Monday, July 12, 2010

Viva South Africa 2010...Welcome Brasil 2014

masa minum teh ~*irjune*~ pada 5:08:00 PM
Kalau org lain buat entri masa World Cup start, tapi aku buat entri masa World Cup dah habis.

Pagi tadi secara rasminya berakhirlah demam Piala Dunia 2010. Perlawanan akhir antara Belanda dengan Sepanyol memang menarik. Tapi akhirnya piala berprestij tu jadi milik Sepanyol untuk tempoh 4 tahun. Sepanyol menang 1-0 ke atas Belanda.

Aku pun tak sangka dengan tetiba WC kali ni aku excited nak tgk. Ada la 2 3 perlawanan yang aku tggu sampai pukul 4 pagi. Ada gak yang aku tak tahan daulat..last2 bola yang tengok aku. Banyak pasukan tak ternama yang menyerlah untuk game kali ni...dan banyak pula pasukan elit bola sepak yang kecundang sedari pusingan pertama lagi.

Kontroversi memang ta boleh nak dielakkan. Paling yang tak boleh dilupakan adalah kekalahan pasukan final WC 2006, juara bertahan Itali dan pemenang tempat ke-2 Perancis yang terpaksa pulang dengan status maruah tercalar. Pasukan England yang disebut2 bakal menyerlah dan memberi tentangan sengit pula hanya sempat merasa sampai ke pusingan kedua.

Apa pun, tahniah untuk 4 pasukan terakhir yang layak ke separuh akhir. Belanda, Uruguay, Jerman dan Sepanyol. 4 pasukan ni sememangnya layak untuk menjadi pasukan elit 2010.

Viva South Africa 2010


Welcome Brasil 2014




0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea