Thursday, March 4, 2010

Happy birthday mom!

masa minum teh ~*irjune*~ pada 1:13:00 AM 0 uncang teh
Supposely this entry should be wrote last night (2/3/2010) before 12 o'clock am because it was my mother's birthday. But, since someone have spoiled my day with nonsense issue...so the different entry was came out. Because this night I have great mood to write in this my cute blog (ceh perasan btul), so here I want to wish with all of my heart to my lovely mother.....

HAPPY BIRTHDAY MOM AND MAY ALLAH ALWAYS BLESS YOU AND OUR FAMILY FOREVER. I LOVE YOU SO MUCH AND YOU KNOW WHO I AM VERY MUCH.

Present....there is no priceless present to give to my mother except our love and happiness and you know that all mother in the world always pray to their children.

Again....to my mother Mrs. NORMUIA'NI BINTI SELAMAT...happy birthday and Allah bless you always. You are my angels and everything in my life. Love you so much.



Wednesday, March 3, 2010

9 akal 1 nafsu atau 9 nafsu 1 akal

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:08:00 AM 0 uncang teh
Sepanjang minggu ni heboh pasal cerita Allahyarham adik Syafiya Humairah. Sedih betul bila tau cara dia meninggal. Seksa. Budak 3 tahun...apa yang diorang tau. Jadi dalam hal ni sape yang patut dipersalahkan....ibunya, atoknye, neneknya, bapa saudaranya, teman lelaki ibunya yang sangat bodoh itu atau masyarakat yang semakin hilang rasa tanggungjawab mereka? Fikir-fikirkanlah..........

Kalau sembang dengan lelaki mesti diorang bangga sbb diorang ni ada 9 akal 1 nafsu dan perempuan pula cuma ada 1 akal dan 9 nafsu. Dalam ayat tersirat, orang lelaki ni seakan2 nak kondem perempuan la yang konon2nya sbb diorang ada 9 akal so diorang ni lagi bijak. Tapi, dengan apa yang terjadi pada adik Shafiya dan juga beberapa peristiwa sedih sepanjang hujung tahun 2009 dan awal 2010 ni, aku rasa walaupun ada 9 akal tapi lelaki masih lagi mengutamakan 1 nafsu mereka tu.

Cuba lihat, sape yang banyak masuk dalam pusat serenti...lelaki kan.Sape yang banyak jadi mat rempit....lelaki, sape yang banyak masuk penjara...lelaki....sapa yang banyak ada kes di mahkamah..lelaki...pendek kata selain memonopoli dalam pembangunan negara..lelaki juga memonopoli dalam kejatuhan nilai masyarakat masa kini. Bukan takde perempuan yang salah...ada...lagi2 dengan laungan kesamarataan gender yang di laung2kan oleh NGO yang berjuang untuk wanita.....wanita juga ada yang masuk pusat serenti, masuk penjara, masuk mahkamah. Tapi perlu diingat...lelaki adalah ketua...jadi bila ada ketua adalah pengikutnya dan pengikutnya adalah perempuan.

Sekarang ni susah nak cari lelaki yang berkualiti, lagi2 bila ramai wanita dah semakin maju dalam pelajaran dan kerjaya. Nak cari lelaki yang sekufu memang susah. Sebab tu ramai wanita di luar sana rela untuk hidup sendiri dari terus di ikat oleh lelaki yang banyak akal ini.

Walaupun lelaki ada 9 akal tapi kebanyakkan akal lelaki ni tak digunakan semaksimum untuk perkara yang mendatangkan faedah. Sebab tu boleh kita tengok macam mana dengan senang hati lelaki2 ini boleh menyeksa perempuan, menyeksa kanak2 sampai mati....sebab akal yang banyak tu diorang simpan kat kepala lutut. Cuba kalau akal yang banyak tu diorang letak kat otak...guna betul2...mesti takde la kes rogol, bunuh, dan sebagainya. Berbeza dengan perempuan, 9 nafsu memang digunakan secara maksimum sebabnya hanya 1 akal je yang nak kawal, jadi mana mampu.

Jadi itulah sebabnya tuhan jadikan lelaki 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal, supaya saling melengkapi. Bila lelaki dan wanita berkahwin secara sah, nisbah akal dan nafsu ini akan jadi seimbang. Lelaki yang mempunyai 9 akal boleh mengawal 9 nafsu wanita, dan wanita yang mempunyai 9 nafsu boleh melayan 1 nafsu lelaki. Tapi, tak dinafikan, lelaki ni ego tinggi. Walau rendah macam mana pun status pendidikan atau pemikiran mereka, 1 perkara yang diutamakan adalah ego. Wanita pula, walau status pendidikan dan pemikiran tinggi, mereka tetap seorang makhluk yang kurang ego dan lemah lembut.

Maaf, hari ni aku jadi emo sikit, mungkin sebab bengang dengan hal yang berlaku semalam, Jadi cerita hari ni mungkin berbau sedikit feminisme, tapi aku bukan anti lelaki.

Nota_jari: merujuk pada diri aku, lebih senang nak deal dengan org (tak kira lelaki atau perempuan) yg sama level pendidikan dan pemikiran daripada mereka yang tak sama level. (tak sama level ni adalah org yg level terlalu tinggi dan level yg rendah dari aku)

Wednesday, February 24, 2010

Jom layan angau aku malam ni

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:37:00 PM 6 uncang teh
Petang tadi aku pergi jumpa kawan lama aku masa zaman belajar dulu. Zaman aku tak pandai nak bergaya. ahaks!!!...Jumpa dia sbb aku nak bg nota utk dia amik exam perkhidmatan dia. Kebetulan aku dah lama lulus cemerlang exam tu jadi dia nak pinjam nota aku utk dia lulus plak. ahaks!

Kami jumpa kat Fatin Corner, kira salah satu kedai cendol yang glamer gak la di Perlis ni. Awal2 jumpa aku dah berdebar dah.Walaupun rasa debar tu takde la sampai nak gugur jantung, tapi kira gubra la juga. Last aku jumpa kawan aku ni 5 tahun lepas....tahun 2005 dekat KL Sentral. Jumpa secara kebetulan, masa tu aku nak gi tempat kursus aku dan dia pulak tgh on da way nak gi interview. Masa tu sbnrnya aku dah cair dah tgk dressing dia. Aku ingat lagi, Kemeja lengan panjang warna biru muda, slack hitam, kaca mata nipis, mmg stail dressing yang aku suka sangat. Tak boleh kata tak, aku mmg tangkap leleh dengan lelaki yang dressing macam ni, lagi2 kalau dressing after office hour yang nampak macam selekeh skit. pergh...terserlah kesegakkan mereka.

Dan hari ni aku berjumpa lagi selepas 5 tahun. Aku nak elak untuk jumpa tapi terpaksa, sebab..sebab...sebab inilah....hari ni dia dressing after office hour punya stail. kemeja lengan panjang warna peach yang di lipat lengan sampai siku dengan baju yg tak di tight in, slack dan of course kaca mata nipis dia. Alahai aku cair lagi. Control...control...tapi ada gak tetiba tangan aku ketar gak. Tahan debar beb! Tahan!

Tak puas rasanya lepak dengan dia petang tadi. Tak puas nak tengok muka letih dia. Rasa macam tak nak balik tapi dah nak hampir maghrib, takkan aku nak hegeh lepak lagi.Ok...ok...ok....dia masih lagi bujang teruna. Tapi sekarang ni dia tgh terjerat dengan skandal cinta tiga segi plak. So, kalau aku gatal masuk line...nanti nak jadi baper segi plak??? Lagi pulak dia kawan aku beb...kawan aku...takkan la aku nak menggatal dengan kawan sendiri. Aku pun dah serik dah nak menggatal dengan kawan sendiri. Cukup2 la apa yang dah jadi dulu. Serik juga. Aku taknak pisang berbuah banyak kali dah kali ni.

Jadi, sekarang ni sambil2 aku taip entri ni sambil2 aku tgk citer CSI kat tv sambil2 la aku layan angau aku. Takpe kan sekali sekala nak layan angau ni. Wah...malam ni aku konpem tido sambil senyum. Hmm...minta2 la dia interframe dalam mimpi aku malam ni. Hopefully.....

Nota_jari: sorry..entri ni takde gambar sbb kalau letak gambar nanti bocor la rahsia.

Tuesday, February 23, 2010

Sila angkat tangan jika anda calon yang sesuai

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:21:00 AM 4 uncang teh
Petang tadi sebelum maghrib aku sempat la sembang kejap dengan auntie Shanty jiran depan umah aku ni. Almaklum la dengan kesibukan aku dan cuaca panas sejak kebelakangan ni telah membataskan aktiviti lepak aku bersama-sama makcik2 jiran depan umah aku ni.

Borak punya borak auntie ni tanya birth of date aku and aku pun bg tau la kan. Ye la mana nak tau auntie sekeluarga nak celebrate birthday aku ke...nak bg adiah ke...gembira juga rasanya. Rupanya dia kira birthday aku base on numerical punya ciri. Huhuhuhu...kiranya lepas birthday aku di kira dia kata aku ni tergolong dalam kelompok org no 2 (sorry..aku tak igt ciri2 org no 2 tapi korang leh google aje kat internet ni). Aku pun setuju la sbb aku pernah gak mengira guna kaedah ni. Dan apa yang best bila auntie tu cakap...,"org no 2 ni kene cari org yang no 5 atau 7 baru relationship tu berpanjangan." So, aku dah dapat satu hint pasal jodoh aku.........

Kepada calon2 yang terdiri daripada kelompok no 5 dan 7...sila hubungi saya untuk sesi temuduga. hahahhahhahahah....

Nota_jari: semua ni adalah ramalan sahaja...tidak boleh percaya 100% tetapi boleh dijadikan rujukan untuk diri sendiri sahaja. TQ




Monday, February 22, 2010

Serangan nafsu + Special Entry

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:53:00 PM 4 uncang teh
SERANGAN NAFSU

Ingat balik kg amik cuti seminggu minggu lepas boleh la nak mengekang nafsu shopping aku ni. Tapi dah nama pun perempuan....walau kat mana pun nafsu shopping tu tetap melekat dalam badan tak boleh nak pisah2. Semua benda kalau boleh aku nak beli, tapi sbb poket aku ni bukannya poket doraemon yg boleh kuar segala jenis benda pelik, jadi kadang2 kena juga tahan nafsu. Ok, back to what I'm buying during my long long holiday at kg; nak kata tak banyak...banyak juga la yg aku beli. Hmmm....malas plak nak citer panjang2...let the pictures tell the story...


Ni bekas handphone aku. Rasa cam cute aje gambar ni, jadi aku beli la.

Yang aku nak tunjuk tu baju biru yg aku pakai tu. Kalau beli time nak raya puasa confirm harga cecah RM150++ tapi sebab aku beli time raya cina, harga cuma RM100 aje. Murahkan.


Item wajib kalau beli kasut, mesti high heel...teka..ni baper inci punya tinggi ni.
(teringat citer korea kalau tgk high heel tggi ni). Kasut ni cuma RM55.90 after 20% less.

*****************************************

SPECIAL ENTRY

Dah lewat dah ni....sepatutnya kena buat hari Sabtu 20/2/2010 yang lepas tapi memandangkan masa tu aku di kampung tgh bersenang lenang bercuti, jadi broadband aku pun cam siput sedut punya stail la. Setakat nak update sikit2 tu boleh la, tapi kalau nak upload gambar sampai berjambang pun belum tentu siap lagi.

So kat sini aku nak wish happy birthday kat abang aku yang sulong. Umur dia dah 31....ye ye ye...dia cuma tua setahun aje dari aku. Itu la sbb dia abg dan aku jadi adik dia. hahhahahhaha

Ye....mmg ketara saiz badan abg aku ngan aku yang aku boleh ibaratkan saiz aku cuma 1/3 dari saiz abg aku. Tapi percaya lah...satu masa dahulu saiz badan abg aku ni pun tersangatlah kerempeng macam kentang goreng McD tu. Semenjak dia dah kahwin ni je badan dia macam apom. Maybe dia bukan makan nasi tapi makan yis ngan serbuk penaik kot.

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea