Wednesday, March 3, 2010

9 akal 1 nafsu atau 9 nafsu 1 akal

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:08:00 AM
Sepanjang minggu ni heboh pasal cerita Allahyarham adik Syafiya Humairah. Sedih betul bila tau cara dia meninggal. Seksa. Budak 3 tahun...apa yang diorang tau. Jadi dalam hal ni sape yang patut dipersalahkan....ibunya, atoknye, neneknya, bapa saudaranya, teman lelaki ibunya yang sangat bodoh itu atau masyarakat yang semakin hilang rasa tanggungjawab mereka? Fikir-fikirkanlah..........

Kalau sembang dengan lelaki mesti diorang bangga sbb diorang ni ada 9 akal 1 nafsu dan perempuan pula cuma ada 1 akal dan 9 nafsu. Dalam ayat tersirat, orang lelaki ni seakan2 nak kondem perempuan la yang konon2nya sbb diorang ada 9 akal so diorang ni lagi bijak. Tapi, dengan apa yang terjadi pada adik Shafiya dan juga beberapa peristiwa sedih sepanjang hujung tahun 2009 dan awal 2010 ni, aku rasa walaupun ada 9 akal tapi lelaki masih lagi mengutamakan 1 nafsu mereka tu.

Cuba lihat, sape yang banyak masuk dalam pusat serenti...lelaki kan.Sape yang banyak jadi mat rempit....lelaki, sape yang banyak masuk penjara...lelaki....sapa yang banyak ada kes di mahkamah..lelaki...pendek kata selain memonopoli dalam pembangunan negara..lelaki juga memonopoli dalam kejatuhan nilai masyarakat masa kini. Bukan takde perempuan yang salah...ada...lagi2 dengan laungan kesamarataan gender yang di laung2kan oleh NGO yang berjuang untuk wanita.....wanita juga ada yang masuk pusat serenti, masuk penjara, masuk mahkamah. Tapi perlu diingat...lelaki adalah ketua...jadi bila ada ketua adalah pengikutnya dan pengikutnya adalah perempuan.

Sekarang ni susah nak cari lelaki yang berkualiti, lagi2 bila ramai wanita dah semakin maju dalam pelajaran dan kerjaya. Nak cari lelaki yang sekufu memang susah. Sebab tu ramai wanita di luar sana rela untuk hidup sendiri dari terus di ikat oleh lelaki yang banyak akal ini.

Walaupun lelaki ada 9 akal tapi kebanyakkan akal lelaki ni tak digunakan semaksimum untuk perkara yang mendatangkan faedah. Sebab tu boleh kita tengok macam mana dengan senang hati lelaki2 ini boleh menyeksa perempuan, menyeksa kanak2 sampai mati....sebab akal yang banyak tu diorang simpan kat kepala lutut. Cuba kalau akal yang banyak tu diorang letak kat otak...guna betul2...mesti takde la kes rogol, bunuh, dan sebagainya. Berbeza dengan perempuan, 9 nafsu memang digunakan secara maksimum sebabnya hanya 1 akal je yang nak kawal, jadi mana mampu.

Jadi itulah sebabnya tuhan jadikan lelaki 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal, supaya saling melengkapi. Bila lelaki dan wanita berkahwin secara sah, nisbah akal dan nafsu ini akan jadi seimbang. Lelaki yang mempunyai 9 akal boleh mengawal 9 nafsu wanita, dan wanita yang mempunyai 9 nafsu boleh melayan 1 nafsu lelaki. Tapi, tak dinafikan, lelaki ni ego tinggi. Walau rendah macam mana pun status pendidikan atau pemikiran mereka, 1 perkara yang diutamakan adalah ego. Wanita pula, walau status pendidikan dan pemikiran tinggi, mereka tetap seorang makhluk yang kurang ego dan lemah lembut.

Maaf, hari ni aku jadi emo sikit, mungkin sebab bengang dengan hal yang berlaku semalam, Jadi cerita hari ni mungkin berbau sedikit feminisme, tapi aku bukan anti lelaki.

Nota_jari: merujuk pada diri aku, lebih senang nak deal dengan org (tak kira lelaki atau perempuan) yg sama level pendidikan dan pemikiran daripada mereka yang tak sama level. (tak sama level ni adalah org yg level terlalu tinggi dan level yg rendah dari aku)

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea