Monday, January 10, 2011

Tolong Ingatkan Aku

masa minum teh ~*irjune*~ pada 3:26:00 PM
Ini bukanlah berkaitan dengan lagu Ana Raffali yang menang AJL25 malam tadi atau apa2 kaitan dengan penyanyi2 yang bertanding di AJL25. Ambil berkat sempena lagu cik kak tu menang jadi saje2 je menempek tajuk lagu sebagai tajuk entri kali ni. Walaupun keputusan AJL mlm tadi memang diluar dugaan agen2 bookie diluar sana, tapi sape yang pedulikan sbb takde effect ape pun kat aku atau cik kak Ana Raffali tu. Yang penting RM35K dia bolot sorang2 and lepas ni boleh la gi tempah baju kurung 365 pasang untuk sepanjang tahun 2011 ni.

Banyak benda yang aku nak ingatkan untuk sepanjang tahun 2011 ni. Lagi2 bila usia semakin meningkat matang ni, banyak perkara juga yang akan tercicir dari senarai semak perkara wajib. Hahahaha....

Tolong ingatkan aku......
Aku confirm perkara pertama yang org2 sekeliling aku nak tolong ingatkan untuk aku adalah pasal kawin. Hihihihihi....Honestly sape la yang takmo kawin kan. Kalau tanya org gila pasal kawin pun automatic diorang akan jadi waras. Inikan pula org waras macam aku....confirm secara automatic akan jadi gila. Tapi sebagai wanita berkerjaya (wah!...wanita bekerjaya tu...macamlah hebat sangat kerja aku), kadang2 aku terlupa juga yang aku ni masih bujang dan belum berkahwin. Awal tahun beria2 setkan azam baru nak cari calon suami tapi last2 sampai hujung tahun, bukan setakat calon suami...calon tukang kebun sekolah pun tak jumpa2 juga. Tengok betapa sibukknya (buat2 sibuk je) aku ni.Tapi itulah silapnya, silap mensetkan hanya untuk mencari calon suami.....cuba kalau cakap...saya ingin berkahwin dan bersuami pada tahun ini....confirm Insya Allah mesti aku kahwin kan. Kalau setakat calon suami tu...asal mata berkenan hati dah suka memang banyak tapi lepas buat banyak tapi pakai buang...semuanya tak sesuai jadi suami...setakat sesuai jadi calon aje. Jadi....tolong ingatkan aku ye pasal azam aku tu..bukan nak cari calon suami tapi nak cari suami untuk diri sendiri.

Ok...stop dulu mengarut pasal calon suami tu.....ni nak minta tolong. Tolong ingatkan aku tentang tanggungjawab aku pasal pelajaran aku ni. Diam tak diam dah hampir 2 tahun aku berulang alik ke KL tu untuk menuntut ilmu. Alhamdulillah, sepanjang travel aku ke KL dengan bas takde la kejadian tak diingini yang berlaku. Kiranya Allah masih memelihara aku dari sebarang kejadian yang tak diingini. Jadinya bila Allah masih memelihara aku, maksudnya Dia nak aku habiskan pelajaran aku. Jadi tolong ye...tolong ingatkan aku supaya sentiasa belajar bersungguh-sungguh supaya aku dapat habiskan pelajaran aku pada tahun ni juga.

Tolong ye tolong. Aku takut nanti aku hanyut plak macam lagu Faizal Tahir tu.Karang tak pasal2 jatuh dari stage masuk ke dalam air. Hahahaha.....

Nota_jari: kita postpone mengarut untuk sesi akan datang pula.

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea