Tuesday, May 25, 2010

Wallet...maafkan aku..

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:35:00 PM 2 uncang teh
Ini cerita minggu lepas...
Minggu dimana ia berada pada kedudukan dihujung bulan
Dan seperti biasa untuk umat manusia yang bekerja makan gaji seperti aku
Hujung bulan bukanlah suasana yang amat menggembirakan
Kerana....pada masa ni la...aku kekeringan

Tetapi....,
Walaupun berada dalam keadaan kekeringan...
Aku sempat juga  melayan wayang citer Robin Hood dengan adik2 aku, (best)
Dan paling yang tak boleh blah....
Aku sempat merembat barang2 kesukaan aku iaitu,

Ye....2 pasang kasut dari kedai Red Modani (tengah sale)
Dan...

Koleksi mekap dari Body Shop (sale juga)

Maafkan aku wallet....ini semua gara2 sale punya pasal jadi aku terpaksa mengkorek juga apa yang ada dalam perut ko.

Maafkan aku wallet


Keras tanganku - my beading work

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:55:00 AM 4 uncang teh
Entri ini adalah untuk memenuhi permintaan kawan aku Along a.k.a Huzz  (dan juga kepada sesiapa yang sudi nak tengoklah) yang nak sangat nak tgk corak jahitan manik kat baju tunang adik aku.

Untuk pengetahuan, corak manik ni adalah inspirasi daripada baju kat bawah ni yang sempat aku snap masa aku gi SACC Mall. Tak ingat dari butik mana, tapi yang pasti dari corak ni la aku dapat idea nak jahit manik.

Cantik kan baju ni..kagum aku

Ini pulak rekaan corak manik yang aku jahit


Kasi closed-up sikit


Lagi extra closed-up


Nak tiru??? silalah sebabnya aku tanak la claim ini hasil idea aku 100% sebabnya aku dapat buat design ni pun lepas tengok design org lain.

Tuesday, May 18, 2010

Monolog suci

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:37:00 AM 2 uncang teh
Apa yang suci pun aku tak tau tapi yang aku tau sekarang dah pukul 1.

Mata aku masih lagi membulat...tak mengantuk-ngantuk, walaupun siang tadi aku lelah dengan kesibukkan kerja. Adik aku dah tergolek2 tidur. Oooo..lupa...my sis, ija da kruzz datang sini untuk menghabiskan saki baki cuti sem dia sambil2 konon2nya nak study untuk reseat paper. Tapi, aku tengok dia study cuma 2 3 hari pertama aje. Sekarang ni, nota dia elok je tersusun di bawah katil aku. Mungkin nak bagi aku absorb semua nota dia kot. Takpe...nanti aku boleh buat telepati toyol masa dia reseat exam sebab aku dah absorb semua nota dia.

Mula2 ada gak aku tegur dia..."jaaaaaaa....kata nak study..ni apsal tengok tv je". Tapi bila aku balik keje tengok baju kotor sebakul dah siap basuh, lantai dia mopkan, aku malas dah nak bising2. Lantak engkau la (boleh tak macam tu?). Tapi elok juga dia tolong basuh baju aku, kalau nak harap aku nak basuh, mungkin baju kotor tu dah macam gunung siguntang dah. Aku betul2 sibuk sepanjang minggu ni. Cuti Sabtu Ahad termasuk cuti Keputeraan Raja Perlis pun aku kene keje.So, kat sini aku appreciate la jasa adik aku yang sudi tolong aku basuh baju dan tadi baru je dia tolong lipatkan baju aku. Hehhehe...tq sis..len kali tolong lagi ye.


Hari Guru baru 2 hari berlalu. Rasanya tak terlewat untuk aku ucapkan selamat Hari Guru kepada semua guru2 yang pernah mengajar aku dulu kini dan selamanya. Ucapan ini juga termasuklah untuk guru memandu dari Sekolah Memandu Soon, sebab sudi mengajar kereta kat aku semasa tahun 2004 (masa tu baru aku amik lesen kete). Teringat dulu masa sekolah, aku ni antara pelajar yang nakal juga sebab aku suka buat hal aku sendiri. Tapi nakal aku takde la sampai aku kene hukum dengan cikgu, tapi setakat kena pembaris panjang dengan rotan kat punggung dengan tapak tangan tu, normal la (ni masa aku sekolah rendah). Masuk sekolah menengah, aku antara pelajar yang suka membuat kerja ikut kepala otak sendiri. Dan sekarang aku sendiri dah bergelar pengajar (maaf, nak kata pendidik tu jauh sekali status sbb aku bukanlah org yang layak nak mendidik anak org lain), jadi aku dah tau susah payah macam mana cikgu aku mengajar dulu. Macam mana aku geleng kepala dengan kenakalan pelajar2 aku, macam tu lah kot cikgu aku geleng kepala dengan kenakalan aku dulu. Cuma yang bezanya, cikgu aku suka menggunakan pendekatan berhemah semasa mengajar, tetapi aku pula menggunakan pendekatan psiko kepada pelajar2 aku. Hehehhehe.....

Sekarang ni aku tengah jiwang dengar lagu Suratan dari kumpulan Slam. Suara Zamani memang menusuk kalbu,


Segar di ingatan
Sejarah luka yang berlaku
Terpahat kenangan
Cerita cinta ku pada mu
Tiada duanya
Biar berjuta tidak sama
Indahnya cinta mu
Setulus budi mu pada ku

Telah ku terima
Suratan takdir Yang Esa
Cinta manusia
Suka dan duka di tangannya
Sedalam renungan
Moga terjawab persoalan
Apakah salah ku
Di mana silap mu
Sudah lumrah kehidupan
Tidak lepas kesalahan
Cinta yang menjadi korban... kesilapan
Saat yang silih berlalu
Masa tak akan kembali
Semua telah berlaku kita insafi

Maafkanlah sayang
Segala kesilapan ku
Tidak terniat sekali melukai dirimu
Ku pohonkan doa
Semoga kau berbahagia
Tempoh hidup ini
Jalanan berduri
Nama mu biarkan abadi... di sini
Mudah-mudahan bersama
Keadaan yang berbeza
Di alam cinta yang kekal... selamanya 
 
Nota_jari: Dengar lagu ni memang lagu putus cinta. Takpe lah, mungkin ni persediaan aku andai tiada jodoh dengan jejaka idaman kalbu.

Sunday, May 16, 2010

Shahir AF8

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:03:00 AM 2 uncang teh
Aku ni bukanlah jenis yang minat dengan budak2 AF ni. Almaklumlah, aku start tercongok tengok AF btul2 pun masa AF4. Tapi bila masuk AF8 ni aku memang tak sempat nak tenok konsert AF secara life sbbnya kat umah makcik aku kat Shah Alam tu takde Astro. Jadinya, aku cuma tengok ulangan konsert je dengan beberapa babak siaran Diari AF je.

So dalam Diari AF yang babak keberapa ntah aku perasan la sorang pelajar ni, Shahir AF8, sangat nerd pada pandangan nakal aku, baik je, pastu jambu pulak. (Ok..muka Daus pun jambu gak.). Dalam otak dok recall apsal aku tak perasan dia ujud masa ulangan konsert yang aku tengok. Hohohoho....maybe sebab muka jambu kot tapi tak perasan apa yang best kat dia ni, selain suaranya....mungkin.

So..kat sini straight to the point, aku nak cakap, aku suka Shahir. Hahhahah..ok ok ok....ingat lagi entri sebelum ni pasal suka dan minat. Jadi aku cuma suka..bukan minat...ok. Jadi bila suka..tak perlu la aku nak undi mengundi ni pun. Lagi pun aku bukannya selalu tengok konsert. (Ok..minta maaf kat semua peminat Shahir.)

Aku suka kat Shahir ni sebabnya, aku suka tengok mata dia yang redup bening tu. Wah! cair beb....Menggoda gitu..auww! Lagi pula air muka dia tenang dan bersih je (sejuk ibu yang mengandung). Nasib baik la dia tu muda trang tang tang dari aku. Kalau tak..mau aku terjiwang karazzzzzz la kejap. Hahahhahaha....(pantang nampak lelaki dahi licin je aku ni). Tergoda la kejap aku ni. Hahahhahha...

Tadi tengok Trek Selebriti edisi Shahir...sempat la kejap aku berangan...alahai..bestnya kalau dapat calon laki macam dia (dapat dia pun ok gak...ahhahahha). Dah la air muka tenang...mata bening menggoda..nak marah pun tak jadi...sejuk je mata memandang. Lengan dia plak tegap...ish best tu kalau disamping dia...rasa selamat je. Hahahha...

Ok...gila bengong plak aku pasal budak Shahir ni. Ok...untuk peminat2 Shahir yang mungkin tersesat kedalam blog aku ni, ye la mana la nak tau, korang search pasal shahir kat Google ni tiba2 muncul pulak blog aku ni, so aku tempek la kat sini info pasal Shahir yang aku cilok dari official facebook dia kat internet ni.


Haaa...besar gabak info dia aku letak kat blog aku ni.

Nota_jari: Walaupun mata Shahir ini menggoda, tapi aku lagi tergoda dengan jejaka idaman kalbu aku.

Saturday, May 15, 2010

Monolog Rindu Seorang Aku

masa minum teh ~*irjune*~ pada 2:02:00 AM 2 uncang teh
Aku angau????

(Maaf ye aku jiwang sekejap untuk entri ini)

Ye..aku ngaku sekarang ni aku sedang mengingati seseorang. Dalam erti kata lain aku mungkin sedang mengalami fasa orang angau. Fasa orang gila bayang....Huh! bahaya betul.

Sekarang ni aku dapat rasakan dia berada di depan mata aku. Di setiap pergerakan bebola mata ni, aku terpandang2 wajah dia...Di setiap neuron2 ingatan aku ni, aku teringatkan akan si dia. Aku baca balik semua sms antara dia dan aku. Aku ingat dia. Huh! bahaya betul.

Macam nak ketuk je kepala otak aku yang tengah mereng ni. Biar balik kepada tune asal. Biar sedar diri sikit. Biar berkecamuk semua storan ingatan aku pasal dia. Biar aku sedar diri sikit. Dia tu sebenarnya sudah hampir untuk dimiliki oleh orang lain. Hampir ye..hampir sebabnya...dia pun tengah confiused.

Ade peluang ke aku? Eh! JANGAN. Aku bukanlah manusia yang suka mengambil kesempatan.

Tapi dia adalah jejaka idaman kalbu. Manusia yang berjaya membuat hati ni kembali berdebar dan bergetar dengan alunan frekuensi 50Hz. Ok..masih lagi pada nilai standard. Tapi...bahaya betul.

Kawan2 berkata..."berusaha", andai dia itu jodoh aku. Dan aku...alamak...malu beb..malu aku kene reject untuk yang ke infiniti.

Takpe, andai ada jodoh, biar Cherating yang bakal menjadi saksi perjalanan hubungan aku dan dia. Andai positif...dialah jodoh aku. Andai negatif, maka selamanya kami cuma kekal sebagai sahabat.

Semoga aku mendapat petunjuk dan semoga dibukakan pintu hatinya untuk aku. Amin.

Nota_jari: Maaf, ini cuma monolog rindu seorang manusia yang sedang gila angau.



Friday, May 14, 2010

Aku Minat, Aku Suka

masa minum teh ~*irjune*~ pada 8:28:00 PM 0 uncang teh
Lama dah aku tak membebelkan mengeluarkan fatwa dan fahaman aku. Jadi izinkan aku nak bermadah berhelah plak kali ni.

Pernah minat sesapa tak? Pernah suka sesapa tak?

Aku....PERNAH....

Normal la kan kalau kita minat dan suka atau minat atau suka kat sesapa di dunia ni. Manusia normal pastinya ada semua perasaan tu. Org gila pun ada minat kat Siti Nurhaliza..inikan pulak kita sebagai manusia yang normal, mesti la ada yang kita minat dan ada yang kita suka.

Aku minat Siti Nurhaliza....aku suka Siti Nurhaliza...2 ayat yang berbeza tapi mungkin sama maksud cuma berbeza fahaman.

Bila kau minatkan seseorang, kau akan jadi obeses dengan org tu. Sama macam kau minat kumpul setem atau main muzik. Kau akan berusaha untuk dapat apa yang kau minat. Inilah akhirnya yang menyebabkan kita akan ada secrect admire kerana secrect admire tu minat kat kau tahap dewata raya. Senang cakap, ko mungkin akan jadi fanatik bila kau dah minat sesuatu perkara.

Lain pula bila kau sukakan seseorang. Keadaan suka tidak menyebabkan kau menjadi obses sebab mungkin kau suka kepada seseorang tu kerana ciri2 luaran yang dimilik menyebabkan kau selesa untuk mengenali dan bersamanya. Tetapi, dengan sifat suka yang berlebihan dan melampaui batasan, tak mustahil kau akan minat pada apa yang kau suka.

Contohnya, aku suka tengok permainan bola sepak, tapi aku tak minat nak bermain bola sepak sehingga sampai aku nak tahu semua peraturan, perlawanan, pemain yang glamer dalam bola sepak.

Contoh lain, aku suka lagu2 Siti Nurhaliza tapi aku tak minat pun dengan Siti Nurhaliza sehingga aku nak berhabis duit beli semua kaset2 dan cd2 lagu dia. Cukup aku dengar di radio lagu dia pun dah ok.

Aku minat membaca, jadinya aku suka membeli novel,majalah atau walau cuma sekeping kertas A4 tapi kalau ada artikel menarik pasti aku akan membaca. Dan sekarang, aku suka membaca blog2 para bloggers yang lain pulak.

Lihat, bila kita minat kita pasti akan melakukan perkara yang sama berulang kali walaupun tidak punya cukup masa berbanding dengan suka, kita cuma melakukannya apabila kita rasa kita ada masa untuk melakukannya.

Satu masa dulu aku pernah minat seseorang. Macam psiko je time tu. Aku kumpul maklumat pasal dia dan mula mengganggu kehidupan dia. Memang seronok tapi itulah perkara bangang yang pernah aku buat 12 tahun yang lalu masa aku Matrik 1 kat Mat Jiwa.

Sekarang, aku dah takde minat sapa2 dah. Tapi aku ada suka dan menyukai seseorang. Aku suka tengok dia, aku suka sembang dengan dia, aku suka sms dengan dia dan aku suka imej dia. Tapi semua ni cuma aku buat bila aku ada masa dan ada kredit nak berhubung dengan dia. Kalau aku penat, aku tido. Kalau aku malas, aku senyap.

Tapi aku takut satu hari nanti aku minat dia pulak sebabnya macam aku kata diatas, perasaan minat tu berlaku bila kita ada perasaan suka yang berlebihan terhadap sesuatu perkara.

Nota_jari: Psst! Pssst! jejaka pujaan hati ajak aku gi bercuti...hmmm....apa aku nak buat sekarang?


Tuesday, May 11, 2010

Sekitar Majlis Bertunang Che Jimah

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:19:00 PM 4 uncang teh
Selama ni keje aku cuma pegang pen merah dengan test pen aje. Sebabnya adalah kerana bidang keje aku yg melibatkan bidang teknikal dan akademik. Tetapi semua itu berubah untuk sementara waktu bila skop bidang tugas aku sudah berkembang bila aku start memegang pensel eyeliner. Hahhahahhahahha....

Sabtu minggu lepas adalah hari pertunangan adik aku si Jimjim, jadinya demi menjimatkan kos yang semakin bertambah dengan kehidupan yang semakin mencabar ni, maka akulah dengan secara tidak rasminya telah memekapkan warnakan muka yg ditadahkan oleh adik aku tu.  

Disebabkan masa aku mekap tu semua penonton sedang kusyuk dan terpegun dengan teknik mekap yang aku gunakan, maka gambar2 yang sempat di snap adalah gambar ketika aku sedang berusaha melilit tudung adik aku tu.

Jom kita enjoy tgk gambar sebelum aku terus nak membebel...

Mula2 Jimjim betulkan dulu tudung dia

Lepas tu giliran aku plak nak mengejas

Masa untuk melilit lilit

Sila abaikan anasir kurang sihat berwarna biru di belakang tu

Tgh tggu runner gi amik pin

Model over expose kat belakang berbaju biru

 
Ni namanya tgh kasi pakai susuk

Kasi kemas2 skit

Manik kat baju tu pun aku gak punya keje tu

Tadaaaa....teknik mekap dan teknik lilit menggunakan Hukum Newton ke 2 serta Hukum Tangan Kiri Fleming

Ini plak penonton2 setia yang kagum dengan kehebatan aku ketika itu...





Posing dengan hantaran tunang pulak....





Posing ramai2 dengan sepupu sepapat....


Upacara menyarung cincin....

Mula2 cincin risik

Lepas tu cincin tunang pulak

3 dulang dari pihak lelaki...




Berbalas 7 dulang dari pihak perempuan....








Apa yang Jimjim dapat sebagai tunangan org....

 




Apa yang aku dapat sebagai adat langkah batang a.k.a bendul (apa..igt aku ni kurus straight macam pokok pinang ke?)

Ini adalah pelaburan bijak untuk jimat budget untuk baju raya

Aksi selepas bergelar tunangan org....



oOo SEKIAN oOo


Nota_jari: Mekap dan lilitan tudung tajaan irjune.creation
jahitan manik...still wait for the payment..ahaks!!!!!

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea