Tuesday, January 11, 2011

Amalan Untuk Mendapat Jodoh

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:09:00 PM
Korang masih bujang macam aku atau sedang dalam perancangan untuk mencari pasangan hidup dunia dan akhirat. Jom kongsi petua dan amalan yang diberi oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood yang aku petik dari Majalah Harmoni (sori...aku tak ingat keluaran bila sebab aku koyak dari majalah makcik aku je).
  • Amalkan membaca doa kepada Allah untuk memohon diketemukan jodoh. Untuk itu, bacalah Surah Yusuf Ayat 4, sambil niatkan kepada Allah s.w.t . agar dipermudahkan jodoh dan ditemukan dengan jodoh beriman dan bertakwa. Amalkan membaca surah ini selepas menunaikan solat, ketika membasuh muka atau pada bila-bila masa yang berkesempatan.
  • (Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan dan melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
  • Puasa pada hari jadi. Puasa pada hari lahir banyak manfaatnya kerana ia merupakan hari paling istimewa dalam hidup kita. Pada hari ini juga nilai dan hayatilah pengorbanan ibu bapa sewaktu melahir dan membesarkan diri kita. Tidak ketinggalan banyakkan berdoa dimudahkan jodoh dan segala urusan di hari lahir.
  • Minta ibu bapa berdoa soal jodoh untuk kita. Doa ibu bapa amat afdal dan mudah diperkenankan oleh Allah swt.
  • Lakukan solat hajat sebanyak mungkin. Tapi sebelum melakukan solat hajat tersebut, jangan lupa perbanyakkan solat taubat bagi membersihkan diri dan doa diperkenankan oleh Allah swt dengan segera.
          Niat Solat Taubat:

 أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah SWT


          Niat Solat Hajat:

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala

  • Pohon ampun pada ibu bapa atas setiap perbuatan kita. Anak yang banyak dosa dengan kedua-dua ibu bapanya, doanya tidak akan dikabulkan oleh Allah swt.
  • Akhir sekali wanita boleh melakukan mandi bunga sebagai ikhtiar untuk mendapatkan jodoh. Islam tidak melarang umatnya untuk mandi bunga asalkan individu yang memandikannya adalah wanita dan ia tidak dilakukan ditempat terbuka. Paling penting proses mandi bunga itu perlu diiringi dengan bacaan doa dan ayat suci Al-Quran dan bukannya jampi serapah.
(Petikan dari kolum Bahtera Harmoni, Majalah Harmoni)

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea