Assalamualaikum wbt.
Awal bulan 12 haritu aku kene gi outstation ke Sabah sebab kena present paper kat satu conference ni, PECON2012. Kat sana aku lepak kat Magellan Sutera Beach Resort, 5 star punya hotel (nanti aku buat entry lain pasal hotel ni).
Walaupun ini 1st time aku jejak kaki ke Sabah, tapi aku takde la sangat beria nak shopping melainkan cuma membeli sedikit buah tangan untuk keluarga dan kawan-kawan kat Semenanjung. Lagipun aku gi Sabah tu time tengah sengkek sebab gaji bulan 11 masuk awal, so takde la banyak sangat yang aku plan nak beli.
Tapi perbualan aku dengan sorang presenter dari Proton mengubah segalanya. Dia cakap, Sabah ni terkenal dengan mutiara, so kenapa tak beli mutiara untuk diri sendiri. Tersedar dan terpengaruh dengan ayat dia tu, dan kebetulan kawan aku pesan brooch pearl, so petang tu selepas habis sesi aku present paper, aku pun sorang-sorang gamble gi kuar bandar KK hanya semata-mata nak beli mutiara.
Jadi pencarian mutiara aku berhenti kat kedai Jamilah Jewellery di Kompleks Sinsuran, bersebelahan Centre Point Sabah Mall. Bila masuk kedai ni rambang mata di buatnya, dan pekerja kedai ni pun ramah-ramah belaka. Design brooch pun menarik berbanding yang aku beli di Pasar Filipino. Jadinya aku pun belilah brooch untuk kawan aku tu dan juga beberapa utas tasbih dan rantai tangan daripada mutiara air tawar.
Dan untuk diri aku, aku beli la satu utas mutiara air masin Sabah yang aku jadikan rantai tangan. Warna mutiara aku ni colourfull. Ada nampak macam pink, ade nampak macam greyish, ade nampak putih, senang cakap warna-warni la.
Selepas beli mutiara untuk aku ni, bestie aku si Rafeah pun nak juga. Terpaksalah esoknya sebelum gi airport tu aku kelam kabut gi beli mutiara untuk dia juga tapi warna pink kelabu. Nasib baik dia suka. Hehehe.....
Send from my Windows Phone
0 uncang teh :
Post a Comment