Assalamualaikum wbt
Hajat dihati tu nak sambung keje opis kat rumah. Tapi bila dah on internet tu, bukan nak search bahan pengajaran, tapi buka blog sendiri. Baca dan lepas tu sengih-sengih sendiri depan laptop. Bengong sekejap.
Buka page blogger sebab nak ejas-ejas muka blog ni, rupanya ada 1 komen tengah dok tunggu nak diapproved. Satu komen aje pun. Tapi bangga dalam diri tu tak mampu nak describe. Kembang setaman dah badan ni. Tu pasal payah nak kurus macam dulu.
Komen tu dari Cik Anonymous. Sape ye? Kalau sudi tu silalah perkenalkan diri. Cik Anonymous ni tanya berapa kos aku beli cermin Ikea ni. Heheheh..murah je cermin Ikea ni sebenarnya. Cermin Ikea ni saiz 30cmx30cm. Lebih kurang satu kaki. Dalam sepaket tu ada 4 keping cermin yang berharga RM29.90. Untuk deko cermin kat rumah aku, aku guna 4 paket cermin iaitu bersamaan 16 keping. Jadi total kos adalah lebih kurang RM120.
Sebenarnya aku beli cermin ni pun bukannya beli 4 paket sekaligus. Kalau beli 4 paket sekaligus, alamat takde barang lain la yang aku beli. Mula-mula aku beli 2 paket dulu. Then bila ada duit lebih baru aku beli lagi 2 paket. So bila dah cukup 4 paket, baru la start operasi menyusun dan mendeko.
Tak sangka pula la kan ada juga kawan-kawan dan juga reader (yang tak seberapa) yang minat dengan style susunan cermin ni. Sejujurnya, cara menyusun cermin tu bukannya idea original aku. Aku pun dapat idea lepas pergi ambush blog orang lain juga. Nak harapkan aku, jangan harap la nak sekreatip orang lain. Orang teknikal..macam ni lah (alasan...cettttt).
Tengah aku jengah-jengah blog orang lain masa tengah cari idea untuk buat hantaran bertunang hari tu. Aku terjumpalah degan satu blog ni yang pada aku sangatlah kreatif. Dia punya idea sangatlah marbeles. Kenapa? Sebab dia guna cermin sebagai alas barang-barang hantaran dia. Dan cermin tu pula boleh digunakan untuk hiasan dinding rumah. Menarik bukan. Owner blog tu custome made cermin tu saiz 1 kaki x 1 kaki kat kedai cermin. Siap ade frame lagi. Kos? Korang jangan tanya aku ye sbb owner blog tu takde la pula nak cerita berapa kosnye. Tapi korang boleh la tanya kat kedai-kedai cermin berdekatan. Aku rasa takde la kot mahal kalau setakat tempah 5 6 keping.
Memang sangat kreatif owner blog tu. Gambar kat bawah ni keadaan cermin sebagai dulang hantaran.
Sumber: intanorazam.blogspot
Ini pula bila cermin-cermin tu ditukar fungsi kepada hiasan dinding.
Sumber: intanorazam.blogspot
Menarikkan??..Menyesal pula dapat idea ni lambat. Kalau tak aku buat bingkai kat semua cermin Ikea aku tu baru aku lekat kat dinding. Baru la nampak stylo sikit rumah aku.
Tapi kalau sesape yang tak nak guna cermin saiz macam aku ni, korang boleh la guna cermin jenis Malma, juga dari Ikea. Cermin ni murah, RM3.90 je sekeping. Siap ada bingkai dan berwarna warni. Beli banyak-banyak lepas tu lekat kat dinding sebagai hiasan. Cantik ooo...
Tapi nak buat macam mana, aku pun dah terlajak buat deko macam ni. So...tabahkanlah diri ini sehingga aku ade idea deko yang lain pula.
Selain tu banyak lagi jenis cermin yang pelbagai rekabentuk dan corak boleh kita tengok dia Ikea. Jadi jom ramai-ramai pakat serbu Ikea sekarang.Macam-macam idea dekorasi ada ditunjuk dan dijual disini.
15 uncang teh :
bila pulak hg nak p ikea? habaq kat aku..nak kirim cermin jugak...
taktau lagi. tapi kalau aku pi aku msg hg ok.
Salam Ijun..rasanya komen tu dari akak..masa tu tak log in..so dah hantar baru perasan..thnk sudi jawab..salam kenal-Sally
Hi sally...
Thanks sbb sudi melawat blog saya ni. :D. Salam kenal dari saya..
Salam....sy nk tnye cmne akk lekat cermin ikea tu ye ? Nak tau sgt..... ^_^
Salam adik Anonymous.....actually cermin ikea tu mmg dah disediakan gam jenis double sided dah. So guna je gam tu aje. Gam tu pun kuat juga. Tapi carefull sbb once dah lekat kat dinding susah nak tanggal. So plan dulu nk lekat cermin tu mcm mn.
cermia ikea comeyyy
salam..ada beli cermin ni tp x tahu nak pasang cam mana...pakai gam apa yek..tq
kalo btul beli cermin ikea ni mmg dh siap ada double side tape dh disertakan sekali. so guna tu je utk psg.
kalo btul beli cermin ikea ni mmg dh siap ada double side tape dh disertakan sekali. so guna tu je utk psg.
wahhh menarikla idea cermin tuh..murah pon yea..cari yg besar mmg mahal rm200++ kn..
dah beli jugak tapi takde pon double sided
mmg beli kat ikea
ooo...yeke Puteri Faezah...hmmm...xtau pula saya. sebab saya beli dah lama dah tahun 2011 kalau saya tak silap. Yang saya belikan kat kawan sy masa tahun 2012 pun ada gam double sided jenis foam kat belakang. Tapi taktau la kalau batch yg baru2 dah xde disertakan dengan gam double sided jenis foam tu.
Betul tu sis. Saya beli pon tak ada double sided tape. Dah macam2 gam letak mesti jatuh balik.buntu dah
cer try masuk group Kelab Dekorasi IKEA Malaysia. dalam group ni mcm2 diorang share pasal deko barangan ikea. ada gak yg share gam yg sesuai utk lekatkan cermin ikea ni. try la...
Post a Comment