Friday, March 26, 2010

Oh! terkilannya hati ini...

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:21:00 PM
Kepada sesiapa yang berjaya mengakses akaun FB aku mesti ada terbaca keluhan aku pasal kerosakan kasut wedges aku. Kasut tu tapaknye dah lekang sebaik je aku turun dari bas lepas balik dari Shah Alam minggu lepas. Memang rasa sedih dan terkilan sikit la sbb kasut wedges ni antara kasut kesukaan dan kesayangan aku. Kasut jenama Viss ni aku beli kat outlet Viss kat JB. Kasut ni ada 2 warna..kuning dengan hitam tapi aku rembat yang kuning. Bila aku jalan2 kat outlet Viss kat Penang dengan KL, yang ada cuma yang hitam je, takde yang kuning. Tu yang buat aku sayang tu.



Kasut ni lepas digam tapak tu sebenarnya boleh pakai, tapi yg aku jadi ralat nak pakai tu sbb tukang kasut tu koyak abis semua tapak and then bila dia lekat balik tapak tu jadi senget. Tak kemas. Tu yang aku tak selesa tu. Bila nak pakai pun tak confident.

Gambar bawah ni keadaan kasut aku ketika sihat.





Gambar kat bawah ni pulak keadaan kasut aku lepas kuar ICU.





Tengok betul2 kat area tapak tu...burukkan. Macam mana la aku tak sedih ngan terkilan. Tak puas hati pun ade.

Nota_jari: sedang tggu pesanan kasut baru sampai yang di order secara online. Ntah muat ntah idak. Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...........................

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea