Thursday, October 28, 2010

Growing UP

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:23:00 AM 0 uncang teh
Perhatian..ini adalah entri bergambar jadinya mungkin akan mengambil masa yang lama untuk entri ini loading keluar. Sila bersabar ye.

Satu masa dulu, exactly since 3 bulan lepas inilah budak - budak kenit yang aku ngan osmet aku bela....:





Sekarang, selepas 3 bulan.....:







Dah besar rupanya kucing2 kenit ni. Dah jadi anak teruna dah pun. Tapi nakalnya...mak aiiii...mmg riuh dengan suara aku ngan osmet dok membebel kat diorang je.

Koko yang kembang macho (evolusi pembesaran koko):










Kopi yang jambu (evolusi pembesaran kopi):











Gambar last ni dengan tetiba je koko dan kopi jadi alien.



Tuesday, October 26, 2010

Evaluation Form

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:32:00 PM 2 uncang teh
Setiap hujung semester selepas sesi pengajaran dan pembelajaran habis, student2 kat tempat aku ini akan diberi satu evaluation form untuk menilai keberkesanan subjek tersebut. Aku rasa bukan kat tempat keje aku aje, tapi kat tempat lain pun ade juga macam ni. Ending setiap semester adalah masa menakutkan oleh setiap pengajar untuk membaca komen2 daripada student2 mereka. Kalau komen membina yang positif....bagus la tapi ade juga yang bagi komen yang negatif dan tak kurang juga yang bagi komen out of topic yang ntah ape-ape ntah. Pada yang malas nak komen, ruangan komen tu akan dibiarkan kosong aje. Ok la tu...daripada mengarut lebih baik leave it blank.

Evaluation form untuk subjek yang diajar

Aku ingat lagi masa aku belajar dulu, selalunya aku akan rate setiap lecture aku tu 3/5 yang bermaksud lecture aku tu tak lebih tak kurang. Kira in the middle la. Walaupun lecture tu adalah lecture yang paling teruk, tak pernah la aku nak hentam lecture aku tu, sbb aku amat hormat setiap guru yang mengajar aku. Pada bab komen pula, kalau aku malas nak komen aku akan biarkan kosong aje tapi kalau rajin nak habiskan dakwat pen aku...maka komen yang aku bagi selalunya komen merapu aje. Pernah sekali masa tu ending semester tu adalah sebelum menyambut Hari Kebangsaan, so ape lagi komen aku adalah ucapan selamat hari merdeka le. Ade sorang lecture aku tu suka buat bunyi "bubble" bila dia tersasul, so aku komen, "Dr...sila kurangkan bubble anda". Ahahaha...takde kaitan kan dengan subjek.

Dah 5 tahun aku keje kat sini..dan dah 4 tahun aku terlibat mengajar budak2 diploma. Jadinya dah 4 kali la (dengan mengambil kira aku cuma terlibat mengajar pada semester dua sahaja) aku kena collect evaluation form budak2 ni. Macam-macam komen yang aku dapat yang kadang2 lagi nakal dari komen aku masa belajar dulu. Ada satu yang aku ingat bila student komen kata bas tak cukup, harga makanan mahal dan macam2 lagi la komen yang takde kaitan dengan subjek yang diajar. Masa tu nak marah pun ade nak gelak pun ade.

Tapi kali ni...untuk semester ni aku dapat komen yang paling buat aku tersenyum, tersengeh sampai habis kembang lubang hidung dengan kembang punggung aku ni. Hahahahha...

Komen yang membuatkan aku lupa daratan sekejap

Nota_jari: teringat masa nakal zaman gonjeng2 dulu. hahaha

Monday, October 25, 2010

Set Pertama

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:26:00 AM 2 uncang teh
Orang lain dah lama berjinak-jinak ade set pinggan mangkuk atau set minum teh....aku pula baru terhegeh-hegeh nak beli. Itu pun lepas kene bebel dengan makcik aku....cakap aku langsung tak beli set pinggan mangkuk (dia bising sbb setiap kali dia balik Kangar dia kene guna pinggan hadiah sabun Daia je...hahha...tu la sape suruh husband dia usung sekali pinggan nasi yang mak aku bg masa pindah dulu...nasib la). Tapi aku beli set pinggan ni bukan untuk digunakan pun.....aku nak simpan sehingga sampai masa mengizinkan untuk digunakan, baru aku akan guna. Nak aku guna sekarang....minta ampun minta maaf...tak sanggup aku bila tengok adik sepupu aku yang umur 3 tahun tu macam askar jepun geledah umah je....nanti tak pasal2 habis hancur semua tu...dah la mahal...Sedangkan kucing aku pun dia boleh humban dalam pasu ikan...inikan pula set2 barang mahal aku....yaaa ampunnnn....tak sanggup aku.

Huh! membebel pula aku...ape yang nak aku citer pun dah terlupa. Berbalik pada set pinggan cawan aku tu, aku beli dengan kawan aku je. Set Akojaya...Beli pun lepas pikir 10000x tu..lepas congak tolak darap tambah bahagi...baru aku berani nak amik. Takde la mahal kalau untuk org yg kaya...tapi untuk aku yang bernafas pun dah tahap nyawa-nyawa ikan...kira mahal la juga. Lagi pula koleksi set pertama kan, mestila sayang. Cinta hati pertama... Perghhh!!! terasa bangga la juga (walaupun org lain ade set lagi mahal dr aku).

Inilah set makan malam 37 keping jenama Akojaya tu. Set Royal Garden. Bunga ros kecik2 ala English style. Pertama kali tgk gambar kat buku katalog dah jatuh cinta jatuh hati jatuh katil dah. Masa tu bulan puasa...kawan2 yang lain asyik order, aku pula tahan nafsu. Jadinya, siang malam terbayang. Lepas raya..dah tak boleh nak pujuk hati...terus masuk meminang set ni kat kawan aku....Mas kawin...ansuran boleyyy..kata kawan aku...

Royal Garden Set (credit to En. Google)

Set minum teh yang telah membuat aku jatuh cinta selalu

Aku ingat nak completekan set Royal Garden ni. Lepas ni nak belik tureen dengan set kaserol pula. Nak bagi lengkap semua. Dah dapat bayangkan, nak display dalam almari putih and letak kat ruang tamu....wah! tak sabarnya....

Nota_jari: betul-betul buat aku tak sabar nak beli dan ada rumah sendiri.


Thursday, October 21, 2010

Jalan-Jalan ke KK Home Deco

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:08:00 PM 6 uncang teh
Ade sesape yang minat dengan english deco? Jom gi jengah kedai KK Home Deco. Kedai ni sebenarnya banyak cawangan dan salah satunya cawangan Shah Alam yang terletak di Tingkat 3, SACC Mall.

Minggu lepas, lepas habis kelas gigih giler aku drive gi SACC Mall tu. Walaupun kelas habis lewat pukul 6.30 petang, usaha juga aku gi SACC tu sorang-sorang semata-mata nak gi jengah Kedai KK Home Deco ni. Dua minggu lepas aku gi jengah kedai Romantika yang kat Shah Alam tu. Serius, sesape yang gila bab-bab english deco mesti jadi orang sasau sekejap bila masuk 2 kedai ni sbb kedai2 ni memang khusus menjual dekorasi ala-ala english gitu.

Kat KK Home Deco ni memang complete la dekorasi english ni dari A sampai Z. Dari sekecik-kecik barang hiasan sampai la segabak-gabak katil dan kabinet. Ape yang menarik, kabinet, katil dan segala rak semuanya kaler putih dan ada corak2 bunga english rose tu. Kalau nak bercakap soal harga pula, ada yang murah dan ada yang mahal. Kalau nak compare dengan harga kat Romantika, aku rasa Romantika punya harga lagi murah skit je.





Ini je gambar yang sempat aku snap masa kat kedai tu. Nak snap lagi banyak salesgirl tu asik ngekor aku je. Kalau tak boleh aku snap set ruang tamu, set ruang makan ngan set bilik tidur. Cantik-cantik...rasa macam dah tak sabar nak ade rumah sendiri and nak deco gaya english kesukaan aku ni. Tapi aku rasa kat KK Home Deco cawangan Shah Alam ni tak banyak barang sangat la. Rasa-rasanya cawangan KK Home Deco yang kat depan Sogo tu lagi banyak kot. Takpe..next time aku nak jengah cawangan sana pula.

Thursday, October 7, 2010

Email Spam Maybank

masa minum teh ~*irjune*~ pada 10:14:00 AM 3 uncang teh
Semalam masa aku check spam box email aku, ade la satu email tersesat ngatakan dia ni email dari pihak Malayan Banking Berhad.  Selain inbox, aku kadang2 akan check spam box juga, mana la nak tau kot2 ade email sesat kata nak berkenalan ngan aku ke....ekekke...ok..aku perasan sekejap.

Selama ni aku selalu baca kata ada org yang dapat email minta update info daripada pihak bank sedangkan email tu sebenarnya adalah spam yang bertujuan untuk memanipulasi akaun bank pengguna. Dan akhirnya pada hari semalam aku pun dapat, daripada pihak Maybank (kononnye la) yang minta aku untuk update info termasuk TAC no aku (TAC ni ape eh?...no pin ke?)


ni la email yang aku dapat. sila klik untuk paparan yang lagi bagus

Bila tengok email yang aku dapat tu, ketara sangat la tu email hacker yang nak memanipulasi pengguna. Dan inilah yang menyebabkan aku menjadi hairan bin ajaib kerana dalam keadaan yang sangat ketara tu kenapa ada pengguna bank (tak kisah la bank apa pun) yang tertipu dengan email spam macam ni.

Terasa lucu la plak dengan kaki penipu kat internet ni. Tu la otak tu dah set untuk memanipulasi teknologi internet sampai dah tak boleh nak set kepada tahap manual dah. Kesian...kesian....Korang ni kan, kalau korang nak menipu pun, mai sini cakap depan2 aku confirm la aku akan mudah terpengaruh ngan dakyah menipu korang tu, lagi2 kalau yang datang tu adalah mamat hensem macam Johnny Depp ke atau setidak-tidaknya macam Ashraff Muslim tu. Bukan setakat no TAC je...no siri kotak kasut aku pun aku boleh bagi. Ini kalau setakat korang hantar email dan minta aku update ape jenis info ke, cakap aku menang duit satu juta rupiah ke atau kata aku adalah pewaris tunggal Bill Gates ke...mati hidup semula pun aku tak kan percaya.

Ini adalah kerana:
1. Aku bukannlah pengguna online banking yang tegar. Segala uerusan mengenai bank, aku sanggup gi menghadap manusia2 kat kaunter bank tu. Kalau manusia2 tu tanak layan aku kat kaunter, aku sanggup berbaris di CDM ngan ATM untuk berurusan as long aku nampak kat mana dan siapa yang dah telan duit aku.

2. Selama aku jadi pengguna Maybank sejak 5 tahun yang lepas, segala urusan antara aku dan Maybank adalah melalui surat menyurat. Tak pernah lagi la melalui email. Kalau aku nak update ape2 pun, aku kena gi kat Maybank dan diorang akan bagi aku isi borang dan update on the spot depan aku juga.

3. tengok kat sender email tu pun dah tau itu spam...kata dari Maybank (bank Malaysia) tapi guna email aol.com. nampak sangat penipunye.

4. kat email tu pun dia attach website Maybank tapi kalau kita sedar address website tu cuna maybank2u.com sedangkan address yang betul adalah maybank2u.com.my.

5. Sebab aku tak tak tau TAC no tu stand for what (no pin ke?), jadi aku pun mengabaikannya sbb aku percaya semua data tu pihak Maybank dah simpan elok2 dalam pengkalan data diorang.

Last sekali, kepada semua pengguna perkhidmatan bank di Malaysia terutamanya pengguna online banking yang tegar, berhati-hati dengan email2 spam yang nak curi duit dalam akaun anda tu. Walaupun dalam akaun anda cuma ada RM10 tapi dia boleh guna semua maklumat tu untuk kerja jahat yang lain, cthnya penipuan kad kredit.

Berhati-hati ye....

Monday, October 4, 2010

Bawal Dari Kelantan

masa minum teh ~*irjune*~ pada 9:56:00 AM 0 uncang teh
Ini bukan cerita pasal ikan bawal...tapi pasal tudung bawal...ekekkeke

Pertama sekali...ucapan terima kasih kepada officemate aku, Puan Adyani kerana sudi menolong membelikan tudung bawal semasa pergi outstation ke Kelantan. Walaupun tudung tu berteraskan citarasa Puan, tapi it's look so nice.

Walapun sekarang ni banyak jenis tudung ada di pasaran, tudung bawal tetap maintain No.1. Aku kenal dan sedar kewujudan bawal ni pun masa musim Matrix kat USM dulu. Ada classmate tu pakai tudung ni...cantik...warna pun sweet tapi masa tu tudung bawal masih lagi sangat nipis dan jarang. Masa tu depa kata tudung bawal yang nipis, jarang dan kaler cantik tu bawal No.1. Ada pulak bernombor2.

Dulu2, tudung bawal ni cuma ada kerawang tepi je. Almaklumlah...Kelantan kan, glamer kerawang2 ni. So tudung pun depa kasi kerawang. Kerawang nipis harga murah...Kerawang tebal harga mahal. Tapi seriring dengan peredaran masa, tudung bawal skrg ni bukan setakat jahit kerawang, ada yang dah di jahit manik, ade yang dah dijahit sulam tangan, ada dah yang dilekat batu2 warna-warni....jadi pilihan pun pelbagai.



Inilah tudung yang aku pesan kat kawan aku tu. Walaupun kat Kangar ni ade je tudung bawal ni tapi kalau kat Kelantan pilihan dia lagi banyak. Warna dan corak pun pelbagai selain daripada harganya yang murah.

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea