Friday, December 28, 2012

Basikal Mini

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:04:00 AM
Assalamualaikum wbt.

Nak stori pasal basikal pula. Ni aset pertama aku di dunia ni. Kenderaan pertama aku yang tak perlu nak gi amik test dengan JPJ. Maknanya, satu-satunya kenderaan yang dipandu secara manual dengan cara mengayuh pedal basikal dan tak memerlukan lesen dan tak perlu minyak. Hahahahaha....

Aku ni penakut orangnya. Aku belajar naik basikal pun masa aku darjah dua. Aku sekolah sesi petang, so masa pagi tu sempatlah aku belajar naik basikal dengan abang aku. Aku belajar basikal pun dah hujung tahun dah, sebagai persediaan untuk aku naik basikal sendiri pergi sekolah bila masuk darjah 3.

Masuk darjah tiga aku kena pergi sekolah naik basikal sendiri sebab abang aku darjah empat kena sesi pagi. Masa ni aku dapat basikal besar arwah tokwan aku dengan pelantar besar, manakala abang aku pula ayah aku belikan basikal raleigh baru. Jeles juga aku time tu. Abang dapat basikal baru tapi aku dapat basikal lama. Mak aku cakap nanti aku naik darjah 4 baru boleh beli basikal baru. Tak pe aku sabar. Naik ajelah basikal lama dengan pelantar lebar tu.

Masuk darjah 4 aku tagih janji ayah aku nak belikan basikal. Lama juga la ayah aku delay nak beli. Akhirnya aku ingat lagi masa tu, kalau tak silap aku bulan April 1990, hari pilihanraya, ayah ajak aku pergi kedai basikal Ah Chun untuk beli basikal. Ayah bagi kebebasan untuk aku pilih basikal sendiri. Ayah suruh aku beli basikal besar macam abang, tapi mana best. Aku ni perempuan, tak cun la naik basikal besar. Masa tu pula tengah glamer basikal mini dengan raga kat depan. So, aku pun pilih la basikal mini jenama Rally warna biru sebagai basikal aku. Bangga gila aku bila dapat basikal baru. 


Lebih kurang macam ni la basikal aku tu. Jenuh gak la aku nak google gambar basikal ni. Maklumlah basikal 22 tahun yang dulu. Basikal mini ni aku guna sampai aku Tingkatan 3. Tapi ade kisah menarik dengan basikal ni. Masa aku tingkatan 1, handle basikal ni pernah patah masa nak pergi sekolah. Hahahaha...Ganas betul aku pegang handle tu kan. Selain tu, akibat handle tu dah nak berkarat, aku pernah warnakan dengan water kaler warna hitam, yang akhirnya melekat kat lengan baju sekolah aku. Seharian waktu sekolah aku terpaksa lipat lengan baju kurung aku tu. Dan dengan basikal mini ni juga la aku buat adengan kejar mengejar ala-ala Awie dan Erra Fazira dalam filem Sembilu dengan bf cinta monyet aku. Hahaha....bestkan.

Masa Tingkatan 4 aku masuk sekolah asrama, basikal ni diturun wariskan kepada adik-adik aku. Habis jahanam diorang modified basikal ni. Ending kisah hidup basikal ni...jual kat India besi buruk. Basikal abang aku pula mak aku bagi kat sepupu aku untuk dia senang gi surau. Sekarang ni rumah aku dah takde basikal dah, yang ada cuma motorsikal je untuk tunggangan aktiviti rutin harian.

Nota_kaki: Picture credit to Google

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea