Wednesday, February 9, 2011

Kerana Kita Bersaudara

masa minum teh ~*irjune*~ pada 4:03:00 PM
Sebak aku baca pengalaman pahit ngeri pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang terpaksa menjadi mangsa keadaan diatas pergolakan yang berlaku diantara kumpulan penyokong Presiden Hosni Mubarak dan kumpulan anti-penyokong Presiden kerana kitidakpuasan hati dengan keputusan politik yang dibuat oleh Presiden. Akibatnya, sabar yang dipendam berada dihujung tanduk meletup menjadi bom jangka. Pergolakan dan rusuhan sesama saudara berlaku,akibatnya pihak yang tidak berkaitan menjadi mangsa keadaan dan pihak ketiga mengambil kesempatan melakukan kejahatan. Inilah....inilah...inilah....nauzubillah...

Kesan pergolakan politik kat Mesir tu bukan aje menyusahkan penuntut2 Malaysia, malah penuntut2 Muslim dari negara2 lain. Ini adalah di Mesir terlataknya institut ilmu terulung di dunia Islam iaitu Universiti Al-Azhar yang menjadi tumpuan seluruh pelajar Muslim dari pelusuk dunia untuk menuntut ilmu.

Keperitan yang dialami oleh pelajar Malaysia juga dirasai oleh 50 penuntut Kemboja. Sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Metro hari ini. Sayu perasaan mereka bila mana rakan2 penuntut dari negara lain diselamatkan oleh Kerajaan negara masing2, sedangkan mereka pula terkial-kial meneruskan kehidupan di Mesir dalam serba kekurangan. Kita sedia maklum, negara Kemboja bukanlah sebuah negara yang berkemampuan seperti Malaysia jadi adalah mustahil kerajaan mereka mampu melakukan operasi besar-besaran seperti Kerajaan Malaysia untuk menyelamatkan rakyatnya. Namun atas keprihatinan dan semangat persaudaraan sesama Islam, Kerajaan Malaysia sedia membantu menyelamatkan semua penuntut Kemboja selepas Menteri Hal Ehwal Muslim Kemboja meminta bantuan daripada pihak Kerajaan Malaysia.

Syabas pihak Kerajaan Malaysia kerana telah membantu penuntut Malaysia dan penuntut Kemboja keluar dari negara Mesir. Inilah semangat ukhwah Islam yang perlu ditegakkan untuk mengembangkan syariat Islam tercinta.


Nota_jari: mendoakan keselamatan kawan aku, Sara sekeluarga semoga selamat pulang ke Malaysia dari Mesir.

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea