Thursday, January 20, 2011

Pendaftaran Ahli Baru

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:59:00 PM
Akhirnya pada bulan ini maka bertambahlah bilangan ahli rumah aku lagi. Selasa lepas osmet aku telah berjaya kidnap seekor anak kucing dari kedai makan masa aku ngan dia balik dari lunch. Kesian kat anak kucing tu...masa nak masuk kedai dia blocking jalan...masa nak keluar dari kedai pun dia blocking jalan. Seolah-olah dia cakap.."ambil la saya, kesian la kat saya...bela la saya", (takde la dia cakap macam tu..kucing tu cuma miow2 aje...aku je buat ayat kasi gempak best skit).

Jadinya atas sifat prihatin sebagai manusia bertamadun maka aku bg persetujuan kepada osmet aku untuk bela anak kucing tu. Jadi kucing ni pun naik la kereta aku untuk dihantar pulang ke rumah aku. (Sila hati-hati dengan osmet aku sebab dia ni cat kidnapper di kedai makan...hahhahah)

Jadi kawan-kawan...diperkenalkan kucing ini yang diberi nama Maru (aku sound Maro) oleh osmet aku sendiri. Tapi oleh sebab aku ni jenis suka suki je nak panggil anak kucing ni...jadi aku panggil anak kucing ni cikenit...sebab dia kecik lagi.

alamak...minta maaf la ek...cikenit ni posing atas besen poo poo dia...almaklumlah baru lepas dimandikan oleh osmet aku....

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea