket ngan tol jambatan). kepuasan mmg jelas ketara.


aku tgk citer ni ari sabtu lepas. org lain gi beraya haji aku ngan adik2 aku gi beraya tgk wayang. yg best tu kami berjaya menyusup masuk adik bongsu aku yg baru je umo 14 tahun utk tgk citer ni. maklum la udah nama pun ada 'assassin' konpem ada aksi 18SG. nak tggal kat luar karang adik aku tu muka monyok ngan muncung sedepa. ape2 pun dia kena igt budi baik kakak2 dan abgnye ini.


mula2 start citer cuak gak aku....aik apsal teruk sgt lawan2 dia ni...siap badan hancur berkecai. aku mmg suspen btul. bila masuk citer yg btul baru la ada aksi2 yg menyeronokkan. part yg paling aku suka part lawan..perghhhhh!!!! mantop siot kareografer lawan tu. mmg enjoy. selain part lawan2 tu of course la part ada RAIN. mmg JATUH CHENTA btul aku ngan RAIN untuk kali yg keberapa ntah. (1st time jatuh chenta masa Rain berlakon dalam drama box office Full House). Macho beb!

Kalau tanya aku mmg ak pu ji giler babas la ngan citer ni. pada aku citer2 yg lain tu boleh kiv je atau tak tgk terus la. Kalau kene bg bintang utk citer ni....4.5 bintang utk citer ni dan beribu-ribu bintang plak utk RAIN.



Akhirnya....

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:19:00 PM 0 uncang teh
Akhirnya....
aku lega juga sbb pada hari ini aku dapat menghirup oksigen dengan sepuas-puasnya Kenapa??
kerana pada hari ini aku dah complete semua keje aku yg tertangguh.
(itu pun sbb esok dateline utk key in markah)
Sian kat lecture yg jadi click aku utk subjek ni..
jenuh dia tggu..nak wat camne...200 org students x (5 makmal + 1 test lab) = kira sendiri la.


Apa yang aku buat pada hari ini...?
apa lagi...melayan perasaan sambil menggodek2 lappy aku ni.
dah lama aku tak merasa keadaan macam ni..
tenang...ringan...dan mendamaikan
at least untuk seminggu dua ni boleh la aku clear screen kepala otak aku dulu
sblm memulakan semester baru tak lama lagi..


Tuesday, August 25, 2009

Mee Kuah sempoi

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:15:00 PM 0 uncang teh
Sebenarnya resepi mee kuah ni aku dapat lepas tgk rancangan Nona pada tarikh (16/8/09). Masa tu dalam segmen air tangan selebriti Atie AF yg masak. So lepas aku tgk dan rasa macam senang je nak buat, maka pada 1st day puasa aku pun try la nak masak mee kuah ni. Macam biasa, resepi ni aku igt aje...so kemungkinan resepi ni tak sama ngan resepi asal. Sebab tu aku bg nama mee kuah sempoi. Komen dari mak aku...heheh..boleh buka kedai jual mee kuah dah ni. Pergh!!! anak dia yg malas masak ni dapat pujian best dr mak sendiri.

MEE KUAH SEMPOI

Bahan-bahan:

1/2 kilo udang saiz sederhana (nak guna yg kecik pun takpe...ikut suka la)semangkuk kecil ayam yg dah di potong kecil2.

500 gm sotong (potong ye)

5-6 ulas bawang merah

5-6 ulas bawang putih (lebihkan skit bawang putih)

20 tangkai cili kering

100gm udang kering (ditumbuk)

2-3 sudu besar sos tiram

3-4 sudu besar sos cili

2-3 sudu sos tomato

kicap manis (amaun tu depend sbb nak bg kuah tu gelap sikit)

sayur sawi di potong2

3 biji telur ayam (kalau telur ayam saiz besar 3 biji dah cukup..kalau saiz kecik letak la 4 biji)

air (utk kuah)

minyak utk menumis

gula

garam

mee kuning

PENYEDIAANNYA

blender bersama bawang merah, bawang putih, cili kering.

panaskan minyak dalam kuali (senang keje masak dalam kuali ni).

tumis bahan blender sampai masak dan naik bau.

masukkan udang kering yg dah ditumbuk dalam bahan tumis.

masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis.

masukkan sotong dan ayam.

masukkan air...biarkan seketika utk bg lembut sotong dan ayam tu.

(air utk kuah tu ikut suka korang la nak letak byk mana sbb kuah tu depend pd korang tapi jgn la cair sgt).

bila sotong dah lembut, masukkan udang.

bila udang dah masak, masukkan sayur sawi.

masukkan garam dan gula secukup rasa.

akhir sekali, pecahkan telur ayam kedalam kuah dan kacau supaya telur tu hancur.

celur mee kuning dalam air panas sekejap.

ok..sedia utk dihidang.

Note: dalam masakan aku tu aku tak letak sotong sbb tak beli sotong. korang letak la kalau nak letak. lepas tu adjust la amaun bahan2 tu mengikut citarasa dan kesesuaian famili korang.

SELAMAT MENCUBA


Monday, August 24, 2009

PETUA DARI DAPUR

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:46:00 AM 7 uncang teh
korang pernah kene marah tak ngan opah atau atok korang bila korang terpaksa merasa masakan yg korang masak sbb takut terlebih atau terkurang gula garam. kata diorang, kalau dah pandai memasak tak perlu nak rasa2 dah sbb dah pandai agak gula garam nak letak. lagi2 di bulan puasa ni, macam mana kita nak rasa masin manis masakan kita sbb kita berpuasa. alamatnya ada la masakan kita yg terlebih atau terkurang masin manisnye.
ok kat sini aku turunkan petua yg diajar oleh arwah tokwan aku kepada ayah dan mak aku dan seterusnya di ajar kepada aku. (aku dah test masa masak utk berbuka masa kat kg 2 ari lepas).

caranya, kalau kita nak tau masakan kita tu cukup masin ke tak, korang perhatikan asap yg kuar dr kuali/periuk korang tu. kalau asap dia tegak naik keatas lepas korang letak garam...maknanya dah cukup masin la tu. kalau asap tu asik gerak secara rawak...masih kurang masin.
kalau nak manis plak....korang cium aje bau masakan korang. kalau bau wangi manis2..itu maknanya dah cukup manis la tu.

ok itu je petua dari dapur kali ni...lain kali aku bgtau lagi lepas aku tanya mak ngan ayah aku.

adios

Rendang Pedas Udang

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:19:00 AM 2 uncang teh
Resepi ni aku dapat dari rancangan masakan tajuk Resepi Istana (kalau aku tak silap) yg disiarkan di TV9 masa hari jumaat lepas. Untuk 1st episod ni di bawakan sajian istana dr kerabat negeri Perak (resepi ni di masak oleh permaisuri Raja Di Hilir).So lepas tgk bahan2 dan penyediaannya yg mudah aku pun decide la nak mencuba pada hari kedua berpuasa sebagai juadah berbuka bersama keluarga. Komen dr mak aku...memang pedas btul (sesuai la ngan namanya). Untuk pengetahuan korang, resepi ni aku tak salin tau...aku main ingat aje....hahhahaha....dan resepi ni aku modified sikit mengikut kesesuaian keluarga aku la.

Di atas permintaan kawan2 aku...di sini aku post kan resepi ni kat blog ni untuk korang mencubanya. happy memasak.



RENDANG PEDAS UDANG

bahan-bahan

udang saiz sederhana (kalau kat kedai tu sekilo RM12++)-jgn la buang kulit tu..nnt tak sedap.
bawang merah (dihiris)- byk sikit tau dalam 5-6 ulas tu
bawang putih (dihiris)-jgn byk sgt.
3-4 helai daun kunyit (dihiris)
3-4 batang serai (dihiris)
21 tangkai cili kering (blender)- kalau nak pedas tambah lagi...kalau taknak pedas kurangkan la.
santan(diambil pati dalam 1 mangkuk besar) - santan ni aku amik perahan yg pertama sbb nak pekat kan.
segenggam kelapa parut (optionally sbb resepi asal dia letak)
daun pandan sehelai (kasi wangi-aku yg letak, resepi asal takde pun nak letak)
garam dan gula secukup rasa.

penyediaannya.

1.masukkan santan dalam kuali (periuk).
2.lepas tu masukkan bawang merah, bawang putih, cili belender, serai dan daun pandan dalam santan tu.
3.kacau perlahan2 santan tu sampai mendidih (korang kene jaga santan ni takut nnt pecah minyak).
4.bila dah mendidih sikit masukkan daun kunyit yg dah dihiris. kacau lagi sampai mendidih.
5.lepas tu masukkan udang dan kelapa parut tu.
.6masukkan garam dan gula secukup rasa.
7.masak sampai kuah tu nampak kering sikit. kalau nak ade kuah jgn la kasi kering2 sgt.
8.dah masak sedia utk di hidang.

p/s:korang adjust la amaun setiap2 bahan mengikut kesesuaian famili korang ye.

selamat mencuba.

Welcome

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:09:00 AM 0 uncang teh
Aku pun tak tau la nape aku ujudkan blog ni sbb sbnrnya aku dah ada blog lain dah. tapi maybe sbb dah trend skrg ni byk yg buat blog melalui blogspot ni. so aku pun dengan gatal kaki membuka la 1 akaun blog under blogspot ni.
Kenapa aku pilih nama blog aku ni
*Just A Cup of Tea*
hmmm...sbb aku mmg suka minum air teh. Tak tau la kenapa tapi kalau dapat secawan teh O pun aku akan rasa lega sangat2 dan rasa sangat rilek. sesuai la kot dengan tagline aku tu....
....sit back n rilex....
Kepada kengkawan yg pernah mengikuti blog aku yg lagi satu tu....aku tak decide lagi nak proceed blog lama tu atau nak off aje. tapi kalau korang tgk yg lama tu dah tak update compare yg ini....korang tau sendiri la ek.

Ape2 pun..enjoy the reading.








 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea