Friday, October 30, 2015

Makanan Tambahan Yang Aku Amalkan Semasa Mengandung

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:09:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Sembang-sembang lagi pasal tips - tips masa mengandungkan Umar Hayyan dulu. Sesambil sembang tu sesambil la aku nak ingat balik apa yang aku makan  masa mengandung dulu supaya kalau ada rezeki lepas ni boleh la nak ingat balik.

Masa mengandungkan Umar Hayyan dulu, Alhamdulillah memang mudah sangat. Bukan langsung takde alahan, ade tapi takde la teruk sangat macam pengalaman orang lain tu. Alhamdulillah masa awal mengandung tu aku masih lagi boleh masak untuk suami, masih mampu cium bau badan suami, dan masih boleh buat kerja dapur la. Dalam masa trimester pertama tu boleh kira ler berapa kali aku muntah atau loya yang boleh dikatakan agak teruk la juga.

Bila dah loya dan muntah ni memang akan buat perut dan tekak kita rasa sangat tidak selesa. Macam aku, bila lepas muntah rasa perit je tekak ni. Kadang-kadang macam ada benda tersangkut kat tekak tu. Sangat tak selesa. So untuk buat aku rasa selesa aku akan minum Gaviscone sesudu. Sebab aku selalunya muntah petang sampai malam, jadinya lepas muntah malam tu aku minum la sesudu Gaviscone tu. Memang rasa selesa especially kalau time nak tidur tu.

Masa awal mengandung dulu pun aku ni payah betul nak membuang. Dah nak jadi sembelit dah. Risau gak aku kalau asik meneran nanti jadi buasir. Selain tu dengan keadaan yang selalu meloya ni aku memerlukan sesuatu yang masam untuk dimakan. Masa mengandung dulu aku memang kurenggg sikit ngan asam-asam ni. Tengok mangga langsung tak teringin. Kalau makan mangga pun aku muntah. Ish...macam mana la dalam tv tu kalau nak bagitau wanita tu mengandung mesti gila nak makan mangga muda. Aku ni...langsung tak teringin betul.

Pasal sembelit aku ni pula, kawan aku syorkan makan ostematrix Shaklee untuk mudahkan aku memerut, aku try juga tapi tak serasi dengan aku. Tetap sembelit. Makan pisang, oren, yogurt...aku try...boleh la 2 3 hari memerut dengan tenang lepas tu jadi balik sembelit. Jadi pada suatu hari tu aku pergi le kat kedai yang menjual makanan yang diimport dari Arab. Nampak jus pati delima Gulsan. Bila baca kebaikan jus pati delima ni antaranya bagus untuk wanita yang alahan masa mengandung. Memandangkan aku tengah alah time tu aku pun beli la jus delima Gulsan tu. Aku amalkan sesudu pagi dan sesudu malam sebelum tidur. Masa mula-mula memang rasa masam sampai berkerut-kerut muka. Lepas dah beberapa kali, rasa sedap pula. Masam yang sedap, and ada rasa manis-manis sikit. Bila aku amalkan amik jus pati delima Gulsan ni, alahan pun jadi kurang dan yang paling best dapat memerut setiap hari. Seronoknya... En.Syg pun kalau dia 2 3 hari tak memerut, amik je jus pati delima Gulsan ni terus la tak cukup tanah lari cari toilet. Hahahah....Lepas tu kawan aku kata kalau amalkan pati delima ni dapat maintain HB elok. Aku tak tau la kan, tapi masa hujung-hujung peknen tu HB aku drop sikit tapi takde la teruk sangat sampai low. Still dalam julat lagi la. Masa HB drop tu ada stop kejap jus delima Gulsan tu. Bila amalkan balik HB aku naik semula. Alhamdulillah...

Selain tu aku amalkan makan kurma masa mengandung dulu. Macam yang kita tahu kurma ni makanan sunnah dan banyak khasiatnya. Jadi amat bagus untuk wanita mengandung mengamalkan makan kurma sebagai snek harian. Selain memberi tenaga, kurma juga memudahkan kita bersalin. Aku makan kurma ni sampai time nak masuk labour room pun dok mengunyah kurma lagi.

Susu...haaa...susu ni memang kena amalkan la. Perempuan mengandung memang digalakkan minum susu. Selain bagus untuk pembentukan tulang bayi, ianya juga bagus untuk tulang kita juga. Sebab, semasa pembentukan tulang bayi ni diorang akan serap kalsium ibu. Jadi ibu kene ready 2 kali ganda kalsium dalam badan untuk kegunaan dua orang. Masa mengandung dulu mula-mula aku minum susu Anmum macam biasa. tapi ada pula yang kata susu Anmum manis nanti anak besar. Yeke??? Bila bosan asyik minum susu Anmum aku tukar susu pula minum Frisomum. Pagi malam minum susu. Kadang-kadang sampai tiga kali aku minum. Tapi still tak cukup lagi tu. Ada sekali aku cramp kat opis, langsung tak boleh nak jalan. Pergi klinik doktor bagi lagi pil kalsium. Haaa...amik. Nak makan ostematrik takut nanti tak boleh nak memerut. Takpe, makan je pil kalsium yang doktor bagi ngan minum susu. Punya la banyak bekalan kalsium aku sampai kawan aku kata nanti anak aku cepat tumbuh gigi. Haaa...memang kot...umur 10 bulan dah 7 batang gigi. Kahkahkah.....so kawan-kawan yang peknen tu sila minum susu ye. Kalau tak boleh minum susu, amalkan pil kalsium ye atau ostematrik Shaklee.

Tak boleh nak minum susu lembu, haaa...silakan minum susu kambing ye. Masa mengandung dulu pun aku amalkan minum susu kambing dari jenama HiGoat. Sedap...tak bau kambing. Hahahah....Masa mula-mula tu aku beli susu kambing jenama apa ntah tapi berbau hamis walaupun dia kata takde bau kambing. Jenuh paksa En.Syg yang habiskan susu tu. Selain tu ada orang kata kalau kita amalkan minum susu kambing semasa peknen Insya Allah baby tak kena jaundice.
Nak minum susu soya sebab nak kulit anak putih? Aku tak galakkan sangat nak minum susu soya ni sebab nak bg kulit anak putih tu hanya mitos semata-mata. Tapi takde pula aku nak melarang korang tak minum susu soya langsung. Minum aje la cuma jangan amalkan. Sekali sekala nak minum tu boleh. Sebab ada sesetengah pendapat kata susu soya ni org Yahudi yang perkenalkan. Wallahualam. Aku pun tak tau la betul ke tak tapi terpulang la kan kat korang. Masa mengandung dulu ada la juga 2 tiga kali aku minum susu soya sebab teringin.

Lagi apa yang aku amalkan ek? Haaa...minum air kelapa. orang kata minum air kelapa ni bagus untuk kulit anak bersih dan takde kerak-kerak kat kepala. Aku takde la amalkan setiap hari pun. Tapi minum juga ler dengan kerap. Nak minum air kelapa ni seeloknya bila kandungan dah cecah 6 bulan keatas. Bila kandungan dah betul-betul kuat. Jangan minum semasa usia kandungan 6 bulan ke bawah. Haaa...silap hari bulan keguguran pula. Sebab air kelapa ni macam kuat juga. Kalau tak tahan memang boleh keguguran.

Selain tu last but not least, aku amalkan minum sesudu minyak kelapa dara pada waktu pagi dan sesudu sebelum tidur. Minyak kelapa dara ni banyak khasiatnya. Selain minum aku juga ada la 2 3 kali sapu minyak kelapa dara ni kat kawasan perinum.Orang kata untuk memudahkan kita bersalin. Kalau amalkan minum minyak kelapa dara bagus untuk kulit baby juga, nampak bersih je bila bersalin nanti. Selain tu masa aku amalkan kelapa dara ni pun amat memudahkan untuk aku memerut. Cuma tak sekerap masa aku minum pati delima Gulsan tu la.
Aku juga ada amalkan makan kismis dan buah cranberry kering yang aku beli dari kedai barangan Timur Tengah. Aku beli cranberry kering tu masa awal-awal peknen tu juga la masa tengah loya-loya sebab buah cranberry kering ni rasa macam masam-masam sikit. Kismis pula aku main aci hadap je kalau makan, takde ikut bilangan ganjil pun sebab sedap. Hahahah...

Aku rasa ini aje la kot yang aku amalkan masa mengandungkan Umar Hayyan dulu. Alhamdulillah...mungkin sebab apa yg aku makan masa mengandung dulu dan juga izin dari Allah swt, jaundice Umar cepat turun. Ada gak orang tanya aku amalkan makan apa masa mengandung yang boleh jaundice Umar turun cepat, haaa....inilah yang aku amalkan. Tapi aku tak tau la mana satu yang mujarab.

Apa-apa pun, semuanya kita kena berserah kepada Allah swt. Kita boleh berusaha tapi selebihnya hanya dengan izin dari Allah. Wallahualam

Notes: Semua gambar adalah diambil dari internet melalui Google.

Friday, October 16, 2015

Tips Memakai Gaun Maxi

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:13:00 PM 2 uncang teh
Assalamualaikum wbt.


Korang suka pakai gaun maxi tak? Aku suka je. Dalam koleksi aku ada 3 pasang gaun maxi yang aku beli masa anak dara dulu. Memang selesa sangat especially masa mengandungkan Cik Umar dulu memang aku pakai gaun maxi aje pun. 

Sebenarnya gaun maxi ni sangat sesuai kalau kita pakai untuk bersantai dihujung minggu. Ini kerana dengan memakai gaun maxi kita akan kelihatan lebih feminin dan dapat menyerlahkan lagi penampilan kita. Sebenarnya kalau korang nak tau, gaun maxi ni merupakan dress yang berpotongan labuh hingga ke bahagian buku lali. So, setiap wanita tanpa mengira umur dan bentuk badan adalah sesuai untuk menggayakan pakaian jenis ini.

Kat sini aku nak share la beberapa tips pemakaian koleksi gaun maxi agar kelihatan lebih menyerlah.

1. Memakai dengan outerwear

Ni yang paling simple dan mudah. Kebanyakkan maxi yang kita jumpa kan jenis takde lengan dan bertali. So cara yang paling mudah dan selamat untuk kelihatan bergaya dengan gaun maxi ni adalah dengan menggayakanbersama outerwear macam cardigan, jacket dan blazer. Kalau kena dengan gaya, gaun maxi yang kelihatan santai boleh kelihatan elegan dan mungkin juga formal jika digayakan dengan outerwear yang sesuai. Betul tak?

2. Gayakan bersama tali pinggang (belt)

Gaya yang kedua pula dengan memakai tali pinggang sebagai aksesori tambahan yang digayakan dengan gaun maxi korang. Penggunaan tali pinggang seperti ini adalah sesuai untuk wanita yang bertubuh langsing dan tinggi

3. Pemakaian Cropped shirt

Bagi wanita yang mempunyai tubuh badan yang agak berisi, anda boleh kelihatan lebih langsing dengan menggayakan gaun maxi anda dengan pemakaian cropped top sebagai outerwear.

4. Pemilihan kasut yang bersesuaian
Selain tu gaun maxi juga boleh digayakan dengan memakai kasut yang sesuai. Dengan memakai heels atau boots ianya dapat menjadikan anda kelihatan lebih elegan dan formal. Manakala jika hanya memakai sandals pula boleh menjadikan anda kelihatan lebih santai.

5. Gaun maxi untuk Muslimah
Opss!! Oppss!!....macam mana pula dengan wanita Muslimah? Jangan risau, gaun maxi juga sesuai untuk wanita yang bertudung. Kenapa? Sebab macam yang yang kita dah sedia maklum gaun maxi ni adalah berpotongan longgar dan boleh digayakan dengan outerwear seperti cardigan labuh, jaket ataupun blazer. Selain tu boleh juga memakai inner tshirt berlengan panjang untuk menjadikan gaya lebih santai. Selebihnya hanya gayakan dengan pemakaian tudung yang sesuai maka akan menjadikan pemakaian gaun maxi anda telah pun menutup aurat. 

Macam mana? Rasa-rasa lepas baca tips ni macam nak sambar lagi sehelai je gaun maxi. Tapi memandangkan aku still lagi breastfeed Cik Umar maknanya kena la hold dulu niat nak menyambar tu. Nanti payah pula nak selak. Tapi bagi gadis-gadis bujang kat luar tu, ape kata korang bergaya dengan gaun maxi, mesti nampak lagi cute.


ZALORA Emel Aku???

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:00:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Aku ni sebenarnya jarang sangat nak check emel tu, walaupun dah boleh buka emel melalui handphone. Kalau aku buka tu bukan nak check sangat pun tapi nak delete emel-emel yang tak berkaitan je. Sehinggalah semalam masa aku nak buat operasi pembersihan tu ada nampak emel daripada ZALORA. Terkejut gak aku, so aku pun buka la nak baca. Tak puas baca kat hp aku buka baca kat laptop pula. Dan emel tu seperti dibawah.

Emel ni masuk 12 Oktober lepas. Mula-mula aku ingat nak ignore aje sebab ingatkan spam. Tapi bila fikir balik, better aku check dulu pasal emel ni. So bila aku Google, maka ada la seorang Hamba Allah yang share pasal ni kat blog beliau. Bila aku baca dan amati, oooo...baru aku paham yang pihak Zalora ni nak kita share entri pasal produk diorang ni dan nanti ada la sedikit penghargaan daripada diorang ni.

Sembang dengan kawan aku dia kata suruh aku try. Mana nak tau kalau betul ada gak token untuk aku. Kalau spam, kita delete aje la entry tu. Tak rugi ape pun sebab bukannya aku keluar 1 sen pun. So aku pun terus reply emel diorang. 

Hari ni aku check emel ada emel daripada pihak Zalora. Seperti yang diduga diorang nak aku update entry pasal produk diorang dan nanti akan ada token la untuk aku. Wow...peluang ni. Aku pun setuju aje la. Sebab entri tu nanti aku diolah mengikut gaya penulisan dan konsep blog aku ni. Entry pasal apa, nanti aku update korang akan tau la...

Yang penting....rezeki jangan ditolak, musuh jangan cicari

Persediaan Bersalin Di Hospital Kerajaan

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:42:00 AM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt.

Minta maaf ye kawan-kawan sebab aku update entri ni. Sebenarnya nak cerita pengalaman aku tentang persediaan bersalin kat hospital Kerajaan. Maybe boleh juga dijadikan panduan kepada sesiapa yang bersalin kat swasta. Aku tulis ni sebab masa aku nak bersalin tahun lepas, aku banyak google bab persediaan ni tapi most of the tips bukan daripada pengalaman penulis tu sendiri. Selain tu entry ni gak untuk peringatan diri sendiri gak kalau lepas ni ada rezeki nak tambah zuriat. Hehehhe....
#throwback Umar Hayyan masa 0 day. Kecil je time ni...

Yang kat bawah ni adalah dokumen penting masa nak daftar masuk wad ye kawan-kawan.

1. buku merah - start dari tarikh buat buku merah ni teruslah usung selalu. Jangan nak letak merata-rata. Jangan bila ada appointment dgn klinik baru nak bawa. Sebabnya kita ni bersalin belum tentu tarikhnya. Dibuatnya tetiba kene bersalin awal...buku pula tertinggal kat rumah...tak ke haru. Ingat ye buku merah tu.

2. GL - ini untuk kakitangan kerajaan atau suami kakitangan kerajaan. Kalau boleh buat dua GL, 1 untuk ibu dan satu lagi untuk bakal baby tu. Yelah kene prepare gak untuk baby sbb kita tak tau kalau2 baby kene tahan wad ke tak. So takde lah perlu nak ctct org HR minta GL 2 3 kali. Ada sesetengah jabatan tu GL boleh online lagi senangkan. Tapi kalau dah kelam kabut dengan hal kat hospital kadang-kadang buat kita lupa pasal GL ni. So ingat ye..prepare GL untuk ibu dan bayi.

Yang ini pula persediaan untuk ibu ketika di wad. Macam kes aku ni kene duduk wad sampai 3 malam sebabnye aku admit wad hari jumaat, pagi sabtu kene induce, baby bersalin sabtu malam, lepas tu kena tahan wad lagi semalam sebab bersalin secara vacuum.


1.Kain batik/skirt labuh - bawa la dalam 2 helai. Kain batik ni habuan untuk kita pakai masa nak balik dari hospital dan habuan nak buat lapik dalam troli baby tu nanti. Kalau tak pun bawa je sehelai skirt labuh...skrg kan dah moden. Tapi pada aku better lagi pakai kain batik sbb boleh bentuk bontot kita bila pakai kain batik ni sbnrnya...(nantilah aku citer).

2. Baju t-shirt - Bawa la sehelai je sudahlah untuk kita pakai masa nak keluar dari hospital nanti. Lagipun masa dalam wad nanti kita cuma pakai baju yang hospital bagi tu. Baju kaler pink untuk ibu-ibu yang belum bersalin dan hijau untuk ibu-ibu yang sudah bersalin.

3. Baju sejuk - ni optional sebenarnya ni. Ada yang nak bawa ada yang tak bawa pun xpe. Untuk kita pakai masa nak keluar dari hospital juga ni. 

4. Stokin - bawa la 2 pasang. Stokin ni kene terus pakai lepas kita keluar dari labour room. Jangan gatal nak tunggu balik rumah baru nak pakai.

5. Selipar/sandal - pakai selipar/sandal je senang especially bila bab nak gi toilet tu.

6. Tudung - selai je sudah. tudung tu la yang kita nak lenjan sepanjang 'percutian' kita kat wad tu. paling senang tudung sarung je. Macam aku ritu dah terpakai tudung bawal, nasib baik senang je time nak sarung.

7. Toiletries - Jangan lupa bawa ye. Berus gigi, ubat gigi, sikat, sabun mandi, pencuci muka. Lepas bersalin kene mandi ye. Bukan mandi dengan air sejuk tau tapi dengan air panas. Memang kena mandi. Takkan korang sanggup biarkan badan korang melekit dengan darah nifas bertepek-tepek? So mandi aje la...at least time tgh hari tu dengan air panas. Jangan risau toilet hospital kerajaan ada sediakan air panas untuk kita mandi.

8. Pad - Ni penting ni. Lepas bersalin kita akan dipakaikan dengan pad yang ada tali tu tanpa pakai underwear. Lepas tu takkan nak biarkan aje. Kene ganti. So bawa la pad korang tu satu pek  ye.

9. Underwear - ni penting kene bawa ye. Time kat labour room tu memang kita kene buka semua bra ngan panties tu. Tapi lepas tu kene pakai la balik kan bila dok kat wad. Better pakai jenis nursing bra, senang nak menyusukan baby nanti.

10. handphone dan power bank - penting ni. Kalau bawa handphone aje tapi payah nak charge buat apa. So paling senang bawa ler power bank siap-siap supaya senang nak charge hp tu. Kalau tak mengelupur pulak nak cari plug untuk charge.


Ok...setel bab mak (kalau takde yang terlupa tulis la). Ni nak sembang bab baby pula.

1. Baju new born - 2 pasang dah ok. Terpulang la nak bawa yang baju yang macam mana, jenis seluar panjang ke, seluar pendek ke, rompers ke, lengan panjang ke, lengan pendek ke. Macam aku dulu aku bawa 3 pasang tapi yang pakai 2 pasang aje. Sepasang dipakai masa lepas lahir terus la sampai pagi Isnin tu. Pagi Isnin tu misi minta untuk mandikan baby ngan tukar baju, so masa tu la baru nak tukar baju (kes kena tidur lama kat hospital.

2. Mitten dan booties - 2 pasang pun dah ok. 2 pasang mitten dan 2 pasang bootie. 

3. Newborn diapers - bawa la banyak dalam 10 - 15 keping sebab lepas bersalin baby akan poopoo banyak kali. So memang kena kerap tukar la. Kalau anak tak kena tahan wad maybe 10 keping diapers tu tak habis guna. Tapi kalau tetibe anak kena tahan wad tu, standby ler diapers tu lebih lagi.

4. Kain lampin - bawa la dalam 3-4 helai untuk kegunaan bayi. Kain lampin ni nanti guna dia untuk bedung baby dan juga untuk selimutkan baby. 

5. Tuala kecil - bawa la sehelai dua tuala kecil untuk lap badan baby dan juga untuk tutup ubun-ubun kepala baby tu. 

6. Selimut baby - bawa sehelai sudah yang jenis ada topi kat kepala tu. Boleh bawa masa nak bersalin tu nanti sebab nanti misi lepas bedung baby dengan napkin akan balut baby dengan selimut tu. Nampak comey je nanti.

7. Bantal dan bantal peluk - Ni aku advice bawa la satu bantal kecil dan satu bantal peluk. Aku masa mula-mula tu terlupa nak bawa. Jenuh call asben suruh ambil kat rumah. Nasib baik rumah dengan hospital tu dekat. Sebelum tu terpaksa lapik kepala baby dengan kain napkin untuk jadikan bantal. Bantal ni untuk lapik kepala bayi, bantal peluk pula untuk sendal baby especially lepas menyusu tu nak bagi senang bayi mengiring. Baru dia selesa sikit.

Ok...daripada barang-barang baby yang korang bawa ni, sila asingkan siap-siap barang yang perlu korang bawa untuk masuk ke labour room tu. Jangan bila nama dah kena panggil baru kelam kabut nak asingkan barang untuk dibawa ke labour room. Masukkan aje barang tu dalam plastik sebab nanti masa kat labour room tu plastik tu misi akan sangkut kat tepi katil kita. Ni aku senaraikan barang yang korang perlu bawa masa nak masuk dalam labour room tu.

1. sepasang baju newborn
2. sepasang mitten dan sepasang booties
3. sekeping newborn diapers (2 keping pun xpe)
4. Kain napkin sehelai.
5. Selimut baby yang ada topi tu

Settle bab barang-barang. Ni pula bekal yang perlu dibawa untuk ibu makan masa dalam wad.

1. Air kosong sebotol 
2. Flask air panas (air panas boleh minta dari misi masa diorang edarkan makanan time makan tu)
3. Cawan, sudu,garfu, pinggan (bawa yang plastik sudah)
4. Kurma (bagus dimakan sebelum masuk bersalin sebab kurma memberi tenaga untuk kita mudah bersalin)
5. Air selusuh (kalau ada bawa and minum sebelum masuk labour room)
6. Roti / biskut kering (masa breakfast misi akan edarkan roti dan sepaket milo untuk kita makan tapi konpem macam tak cukup (pengalaman aku). So prepare la roti/biskut kering sendiri.
7. Beberapa paket milo 3in1.
8. Susu tepung - aku memang bawa susu tepung masa dalam wad sebab masa peknen kan kita kena minum susu banyak dan lepas bersalin pula kene juga minum susu untuk banyakkan susu badan.
9. Air kotak - ni optional ni. Kot malas nak bancuh air, minum aje air kotak coklat or susu kotak terus. Senangkan. Tak payah nak angkut banyak barang.
Umar Hayyan dah 10 bulan dah masa entri ni keluar. 

Aku rasa itu aje kot barang-barang yang perlu dibawa masa kene admit wad dulu. Telekung memang aku tak bawa sebab aku guna je telekung kat dalam surau wad bersalin tu. Yelah...ada yang kata selagi kita tak bersalin selagi tu kita kene solatkan. So aku guna aje telekung yang ada dalam surau tu. Kalau ada apa-apa lagi yang perlu dibawa, korang list aje dalam komen ye. Kalau ikut aku, itu ajelah barang yang aku bawa dulu.
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea