Monday, March 29, 2010

An Evening in Ban Pecah...

masa minum teh ~*irjune*~ pada 6:11:00 PM
Weekend lepas masa aku untuk balik Perak....Yoohoooo!!!! gua balik kg la beb. Abis keje aku terus pecut balik...tak sempat2 nak jumpa osmet. Pukul 8.30 mlm aku dah terpacak depan umah.

Aku semangat nak balik weekend lepas sbb semua adik2 aku balik kg. Kami dah plan cantik dah ni. Cuma abg aku je yg tak balik sbb dia ada keje. 

Disebabkan bulan sepanjang bulan 3 dan awal bulan 4 adalah besday mak, ayah dan 2 org adik aku, jadi aku pun dah menempah la sebiji kek dari kawan aku, Madam Lilly untuk celebrate besday mereka2 ini.



Ni aku minta topping cokelat ngan hiasan yg simple2 je. Tak sangka plak kawan aku tu buat hiasan yg soooooo...cute.


 kek ni mmg segar bugar...kalau aku yg buat konpem bantat



Ni birthday boy(adik bongsu aku) in advance. Kenapa in advance? Sbb birthday dia adalah pada hari esok 30/3/2010. Yang cuma sempat interframekan suar kotak2 dan jari tu ija da kruzz yg birthday dia pada 7/3/2010. Mak ngan ayah aku tak nak interframe la plak.

Petang tu aku dengan adik2 aku gi shopping kat Econsave Parit Buntar plak. Shopping barang2 umah yg tengok bilangannya yg tak seberapa tapi ya ampun sampai kene bayar RM200.

Lepas Asar aku sefamili gi Ban Pecah kat Kuala Kurau untuk makan mee udang pulak. Menurut mitos, tahun 60an dulu, kawasan Ban Pecah ni adalak kawasan sawah padi yang sangat subur tapi akibat terkena sumpahan 2 beradik anak yatim, akhirnya kawasan ni jadi laut.

Ni bukan Ban Pecah, ni pemandangan dr umah aku ke seberang jalan tu.



Ni baru betul pantai Ban Pecah. Percaya atau tak, tahun 60an dulu ni kawasan sawah padi. Kalau ikut akal logik mmg tak masuk akal kan. Kawasan penuh batu dengan pasir, takde tanda2 pun ni kawasan sawah padi


muka2 kelaparan

Jedin yg control hensem konon


Apa motif si Mail ni senyum camni pun aku tak paham.

 
Abis terteleng aku nye leher...


Warming up perut dengan laicikang

Mee udang Ban Pecah. Ni tukang masak catu udang sbb tu semua jenis saiz udang ada.

Ok..aku pun tak tau ape motif adik aku buat pose macam ni.

Yang depan tu mee udang aku. Dah lepas 3 hari makan kat sana aku rasa lepas ni kalau nak gi makan mee udang aku nak minta 2 pinggan...

Ayah aku dengan kari ikan sembilang peberet dia. Sib baik dia tak minta kepala ikan sembilang yg sebesar penumbuk aku.



Sunset di Ban Pecah. Ala2 syahdu syahdan gitu.

muka kekenyangan ke muka tak cukup makan ni?

Kedai macam nak roboh tapi makanan memang marbeles. Tapi memang save budget btul la tuan kedai ni. Kagum kagum. Ini menunjukkan, walaupun rupa kedai itu buruk tapi makanan yg disediakan mmg sedap nyum2 nyum2

Lepas ni kalau nak tengok jerung tak payah nak pi jauh2, kat Ban Pecah ni pun ada gak jerung siap  kena cacak atas tiang lagi.


5 uncang teh :

yatie said...

mmg glemer ek mi udang kat ban pecah ni..sbb aku tgk dlm fesbuk stdnt aku,dia g mkn kat ban pecah...aku wondering sdp ke mknn kt ctu..tp lps bc entri ko ni,so aku raser ,msti food dia marveles...

~*irjune*~ said...

yatie...ban pecah ni setakat ni cuma glamer utk org2 kat area daerah kerian, taiping dan mebi dari area nibong tebal dan sungai bakap. tempat dia tersorok skit sbb berada kat hujung kampung. jalan yg nak masuk pun jalan kampung yg muat2 satu kete...kalau dua kete aku tak dapat bayangkan macam mana sbb sebelah tu sawah n sebelah lagi longkang.

whooz said...

best kan ijun happy hour bersama family :)

~*irjune*~ said...

boleh la along...elok2 plak gaji dah masuk leh la buat open table utk famili.

ur lil'sis said...

muahahaha...huduh sgguh muka aku...cess!!

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea