Sunday, February 27, 2011

Assignment Aku Adalah Membuat Blog

masa minum teh ~*irjune*~ pada 11:49:00 PM
Ingat tak lagi dengan entri pasal lecture aku yang tak datang sebulan yang lepas. Kalau tak ingat sila baca kat sini. Ok..hari ni dia dah datang dah...rupanya dia tak tau yang dia kena ngajar kami jadinya dia gi outstation untuk buat keje dia.
Inilah dia lecture aku yang sempoi tu. Maafla....gambar di ambil dr google jadi blur skit.

Lecture aku ni taraf Prof, jenis slumber je org nye...tapi jgn tak tau dia ni tabligh...walaupun tabligh tapi otak dia asik fikir pasal bisnes je...tapi bisnes yang berkaitan ngan bidang kajian dia la....Voltan Tinggi (HV).

Sempena dengan subjek yang dia ajar ni, dia dah request kami semua sebagai student dia utk siapkan 2 assignment. Normal la sebagai pelajar master-ji untuk buat 2 assignment. Tapi sebab punya sempoi punya lecture, korang nak tau dia suh buat assignment pasal apa.....Assignment 1 dia suruh buat blog pasal subjek yang dia ajar dengan alasan dia nak bg banyak info kat public pasal lightning dan HV manakala assignment 2 pula dia suruh jawab soalan (yang mana beberapa soalan dia dah bg jalan kerja dah pun...hehehhe...sempoi tak lecture aku ni).

Sekarang ni aku dah jadi pening lalat dah nak buat blog sempena dengan arahan assignment 1st aku. Nak cari tajuk header ngan nama blog ni la satu pasal. Takkan nak bg nama kanak2 ribena kot...pastu background pun kena pikir gak...kene la taraf standard pelajar master-ji dan blog infomartifkan..kena la ade ciri2 educated sikit.

So...korang ade idea tak nak bg nama apa utk blog aku ni...kalau ade sila bg komen membina utk aku ye. (macam la pengikut aku ni ramai sgt macam pengikut Fatin Liyana).

Nota_jari: nak update blog sendiri pun malas...inikan pula nak update blog utk assignment.

0 uncang teh :

 

When Ijun Write Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea