Wednesday, July 28, 2010

Mega Sales

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:51:00 PM
Sabtu minggu lepas, bermula la rutin aku untuk semester ketiga...berulang-alik antara Kangar-Shah Alam semata-mata untuk melengkapkan sesi mengaji master-ji aku. Diam tak diam...dah setahun aku menjadi tua dalam bas Shamisha. Tiap-tiap minggu asyik kene wap dengan aircond aje...habis la keanjalan kulit muka aku. Hehhehhe...


Sekarang ni kan dah penghujung bulan 7 dan minggu depan dah nak masuk bulan 8 dah. Selalunya time-time camni ada Mega Sales. Kalau takde mega pun mesti ada sales punya la especially kat Sogo tu. Lagi-lagi plak bila member-member kat KL ngan Che Jimah pun dok cakap ada sales, seronok gak nak buat window shopping ni.

Disebabkan minggu lepas baru 1st week kuliah, jadi takde la banyak keje lagi, aku pun buat plan dengan Che Jimah nak gi window shopping. Plan asal nak gi Sogo aje. Tapi sebab Sogo tu selalu buat sales dan aku pun selalu gak menapak gi Sogo tu, kami buat plan nak gi Midvalley aje. Selalu aku gi Midvalley dari arah Shah Alam, jadinya bila nak gi dari arah KL, aku cakap kat Che Jimah, gamble aje la..Maklumlah sebelum ni driver a.k.a tunang Che Jimah  yang drive, so kali ni kami berdua pula nak pegi, jadi harung aje la jalan tu. Tapi last-last sampai juga dan tak sesat. Cuma time balik je tersilap jalan...tapi tak boleh consider sebagai sesat.


Che Jimah menonong je nak gi window shopping

Masuk Midvalley je nampak orang berpusu keluar masuk butik Charles & Keith. Aku pun ape lagi, tarik tangan Che Jimah la ajak masuk juga. Lagi pula Che Jimah ada citer 2 minggu lepas Charles & Keith buat sales sampai 70%. Jadinya aku sangat teruja. Tapi amat malang sekali, sales minggu lepas cuma setakat 50% aje, itu pun untuk kasut. Handbeg cuma 10% je. Tapi tengok macam banyak koleksi lama, bukan new collection. Tapi tak kisah la. tengok juga la, sampai la aku berkenan dengan satu handbeg ni. Tertacap mata aku sampai tak boleh nak tengok yang lain dah.

Tapi aku tabahkan hati, keluar dulu pusing-pusing masuk Jusco ngan Metrojaya. Wah!...lagi heaven sales kat Jusco dengan Metrojaya. Nasib je aku takde kad Metrojaya, kalau tak habis aku borong. Jusco pulak, takde blouse yang berkenan, jadi boleh diabaikan untuk seketika. Jalan-jalan lagi, jumpa buti Carlo Rino, berkenan dengan satu tote bag tu..sangat comel tapi harga dia lagi comel (boleh je nak rembat tapi over budget la pula).

Jadi, last-last semasa menuju untuk pulang ke pangkal jalan, aku singgah lagi dalam butik Charles & Keith, dan akhirnya setelah mencongak dengan melakukan operasi darab, tambah, tolak dan bahagi, akhirnya aku rembat juga handbeg hitam yang telah mencairkan hati aku. Dengan harga yang masih dalam range budget dan setelah ditolak diskaun 10%, inilah dia tangkapan aku untuk sesi Mega Sales pertengan tahun 2010...

                                    


 Nota_jari: ada lagi yang aku beli tapi itu untuk entry beautilicious. Tunggu......


3 uncang teh :

Azi said...

hahahaha..aku pun baru masukkan yg midvalley tu.

miss_raha said...

berjanji hape???

zuesaran said...

june: cantik gak handbag ko...aku ni dah jd tatau nak membeli apa pon...baju nak raya pon tak dak idea lagiikk...ntah apa kan...

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea