Wednesday, January 26, 2011

Adengan Cerita Melayu Yang Selalu Aku Tonton

masa minum teh ~*irjune*~ pada 12:07:00 PM
Kalau cerita Tamil dan Hindustan ada trademark sendiri, cerita Melayu pun ada gak trademark dia gak. Korang tak percaya...jom aku listkan adengan streotaip yang amat berbeza dengan realiti diluar drama.
  1. Perkara pertama yang aku cepat detected dalam cerita Melayu ni ialah suka sangat tak tutup tingkap (untuk adengan dirumah kampung) bila waktu malam. Kalau dia tak tutup tingkap masa awal-awal malam tu takpe la....ini time tengah tido pun tingkap dibuka...ape kes ntah. Kalau realitinya, start je masuk waktu maghrib mesti mak-mak..nenek-nenek kita dah bising suruh tutup tingkap cepat2. Alasannya tak baik sebab takut ade setan hantu masuk. Tapi sebenarnya diorang suruh tutup tingkap awal2 masa maghrib tu sebab tak nak nyamuk masuk rumah aje.
  2. Hantu cerita Melayu sangat huduh dan menakutkan. secara sedar aku memang tak pernah jumpa hantu (minta dijauhkan la). Tapi aku pernah "dilawati" oleh tuan rumah masa aku 1st time menyewa kat Kangar ni. Masa tu aku dalam keadaan separuh sedar antara lena dan belum lena. Tetiba je aku ternampak satu objek macam susuk tubuh orang tua siap dengan janggut panjang. Bila aku nak fokus org tua tu sergah aku. Seingat aku, rupa org tua tu takde la huduh tapi kita boleh agak la dia tu satu entiti. Kenapa la pengarah-pengarah cerita melayu ni tak buat macam cerita org putih tu. Hantu cerita org putih takde la huduh dan menakutkan melainkan dia mekap rupa org tu jadi pucat nak tunjuk dia sedang bawa watak hantu. Takde pulak kena pakai baju putih dengan rambut mengerbang macam singa.
  3. Kalau kita perhati, untuk adengan tidur pun pelakon pompuan akan dimekap siap dengan bulu mata palsu. Dey...ape ke halnya korang nak mekap time tidur. Realitinya....ade ke waktu malam....waktu tidur ade oranggi mekap cantik2? Takde kan....tapi ni la adengan citer Melayu....setiap babak kena ada mekap.
  4. Asal cerita seram je mesti takde lampu. Ni satu hal....asal cerita seram je lampu pun malap. Jimat elektrik ke? Kalau lampu malam time tido takpe gak...ini time makan pun pasang lampu malam semata-mata nak tunjuk hantu tu tengah terpacak kat sudut bilik. Alahai...
  5. Adengan waktu malam mesti dalam keadaan lampu malap. Kalau adengan ni dibuat 20 tahun dulu aku percaya la sebab masa tu banyak rumah takde lektrik lagi. Ini rumah-rumah kat kampung pun dah boleh ade lampu terang benderang...so ape motif buat lampu malap masa adengan malam.
  6. Ko buat satu adengan kat town...n then lepas tu bila buat adengan jalan raya tetiba dah kat hutan banat mana dengan jalan simpang siur.....pelik gak....macam jauh sangat sedangkan ko cuma nak gi makan tengah hari aje.
  7. Ini satu lagi yang best ni....ko buat watak keje sebagai kuli cabuk tapi boleh pulak duduk rumah sewa full furnished siap deco ala moden kontemporari tu. Lepas tu menyewa 2 org pulak....ade logik ke? Selalu kalau realitinya keje kuli cabuk...alaa...tak payah kuli la...pegawai cabuk pun rumah simple2 aje...lagi2 kalau yang baru start keje.....tido atas toto je. Patut la org suka nak jadi pelakon sbb even masa berlakon pun standard kene jaga...jawatan kuli cabuk tapi umah mesti macam keje CEO.
  8. Laptop on banyak jam tapi kabel laptop tak pasang. Bagi tau aku laptop mana yang bateri dia tahan sampai 8 jam. At least kalau ko tak on suis pun...pasang aje la kabel laptop tu. So that aku paham la kabel pasang tapi suis tak on maknanya tengah guna bateri la laptop tu.
  9. Ko buat adengan menaip tapi ko menaip kat dekstop. Keh keh keh keh....ni yang paling kelakar la..konon2 tengah kusyuk keje...menaip...tapi rupanya menaip kat dekstop.
  10. Part adengan chatting kat YM pula....guna ayat sebiji2 dengan ejaan satu persatu. Hahahah....ade ke org chatting menaip perkataan penuh? Semua yang chatting mesti guna ejaan short form aje.Penat betul aku kalau tengok adengan ni.
  11. Kalau bawa watak budak sekolah.....especially pompuan la kan....kenapa mesti nak kena tocang rambut tu? Cuba gi survey skit....ade ke skrg ni budak sekolah gi sekolah tocang rambut? Mostly diorang ikat pony tail je utk yang free hair. Tapi...asal dia bawa watak budak sekolah mesti kena tocang rambut....
Kalau nak diikutkan memang banyak la adengan yang tak ingin kita lihat tapi nanti jadi tahap mengarut la plak. Tapi ini yang paling ketara la yang selalu aku tengok dalam drama atau filem. Tapi dalam banyak2 drama aku suka drama Nur Kasih. Walaupun aku ni bukannya hardcore peminat drama ni tapi bila kadang2 aku sempat tgk citer ni memang rasa dekat sangat dengan kehidupan seharian aku. Tenang dan mendamaikan.

5 uncang teh :

shida said...

hahhaa....penganalisis terbaik...

shida said...

nak solat pun lipstik tebal 4 inci.. maskara lagi...

cik jijah said...

sebab tu aku kureng layan citer2 melayu.. hanya yg terbaik shj.. mcm nurkasih.. tu pun mekap tebal gak tu..

Madam Lilly said...

perghhh....dasatnya menganalisis
tapi hakikatnya betul la per ko cakap Ju...
asal seram gelap.\,sampai penonton x bleh nak tgk apaerla dlm gelap tu ...

~*irjune*~ said...

hahhaha......pemerhati terbaik tak aku ni

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea