Monday, September 24, 2012

Nyahkan Bau Badan Itu

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:42:00 PM 7 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Sape ade bau badan...sila angkat tangan. Sure ada yang angkat dan ada gak yang sembunyi2 angkat tangan ,malu nak mengakukan. Well, semua manusia sure ada bau badan. Cuma yang membezakannya sama ada bau badan itu wangi atau busuk, kuat atau tak kuat je.

Pada yang bau badan mereka wangi takde masalah ler. Tapi kalau bau badan tu busuk, lepas tu tersangat kuat sampai boleh buat orang sekeliling pengsan...haaa...itu masalah la tu.

Bau badan ni kalau tersangat kuat boleh menjatuhkan keyakinan diri kita. Macam-macam produk ada dipasaran untuk menyelesaikan masalah bau badan ni. Tapi bukan semua jenis produk ni sesuai untuk semua orang. Ade yang ok...ade yang tak ok.

Berdasarkan pengalaman diri sendiri, bau badan ni boleh terjadi oleh pelbagai sebab. Selain ia adalah tindak balas kimia....bau badan juga boleh terjadi sebab:

1. bulu ketiak yang tak pernah dicabut/cukur.
2. suka sangat makan bawang putih/atau makanan yang kuat bau mcm petai atau jering.
3. kuat berpeluh.
4. malas nk pakai deoderant/pewangi.

Tapi ade gak sesetengah kes, dah cabut/cukur bulu ketiak tapi still ade bau badan yang kuat...bukan setakat bau masam aje tapi dah macam bau petai, jering gitu. Diri sendiri yang terbau pun boleh pengsan. Itu tak boleh nak kata ape la sebab mungkin sebab badan jenis kuat berpeluh so nak tak nak ianya akan mengeluarkan bau yang sangat-sangat menyeksakan lubang hidung sendiri.

Itulah yang aku pernah hadapi dulu. Actually sekarang ni pun jadi mcm tu gak...tapi kadang-kadang je itupun kalau aku lupa nak pakai deoderant. Pemalas betul aku ni. Hahaha....

So..selepas diperkenalkan oleh adik aku (dia ni beauty consultant aku la gamaknya kot), akhirnya aku dah jumpa deoderant yang sangat-sangat sesuai dengan diri aku ni (yang sangat-sangat kuat berpeluh).


Yes...inilah deoderant yang aku pakai sekarang ni...PERSPIREX. Memang berkesan.Walaupun harga dia ni boleh tahan terjojol biji mata berbanding saiz botol yang cuma 30ml aje kalau tak silap aku, tapi memang berbaloi menggunakannya. Dah 2 3 tahun aku guna dan hasilnya memang menakjubkan. Tapi persipirex ni cuma dijual di Guardian sahaja, dan kadang-kadang stok dia sangat la limit...cuma 2 3 kotak aje. Maybe sebab harganya yang mahal iaitu lebih kurang RM60 menyebabkan tak ramai nak menggunakannya selain pengguna yang setia. Walaupun harga dia mahal, tapi boleh guna sampai 6 bulan. Sebabnya...kita tak perlu guna setiap hari...setiap masa. 

Cara penggunakannya pun senang, cuma calit aje kat bawah ketiak tu waktu malam masa nak tidur. Kalau jenis bau badan kuat, guna lah setiap malam. Tapi lepas bau badan tu dah tak berapa kuat...guna aje seminggu 2 3 kali pun dah ok. Waktu malam aje tau. 

Tapi AWAS...jangan pakai lepas korang shave/cabut bulu ketiak tu atau kalau ketiak korang luka sebab ia akan menyebabkan reaksi yang....anda sendiri pun boleh nak nangis. Pedih oooo...lepas tu geli-geli gatal-gatal macam nak garu tu. So kalau plan nak cukur bulu ketiak tu, malam sebelum tu pakai n then esoknya cukur/cabut la. 

Ape-ape pun kalau ia menyebabkan kulit ketiak anda merengsa...cepat-cepatlah jumpa doktor ye. Aku tak kata produk ni sesuai untuk semua orang tapi untuk aku, adik aku, adik ipar aku dan kawan aku si rafe tu...produk ni memang sesuai utk kami.

Tuesday, September 11, 2012

Teman Pengganti

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:58:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

First time dengar lagu ni aku dah suka. Dua tiga kali dengar kat radio, aku semakin berminat dengan bait-bait lirik lagu ni. Bila aku search, tengok kat youtube, rupanya sangat mendalam maksud lirik lagu ni. Kalau ikut pemahaman aku, lagu ni berkisar mengenai suami yang mendapat sakit kronik dan telah mendapat visi untuk mengadap Ilahi. So korang, jom la kita layan lagu Teman Pengganti nyanyian Malique ft Black.



Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang disisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gundah-gulana
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini telah lama aku pendamkan
Tiba masanya segala-galanya ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, dtindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksiacuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kau lah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 ribu hijab harus kusingkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Rahsia ini telah lama aku pendamkan
Tiba masanya segala-galanya ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya kau cari teman pengganti

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun ku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi dihalaman rusuk kiri
makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
kau cari teman pengganti



Nota_jari: Sumber Youtube

Monday, September 3, 2012

Birthday Gift

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:26:00 PM 4 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Aku ni bujang lagi. Aku takde husband yg nak belikan aku hadiah untuk birthday aku. Aku takde tunang yang nak belanja aku candlelight dinner time birthday aku. Aku takde boyfriend yang nak belikan bunga ros kuntum2 merah utk kejutan birthday aku. Yang aku ada cuma kawan2 yang sudi wish kat aku happy birthday dan juga adik2 aku yang baik hati belikan kek vanilla dan ais krim utk aku tiup2 lilin. Terharunye aku.

Jadinya, program raya aku ke Shah Alam baru2 ni bukan sahaja untuk beraya ke rumah makcik pakcik aku kat area sana tetapi juga beraya di Sogo. Kebetulan masa member's sale sebelum raya tu aku dpt voucher sebanyak RM170, so dengan voucher tu la aku nak perabih sakan utk shopping.


So, dengan nilai voucher tu dan ditambah seringgit dua dari dompet sendiri, aku beli la apa yg berkenan di hati. Hajat di hati tu nak belikan hadiah untuk diri sendiri tu jam atau sunglasess tapi tak jumpa plak yang berkenan. So bila lalu kat kaunter perfume Ralph Lauren tu, testing-testing bau, tengok harga, tengok baki voucher, tengok cash money dalam dompet, maka aku berkenan la dengan perfume Ralph Lauren Big Pony 2 for Women 50ml EDT.


Untuk range Big Pony ni sebenarnya ade 4 bau yang setiap bau tu warna botolnya adalah berlainan. Tapi aku suka dengan bau yang no 2 tu, fresh, sweets and fruity. Sesuai untuk aku pakai gi kerja (semua jenis perfume aku hentam pakai untuk gi keje). Tapi cuma satu je yg lecey...perfume ni just EDT sahaja bukan EDP. Tapi takpe...sesuai la dengan harga dia yg cuma RM190 untuk botol 50ml di kaunter perfume Sogo.


Bilik Tidur Idaman

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:55:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Korang tau kan kat fb tu banyak benor applikasi-applikasi utk kita seronok-seronok manja. So bila dah kering idea utk post status...kita klik aje kat applikasi ni dan terbit la satu status baru untuk kita kat fb. Senang bukan.

So aku pun klik la applikasi utk bilik tidur idaman dan akhirnya inilah bilik tidur idaman aku...


Hok aloh...cantik la pulok...dan sesungguhnya inilah bilik tidur idaman aku....pandai applikasi ni bg aku picture ni kan.

OST Adam dan Hawa - Muara Hati

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:18:00 PM 0 uncang teh
Assalamualaikum wbt

Walau baru seminggu disiarkan tapi drama ni semakin hangat diperkatakan. Sana sini org asyik bersembang mengenai drama Adam dan Hawa, mengenai Aaron Aziz yang menjadi Adam Mukhriz dan juga sebab musabab mengapa Nadiya Nissa dipilih untuk menjadi Ain Hawani, tanpa kita sedari bahawa semua pelakon drama ini telah dipilih sendiri oleh penulis novel tersebut iaitu Aisya Sofea.


Aku tak nak komen lebih2 pasal drama ni sebab baru 4 episod ditayangkan. Takut nanti kalau komen lebih2 karang tengok drama tak sama macam novel...macam drama Bicara Hati yang adaptasi daripada novel Damiya Hanna tu. Punya suka hati novel kesukaan jadi drama, tapi hampeh sbb banyak sangat penambahan-penambahan yang dilakukan pengarah sampai rosak cerita asal novel tu. Lepas tu dengan pelakon yang sangat over acting nye yang konon2 nak sangat menjiwai watak sampai kaku je aku rasa.

Ok...Stop pasal komen bab drama, pelakon atau jalan cerita......

Bila ada drama best, of course la ade lagu tema kan. Dah mcm trend plak skrg ni lagu tema untuk drama mesti yang fresh dr ladang. Maksudnya lagu tu memang digubah special untuk drama tu aje...lirik pun ade kaitan dengan jalan cerita. So ape lagi....dengan seronoknya...jom kita layan OST Adam dan Hawa ni.

OST Adan dan Hawa - Muara Hati (CT Nurhaliza ft Hafiz)



Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati dan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntun mu kepada ku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali...padamu

Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku berhujung padamu
Kemana pun kan pasti kembali ....

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali...

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasa
Sesuatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk dalam hati
Cinta....



Nota_jari: Kredit to Youtube
 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea