Thursday, October 7, 2010

Email Spam Maybank

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:14:00 AM
Semalam masa aku check spam box email aku, ade la satu email tersesat ngatakan dia ni email dari pihak Malayan Banking Berhad.  Selain inbox, aku kadang2 akan check spam box juga, mana la nak tau kot2 ade email sesat kata nak berkenalan ngan aku ke....ekekke...ok..aku perasan sekejap.

Selama ni aku selalu baca kata ada org yang dapat email minta update info daripada pihak bank sedangkan email tu sebenarnya adalah spam yang bertujuan untuk memanipulasi akaun bank pengguna. Dan akhirnya pada hari semalam aku pun dapat, daripada pihak Maybank (kononnye la) yang minta aku untuk update info termasuk TAC no aku (TAC ni ape eh?...no pin ke?)


ni la email yang aku dapat. sila klik untuk paparan yang lagi bagus

Bila tengok email yang aku dapat tu, ketara sangat la tu email hacker yang nak memanipulasi pengguna. Dan inilah yang menyebabkan aku menjadi hairan bin ajaib kerana dalam keadaan yang sangat ketara tu kenapa ada pengguna bank (tak kisah la bank apa pun) yang tertipu dengan email spam macam ni.

Terasa lucu la plak dengan kaki penipu kat internet ni. Tu la otak tu dah set untuk memanipulasi teknologi internet sampai dah tak boleh nak set kepada tahap manual dah. Kesian...kesian....Korang ni kan, kalau korang nak menipu pun, mai sini cakap depan2 aku confirm la aku akan mudah terpengaruh ngan dakyah menipu korang tu, lagi2 kalau yang datang tu adalah mamat hensem macam Johnny Depp ke atau setidak-tidaknya macam Ashraff Muslim tu. Bukan setakat no TAC je...no siri kotak kasut aku pun aku boleh bagi. Ini kalau setakat korang hantar email dan minta aku update ape jenis info ke, cakap aku menang duit satu juta rupiah ke atau kata aku adalah pewaris tunggal Bill Gates ke...mati hidup semula pun aku tak kan percaya.

Ini adalah kerana:
1. Aku bukannlah pengguna online banking yang tegar. Segala uerusan mengenai bank, aku sanggup gi menghadap manusia2 kat kaunter bank tu. Kalau manusia2 tu tanak layan aku kat kaunter, aku sanggup berbaris di CDM ngan ATM untuk berurusan as long aku nampak kat mana dan siapa yang dah telan duit aku.

2. Selama aku jadi pengguna Maybank sejak 5 tahun yang lepas, segala urusan antara aku dan Maybank adalah melalui surat menyurat. Tak pernah lagi la melalui email. Kalau aku nak update ape2 pun, aku kena gi kat Maybank dan diorang akan bagi aku isi borang dan update on the spot depan aku juga.

3. tengok kat sender email tu pun dah tau itu spam...kata dari Maybank (bank Malaysia) tapi guna email aol.com. nampak sangat penipunye.

4. kat email tu pun dia attach website Maybank tapi kalau kita sedar address website tu cuna maybank2u.com sedangkan address yang betul adalah maybank2u.com.my.

5. Sebab aku tak tak tau TAC no tu stand for what (no pin ke?), jadi aku pun mengabaikannya sbb aku percaya semua data tu pihak Maybank dah simpan elok2 dalam pengkalan data diorang.

Last sekali, kepada semua pengguna perkhidmatan bank di Malaysia terutamanya pengguna online banking yang tegar, berhati-hati dengan email2 spam yang nak curi duit dalam akaun anda tu. Walaupun dalam akaun anda cuma ada RM10 tapi dia boleh guna semua maklumat tu untuk kerja jahat yang lain, cthnya penipuan kad kredit.

Berhati-hati ye....

3 uncang teh :

jijah montel said...

ijun.. aku dah dua tiga kali dpt email spam nih.. tapi mcm kata ko.. kita boleh kenal la ini spam.. sebab bank takkan sewenang2nya email kita.. diorang mesti hantar by post instead.. by the way TAC tu mcm security no. kalau orang biasa guna online banking mmg familiar lah sgt dgn TAC ni..

~*irjune*~ said...

hehhe...oo itu ke TAC. aku ni tak aktif online banking tu pasal aku tak familiar sgt. anyway cik jijah..thanks fro the info

anggun said...

ijun, i pengguna tegar online..hehehe..bank ke, shopping ke, mintak keje ke..ape2 la yg sewaktu dgnnye..i pn baykkkkk gle dpt email cmni..sekali pandang ku tahu btol ke idak email tu..btw, slm perkenalan..BW la teratak i..http:beautifulanggun2u.blogspot.com

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea